en
Feedback
Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Open in Telegram

Blog Dialek Mesir 👉 www.DialekMesir.com IG 👉 instagram.com/KhalifRizal . Ada persoalan? Hubungi saya di @KhalifRizal

Show more
6 482
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-10630 days
Posts Archive
'UAI' Mesir? Jika di Malaysia, antara asatizah yang ceramahnya dihadiri oleh ribuan jemaah sehingga melimpah majlis ialah Ust
'UAI' Mesir? Jika di Malaysia, antara asatizah yang ceramahnya dihadiri oleh ribuan jemaah sehingga melimpah majlis ialah Ustaz Azhar Idrus. Negara Arab pula, pernah ada kah 'ustaz' yang ceramahnya dihadiri jemaah sehingga penuh masjid? Disiarkan dalam pelbagai saluran TV dan radio? Jemaah pula mendengar dan menghayati dengan khusyu'? Jawapannya sudah tentu ada. Antara yang pernah menjadi fenomena di seluruh negara-negara Arab ialah al-Syaikh Mutawalli al-Sya'rawi -rahimahullah wa ghafara lah-. Lihat sahaja gambar ini sebagai salah satu bukti. (Turut kelihatan dalam gambar ini al-Syeikh Muhammad al-Ghazali). Ceramah-ceramahnya sangat membekas di hati. Walaupun kemudiannya ramai para ulama (merentas aliran) menyentuh berkenaan pendekatan beliau dan juga beberapa hadith dhaif yang dikongsikan olehnya, namun jasanya dalam memperbaiki kehidupan beragama rakyat Mesir juga tidak dapat dinafikan. Hampir tiada orang Arab, khusysnya Mesir yang tak kenal al-Sya'rawi. Dari dulu sehingga kini. Nama beliau sehingga hari ini menjadi 'simpulan bahasa' apabila sebahagian mereka ingin menyindir orang orang yang 'sok suci' atau mula berbuat baik, mereka akan cakap: ‎انتَ هَتِعْمِلْ فيها الشعراوي؟ Kau ingat kau al-Sya'rawi ke? . Sebagai seorang Muslim dan penuntut ilmu agama, sudah tentu kita juga ingin mengambil sebanyak-banyaknya manfaat daripada sosok berpengaruh inu. Namun kebanyakan ceramah-ceramah al-Sya'rawi dalam dialek Mesir yang agak 'pekat'. Garau suaranya dan audio yang berkualiti rendah adakalanya ganggu kita sebagai bukan Arab untuk faham tutur katanya. NAMUN! Dalam kursus Memahami Dialek Mesir Para Masyaikh yang akan dilancarkan tak lama lagi, ceramah beliau merupakan antara 'bahan utama' yang akan digunakan untuk belajar. InsyaAllah. Mari kita dapatkan 'kunci' untuk faham dialek Mesir melalui ceramah-ceramah para masyaikh Mesir. . Nantikan pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi. InsyaAllah. 😊

Atau kalau nak pendek boleh terus cakap: عنوان مضلل
Atau kalau nak pendek boleh terus cakap: عنوان مضلل

Geng kita dalam ni jangan ada yang sebut bahasa Arab FUSHAH tau. Sebab dalam bahasa Arab, tulisan dia الفُصْحَى. Jadi kalau nak tulis dalam rumi, kita tulis Fusha. Tak de 'H' kat hujung. Nak sebut, kita sebut fus-ha. Boleh okey? 🙏

Ayat لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا #Mufradaat_alQuran Ayat لا يألونكم خبالا bermaksud: لا يُقَصِّرُونَ لكم في الفساد Perkataan ال
Ayat لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا #Mufradaat_alQuran Ayat لا يألونكم خبالا bermaksud: لا يُقَصِّرُونَ لكم في الفساد Perkataan الخبال bermaksud الفساد. (Ruj. Tafsir al-Jalalayn) Frasa لا يألو + اسم ini juga banyak digunakan dalam bahasa Arab moden pada hari ini. Antara ayat-ayat yang kerap digunakan dalam bahasa Arab Fusha: Ayat 1 لَمْ يَأْلُ جُهْدًا لكي يحصل على نتيجة مرضية "Dia (L) tidak henti-henti berusaha (dia berusaha keras) agar memperoleh keputusan yang memuaskan." Ayat 2 ما أَلَوْتُ جُهْدًا "Aku tidak henti-henti berusaha." Ayat 3 إِنِّي لا آلُوكَ نُصْحًا "Aku tak kedekut nasihat dengan kamu." Fiil yang digunakan dalam ayat ini: أَلَا - يَأْلُو Maknanya: قَصَّرَ atau تَوَانَى. Juga digunakan secara meluas dengan makna مَنَعَ melalui konsep al-Tadhmin. Persoalan: Apa i'rab isim mansub selepas fiil ألا - يألو itu? Jawapan: Perkataan خَبَالا dalam ayat ini i'rabnya ialah mansub 'ala naz' al-khafid. Manakala dalam kebanyakan ayat-ayat bahasa Arab moden menurut Ibn 'Asyur dalam tafsirnya, dii'rab sebagai maf'ul bihi thani dengan anggapan fi'il ألا - يألو membawa makna مَنَعَ - يَمْنَعُ (al-Tadhmin).

