en
Feedback
Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Open in Telegram

Blog Dialek Mesir 👉 www.DialekMesir.com IG 👉 instagram.com/KhalifRizal . Ada persoalan? Hubungi saya di @KhalifRizal

Show more
6 482
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-10630 days
Posts Archive
⏰ Pendaftaran ditutup! Tahniah kepada semua yang sempat daftar tadi! Pendaftaran selepas ini kembali ke yuran asal 👉🏻 RM150 Tapi masih berbaloi. Itu sama dengan RM50 je sebulan! Adik sedara penakan sebelah sana sini saya beli merch Korea mahal lagi! 😆 . 🎁 Semua dapat bonus Group WhatsApp bersama Penutur Asli Dialek Mesir. ⚡️ Oh ya, dua orang terpantas ialah: ✅ Muhammad Fathi (Daftar pada pukul: 3:01:51) ✅ Ahmad Nor Syafie bin Saiful Dzulfitri (Daftar pada pukul 3:02:05) . InsyaAllah kita akan mula belajar esok pada 10 Mei 2024. Konten pelajaran akan diberikan sedikit demi sedikit mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tujuan kami, supaya semua peserta dapat follow bahan pelajaran. Peserta yang ada exam di Al Azhar, jangan risau. Cukup 15 minit sehari sahaja dulu untuk musim exam ni okey? . Yang takde exam, pulun betul-betul sepanjang 3 bulan ni insyaAllah Esok kita start belajar. . Jangan lupa masuk group Telegram dan Facebook. Untuk Telegram boleh masuk terus. Facebook, kena tunggu admin approve. . Untuk yang tak sempat daftar atau ada kerja jangan left group lagi. InsyaAllah. Banyak lagi perkongsian free di sini. Jangan risau. Kita buat apa yang kita mampu dan apa yang kita rasa betul. All the best!

Ada yang tanya, busy tak jadual program ni? Jangan risau. - Program ni bukan live. - ⁠Bukan semuanya dalam bentuk video rakaman panjang-panjang. - ⁠Ada video pendek-pendek macam di social media. Sambil scroll social media, sambil makan, sambil atas teksi, atas uber, sambil lepak dengan kawan, boleh belajar dialek Mesir. Belajar dialek Mesir ni bukan macam talaqqi kitab. Kena dhobit satu-satu. Cukup kita faham qawaid dia, ingat vocab, ingat ayat dan tahu macam mana nak guna. Program ini memang disusun supaya semua peserta daripada pelbagai lapisan dapat ambil masa secukupnya. Kalau spend 15 - 30 minit sehari pun dah cukup bagus. Kita duk scroll FB/IG/TikTok pun masa berlalu 30 jam macam tu saja! Kalau ada yang tak sempat study juga maknanya... (tolong sambung boleh?) dia memang taknak belajar dialek Mesir. (Takpelah saya tolong sambung) 😆 Kita belajar dialek Mesir bukan nak jadi orang Arab. Kita belajar sebab kita nak faham kalaam masyaikh dan untuk lebih lancarkan urusan seharian bagi yang berada di Mesir. . Selepas ini yuran akan dinaikkan ke RM150 dan tiada lagi yuran promosi. Tapi InsyaAllah masih berbaloi sebab pembelajaran kita berlangsung selama 3 bulan. Sekadar untuk perbandingan, ada influencer buat program talk sembang gelak ketawa RM149 selama dua jam pun ramai yang masuk tau! Tak kisahlah. Ini untuk kita yang bertekad nak tekuni dialek Mesir melalui ceramah para masyaikh. ⚡️ Daftar di sini: dialekmesir.com/masyaikh

🔥 Tinggal satu jam lagi! Belum daftar lagi? Satu jam lagi untuk buat keputusan nak daftar program yang fokus untuk faham bahasa Arab Ammiyyah yang digunakan oleh Masyaikh. Tinggal satu jam lagi untuk daftar dengan yuran RM80 sahaja untuk pembelajaran selana 3 bulan. Selepas ini yuran akan naik RM150. Yang daftar selepas ini, tak dapat bonus Group WhatsApp bersama Penutur Asli Dialek Mesir. . Daftar di sini: dialekmesir.com/masyaikh

