Nota Dialek Mesir Khalif Rizal
Open in Telegram
Blog Dialek Mesir 👉 www.DialekMesir.com IG 👉 instagram.com/KhalifRizal . Ada persoalan? Hubungi saya di @KhalifRizal
Show more6 482
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-10630 days
Posts Archive
Maksud firman Allah ta'ala:
سُقِطَ فِي أَيْدِيهِمْ
🔗 Lihat: https://vt.tiktok.com/ZSYWcjHtL/
Salah satu cara yang orang Mesir gunakan untuk sampaikan maksud 'tak payah mimpilah' ialah:
النُّجُومْ أَقْرَبْ لَك
Terjemahan: Bintang-bintang itu lebih dekat dengan kamu.
Tapi kenapa diorang guna ayat ni?
🔗 Lihat: https://vt.tiktok.com/ZSYGkAh8h/
Salah satu cara yang orang Mesir gunakan untuk sampaikan maksud 'tak payah mimpilah' ialah:
النُّجُومْ أَقْرَبْ لَك
Terjemahan: Bintang-bintang itu lebih dekat dengan kamu.
Tapi kenapa diorang guna ayat ni?
🔗 Lihat: https://vt.tiktok.com/ZSYGkAh8h/
Ini salah satu cara untuk cakap, 'berborak atau bertukar pandangan' dalam bahasa Arab.
Nota:
Cara ini agak formal. Dalam situsi santai, orang Arab akan gunakan fi'il تَحَدَّثَ - يَتَحَدَّثُ atau تَكَلَّم - يَتَكَلَّمُ.
Dahulu mungkin agak sukar untuk kita dapatkan rujukan untuk dialek Mesir dalam bahasa Melayu.
Saya sendiri alami perkara ini masa mula-mula nak belajar dialek Mesir.
Saya tak membesar di negara Arab.
Saya tak bersekolah menengah di negara Arab. Jadi saya tak ada 'unfair advantage' berbanding orang lain dari sudut ini.
Saya mula belajar secara serious pada usia yang sudah agak dewasa. 18 tahun.
Jadi, anda juga boleh. 😊
.
Alhamdulillah sekarang Akademi Dialek Mesir berusaha untuk memudahkan penuntut ilmu dan pencinta bahasa Arab semampu kami.
Kami tak besar, tetapi kami ada. 💪 insyaAllah.
.
Oh ya, nak dapat update pasal cerpen ni, jemput masuk sini.
https://t.me/DialekMesir
Walaupun namanya 'Nota Dialek Mesir' tapi segala update dan konten tentang bahasa Arab (Fusha dan Ammiyyah) saya letak dalam ni. 😂
InsyaAllah Akademi Dialek Mesir akan terbitkan sebuah cerpen dwibahasa Mesir - Melayu pada akhir bulan ini.
Cerpen ini ditulis oleh orang Mesir, berbaris penuh, ada terjemahan bahasa Melayu dan ada audio bacaan oleh penulisnya sendiri.
Share tanda sokongan anda kepada kerja-kerja 'merakyatkan' dialek-dialek Arab oleh Akademi Dialek Mesir. 😊
Selain daripada sebutan, dialek Mesir (dan kebanyakan dialek Arab) juga ada cara tulisnya yang tersendiri.
Ya, cara tulis mengikut dialek.
Jadi, sebaik-baiknya kita tak tulis 'koksey' / 'ikut dan'.
Contohnya, mereka tulis بعدين، bukan بعدن.
Mereka tulis بكتب (baca: bakteb, makna: 'saya sedang tulis') bukan باكتب.
Mereka tulis خلي (baca: khalli, makna: 'let') bukan خلّ.
Dan banyak lagi.
.
Betul, disebabkan ini ialah bahasa pasar, maka tidak ada badan atau organisasi khas yang menentukan bagaimana cara tulis yang benar dan bagaimana yang salah.