Tak lama lagi InsyaAllah Akademi Dialek Mesir akan lancarkan Kursus Memahami Dialek Arab Masyaikh. Antara video masyaikh yang kita akan bedah ialah Dr. Ahmad Ma'bad Abdul Karim, Dr. Ali Goma'a dan Dr. Yousry Gaber. Masuk group ini untuk dapatkan pengumuman pelancaran nanti: https://chat.whatsapp.com/KjHEc5BmdO4IJbEDNBvmD4 Yang daftar awal macam biasa InsyaAllah ada keistimewaan.

Masa tu belum kawin lagi. Tahun pertama dan kedua saya di Mesir banyak main. Saya banyak bergaul dengan orang Arab Mesir. Tuj
Masa tu belum kawin lagi. Tahun pertama dan kedua saya di Mesir banyak main. Saya banyak bergaul dengan orang Arab Mesir. Tujuannya hanya satu, saya nak bawa balik apa yang 'mungkin' saya susah nak dapat di Malaysia dengan keadaan dan situasi kehidupan saya. Iaitu ammiyyah Mesir. . Suatu hari, saya ziarah rumah sewa kawan-kawan saya yang kebanyakannya dari Syargiyya (الشرقية) dan Upper Egypt (صعيد مصر). Masa saya sampai, diorang tengah makan tengah hari. Aduh. Tiba-tiba lapar pula perut! Diorang pun tanpa berlengah, تعال كُلْ مَعَانَا! دَهْ انتَ حَمَاتَكْ بِتْحِبَّك! "Mari makan sekali dengan kami. Kau ni memang mertua kau sayang." . Aduh apa pasal pula ni? Aku belum kawin lagi masa tu. Mana ada mertua? Silap orang ke apa ni? 😂 . Rupa-rupanya memang itu ucapan orang Arab bila ada orang datang masa mereka tengah makan. Menurut mereka, itu tanda seseorang itu diberkati kerana mertuanya mendoakan mereka sampai seseorang itu dapat 'langkah kanan'. Bertemu orang semasa orang itu tengah makan. Dan memang menjadi kebiasaan orang Arab, walaupun makanan itu sedikit, walaupun dia tahu pelawaan dia akan ditolak, dia tetap akan ajak orang yang ada dekat dia join sekali. Apatah lagi tetamu! . Begitulah. Memahami dialek Arab bukan sekadar memahami makna perkataan demi perkataan secara literal. Ia juga tentang memahami budaya mereka.

