Coach Yana LKO
Open in Telegram
3 920
Subscribers
No data24 hours
-77 days
-3530 days
Posts Archive
3 920
Jemputan Santai: "Intermittent Fasting: Manfaat dan Risiko"
Hey semua! Ada ke yang nak tahu cara mudah dan berkesan untuk turunkan berat badan dan tingkatkan kesihatan? Jom boleh join sesi santai sihat pagi ni :
Intermittent Fasting: Manfaat dan Risiko
Tarikh: 21 May 2024
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Online Zoom
Apa yang Akan Kita Bincangkan:
- Apa itu Intermittent Fasting dan cara ia berfungsi.
- Manfaat kesihatan yang boleh anda capai.
- Risiko yang perlu diambil kira.
- Tips mudah untuk memulakan IF dengan selamat.
Kenapa Anda Perlu Join:
- Dapatkan fakta saintifik dengan cara yang mudah difahami.
- Panduan praktikal yang boleh terus dipraktikkan.
Klik link bawah ni untuk join!
https://us06web.zoom.us/j/84462732329?pwd=COB2Lfhgzgnam3mR6zCACtb4BHPgOp.1
Jumpa anda 9.30 pagi nanti
Jom santai sihat!!
3 920
Ada satu trik paling senang nak mula turunkan berat yang biasanya kalau Yana advise pada coachee Yana, bila diorang start je buat benda ni, memang akan laju turun berat.
Iaitu kurangkan makan PROCESSED FOOD 🍫🍬🍩🍪🍕🍟🌭🍔
Memang laju je turun lepas tu, sebab processed food ni memang tinggi kalori, dan lagi dasyat ianya akan buat kita rasa macam ketagih, nak makan dan makan lagi.
So bila kurangkan memang senang nak jaga makan lepas tu, dan senang nak turunkan berat.
Boleh start cuba hari ni ye 😊😊 All the best.
Yang ikhlas
Coach Yana
3 920
TIPS NAK START KURUS DENGAN MUDAH
Fokus 2 benda ni je dulu
1. Kurangkan makan sedikit
2. Start buat aktiviti senaman
Nak turunkan berat memang tu je cara dia 😊 takde rahsia takde magic.
Cuba kurangkan pengambilan makanan kita berbanding biasa. Nasi tu kurangkan separuh, yang kuih2 pon kita kurangkan, dan tukar minum air kosong je.
Untuk senaman cuba buat aktiviti yang senang dulu, macam berjalan je ke, yang penting konsisten contohnya setiap hari jalan 30 minit.
Kunci dia KONSISTEN. Tapi tula cabaran nak konsisten yang ramai rasa susah.
Tapi kalau kita ada enviroment yang betul memang lebih mudah. Contohnya kalau kita ada kawan2 yang nak turun berat sekali, boleh support each other kalau rasa nak cheat tu 😊
Ape pon all the best k 😁 Yana percaya anda boleh!!
Yang ikhlas,
Coach Yana
p/s: program coaching bersama Yana dah dibuka pendaftaran. Memang best program ni, kalau berminat nak join boleh pm Yana di 0122755456
3 920
2 kesilapan yang Yana tengok ramai buat bila nak mula kuruskan badan
❌ Terlalu fokus pada senaman
❌ Buat perubahan terlalu drastik
Yang sepatutnya kita fokus pada pemakanan, ramai je yg Yana jumpa tak sempat nak bersenam tapi boleh berjaya kurus
Perubahan pon tak boleh terlalu drastik, kena ubah sikit2. Takut nanti badan terkejut, kita pon rasa susah buat and senang give up
Harap membantu k
P/s : kalau ada yang nak FREE Consultation dengan Yana, Yana nak bantu korang check pemakanan, kalori harian, kalau ada apa2 cabaran pon Yana boleh cuba bagi suggestion nak kena buat apa, if ada nak tanya ape2 pon boleh, boleh set zoom meeting dgn Yana k kt sini : https://app.simplymeet.me/coachyana/turunberat
Slot tak banyak tau ❤️
3 920
BEBERAPA TIPS NAK TURUN BERAT….
