The POWER of REZEKI ILAHIā¤ļø
Open in Telegram
1 823
Subscribers
No data24 hours
-47 days
-2330 days
Posts Archive
Repost from Sharing by NFAM
KENAPA KEMATIAN AKIBAT VAKSIN āSANGAT RAREā?
Sebab ia tidak dibenarkan untuk diklasifikasi sebagai kematian vaksin.
Ini benda yang ramai orang tak tahu ; malah sebahagian petugas kesihatan sendiri pun tak pernah semak.
Sejak 1979, bila sistem pengkodan kematian antarabangsa (ICD) dikemas kini,
-SEMUA kod yang pernah wujud untuk āvaccine-induced deathā telah dibuang.
Ya, dibuang.
Dihilangkan.
Padam dari sejarah.
Jadi bila bayi meninggal beberapa jam atau hari selepas suntikan, laporan bedah siasat TIDAK dibenarkan meletakkan punca sebagai āvaccine reactionā.
Sebaliknya, ia akan dipakaikan label lain:
-SIDS ā Sudden Infant Death Syndrome
-SUIDS ā Sudden Unexpected Infant Death
-Suffocation-other
-Atau apa-apa istilah selamat yang tidak menyentuh vaksin langsung
Walaupun masa kematian itu berlaku tepat selepas suntikan.
Dan kemudian orang akan kata:
āVaksin selamat sebab jarang sangat ada kematian.ā
Ya ; jarang, sebab sistem memang direka supaya kematian itu tidak dikira sebagai akibat vaksin walaupun selang masanya jelas mencurigakan.
Ini macam kau buang semua kategori āpenyakit hatiā, lepas tu umumkan:
āBagus! Sekarang dah tak ada penyakit hati dalam dunia!ā
Logik apa?
Soalan yang kita WAJIB tanya ;
1.Kalau vaksin terlalu selamat, kenapa perlu buang kod kematian vaksin dari ICD?
Kalau sesuatu benar-benar selamat, ia tak perlu dilindungi dengan manipulasi sistem pengelasan.
2.Apa motif menukar punca kematian walaupun timing sangat berkait?
Siapa yang untung bila statistik ākematian akibat vaksinā kekal kosong?
3.Bila punca sebenar ditutup, macam mana ibu ayah nak dapatkan keadilan?
Bayangkan anak meninggal ; kemudian alasan diberi:
āSebab tak diketahui.ā
Padahal sehari sebelum itu anak sihat, cuma pergi cucuk.
Orang akan kata kita paranoid.
Tapi siapa sebenarnya yang paranoid⦠sampai perlu padamkan kod dari manual kematian?
Sains tidak takut kepada data.
Hanya industri yang ada risiko kerugian besar akan takut.
Sebelum kau percaya naratif āvaksin selamat, kematian sangat jarangā,
tanya dulu:
Adakah jarang⦠atau memang disembunyikan daripada dicatat?
Selamat berfikir. Share serata alam supaya lebih ramai dapat berfikir.
#sharingbynfam #awakening #tolakvaksindenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1CxttTSAF2/?mibextid=wwXIfr
Salam 11 Syawal 1447h ā¤ļø
⨠SEDANG BERLANGSUNG BACAAN ASMAUL HUSNA
šJOM AZAM HADIR DAN SEBARKAN PADA SAHABAT YANG LAINāŗļø
Moga Allah makbulkan segala hajat dan dberi kebaikan serta keberkatan buat kita semuaš¤²
Tekan butang JOIN sekarang d channel t.me/RahsiaRezekiILAHI
"Tiada Urusan Dunia Seketika "
šæ TADABBUR DI USIA SENJA (63 TAHUN KEATAS) & PERSEDIAAN PULANG KEPADA ALLAH
Apabila usia memasuki 50, 60 atau 70 tahun, itu tanda Allah sedang memberi isyarat lembut:
> āHidupmu di dunia semakin hampir ke penghujung.
Gunakanlah sisa umur untuk mendekat, bukan menjauh.ā
Kerana hakikatnya:
Duit tak dibawa mati,
Rumah megah tidak masuk ke liang lahad,
Pujian & kecaman manusia tidak ikut ke alam barzakh.
Yang dibawa hanya solat, zikir, sedekah, taubat dan amal soleh.
š 1. Rehatkan diri daripada mengejar dunia
Pada umur ini, bukan lagi masa untuk berlumba-lumba mengumpul harta.
Rasulullah SAW bersabda:
> āJadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau musafir.ā
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dunia tempat singgah. Akhirat tempat tinggal selamanya.
Biarlah rezeki anak-anak diurus Allah.
Biarlah mereka berdikari.
Tugas kita sekarang: jaga hati, jaga ibadah, jaga akhirnya.
---
šæ 2. Nikmati sisa umur dengan tenang & bersyukur
Jika Allah beri kesempatan:
Nikmati secawan kopi pagi sambil berzikir.
Berjalan perlahan sambil melihat ciptaan Allah.
Berborak dengan rakan-rakan dengan hati ringan.
Tidur awal, bangun awal, solat dengan lebih khusyuk.
Ini bukan kemewahan ā ini hadiah usia senja.
Rehat itu ibadah jika mendekatkan diri kepada Allah.
---
š 3. Jangan terlalu risau masa depan
Ramai tua bukan kerana usia, tetapi kerana beban fikiran.
Padahal Allah sudah sebut:
> āJanganlah kamu bersedih dan janganlah kamu berdukacitaā¦ā
(Ali Imran: 139)
Masa depan yang paling pasti ialah kematian, bukan dunia.
Lalu kenapa risau apa yang bukan milik kita?
---
šæ 4. Amalan yang paling penting sebelum mati
Bagi orang yang sudah berumur, fokus ini lebih utama:
āļø Jaga solat
Ia adalah amalan pertama dihisab.
āļø Perbanyak istighfar
Ia melapangkan hati dan memudahkan sakaratul maut.
āļø Sedekah walaupun sedikit
Sedekah adalah saham yang terus hidup selepas mati.
āļø Maafkan orang & lepaskan dendam
Bersihkan hati sebelum bertemu Allah.
āļø Banyakkan zikir:
La ilaha illallah
Astaghfirullah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar
āļø Baca al-Quran setiap hari walau satu muka
Quran menjadi cahaya dalam kubur.
---
š 5. Jangan terlalu berharap pada anak-anak
Yang berbakti akan tetap berbakti.
Yang tidak ā biarkan saja, serahkan kepada Allah.
Usia senja ialah masa untuk:
Menjaga maruah diri,
Menjaga kesihatan,
Menjaga ibadah,
Menjaga jiwa daripada kecewa.
Anak-anak ada ujian masing-masing.
Kita juga ada perjalanan pulang yang jauh lebih penting.
---
šæ 6. Bahagiakan diri ā kerana hati yang gembira memudahkan kematian yang tenang
Hidup ini singkat.
Jika hari sudah berlalu, itu tanda umur telah berkurang satu hari.
Jika hari itu dilalui dengan bahagia, maka kita untung satu hari.
Kata ulama:
> āSebaik-baik persediaan sebelum mati ialah hati yang tenang dalam ketaatan.ā
---
š Amalan penting menjelang akhir hayat
āļø Duduk bersahabat dengan masjid
Walaupun hanya datang untuk solat atau duduk sekejap.
āļø Jaga hubungan dengan keluarga & jiran
Bina ukhuwahākerana doa mereka menjadi cahaya di kubur.
āļø Sediakan wasiat & sedekah jariah
Supaya bila kita menutup mata, pahala terus berjalan.
āļø Banyakkan membaca 3 surah ini:
Al-Mulk ā pelindung kubur
Yasin ā penenang hati
Al-Waqiāah ā pencetus tawakal akan rezeki
---
š Kesimpulan Tadabbur
Hidup ini bukan semakin tua ā
tetapi semakin hampir dengan Allah.
Maka:
Tenangkan diri.
Ringankan beban.
Hidupkan zikir.
Perbanyak amal.
Berbahagialah.
Kerana nanti, bila mata tertutup buat selamanya,
kita hanya ingin satu perkara:
āYa Allah, matikan aku dalam husnul khatimah.ā
https://ftrexclusive.shop/order/form/ebookdzar/ct240386
Repost from Sharing by NFAM
Ada satu perkara yang selalu buat saya terdiam bila baca komen mak-mak ni kadang..
1.Mereka sendiri pernah alami sesuatu selepas ambil rawatan tertentu ketika dewasa; contoh terkesan selepas cucuk vaksin Covid.
Mereka rasa perubahan, mereka rasa sakit, mereka rasa tak serasi ;
sampai akhirnya mereka berkata,
āCukuplah, aku tak nak ulang dah.ā
2.Tapi bila bab anakā¦
sikap itu tiba-tiba hilang.
Ada yang tetap teruskan semua keputusan tanpa semak, tanpa fikir panjang,
seolah-olah apa yang mereka lalui sendiri itu tak memberi apa-apa pengajaran.
3.Sedangkan bezanya besar:
dewasalah yang boleh cakap āaku tak sihatā.
bayi hanya mampu menangis.
Dan tangisan itu pun selalu disalahfahamkan sebagai perkara lain ;
lapar, penat, panas, angin semata.
Jarang sekali kita tengok mak ayah yang benar-benar berhenti dan bertanya:
āKenapa dia asyik tak selesa sejak hari itu?ā
4.Kita bukan nak menuduh apa-apa.
Tapi kita nak ajak mak ayah lebih cakna,
lebih memerhati,
lebih jujur dengan perubahan anak sendiri.
Sebab kalau diri kita yang dewasa boleh rasa beza,
apatah lagi tubuh kecil yang tak mampu bersuara.
5.Kadang-kadang bukan mak yang tak sayangā¦
cuma kita terlalu biasa ikut arus
sampai tak sempat duduk dan fikir apa sebenarnya berlaku.
6.Yang paling saya risau ialah bila kita jadi selfish tanpa sedar;
kita nak tubuh kita dilindungi,
kita nak diri kita selamat,
tapi kita tak bagi ruang sama untuk anak kecil
yang sebenarnya paling berhak kepada perlindungan itu.
7.Hakikatnya,
anak pun ada hak.
Hak untuk membesar dengan tubuh yang kita jaga sebaik mungkin.
Hak untuk kita buat keputusan dengan ilmu,
bukan sekadar ikut apa yang telah lama berjalan.
8.Jadi bukan soal āambik atau tak ambikā.
Soalnya ;
kita benar-benar ambil tahu atau tidak?
kita benar-benar peka dengan perubahan anak atau tidak?
Anak tak boleh cakap.
Tapi kita yang dewasa wajib menjadi suara dia.
Jadilah pelindung untuk anak-anak kita,pemangkin generasi akan datang.
#sharingbynfam #awakening #tolakvaksindenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/v/14MCGJg3epw/?mibextid=wwXIfr
Salam 10 Syawal 1447h ā¤ļø
⨠SEDANG BERLANGSUNG BACAAN ASMAUL HUSNA
šJOM AZAM HADIR DAN SEBARKAN PADA SAHABAT YANG LAINāŗļø
Moga Allah makbulkan segala hajat dan dberi kebaikan serta keberkatan buat kita semuaš¤²
Tekan butang JOIN sekarang d channel t.me/RahsiaRezekiILAHI
"Tiada Urusan Dunia Seketika "
Repost from Sharing by NFAM
Yang cakap besar ni mungkin tak pernah berada di situasi sebenar.
Tak pernah dengar ayat daripada pakar sendiri
ākami tak ada rawatan untuk anak puan, kita hentikan appointment ya.ā
Ayat tu bukan teori.
Itu ayat yang aku dengar dengan telinga sendiri.
Dan sampai sekarang, ayat tu masih terngiang-ngiang.
Jadi tolonglah diam dari asyik meratib
āsakit jumpa doktor, sakit jumpa doktor.ā
Ingat doktor tu Tuhan ke
yang boleh selesaikan semua masalah?
Hakikatnya, ada benda mereka sendiri pun tak ada jalan.
Bukan sebab mereka jahat.
Tapi sebab ilmu manusia memang ada batas.
Bila sampai ke tahap itu,
apa pilihan yang ada?
Alternatiflah.
Dan ya, dengan cara alternatiflah anak aku makin ok.
Bukan makin teruk.
Kalau aku ikut sahaja saranan yang konon āstandardā,
besar kemungkinan anak aku lagi sakit daripada sekarang.
Jadi tolong reti bahasa sikit.
Kami bukan anti hospital.
Kami pergi bila perlu.
Kami tak menolak rawatan.
Tapi bila ada cara alternatif
yang lebih selamat
yang kurang kesan sampingan
yang tubuh anak boleh terima
kenapa tidak?
Janganlah sempitkan fikiran
seolah-olah nak sihat ni ada satu jalan je.
Hormatilah cara orang.
Raikan perbezaan.
Doktor bukan Tuhan.
Mereka manusia biasa, macam kita juga.
Kita hormat ilmu mereka tapi tak semestinya sentiasa betul 100%.
Tetap terbatas.
Taksub itu yang bahaya.
#sharingbynfam #awakening #tolakvaksindenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/17HnEEhmPY/?mibextid=wwXIfr