Perihal Perkataan غير Antara perkataan yang dikategorikan sebagai terlalu umum (Arab: الأَسْمَاء الموغلة في الإبهام) juga ialah perkataan غَير. Alasannya, sama seperti perkataan مثل yang kita bincangkan dalam hantaran sebelum ini. Iaitu, apabila dilihat pada frasa غِيرك dalam ayat seperti مَرَرْتُ بِرَجُلٍ غَيْرِكَ, maknanya terlalu umum. Walaupun perkataan غير ini sudah diidhafahkan kepada dhamir muttasil (كاف المخطاب) yang merupakan isim makrifah, itu tidak dapat mengubah statusnya daripada nakirah kepada makrifah. Frasa “selain kamu” di sini amat umum. Boleh jadi Ahmad, boleh jadi Mustafa, boleh jadi Karim dan lain-lain. Oleh kerana ia terlalu umum, frasa ini boleh menjadi sifah bagi perkataan yang nakirah. Ini banyak dalam al-Quran. Antaranya: ((حَتَّى تَنْكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ)) - البقرة : ٢٣٠ ((بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا)) - النساء (( أَمْ إِلَهُ غَيْرُ اللَّه)) - الطور : ٤٣ Berkenaan, macam mana dia boleh jadi sifah sedangkan dia bukan musytaq? Jawapannya juga sama; kerana perkataan ini boleh ditakwil menjadi musytaq. Taqdirnya: مَرَرْتُ بِرَجُلٍ مُغَايِرٍ لَكَ. Sampai di sini, penjelasannya hampir sama dengan perkataan مثل sebelum ini. ___ Namun, ada satu lagi persoalan timbul. Berkenaan status perkataan مثل dan غير itu sendiri. Adakah ia sentiasa dianggap nakirah atau ada keadaan yang ia boleh menjadi makrifah? Bagaimana jika kita ingin jadikannya sebagai sifah kepada sesuatu isim makrifah? Jawapannya, ada keadaan مثل dan غير boleh menjadi makrifah. Iaitu apabila mawsuf (atau mubdal minhu) kepada kedua-dua perkataan itu makrifah dan perkataan selepas kedua-duanya (mudhaf ilaih) juga makrifah. Dr. Fadhil al-Samiraie dalam bukunya Ma’ani al-Nahw membawakan tiga contoh untuk memudahkan kita faham perkara ini. ___ Ayat 1: نَزَلْتُ بِوَادٍ غَيرِ ذِي زَرْعٍ “Saya singah di sebuah lembah yang tiada sebarang tumbuhan.” Penjelasan: Perkataan واد dan ذِي زَرْعٍ kedua-duanya nakirah. Dalam ayat ini, غَير ialah nakirah. ___ Ayat 2: نَزَلْتُ بِوَادٍ غَيْرِ ذِي الزَّرْعِ “Saya singgah di sebuah lembah yang mana ia bukan lembah yang mempunyai tumbuhan itu." Penjelasan: “Saya” singgah di sebuah lembah yang lain, selain daripada lembah yang mempunyai tumbuhan itu. Dalam erti kata lain, pendengar sudah maklum akan kewujudan sebuah lembah yang mempunyai tumbuhan itu namun tidak tahu tentang lembah yang manakah yang telah penutur singgah. Kemudian penutur memaklumkan bahawa lembah yang dia telah singgah itu, bukanlah lembah yang telah diketahui oleh pendengar itu. Jadi, ذِي الزَّرْع ialah makrifah dan وَادٍ di sini nakirah. Dalam ayat ini, غِير tetap dianggap nakirah. ___ Ayat 3: نَزَلْتُ بِالوَادِي غَيْرِ ذِي الزَّرْعِ “Saya singgah di lembah itu dan bukan lembah yang tida mempunyai tumbuhan itu.” Penjelasan: “Saya” dan “pendengar” kedua-duanya mengetahui lembah manakah yang dimaksudkan dengan الوَادِي dan mereka juga ketahui lembah manakah yang dimaksudkan dengan ذِي الزَّرْعِ itu. Dalam ayat ini, غير dikategorikan sebagai makrifah. Ini sama seperti ayat terakhir dalam Surah al-Fatihah. Firman Allah ta’ala: ((اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم)) [الفاتحة: ٦، ٧] Perkataan غِير di sini dikategorikan sebagai makrifah kerana mawsuf/mubdal minhu-nya ialah makrifah dan mudhaf ilaihnya juga makrifah. Baca di FB: https://www.facebook.com/photo?fbid=8232840080065815&set=a.105478486135389