🔥 2 jam lagi pendaftaran ditutup! Ada yang masih belum daftar? . Program ini berjalan selama 3 bulan. ✅ Target kita untuk fa
🔥 2 jam lagi pendaftaran ditutup! Ada yang masih belum daftar? . Program ini berjalan selama 3 bulan. ✅ Target kita untuk faham durus dan muhadaraat masyaikh walaupun mereka campur dengan ammiyyah. ⚡️Untuk capai target ini, kita kena: 🔹 Tahu kaedah tatabahasa asas dalam dialek Mesir. 🔹 Cukup vocab. 🔹 Banyak latihan mendengar. . Itu je yang diperlukan. Sebenarnya kita boleh je guna apa cara yang kita pilih. Nak belajar sendiri pun boleh. Tak perlu masuk mana-mana program. Asalkan dapat buat 3 benda ni. Kalau kita fokus untuk 3 perkara ni, insyaAllah kita dapat capai target kita. Benda ni bukan terlalu mudah. Bukan juga susah sampai mustahil nak capai. . Jadi untuk memendekkan proses itu, Akademi Dialek Mesir buat program ini. Kalau nak mudah, masuk Program Memahami Dialek Mesir Para Masyaikh terus. Semua bahan pelajaran dah disediakan. Biar kami yang berikan garis panduan dan sediakan bahan untuk belajar. . Yang kena belajar sudah tentulah para peserta sendiri! Mana ada orang boleh tolong belajar untuk kita 😆 Macam saya cakap semalam, walau banyak mana pun program yang kita join, kalau kita tak bagi usaha yang terbaik. Kita tak akan dapat capai target yang kita awal-awal haritu. Okey dah. Panjang pulak. 😂 Kalau serious nak sama-sama join saya dan rakan-rakan lain belajar dialek Mesir para masyaikh, jemput join. ⚡️ Daftar kat sini: dialekmesir.com/masyaikh

🔥 Pendaftaran Dibuka! Apa yang kita nak daripada program ini? ✅ Faham kaedah-kaedah asas dalam dialek Mesir dengan cara mudah. ✅ Cukup bekalan vocab dalam dialek Mesir. ✅ Banyak latihan mendengar ceramah masyaikh dalam Ammiyyah Mesir. ✅ Faham ceramah dan tak terpinga-pinga bila masyaikh bercakap ammiyyah dalam muhadarah atau kelas. . Daftar sekarang dan dapatkan: 🎁 Diskaun RM70. 🎁 Bonus peserta terawal! ⚡️Daftar di sini: dialekmesir.com/masyaikh

Oh ya, lupa nak umumkan bonus untuk yang daftar paling awal esok! 🎁 *Fast Action Bonus #1* - Buku Fizikal Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir (10 jilid hardcover) terbitan Pusaka Imam Syafie Indonesia. Bernilai RM600. Khas untuk seorang peserta terawal. 🎁 *Fast Action Bonus #2* - Buku Fizikal Garis Masa Hayat al-Rasul oleh Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri (1 jilid hardcover). Bernilai RM130. Khas untuk peserta kedua terawal. . Dan untuk semua peserta yang daftar esok, akan dapat hadiah *bonus utama:* 🎁 Group Q&A bersama Penutur Asli Dialek Mesir untuk jawab apa sahaja soalan anda tentang dialek Mesir. . ⏰ Jangan lupa kunci jam, jam 3 petang waktu Malaysia esok. 🫡 Harapan kami mudah-mudahan bonus ini akan memberi semangat lagi kepada para peserta untuk belajar dialek Mesir dengan lebih serious.

