en
Feedback
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Open in Telegram

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Channel CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (@cprckkm) is an active participant. Currently, the community unites 511 901 subscribers, ranking 29 in the Medicine category and 176 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 511 901 subscribers.

According to the latest data from 08 September, 2024, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -3 073 over the last 30 days and by -54 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Verified (Officially confirmed by Telegram)
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 0%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects N/A% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 0 views. Within the first day, a publication typically gains 0 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 09 September, 2024), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Medicine category.

511 901
Subscribers
-5424 hours
-6797 days
-3 07330 days
Posts Archive
Hari ini, 7 Jun merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya keselamatan makanan. Mengangkat tema "Food Standard Save Lives,"  sambutan pada tahun ini menunjukkan betapa pentingnya peranan standard makanan bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan serta pentingnya komitmen pihak yang menghasilkan atau mengendalikan makanan tersebut mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan. Aplikasi standard dalam penghasilan makanan adalah amat penting bagi memastikan makanan yang sampai kepada pengguna adalah bebas daripada sebarang pencemaran baik dari segi pencemaran fizikal, biologi mahupun kimia; yakni SELAMAT. Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan komited dalam memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan di negara ini. Sentiasa ingat, KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA. Ayuh, bersama-samalah kita berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan penghasilan makanan yang selamat bermula dari ladang hingga ke meja pengguna. Dan, sebagai pengguna, cakna dan celik dan sentiasa pastikan makanan yang diambil adalah selamat untuk dimakan. Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023. #DrZaliha #DrZ #KKM #MalaysiaMADANI Link berita: https://fb.watch/k-KBB3DYI0/?mibextid=Nif5oz

Tobacco Endgame merupakan satu sasaran yang telah ditetapkan oleh Pakar Kesihatan NCD global untuk mencapai peratusan merokok
Tobacco Endgame merupakan satu sasaran yang telah ditetapkan oleh Pakar Kesihatan NCD global untuk mencapai peratusan merokok kurang daripada 5% (<5%). Bagi mencapai sasaran tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan satu peruntukan baharu di bawah Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam iaitu peruntukan Generasi Penamat Rokok iaitu satu bentuk perlindungan kepada Generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya daripada bahaya sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape. Oleh itu, #GenerasiPenamatRokok disarankan untuk tidak terlibat dengan sebarang akitiviti yang melibatkan produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape. #SayaSokongGenerasiPenamatRokok

Menerusi penubuhan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), satu projek rintis melibatkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik di Klang telah dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan. Di bawah inisiatif ini, pesakit bergejala ringan dan bukan kes kecemasan akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik yang dilanjutkan waktu operasi. Projek rintis STAR ini telah menunjukkan keberkesanan dengan purata penurunan bulanan kedatangan pesakit ke zon hijau di HTAR dalam tempoh 3 bulan adalah sebanyak 30.6%. Link berita: https://fb.watch/k-KyiNeljR/?mibextid=Nif5oz #DrZaliha #DrZ #KKM #MalaysiaMADANI

Penyakit Pneumokokal lebih cenderung menjangkiti kanak-kanak dan boleh dicegah dengan pengambilan vaksin pneumokokal. Antara
Penyakit Pneumokokal lebih cenderung menjangkiti kanak-kanak dan boleh dicegah dengan pengambilan vaksin pneumokokal. Antara komplikasi penyakit pneumokokal adalah seperti radang paru-paru dan radang selaput otak. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia 7 Jun 2023 - Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia
+2
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia 7 Jun 2023 - Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia

Hari ini Jun 7, 2023 merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia. Tahun ini, Hari Keselamatan Makanan Sedunia mengangkat tema
Hari ini Jun 7, 2023 merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia. Tahun ini, Hari Keselamatan Makanan Sedunia mengangkat tema Food Standard Save Lives yang menunjukkan betapa pentingnya standard bagi sesuatu produk makanan ditetapkan bagi memastikan makanan yang di ambil adalah selamat untuk di makan. Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023 semua pihak turut memainkan peranan aktif dalam menjaga keselamatan makanan. Mulakan dengan PERHATI dan PILIH dari membeli bahan makanan yang berkualiti sehingga penyediaan dan penyimpanannya. Kepada peniaga atau pengendali makanan, adalah diharapkan amalan pengendalian makanan serta aspek kebersihan sentiasa diberi perhatian. Bagi pengguna sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan. Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama. Oleh itu, mari kita bersama-sama menjaga keselamatan makanan dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara madani. Selamat menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023!!

Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis. Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung dan te
Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis. Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk. Individu bergejala perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul bagi mencegah penularan penyakit kepada individu lain. Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala Pertussis. *Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr
Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023 Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Ruhana binti Abdul Latif,
Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023 Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Ruhana binti Abdul Latif, ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa. Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nya
Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa. Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. #ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah memberikan taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 untuk para pengamal media  selepas mengadakan taklimat  bersama Ahli-ahli Parlimen pada sesi pagi di Dewan Bankuet, Parlimen. Taklimat yang diadakan ini adalah untuk memaklumkan kepada pengamal media mengenai intipati RUU yang akan melalui Bacaan Pertama di Parlimen pada 12 Jun 2023 (Isnin). Seramai hampir 40 orang pengamal media yang telah hadir pada sesi taklimat ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai RUU melalui pembentangan dan sesi soal jawab yang diadakan. Berita lanjut: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid028AALPVxV8opE9zdMD2LtMmERhNzo91dYQj4XvC1Z73bzBr6EhEQu6zHvNKU1zkQ4l&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz

YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah hadir memberi taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Baharu Bagi Kawalan Produk
+8
YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah hadir memberi taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Baharu Bagi Kawalan Produk Merokok untuk Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. Seramai 42 Ahli Dewan Rakyat dan 15 Ahli Dewan Negara telah menghadiri sesi taklimat ini. Pelbagai pandangan dan pendapat telah dikongsikan oleh mereka yang hadir pada hari ini berhubung Rang Undang-Undang baharu yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. Berita lanjut: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0S6iVnWLCEW1TC45nHgUFbvYEK9oaMPTkutRr6XMKTMbJfsvESD3zVYK8yvbzVhTHl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz

Mulai 4 Jun hingga 4 September 2023, lima lagi klinik kesihatan akan dilanjutkan operasi bagi memperluas projek rintis mengur
+1
Mulai 4 Jun hingga 4 September 2023, lima lagi klinik kesihatan akan dilanjutkan operasi bagi memperluas projek rintis mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan. Klinik yang terlibat adalah 🏥 Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru 🏥 Klinik Kesihatan Ampang 🏥 Klinik Kesihatan Kuala Lumpur 🏥 Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong 🏥 Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh KKM amat menggalakkan pesakit yang tidak mengalami sakit kritikal untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Pendekatan ini dapat membantu doktor dan anggota kesihatan dalam memberikan rawatan segera kepada pesakit kritikal di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Tip Keselamatan Makanan Hari Keselamatan Makanan Sedunia #TIP 1 Buah-buahan dan sayuran wajib dicuci dahulu sebelum dikupas u
Tip Keselamatan Makanan Hari Keselamatan Makanan Sedunia #TIP 1 Buah-buahan dan sayuran wajib dicuci dahulu sebelum dikupas untuk menghilangkan kotoran atau bahan tercemar. 1 hari lagi !! #WorldFoodSafety2023 #tipskeselamatanmakanan #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2 hari lagi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengajak semua agar terus prih
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2 hari lagi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengajak semua agar terus prihatin dengan keselamatan makanan agar sentiasa terhindar daripada keracunan makanan dengan mematuhi 5 kunci keselamatan makanan ini! #WorldFoodSafety2023 #tipskeselamatanmakanan #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Pemakluman Status Kes Kanak-kanak Berumur 2 Tahun Berkemungkinan Mengalami Ker
+1
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Pemakluman Status Kes Kanak-kanak Berumur 2 Tahun Berkemungkinan Mengalami Keracunan Nikotin Dalam Rokok Elektronik

Berikut merupakan senarai hospital di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok melalui perubahan tingkah laku.
Berikut merupakan senarai hospital di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok melalui perubahan tingkah laku. Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang. * Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Semua ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Jom kitar semula! #ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoy
Semua ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Jom kitar semula! #ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan diadakan selaras dengan strategi MPOWER yang digariskan WHO FCTC. KKM menga
+1
Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan diadakan selaras dengan strategi MPOWER yang digariskan WHO FCTC. KKM mengadakan pelbagai program menggalakkan orang awam untuk menolak tabiat merokok dan menyuarakan hak mereka untuk udara bersih bebas daripada asap rokok. Tembakau BUKAN tanaman komoditi utama negara. Langkah kawalan tembakau dijalankan KKM tidak menggalakkan tabiat merokok sekali gus mengehadkan tanaman tembakau. Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang. * Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama