en
Feedback
Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Nota Dialek Mesir Khalif Rizal

Open in Telegram

Blog Dialek Mesir 👉 www.DialekMesir.com IG 👉 instagram.com/KhalifRizal . Ada persoalan? Hubungi saya di @KhalifRizal

Show more
6 482
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-10630 days
Posts Archive

Burung Ababil? Kita mesti kita pernah dengar 'nama burung' ni kan? Raihan dulu pernah ada nasyid tajuk 'Ababil' 😊 🔗 Lihat: https://vt.tiktok.com/ZS283nQGt/

Apa pendapat rakan-rakan tentang sosial media khas untuk belajar bahasa Arab? Konsepnya sama macam sosial media yang lain, cuma yang ini fokus kepada pembelajaran bahasa Arab. Dalam tu ada semua berita terkini, trending, sukan, resepi masakan, review gadget yang dalam bahasa Arab, kita sediakan terjemahan per kata dan keluarkan uslub. Amacam? Ada yang berminat?

Jangan sebut bahasa Arab FushaH! 🥲 🔗 Lihat: https://vt.tiktok.com/ZS28kRcc8/

Apa penggunaan lain untuk perkataan خفيف? Macam mana penggunaan perkataan خفيف dalam simpulan bahasa Arab? 🔗 Lihat: https://vt.tiktok.com/ZS2RgTCfb/

Banyak uslub dan aturan yang berulang dalam bahasa Arab. Ini ialah fokus kita di Zaad.my Kita tekankan unsur kekerapan. Apa y
Banyak uslub dan aturan yang berulang dalam bahasa Arab. Ini ialah fokus kita di Zaad.my Kita tekankan unsur kekerapan. Apa yang kerap, apa yang penting, itu yang diutamakan. Yang terlalu ganjil kita belajar kemudian. 😁 Tapi, walaupun kita kata uslub dan perkataan itu kerap digunakan oleh orang Arab, boleh jadi kita belum pernah jumpa atau jarang jumpa. Di sinilah peranan Zaad. 😊 Tak perlu susah-susah cari sendiri di peringkat permulaan ini. Baca dan buat kuiz berulang-ulang kali. InsyaAllah semua uslub dan aturan akan lebih mudah diingati!

Apa asal usul uslub لَا قِبلَ لَهُ بِهَذَا العمل? 🔗 Lihat: https://vt.tiktok.com/ZS2JRsA2h/

Apa makna lain untuk perkataan ضرب? 🔗 https://vt.tiktok.com/ZS21SfKn9/

Zaad.my menekankan konsep pengulangan. Setiap teks mengandungi pelbagai mufradaat dan uslub yang kerap digunakan oleh orang Arab. Selepas membaca teks dan berlatih menterjemah sendiri menggunakan panduan yang diberikan, peserta boleh ulang kuiz berkali-kali. Setiap kali ada masa lapang, buat kuiz. Ada masa lapang, buat kuiz. InsyaAllah, lama kelamaan semua mufradaat, uslub dan aturan Nahu Sorof itu akan melekat 'dalam kepala' kita! ⚡️Layari: www.zaad.my untuk maklumat lanjut.

Memang sangat ramai orang Arab sendiri (sebahagian guru dan penulis kitab) berikan perkataan قاضٍ sebagai contoh tanwin 'iwadh an harf. Bukan salah kita orang Melayu. Hehe. Kita cuma nak menumpang ilmu mereka. Ini sejak zaman al-Sobban lagi. Semasa ta'liq ke atas syarahan al-Ashmuni: "وتنوين التمكين: كرجلٍ وقاضٍ". Beliau (al-Sobban) rahimahullah kata: ومثّلَ بـ"قاضٍ" دفعًا لتوهم أن التنوين عوض عن الياء المحذوفة لفساده بثبوت التنوين مع الياء في النصب".

Apakah jenis tanwin pada perkataan seperti سارٍ, قاضٍ dan مُحَامٍ? Adakah ini tanwin al-iwadh? (Nota: Topik ini agak teknikal. Seseorang itu boleh sahaja mahir bercakap dan membina ayat bahasa Arab dan tidak mengetahui perkara ini. Pengetahuan dalam topik Ini tidak menjejaskan kemahiran berbahasa Arab seseorang.) Tersebar secara meluas, dalam kalangan orang Arab (dan bukan Arab) tanggapan bahaqa tanwin pada perkataan seperti مُحَامٍ, قاضٍ، سارٍ ialah tanwin al-'iwadh. Menurut tanggapan ini, tanwin ini menggantikan yang menggantikan huruf ya' yang dibuang. Sebenarnya, tanwin pada perkataan-perkataan ini ialah tanwin al-tamkin. Iaitu tanwin yang menandakan perkataan itu ialah isim. Sama seperti tanwin pada perkataan كتابٌ, قلمٌ dan lain-lain. Ini dinyatakan secara jelas (bil-harf) oleh Al-Ashmuni ketika beliau menghuraikan bait al-Man' min al-Sorf oleh Ibn Malik. Tanwin al-Iwadh hanyalah untuk isim-isim manqus yang mamnu' min al-sarf sahaja. Sebab itu ketika membincangkan perihal tanwin al-iwadh di awal Alfiyyat Ibn Malik, kesemua pensyarah Alfiyyah memberikan contoh daripada isim-isim manqus yang berada atas wazan sighat muntaha al-jumu'. Contoh-contoh yang selalu dibawakan: غواشٍ, جوارٍ, ليالٍ. Kesemuanya berada atas bongkah sighat muntaha al-jumu'. . Berbalik kepada perkataan seperti سارٍ, mengapa dikatakan tanwin itu ialah tanwin al- tamkin? Untuk memahami perkara ini, kita kena sedar bahawa tanwin itu sendiri bukanlah fathatain, dhammatain mahupun kasratain. Tanwin secara umum ialah huruf nun berbaris sukun yang berada di akhir isim dalam bentuk sebutan dan tidak pada tulisan. Daripada sini, kita lihat proses yang berlaku pada perkataan سارٍ sebagai contoh: 1. Perkataan سارٍ asalnya ialah سارِيٌ / سارِيُنْ. Perhatikan: tanwin ialah nun pada akhir isim ini. 2. Kemudian dhammah dibuang lil-takhfif. Tinggal: سَارِيْنْ. 2. Kemudian berlaku iltqa sakinain. Huruf يْ dibuang. Terjadilah سَارِنْ atau lebih tepat ditulis سارٍ. Lihat, huruf نْ tanda tamkin (sejak dari awal) itu masih ada! Jadi tanwin itu ialah tanwin tamkin. Bukan tanwin 'iwadh. . Namun seperti yang saya nyatakan tadi, topik ini tidak wajib diketahui semua orang. Jika tahu, bagus. Jika tidak, cukuplah kita tahu bahawa alamat al-'i'rab bagi perkataan-perkataan ini ialah: 1. Dhammah dan kasrah muqaddaratain. Tulis dhammah ketika marfu' dan kasrah ketika majrur. 2. Fathah zahirah. Tulis fathah ketika mansub.

Apa maksud lain bagi perkataan وَرَاءَ? 🔗 Lihat: https://www.facebook.com/share/v/XUgfGX61jV3MmLjs/?mibextid=WC7FNe