1. Kalau berat tak turun tapi ukuran inci badan menurun, maksudnya anda tengah turun lemak tapi otot maintain / naik, which is sangat bagus
2. Berat kita tak selalunya akan sentiasa turun je, kadang naik, kadang turun, tu normal dalam nak turunkan berat
3. Kalau boleh buat weight training memang lagi bagus, lagi laju nak turunkan berat
4. Kita tak boleh buat “spot reduction”. Contohnya kita tak boleh target nak turun kat peha je, sebab bukan macam tu sistem badan kita berfungsi
5. Proses nak turunkan berat ni memang mengambil masa, selalunya lebih dari yang kita jangkakan.
6. Sebab tu penting untuk konsisten, dan tahu goals kita supaya kita tak mudah give up
All the best tau 😁 Saya percaya awak boleh buat. You can do it 😍😍
Yang ikhlas,
Coach Yana
3 920
Sekali makan tak mengemukkan kita. Tapi kalau terkumpul bad habits kita tu, 1 bulan, 2 bulan, beberapa tahun, sedar2 baju kita banyak yang tak muat dah.
Badan pon rasa tak bertenaga, cepat penat. So kena buat sesuatu.
Kalau kita biarkan je, makin hari akan semakin teruk nanti. Buat keputusan untuk berubah.
Semuanya bermula dengan DECISION 😁
You can do it!! Yana percaya sangat anda boleh 🥹🥹
3 920
PEANUT BUTTER UNTUK BANTU KURUS
Peanut butter memang antara salah satu tools yang memang Yana akan rekemen untuk bantu turunkan berat.
Bagi Yana, peanut butter ni rasa dia memang sedap, dan antara lagi kelebihan peanut butter ialah :
❤️ Bagi rasa kenyang yang tahan lama
❤️ Tinggi protein dan lemak sihat
❤️ Mengandungi macam2 nutrien yang menyihatkan
❤️ Stabilkan gula dalam darah
❤️ Buat kita rasa lebih bertenaga
❤️ Tingkatkan kadar metabolisme
Tapi syarat dia kena pilih peanut butter yang kosong, takde dicampur gula dan garam berlebihan. Banyak dah sekarang brands yang memang zero sugar.
So cuba masukkan sekali peanut butter dalam meal plan korang, memang membantu sangat untuk turunkan berat 😁
Harap membantu ye dan sila share jika bermanfaat ❤️❤️
Yang ikhlas,
Coach Yana
p/s : Yana nak guide lagi 3 wanita yang nak turunkan berat bulan ni. Boleh PM yana di 0122755456 ye 😊
3 920
Yana ada buat survey ni antara beberapa cabaran yang buatkan ramai rasa susah nak turunkan berat
1. Susah nak kawal rasa lapar
2. Motivasi cepat berubah, sekejap semangat tapi lepas tu kurang semangat
3. Masalah persekitaran, pengaruh dengan pasangan dan kawan2
4. Masalah hormon
5. Ada masalah kesihatan
So ni antara beberapa perkara yang ramai bagi feedback sebab2 diorang rasa susah nak kurus
4 daripada 5 tu Yana boleh bagi suggestion apa perlu dibuat, tapi ada satu tu memang mencabar
Agak2 yang mana? 😁
P/s : kalau ada yang nak FREE Consultation dengan Yana, Yana nak bantu korang check pemakanan, kalori harian, kalau ada apa2 cabaran pon Yana boleh cuba bagi suggestion nak kena buat apa, if ada nak tanya ape2 pon boleh, boleh set zoom meeting dgn Yana k kt sini : https://app.simplymeet.me/coachyana/turunberat
Slot tak banyak tau ❤️
3 920
Ramai yang tahu sebenarnya apa perlu dibuat untuk turunkan berat
✅ jaga pemakanan
✅ bergerak aktif secara konsisten
Cuma ada beberapa cabaran yg buatkan rasa challenging nak turunkan berat
Boleh ke share dengan Yana apa yang anda rasa cabaran TERBESAR nak turunkan berat?