Namun, seperti biasa, kayu ukur yang kita gunakan dalam bahasa pertuturan seharian samada Fusha atau Ammiyyah ialah 'kekerapan'.
Sifah tidak didatangkan 'saja-saja' tanpa alasan dalam ayat bahasa Arab. Setiap sifah atau na'at yang diberikan kepada sesuatu perkataan mesti ada alasannya.
Di alam realiti, ia bukan seperti yang disebarkan sesama pelajar di zaman sekolah; "Kalau nak bagi perkataan cukup dalam soalan karangan, datangkan sifah banyak-banyak."
Shortcut untuk Menguasai Bahasa Arab : Wujudkah?
.
1. Straight to the point.
Jawapannya, "ada" dan "tiada".
2. Kita mulakan dengan, "tiada" dulu. Supaya sesiapa yang taknak baca sampai habis, dapat point penting ni sebelum dia scroll. 😆
Jika yang dimaksudkan dengan 'shortcut' ialah dengan melangkau sesetengah topik asas dan hanya belajar bahagian yang senang saja maka jawapannya, "tak ada".
Jika ada yang mendakwa boleh langkau topik-topik asas atau hanya perlu belajar perkataan sedikit sahaja.
Jangan percaya.
Kita tak boleh langkau mana-mana topik asas.
Kita tak boleh kurang vocab.
Untuk capai tahap penguasaan minima, semua orang kena lalui topik-topik dan kosa kata asas ini.
Cubaan untuk mencari tips dan 'shortcut' supaya tak perlu belajar topik-topik asas ini hanya sia-sia.
2. Namun! Kalau nak shortcut dan 'cepat' juga, seseorang yang nak belajar bahasa Arab boleh jimatkan masa dia dengan cara:
- Tak buang masa mencari shortcut. ('Cliche' kan?)
- Tak buang masa minta tips di sana sini.
- Pilih modul yang sesuai dengan keperluan.
- Fokus kepada satu modul itu sampai habis.
Apa yang saya perhatikan, sebahagian pelajar bahasa Arab yang masih lagi di peringkat 'pengukuhan asas', namun bersemangat menyertai banyak modul dalam satu masa yang sama.
Akhirnya, berhenti di tengah jalan.
Tak tamatkan mana-mana modul kerana 'overwhelmed' dengan bahan pembelajaran yang terlalu banyak dan mencapah.
.
Sahabat,
Pengukuhan asas yang diperlukan dalam mempelajari bahasa Arab sama sahaja dan tidak pernah berubah.
Apa yang membezakan antara sesuatu modul dengan yang lain ialah:
- Bentuk persembahan.
- Susunan keutamaan topik yang dipelajari. Yang mana dulu, yang mana kemudian (ini amat penting).
- Cara penerangan.
- Kualiti dan kuantiti latihan yang diberikan.
Semua modul ada kekuatannya yang tersendiri.
Kepelbagaian modul ini bagus untuk meraikan individu daripada pelbagai latar belakang, personaliti dan kecenderungan peribadi yang berbeza-beza.
.
Jadi, jangan melompat-lompat.
Pilih saja mana-mana modul yang dah terbukti ramai orang berjaya.
Pilih modul yang lengkap. Cover daripada awal sampai habis peringkat asas. Barulah tak pening kepala nak sambung belajar di apa selepas itu.
Jangan pilih yang viral sahaja.
Jangan pilih yang 'rasa' dan 'nampak' mudah sahaja.
.
Jika di Malaysia, saya cadangkan sertailah:
1. KBA Aljahiz.
2. Bahasa Arab Madinah.
Mana-mana yang sesuai dengan saudara sertailah. Apa yang penting; buat sampai habis!
.
Habis peringkat asas, jangan buang masa.
Banyakkan praktis.
Banyakkan latihan.
Biasanya selepas peringkat asas ini, antara cabaran yang dihadapi pelajar bahasa Arab ialah;
- Penguasaan kosa kata.