I'rab مثل dalam ayat كنت طالبًا مثلَك Jawapan ringkas, i'rabnya ialah na'at. Namun ada 3 persoalan timbul: Q1: Bagaimanakah م
I'rab مثل dalam ayat كنت طالبًا مثلَك Jawapan ringkas, i'rabnya ialah na'at. Namun ada 3 persoalan timbul: Q1: Bagaimanakah مثلك (yang kelihatan seperti makrifah itu) boleh menjadi sifah kepada طالبًا yang nakirah? A1: Ia boleh jadi sifah bagi perkataan nakirah walaupun diidhafahkan kepada makrifah kerana perkataan مثل sama seperti غير yang dikategorikan sebagai الأسماء الموغلة في الإبهام. Beberapa kata nama yang amat umum. Oleh kerana itu, walaupun mudhaf ilaihnya makrifah, itu tidak menjadikannya mendapat status makrifah itu juga sebagaimana yang berlaku pada isim-isim jins yang lain. Statusnya kekal sebagai nakirah. Ini membolehkannya menjadi sifah kepada mawsuf yang nakirah. ____ Q2: Kenapa kita katakan مثل termasuk daripada perkataan-perkataan yang ‘special’ kerana dikategorikan sebagai perkataan yang terlalu umum? A2: Jawapannya, kerana apabila perkataan ini diidhafahkan kepada isim makrifah pun, maknanya masih lagi terlalu umum. Contohnya ayat مَرَرْتُ بِرَجُلٍ مِثْلِكَ. Fokus kita kepada frasa مِثْلِكَ yang bermaksud “seperti kamu.” Frasa “seperti kamu” dikatakan terlalu umum kerana seseorang yang mendengar masih lagi tertanya-tanya, seperti kamu dari sudut apa? Ketinggian, kecerdikan, kesopanan, kemurahan hati? Oleh kerana frasa itu masih tidak mempunyai makna yang terperinci dan tepat walaupun sudah menjadi mudhaf kepada isim makrifah, maka ia dikategorikan sebagai الأَسْمَاء الموغلة في الإبهام. ___ Q3: Bukankah مثل ialah isim jamid. Macam mana boleh jadi sifah? A3: Ini antara perkara yang biasa berlaku dalam bahasa Arab. Perkataan ini boleh jadi na'at walaupun bukan musytaq kerana ia ditakwil menjadi musytaq. Taqdirnya: كنت طالبًا مُمَاثِلًا لك.

Jun 2015. Hari terakhir di Kuliyyat al-Mujtama' al-Arabiy, Amman, Jordan. Saya meminta nasihat daripada guru-guru yang mengajar kami bahasa Arab. Kesemua mereka memberikan nasihat masing-masing. Ada yang mencadangkan untuk membaca novel. Ada yang beritahu kena dengar lagu dan tonton movie Arab. Semua nasihat itu buat saya sebagai seorang pemula dalam bahasa Arab rasa bersemangat dan 'excited' untuk belajar lebih banyak. Iya lah. Tak pernah ke negara Arab, tiada kawan Arab, tak pernah baca banyak bahan berbahasa Arab. Rasa seronok nak jadi Arab itu tinggi. 😂 Tetapi ada satu nasihat daripada salah seorang guru kami Dr. Fadi Khattab, seorang warganegara 'sebelah' Jordan yang membekas di hati saya. Saya tanya, macam mana nak faham bahasa Arab? Beliau jawab, "Baca al-Quran!" Nasihat ini tidak terlalu 'relatable' bagi seorang pemula macam saya. Kenapa kena baca al-Quran? Kebanyakan kita alhamdulillah membaca al-Quran sejak kecil namun masih belum faham dan boleh bercakap dalam bahasa Arab! Beliau jawab, "Dalam al-Quran kamu boleh belajar sebutan dengan betul, baca tulisan Arab dengan betul..." Jawapan itu belum memuaskan hati saya. Namun saya pegang kata-kata itu sehingga hari ini. Walaupun tidak terlalu mengerti maksudnya. Dengan harapan suatu hari nanti saya akan faham. Setelah sedikit sebanyak mempelajari bahasa Arab, saya sedar. Untuk membaca novel, faham cerita Arab, bercakap Arab itu semua amatlah mudah. Semua orang boleh lakukannya jika kena caranya dan sudi peruntukkan masa untuknya. Namun kehebatan bahasa Arab tidak terletak pada semua itu! Kehebatan bahasa Arab itu terletak pada al-Quran al-Karim. Semua ini kita akan sedar apabila kita mula membelek kitab-kitab tafsir al-Quran dan kitab huraian hadis. Kita tak akan betul-betul kecapi keindahan bahasa Arab selagi belum menghayati al-Quran dan tafsirnya. Nasihat buat diri saya sendiri dan para sahabat pelajar bahasa Arab, marilah kita sama-sama tekuni al-Quran al-Karim. Bagi pemula dalam bahasa Arab, letaklah target agar belajar bahsa Arab sehingga dapat menekuni kitab-kitab tafsir al-Quran dan turath para ulama Islam. Ingatlah tujuan asal kita belajar bahasa Arab. Al-Quran, al-Hadith dan memahami kalam para ulama untuk dijadikan panduan hidup. Bukan untuk jadi Arab. Apatah lagi sekadar untuk buat video TT sambil 'miming' lagu Arab yang tak sedap tu. Bukan juga untuk post video 'bergedik' dengan Arab. Jangan angkat orang yang cemarkan bahasa Arab dengan mempromosikan lagu-lagu Arab dan gaya hidup Arab yang bertentangan dengan agama. Walau semasyhur dan siapa pun mereka itu. Percayalah. Ramai dalam kalangan asatizah kita yang lebih dahulu mempelajari bahasa Arab, lebih memahami ammiyyah dan budaya Arab. Mereka boleh saja nak ajar orang ramai maksud setiap perkataan dalam lagu-lagu Arab yang kalian nyanyikan dalam video-video itu. Namun -dengan tawfiq dan hidayah Allah - mereka memilih untuk tidak melakukannya. Kerana bahasa Arab tidak diangkat kerana semua itu.