Program Memahami Dialek Mesir Masyaikh ini ada empat jenis bahan pelajaran. Semuanya insyaAllah disusun dengan teliti dan saling melengkapi untuk membentuk kemahiran mendengar dan memahami dialek Mesir yang digunakan para masyaikh. ⚡️ Modul 1: Aturan Bahasa Asas Dialek Mesir Saya faham kita tak suka meleret-leret. Dalam modul ni saya huraikan straight to the point kunci-kunci penting aturan bahasa / grammar dialek Mesir. Semuanya dalam video-video pendek. Boleh tengok bila-bila masa free sambil terus hafal. ⚡️ Modul 2: Perkataan Dialek Mesir yang Kerap Digunakan dalam Ceramah Selain aspek tatabahasa, antara faktor utama kita kurang faham dialek Mesir ialah sebab banyak perkataan dalam dialek Mesir yang tidak digunakan dalam bahasa Arab Fusha. Modul kedua ini akan senaraikan semua kata nama dan kata kerja penting dalam dialek Mesir yang biasanya disebutkan di meja masyaikh. ⚡️ Modul 3: Analisis Ceramah Masyaikh Modul ini dalam format video yang agak panjang. Saya akan pilih video ceramah untuk kita sama-sama tonton dari awal sampai habis sambil kita teliti dan analisis kaedah-kaedah dialek Mesir yang digunakan. ⚡️ Modul 4: Snippet Potongan Video Ceramah Setiap masyaikh ada ayat-ayat mereka sendiri yang mereka suka ulang. Contohnya, Syeikh Muhammad Abu Musa suka ulang ayat واخد بالك ازي? Syeikh-syeikh lain pula, ada cara mereka masing-masing. Ada cara sebutan masing-masing. Ada ketika yang lain pula, masyaikh sebut ayat-ayat best dalam dialek Mesir. Jadi kita nak kenal cara setiap masyaikh, ayat yang mereka suka sebut, laras bahasa mereka, pemilihan perkataan mereka dan lain-lain. Maka modul ni kita buat dalam bentuk video-video pendek supaya kita dapat fokus kepada 1 point dalam 1 video. . Pembelajaran kita konsep santai. Bukan macam talaqqi kitab. Jadi jangan risau. InsyaAllah program ni tak ganggu apa yang kita belajar di kuliah mahupun exam. Bahkan objektif program ini untuk bantu kita faham lecturer dan masyaikh. Bahan pembelajaran ringkas dan insyaAllah mudah faham. Boleh terus praktik dalam dunia sebenar. Target kita lepas ni, bila dengar je ceramah masyaikh Mesir, kita dapat faham secara terperinci dan boleh ulang word by word. Tahu aturan bahasa yang mana dia guna. Bukan setakat faham makna secara umum je. . Semua konten ini dalam bentuk rakaman dan tiada isu sesiapa terlepas bahan pelajaran. Konten akan disusun rapi dalam group Telegram guna fungsi Topic. Pada masa yang sama akan dimuat naik dalam group Facebook juga supaya tiada peserta yang akan terlepas pelajaran. Kita upload juga di FB ni supaya dapat ingatkan peserta masa dia tengah 'sibuk' scroll FB tu, keluar video dialek Mesir masyaikh dan dia akan teringat; Eh, aku kena belajar dialek Mesir rupanya! 😆 . Awalnya saya fikir 1 bulan sudah cukup. Tetapi memikirkan konten yang banyak ini, jika disumbat untuk sebulan akan jadi sangat padat. Peserta pun mungkin tak sempat nak dapat banyak manfaat kalau belajar sebulan je. Jadi konten-konten yang banyak ini kita bahagikan mengikut jadual yang lebih tersusun selama 3 bulan. 3 bulan pengajian secara online dengan yuran RM80 sahaja! Ya. Asalnya RM150 macam saya cakap haritu. Diskaun ini khas untuk ahli group kita ni yang sempat daftar dalam masa 4 jam hari Khamis ini sahaja. Cuma RM80 untuk pengajian selama 3 bulan. Pendaftaran dibuka bermula jam 3 petang sampai 7 malam. Tepat 7 malam kita tutup pendaftaran InsyaAllah. Selepas itu yuran terpaksa naik ke harga biasa. ⏰ Mohon kunci jam / buat reminder. Takut terlepas. Hari Khamis, 9 Mei 2024 (esok). Jam 3 petang hingga 7 malam waktu Malaysia.

Sebahagian masyaikh yang kita akan selami video-video mereka.
Sebahagian masyaikh yang kita akan selami video-video mereka.

