cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Mostrar más
Malasia64El idioma no está especificadoMedicina5
Advertising posts
511 901Suscriptores
-37224 hours
-1 8357 days
-9 02230 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini TIDAK WUJUD. Justeru, orang ramai adalah diseru dan dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu. #TidakPastiJanganKongsi
Mostrar todo...
📌Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 11 November 2023 dan berterusan sehingga Mac 2024. Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku. Sentiasa peka dengan amaran awal bencana dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa. “𝐾𝐸𝑆𝐼𝐴𝑃𝑆𝐼𝐴𝐺𝐴𝐴𝑁 𝐵𝐸𝑁𝐶𝐴𝑁𝐴 𝑇𝐴𝑁𝐺𝐺𝑈𝑁𝐺𝐽𝐴𝑊𝐴𝐵 𝐵𝐸𝑅𝑆𝐴𝑀𝐴”
Mostrar todo...
𝐀𝐰𝐚𝐬! Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit- birit Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya seperti dikongsikan sebelum membuat pembelian. Anda juga dinasihatkan untuk: 1. Membeli mengikut keperluan 2. Simpan telur di tempat yang sesuai 3. Basuh telur sebelum guna "𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮"
Mostrar todo...
Setiap individu berhak mendapatkan akses terhadap bantuan dan rawatan, terutama dalam isu kesihatan mental. ☎️Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555, beroperasi setiap hari termasuk cuti umum 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. "Help With Empathy And Love" #KesihatanMentalMilikSemua #hentikanstigma #WorldMentalHealthDay2023
Mostrar todo...
Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar! Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf 'B.E.F.A.S.T.'. Ingat! Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.
Mostrar todo...
💨😤Asap rokok yang dihembuskan oleh perokok boleh disedut oleh orang di sekeliling (secondhand smoker) secara terus. 💥Sisa asap basi (SAB) adalah sisa rokok (dalam bentuk habuk atau bahan kimia) yang tidak kelihatan tetapi melekat di persekitaran. Asap rokok basi ini mampu kekal dalam udara selama 5 jam di dalam bilik. SAB ini juga mampu bertahan sehingga 2 tahun walaupun telah dicuci. 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆.‼️ Anda akan lebih sihat. Layari jomquit.com untuk bantuan berhenti merokok.
Mostrar todo...
‼️Perokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian. 🫀Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung. Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/ 💥
Mostrar todo...
😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. 🌫️⚠️Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai. Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan
Mostrar todo...
⚠️Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 𝟰 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟱 𝗱𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 yang berusia 16 𝙩𝒂𝙝𝒖𝙣 𝙠𝒆 𝒂𝙩𝒂𝙨 adalah TIDAK AKTIF. ❗️ 🚲Aktiviti fizikal yang mencukupi sangat penting untuk mengelakkan risiko menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, orang ramai hendaklah mengambil inisiatif meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti sedentari agar kekal sihat dan cergas.
Mostrar todo...
Inicia sesión y accede a información detallada

Te revelaremos estos tesoros después de la autorización. ¡Prometemos que será rápido!