Boleh komen ye terima kasih 😊
3 920
Waktu raya makan kuih raya, rendang ketupat.. Tinggi gula, tinggi lemak sikit kan. So Coach Yana akan kongsikan CARA BAKAR LEMAK RAYA..
Dan special Coach Yana akan kongsikan cara untuk skin glowing..
Siapa nak kekal kurus cantik wajib join SANTAI SIHAT VIRTUAL CAFE :
Selasa
23.04.2024
9.30am
Join Zoom Meeting
https://us06web.zoom.us/j/85838415284?pwd=FA7zbFzAcIhOyQuk4bpN2h3B03E5EQ.1
Meeting ID: 858 3841 5284
Passcode: 967654
3 920
2 PERKARA YANG KITA KENA BETULKAN UNTUK KURUS DENGAN LEBIH MUDAH
1. Betulkan dulu WAZE kita.
Kena set matlamat kita betul-betul, tahu di mana kita sekarang, dan kemana hala tuju kita nak pergi.
Berapa berat kita sekarang? Berapa kg kita nak kena turunkan? Berapa lama anggaran masa untuk kita capai goal kita tu?
Kita tak nak dah keluar rumah, start engine kereta, tapi tak tahu nak pergi mane, last-last nanti pusing kat situ je. Penat dan buang masa.
Sebab tu set betul-betul matlamat kita, dan apa plan kita untuk sampai ke destinasi kita tu.
2. Betulkan PERSEKITARAN kita.
Persekitaran kita lebih kuat dari kemahuan kita. Sekuat mana pon kemahuan kita nak kuruskan badan, tapi memang susah nak lawan persekitaran kita.
Kalau dalam kabinet dapur, peti ais kita masih ada lagi makanan-makanan yang tak "solehah" tu, kita cuba tahan macam mana pon, tapi kalau selalu sangat nampak, dan kita tahu dia ada kat situ, mesti last-last kita akan mengalah dan termakan jugak kan.
Sama lah, kalau kita cuba jaga makan, pilih yang bagus-bagus, tapi bila kawan kita ajak pergi mall, kita tengok dia minum air teh boba tu alahai sedapnya kan, mesti kita akan terpengaruh dan minum jugak nanti.
Sebab tu kena betulkan dulu persekitaran, clearkan dulu dapur, pantri, peti ais kita dari makanan-makanan yang tak membantu untuk turunkan berat badan. Dapatkan sokongan dan surround diri kita dengan mereka yang ada misi sama macam kita jugak, baru lagi senang.
So harap perkongsian ringkas ni membantu k. All the best for your journey :)
3 920
The man in this photo was taken in 1946. This guy is Ken Shimizu. He is 35 years old. He has 2 children. Shimizu never runs. Sleeps late. Eat whatever he wants. Even drink beer instead of water. Eat dinner with many kinds of food every night...
What does Shimizu do to get such a body?
Shimizu doesn't have any secrets.
Shimizu is the person sitting in the bottom left corner of the photo... As for the man standing in the middle, I'm not sure.
3 920
Ada yang nak turunkan berat tapi tak tau diet apa yang sesuai dengan badan korang?
Boleh try check kat sini : https://lko.formaloo.co/lko324
Just isi je, check gaya hidup pemakanan semua macam mana, and then nanti boleh tengok apa diet yang sesuai untuk berjaya turun berat
3 920
Jom siapa nak sahut cabaran bersenam atau bergerak aktif dalam 10 minit pagi esok
Try rasa macam mana bila hormon endorphin dirembeskan pagi2, kita akan rasa mood kita better sepanjang hari
Jom la try, esok pagi kita cuba buat senaman selama 10 minit, boleh cari je dekat youtube macam2 jenis video bersenam kita boleh follow
3 920
Musim open house dah bermula
Samada ada jamuan makan2 di ofis, atau dapat jemputan open house di rumah saudara dan kawan2, memang mencabar nak kawal pemakanan kita kan 😆
Kena ingat 1st sekali, tujuan kita ziarah atau memenuhi jemputan ialah untuk eratkan lagi silaturrahim, makan tu bonus je
So kalau ada mindset macam ni, dah senang dah kita nak kawal pemakanan kita. Ingat kita datang bukan nak makan, tapi nak ziarah k 😊
Antara tips lain :
✅cuba kawal portion makanan
✅ elakkan mindless eating
✅ kurangkan air manis
Kalau boleh jaga 3 ni InshaAllah kita tak mudah terbabas
All the best ! ❤️😊
3 920
Hi semua, dah selamat sampai kampung untuk beraya ke tu? 😁
Sebagai seorang coach turun berat, Yana nak kena bagi sweet reminder jugak la kan, raya tetap raya tapi makan tetap kena jaga hehe
Musim raya ni memang kita takde la target nak turunkan berat, dapat maintain berat pon dah cukup bagus k
Kalau boleh kita nak berat yg dah turun time bulan puasa ni, boleh maintain je k
So kena beringat lah tau 😊 jangan melantak tak ingat dunia
Selamat hari raya aidilfitri ❤️ maaf zahir batin
3 920
Yana ada baca satu artikel ni semalam, dia cakap pasal ada satu kajian ni di mana diorang track 12,000 orang selama 32 tahun, dan data menunjukkan yang
“peluang seseorang untuk jadi obese meningkat sebanyak 57% bila dia ada kawan yang obese”
dan sebaliknya pon sama, “bila kita ada pasangan/kawan yang tengah nak turunkan berat, kita pon akan ikut turun sekali”
Maksudnya apa? Persekitaran kita sangat mempengaruhi gaya hidup dan pemakanan kita.
Jadi pilih persekitaran yang betul tau kalau nak turunkan berat 😊 paling senang join support group online coaching bersama Yana, memang terbukti ramai boleh kurus dengan lebih mudah & berkesan 😁😁
So all the best tau 😍😍 Yana percaya anda boleh
3 920
Dah turun berat time bulan puasa ni, sayang kalau raya tak jaga dan terus naik balik
Jom kita cuba kawal pemakanan kita, raya enjoy je tapi ada beberapa benda kita boleh buat untuk elakkan dari berat terlebih naik
1. Jaga sarapan kita, jangan terus makan high carbo time sarapan
2. Cuba kurangkan air manis
3. Kurangkan portion makan. Kita makan kerap tapi makan sikit2 je
Tu antara beberapa tips untuk kawal berat di hari raya 😁 korang raya mana tahun ni? Cuba komen sikit
3 920
Ada orang rajin sangat bersenam tapi tak jaga makan
Bersenam tu bagus tapi jaga pemakanan tu lagi penting
Kalau rajin bersenam tapi tak jaga makan, ibarat macam kita bawa kereta tapi kita asyik tekan brek
Susah nak ke depan macam tu
Ingat pemakanan 80% bersenam 20%
All the best 😁
3 920
PERUBAHAN PALING MUDAH KITA BOLEH MULA BUAT
Nak mula turunkan berat badan, memang kita kena ubah / tukar certain habits sebab habits ni yang buatkan kita naik berat, so kena tukar lah kan.
Antara habits yang mudah kita kena start tukar :
1. Tukar kepada air kosong sahaja
2. No snacking kerepek / biskut tapi tukar kepada snacking buah- buahan
3. Start berjalan setiap hari dalam 40 minit sehari
4. Kurangkan makan kepada separuh portion dari kebiasaan
5. Rehat / tidur yang cukup
Ni antara habits yang kita boleh cuba ubah untuk mula turunkan berat k 😊
Harap membantu ❤️❤️