Dua perkara mustahak untuk faham dialek Mesir ialah: 1. Tahu aturan bahasa asas dialek Mesir. 2. ⁠Tahu vocab asas yang banyak digunakan dalam dialek Mesir. Ini dua aspek yang akan turut ditekankan kepada para peserta dalam program Memahami Dialek Mesir Masyaikh. Dalam group Telegram peserta akan diberikan kesimpulan kaedah-kaedah dalam dialek Mesir dalam bentuk video pendek dan tulisan. Supaya tak buang masa peserta dengan penjelasan yang meleret, video-video berkenaan kaedah ini akan dibuat straight to the point. Jadi peserta boleh terus faham dan praktik kaedahnya. . Tapi, Kaedah saja tak cukup! Vocab pun kena ada! Ya, sekali lagi. Peserta juga diberikan vocab yang semacam 'kamus' dalam bentuk Google Sheet. Menghimpunkan semua kata kerja dan kata nama penting dalam dialek Mesir dan kerap disebut oleh masyaikh dalam ceramah-ceramah mereka. Kamus ini akan sentiasa diupdate dari semasa ke samasa. Walaupun selepas program tamat. Peserta akan diberitahu teknik dan jadual untuk hafal semua vocab ini. Detail teknikal akan diberitahu dalam program nanti. . ⚡️ Lepas dah faham kaedah dan kuasai vocab, barulah boleh menyelami ammiyyah para masyaikh! . Video para masyaikh dibahagikan kepada dua kategori: ✅ Video berdurasi panjang yang diberikan huraian. Bahan pelajaran ini guna konsep watch-along. Peserta boleh tonton untuk dapat manfaat sambil ✅ Videk pendek bagi masyaikh yang menggunakan dialek Mesir. Ini supaya peserta dapat fokus kepada kaedah dan ayat itu sahaja dan tidak bercampur dengan pelbagai kaedah dan ayat yang lain. . Tujuannya, supaya bila peserta dengar masyaikh guna ayat-ayat ini dalam mana-mana kelas nanti, peserta dapat terus faham. . Menguasai dialek Mesir terutama dialek Mesir para masyaikh akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, program ini dirancang untuk tidak dibuat dalam masa sehari sahaja. Jangkaan silibus ini akan tamat dalam masa sebulan. Ada kemungkinan kita akan mengambil masa lebih dari sebulan jika perlu. Jika itu berlaku, tiada yuran tambahan dikenakan pada bulan berikutnya. Ini program Akademi Dialek Mesir yang telah dirancang buat sekian lama. Jadi kami juga tidak mahu tergesa-gesa untuk tamatkan program dalam masa yang pendek. Apa yang penting bagi kami, peserta akan dapat manfaat yang secukupnya. Terutama yang berada di Mesir dan ingin mendapat kefahaman yang baik dalam kuliah dan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. . Jadi ini ialah 4 jenis konten yang peserta akan dapat: 1. Video huraian kaedah dialek Mesir. Pendek dan straight to the point. 2. ⁠Senarai kata kerja dan kata nama yang kerap digunakan masyaikh dan orang Mesir. 3. ⁠Huraian video ceramah masyaikh Mesir. 4. ⁠Petikan video pendek yang berkaitan dengan kaedah dan ayat yang kerap berulang dalam ceramah masyaikh. Mari sertai journey Memahami Dialek Mesir Para Masyaikh ini! Pendaftaran dibuka hari Khamis ini pada jam 3 hingga 7 petang waktu Malaysia. Pendaftaran dibuka selama 4 jam sahaja. 🎁 Masuk group ini untuk dapat diskaun RM70 👇🏻 https://chat.whatsapp.com/KjHEc5BmdO4IJbEDNBvmD4

Dalam kehidupan di dunia ini, selagi belum 'mati', kita masih lagi belum gagal atau berjaya. Yang 'gagal' masih ada peluang untuk berjaya. Yang 'berjaya' mungkin diuji dengan kegagalan. Apa yang dikira ialah pengakhiran kita nanti. Kata al-Rasul shallallahu 'alayhi wa sallam: وإنما الأعمال بخواتيمها "Amal perbuatan manusia itu diambil kira berdasarkan pengakhirannya." . Kerana itu juga, jika ingin 'mengidolakan' atau menjadikan seseorang sebagai contoh ikutan. Pilihlah dalam kalangan mereka yang telah pergi menghadap Tuhan. Demikian kata Abdullah bin Mas'ud -radhiallahu 'anhu-: من كان مستنا ; فليستن بمن قد مات فإن الحي لا تؤمن عليه الفتنة. "Sesiapa yang ingin mengambil seseorang sebagai ikutan, pilihlah mereka yang telah meninggal dunia. Kerana orang yang masih hidup tidak terselamat daripada ujian." . Semoga Allah ta'ala kurniakan pengakhiran yang baik buat kita semua.