Dikira sebagai tiada adab dengan Allah dan salah satu bentuk penderhakaan apabila Allah sudah menghilangkan kesusahan seseora
Dikira sebagai tiada adab dengan Allah dan salah satu bentuk penderhakaan apabila Allah sudah menghilangkan kesusahan seseorang, kegusaran, dan juga dukanya, lalu dia berkata: طِلِعْ الأمر سَهْل وَانَا شَايِلْ هَمُّهْ! "Rupanya-rupanya perkara itu mudah saja. Cuma aku yang terlalu risau!" وأَعْطَيْتُ الموضوعَ أكبر مِنْ حَجْمِه "Cuma aku memberikan perhatian yang lebih besar daripada sepatutnya." Kata Abdullah al-Muzani -semoga Allah merahmatinya-, : "Seseorang hamba boleh diuji dengan satu masalah lalu dia berdoa kepada Allah dan Allah mengangkat ujian itu daripadanya. Kemudian syaitan datang dan melemahkan rasa syukurnya dengan membuatkan dia berkata: Sesungguhnya perkara itu lebih mudah berbanding apa yang disangka." Al-Shukr oleh Ibn Abi al-Dunya (13)

🌟 Ok. Latihan. Berdasarkan video ini, macam mana nak cakap, "agak-agaknya demo ni nnurun sapo?" Perkataan Bantuan Agak-agaknya = يَاتَرَى Siapa = مِينْ

"Kamu ni 'menurun' ayah kamu." Macam mana nak cakap dalam dialek Mesir?

Dia tak bagi aku peluang! Nak telan air liur pun tak sempat! Macam mana nak cakap ayat ni dalam bahasa Arab? Lihat: https://vm.tiktok.com/ZMMXt4XGK/

Apa maksud kata-kata الموضوع فيه إنّ, macam mana nak guna dan apa asal usulnya? Lihat: https://www.instagram.com/reel/C53Cw65PBra/?igsh=b2Zpb3dyMDlrcWhm

Frasa مَخْمُوم القَلْبِ Perkataan مخموم ialah isim fa'il bagi fi'il خَمّ - يَخِمّ - خَمّ yang bermaksud 'membersihkan/menyucikan'. Ayat خَمَّ قَلْبَهُ bermaksud نَقَّى قَلْبَه (BM: Dia telah menyucikan hatinya.) Susunan frasa seperti ini dinamakan oleh ahli Nahu sebagai الإضافة اللفظية. Dalam erti kata lain, مخموم القلب bermaksud مخمومٌ قلبُه (BM: Hatinya disucikan). Demikian juga frasa صدُوقُ اللسان bermaksud صدُوقٌ لِسَانُه (BM: Mulutnya sentiasa berkata benar).

Frasa مَخْمُوم القَلْبِ Perkataan مخموم ialah isim fa'il bagi fi'il خَمّ - يَخِمّ - خَمّ yang bermaksud 'membersihkan/menyucikan'. Ayat خَمَّ قَلْبَهُ bermaksud نَقَّى قَلْبَه (BM: Dia telah menyucikan hatinya.) Susunan frasa seperti ini dinamakan oleh ahli Nahu sebagai الإضافة اللفظية. Dalam erti kata lain, مخموم القلب bermaksud مخمومٌ قلبُه (BM: Hatinya disucikan). Demikian juga frasa صدُوقُ اللسان bermaksud صدُوقٌ لِسَانُه (BM: Mulutnya sentiasa berkata benar).