- Penguasaan uslub ataupun struktur ayat bahasa Arab.
.
Semua ini kita boleh dapat melalui banyak membaca. Apa sahaja bahan bacaan pun boleh. Asalkan kena caranya.
Namun kita boleh lalu 'shortcut' dan jimatkan masa dengan cara:
- Lalui bahan bacaan secara berperingkat.
- Pastikan bahan bacaan tidak terhad kepada satu bidang sahaja.
- Tahu bahagian mana yang perlu diberikan perhatian.
- Kaitkan apa yang sedang dibaca dengan aturan-aturan Nahu dan Sorof yang telah dipelajari.
- Latih tubi dan ulang banyak kali apa yang dipelajari.
Inilah yang kami sedang usahakan di Zaad.
Di Zaad, bahan bacaan tidak terhad kepada satu bidang sahaja. Teks untuk dipelajari telah dipilih dengan teliti. Peserta diberitahu bahagian mana yang perlu diberikan perhatian dan kuiz latihan yang bertimbun-timbun untuk peserta buat berulang-ulang kali sampai ingat dengan lumat apa kosa kata dan uslub yang dia dah belajar.
Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.
.
Ingat, kuasai asas dahulu. Lalui dan pelajari semua topik asas. Kemudian tambah kosa kata dan pendedahan kepada pelbagai struktur ayat bahasa Arab.
Guna apa-apa modul pun tak apa. Tulisan ini hanya cadangan sederhana daripada saya.
All the best!
.
Dah settle tahap asas? Jangan buang masa! Tambah vocab dan kuasai uslub dengan Zaad!
Layari: https://zaad.my
Boring?
Mari hafal satu pepatah Mesir ni:
اللِّي يِشُوفْ بَلَاوِي النَّاسْ
تِهُونْ عليه بَلْوِتُه
"Sesiapa yang melihat ujian yang menimpa orang lain, akan terasa ringan apa yang menimpanya."
Zaad ialah aplikasi 'one-stop' yang memberi fokus kepada penguasaan teks Arab.
Apa sahaja yang berkaitan dengan topik penguasaan teks bahasa Arab akan disentuh.
Sebagai pelajar bahasa Arab, apa features atau fungsi yang saudara saudari nak ada dalam Zaad?
Dah habis belajar Nahu Sorof tapi rasa masih susah nak faham teks Arab?
Rasa macam dah nak give up belajar bahasa Arab?
Baca ini.
.
Mungkin ini yang anda perlukan.
Fokus utama kita dalam mempelajari bahasa Arab ialah bahasa Arab Fusha.
Dialek Mesir, Saudi, Kuwait, Syria, bahasa Maqoli, Suryani, mahupun bahasa semut itu bonus.
Kalau tahu takpa.
Tak tahu pun tak kurang apa-apa.
Tapi masalah yang kebanyakan kita hadapi bila kita sudah selesai pelajari asas Nahu Sorof ialah kurang praktis!
Habis belajar tu, kita ingat bila buka mana-mana kitab kita dah boleh faham.
Rupanya tak!
.
Kita banyak lupa vocab.
Nak membaca, tapi tak tahu nak baca apa.
Tak berpandu.
Kita pilih bacaan secara random.
Tak ikut tahap.
Buka kitab, banyak perkataan yang tak faham daripada yang faham.
Kesannya, itulah kali terakhir kita buka kitab tu.
Kesannya lagi, kita tak ada mood nak praktis bahasa Arab!
Kesannya lagi, pengetahuan kosa kata kita tak seimbang antara bidang.
Kesannya lagi, kita hanya tahu kosa kata dalam satu bidang tertentu sahaja.
Bila baca bidang lain, kita seolah-olah sedang membaca teks daripada buku yang bukan berbahasa Arab!
Hanya sepatah dua sahaja yang dah pernah jumpa dan boleh difahami!