Semasa sesi pembelajaran Kelas Cakap Arab Aljahiz (KCA Aljahiz) beberapa hasi lepas, kami ada bincangkan beberapa ayat. Antar
Semasa sesi pembelajaran Kelas Cakap Arab Aljahiz (KCA Aljahiz) beberapa hasi lepas, kami ada bincangkan beberapa ayat. Antara ayat yang kami bincangkan ialah ayat yang mempunyai dhamir selepas إِلَّا. Kebanyakan peserta KCA Aljahiz ialah mereka yang sudah pernah belajar bahasa Arab sebelum ini. Jadi soalan-soalan mereka pun boleh tahan! Sebagai seorang jurulatih bahasa Arab, soalan-soalan daripada para peserta sangat menggembirakan saya. Walaupun ada ada ketika, sebahagian soalan itu saya tak tahu pun jawapannya, saya akan tangguh dan minta masa untuk beri jawapan. . Jadi, antara persoalan yang ditimbulkan peserta ialah; apakah jenis dhamir yang kita nak gunakan selepas إِلا ini? Nak guna dhamir munfasil atau muttasil? Jawapan bagi persoalan ini telah disimpulkan oleh Ibn Malik dalam Alfiyyah-nya. Kata beliau - rahimahullah - : وَذُو اتِّصَالٍ مِنْهُ مَا لَا يُبْتَدَا # وَلَا يَلِي إِلَّا اخْتِيَارًا أَبَدا "Ciri-ciri dhamir muttasil itu ialah yang; (1) tidak boleh berada di permulaan ayat dan (2) tidak boleh berada selepas إِلَّا dalam selain syair." Daripada sini kita dapat faham, selain daripada kelonggaran yang diberikan dalam syair(Arab: الضرورة الشعرية), kita mesti guna dhamir munfasil selepas إِلَّا. Tidak kira dhamir itu berbentuk marfu' atau mansub. Sebagaimana dalam al-Quran al-Karim: ((اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ)) - Dhamir marfu' هو selepas إِلَّا. (( أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ)) - Dhamir mansub إِياه selepas إِلَّا. . Bagaimana pula dengan yang terdapat dalam syair-syair Arab seperti kata Abu al-Tayyib al-Mutanabbi: لَيسَ إِلّاكَ يا عَلِيُّ هُمامٌ ... سَيفُهُ دونَ عِرضِهِ مَسلولُ "Tiadalah selain engkau wahai Ali, yang bergelar pendekar. Pedangnya terhunus demi dakyatnya." Jawapannya, pendekatan yang dipilih oleh al-Mutanabbi di sini ialah atas dasar kelonggaran yang diberikan dalam syair Arab.

Al-Sya'rawi dahulu kerja apa? Al-Syeikh Metwalli al-Sya'rawi rahimahullah pernah menjawat jawatan berikut: 1. Guru Ma'had Din
Al-Sya'rawi dahulu kerja apa? Al-Syeikh Metwalli al-Sya'rawi rahimahullah pernah menjawat jawatan berikut: 1. Guru Ma'had Dini di beberapa daerah di Mesir. 2. Pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah. 3. Pengurus di Pejabat Syeikhul Azhar Hasan Ma'mun. 4. Pensyarah di Universiti King Abdul Aziz, Riyadh. 5. Menteri di Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal al-Azhar (menyamai Menteri Agama di Malaysia). . Di samping semua jawatan ini, beliau juga terkenal dengan kuliah tafsirnya yang dekat dengan masyarakat Arab, khususnya Mesir. Antara faktor utama penerimaan beliau rahimahullah dalam kalangan orang Arab daripada segenap lapisan ialah pendekatannya menggunakan dialek Mesir dalam ceramahnya. Walau pendekatannya ini dikritik keras oleh ramai ulama sezaman dan selepasnya, namun saya percaya beliau rahimahullah sudah tentu ada pertimbangannya sendiri. Di Malaysia, kita ada al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga menggunakan pendekatan yang hampir sama. Al-Marhum TGNA memilih dialek Kelantan dalam siri kuliahnya agar lebih dekat dengan masyarakat. . Namun sebagai pelajar bahasa Arab, dialek Mesir yang digunakan oleh al-Sya'rawi kadang kala seakan-akan menjadi penghalang untuk kita betul-betul menghayati apa yang di sampaikan. Berita baiknya, insyaAllah hari Khamis ini Akademi Dialek Mesir akan buka pendaftaran Program Memahami Dialek Mesir Masyaikh. Antara bahan utama pembelajaran ialah video-video al-Syeikh al-Sya'rawi . 🎁 Masuk group ini untuk dapat diskaun semasa pendaftaran nanti: https://chat.whatsapp.com/KjHEc5BmdO4IJbEDNBvmD4