Ada ketika juga, kita jumpa ayat yang kita tahu makna setiap perkataan di dalamnya.
Namun apabila semua itu bergabung dan berada dalam susunan atau struktur tertentu, kita cuba terjemah tapi tak menjadi!
Maksudnya tak boleh difahami!
.
Jangan gundah kalau itu semua ialah salah satu situasi yang saudara sedang hadapi.
Semua situasi yang saya sebutkan di atas ialah apa yang saya sendiri pernah alami sebagai seorang pelajar bahasa Arab yang belajar dari kosong!
Saya percaya, sesiapa sahaja yang belajar bahasa Arab pasti pernah lalui situasi yang saya sebutkan tadi.
Ini bukan sesuatu yang perlu dimalukan.
.
Alhamdulillah.
Awal tahun ini, saya antara orang paling gembira apabila dapat tahu bahawa ada satu mobile app akan dibina untuk selesaikan masalah ini.
Zaad dot my.
Di Zaad, bahan bacaan sudah terpilih dan disusun mengikut peringkat.
Sesiapa yang menamatkan silibus Zaad, bererti dia telah melalui pembelajaran teks penceritaan aras biasa, teks aras tinggi, teks media dan juga teks turath!
Saya bertambah gembira apabila dapat tahu yang Ustaz Ashafizrol Ab Hamid yang diamanahkan untuk menyusun modul Zaad.
Anda pernah baca buku Huraian Matan Al Ajurrumiyyah versi jawi (kulit warna biru) itu? Pernah baca buku-buku bahasa Arab terbitan Alasfiyaa?
Mudah faham kan?
Ya. Beliaulah yang menyusun modul Zaad ini. Hafizahullah.
Pembelajaran di aplikasi Zaad ni banyak aktiviti. Saya mungkin tak boleh nak sebut semua kat sini. Boleh rujuk sendiri nanti.
Cuma, bagi saya secara peribadi, bahagian yang paling penting ialah bahagian kuiz!
Kuiz-kuiz ini dahlah banyak.
Simple.
Boleh ulang banyak kali.
Boleh buat kuiz melalui telefon je.
Kat mana-mana boleh buat.
Dia nak train kita untuk ingat mufradaat dan uslub ayat dengan mudah.
Ini bukan mufradaat kitaabun, qalamun, qamiisun tu tau! 😆
Ini mufradaat tahap-tahap power punya. Tapi belajar secara santai dan interaktif.
Alah macam yang adik-adik kita nak buat lesen kereta tu!
Diorang buat latih tubi dekat apps supaya lulus dan dapat lesen tanpa sedar!
Itulah yang Zaad nak buat.
Baca pelajaran, dengar dan buat saja latihan kuiz banyak kali.
Tahu-tahu dah ingat banyak mufradaat dan uslub!
Berminat? Nak tengok details?
✅ Klik sini: zaad.my
Apabila ingin mulakan sesuatu, disiplinkan diri untuk ikut Kaedah 100.
- Baca 100 muka surat buku bahasa Arab.
- Hafal 100 kosa kata.
- Tulis 100 ayat.
- Ulang apa yang ingin dihafal 100 kali.
- Tonton video bahasa Arab 100 jam.
- Bercakap dalam bahasa Arab 100 jam.
Ulang apa sahaja yang kita ingin capai 100 kali, insyaAllah akan dapat lihat hasilnya.
عندما تبدأ، كرّسْ نفسَك لقانون الـ 100.
- اقرأ 100 صفحة من الكتب العربية.
- احفظ 100 كلمة.
- اكتب 100 جملة.
- كرر ما تريد حفظه 100 مرة.
- شاهد 100 ساعة من المقاطع العربية.
- تحدث باللغة العربية لمدة 100 ساعة.
كَرِّرْ أي شيء تريد تحقيقه 100 مرة، وبإذن الله ستحصل على النتائج.
