Coach Yana LKO
Open in Telegram
3 920
Subscribers
No data24 hours
-77 days
-3530 days
Posts Archive
3 920
Fokus pada konsistensi, bukan kesempurnaan. Kita tak perlu terus buat semua dengan 'perfect' setiap masa. Start dengan perubahan kecil yang kita boleh kekalkan – contohnya, jalan kaki 15 minit setiap hari atau tukar satu hidangan ringan dengan pilihan yang lebih sihat.
Kadang-kadang, cabaran paling besar bukan apa yang kita makan, tapi habit kita sendiri. Bila kita buat perubahan kecil, lama-lama ia jadi rutin. Percayalah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang penting, jangan give up dan terus buat sampai jadi!
3 920
Ada orang rajin sangat bersenam tapi tak jaga makan
Bersenam tu bagus tapi jaga pemakanan tu lagi penting
Kalau rajin bersenam tapi tak jaga makan, ibarat macam kita bawa kereta tapi kita asyik tekan brek
Susah nak ke depan macam tu
Ingat pemakanan 80% bersenam 20%
All the best 😁
3 920
Hanya kerana kita berpeluh sangat dan penat bersenam, tak bermaksud yang senaman kita tu berkesan untuk bakar lemak 🔥🔥
Sebenarnya yang betul betul bantu untuk bakar lemak ialah DEFISIT KALORI, dan cara kita nak dapatkan defisit kalori ni melalui pemakanan kita 🥘🍛🍦🍩
Adakah bermaksud senaman tu tak penting? 😱
Senaman penting jugak terutama senaman yang membina otot kita.
Sebab otot ni akan tingkatkan metabolisme kita dan buatkan lebih banyak lemak kita terbakar 🔥🔥🔥
Jadi untuk hilangkan lemak kita, ni perkara yg kita boleh buat :
➡️ Jaga pemakanan, kalori intake kurang dari kalori yg boleh dibakar
➡️ buat squat dan push up 20x sehari
➡️ banyakkan protein dan fiber
Harap membantu ye 😊
Coach Yana ❤️
p/s : intake coaching bersama Yana untuk bulan ni dah dibuka. Siapa yang nak kurus sebelum tahun 2025 boleh pm Yana k 🔥🔥😊
3 920
Assalamualaikum, Yana just nak tau ada ke sesiapa yg duduk area Kota Bharu, Kelantan?
Yana akan ke sana hari sabtu ni, ada program kat sana
Kalau ada yg serius nak turunkan berat, dan yang nak dapatkan consultation dari Yana, boleh bagitahu k 😊
Biasa consultation ni kita caj RM55 tapi kali ni PERCUMA je, cuma slot limited tau, so boleh cepat2 pm Yana k 😁
Boleh pm di sini : https://wasap.my/60122755456
3 920
Jom sertai sesi santai bersama Coach Iman dalam program Virtual Cafe: Santai Sihat yang bakal membincangkan topik menarik:
*"Kenapa Tidur Penting untuk Kurus?"* 💤
📅 Tarikh: Selasa, 22 Oktober 2024
⏰ Masa: 9.30 AM - 10.00 AM
📍 Platform: Zoom
Kesan Tidur Terhadap Penurunan Berat Badan: *Kenapa Rehat Sama Pentingnya dengan Diet dan Senaman.*
Tidur bukan sekadar rehat! Ketahui bagaimana tidur berkualiti boleh membantu dalam penurunan berat badan dan meningkatkan kesihatan keseluruhan anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk belajar tips yang praktikal dan mudah diamalkan! 💡
Sesi ini PERCUMA dan terbuka kepada semua.
‼️Boleh ajak *kawan & family yang tengah nak turunkan berat* untuk join sekali😊‼️
Klik link di bawah untuk sertai: https://zoom.us/j/5987870069?pwd=b21wQzEyOFhtd250cWxsSWtyQ2F2dz09
Meeting ID : 5987870069
Password : PT
Jumpa anda di sana! 😊
Bagi yg bekerja boleh pasang earphone sambil mendengar, at least dapat topup ilmu percuma :)
#LetsKurusOnline #SantaiSihat #TidurUntukKurus
3 920
Ada kajian yang tunjukkan bila terlalu banyak makan gula, boleh menyebabkan kita mengalami depresi.
Kalau rasa mood selalu tak ok, cepat rasa risau, mungkin pemakanan kita adalah salah satu punca.
Just betulkan sikit pemakanan kita, boleh improve life kita jadi lebih baik.
Jom jaga makan, jaga aktiviti fizikal kita 😊
Coach Yana LKO
3 920
Benda bukan jadi tiba tiba
Semuanya bermula dengan apa yg kita makan & gaya hidup kita macam mana
Pilih makanan yang lebih baik, buat aktiviti yang menyihatkan kita
Jom sama sama mula buat perubahan mulai hari ni 😊❤️
- Coach Yana LKO
3 920
TIPS NAK START KURUS DENGAN MUDAH
Fokus 2 benda ni je dulu
1. Kurangkan makan sedikit
2. Start buat aktiviti senaman
Nak turunkan berat memang tu je cara dia 😊 takde rahsia takde magic.
Cuba kurangkan pengambilan makanan kita berbanding biasa. Nasi tu kurangkan separuh, yang kuih2 pon kita kurangkan, dan tukar minum air kosong je.
Untuk senaman cuba buat aktiviti yang senang dulu, macam berjalan je ke, yang penting konsisten contohnya setiap hari jalan 30 minit.
Kunci dia KONSISTEN. Tapi tula cabaran nak konsisten yang ramai rasa susah.
Tapi kalau kita ada enviroment yang betul memang lebih mudah. Contohnya kalau kita ada kawan2 yang nak turun berat sekali, boleh support each other kalau rasa nak cheat tu 😊
Ape pon all the best k 😁 Yana percaya anda boleh!!
Yang ikhlas,
Coach Yana
p/s: program coaching bersama Yana dah dibuka pendaftaran. Memang best program ni, kalau berminat nak join boleh pm Yana di 0122755456
3 920
Ada ke yang serius nak transform diri dan capai berat ideal sebelum tahun baru 2025?
Yana nak sangat bantu 😊🔥 alhamdulillah ramai yg Yana dah bantu dan dapat result
Boleh pm Yana untuk consultation dulu 0122755456
3 920
Transformation from one of our peserta program 😍
Betul2 komited untuk turun berat ni, dari berat 83kg sekarang dah 70kg. Sikittt lagi nak jumpa angka 6 fuhh 🤩
Tahniah Eija 🥳🥳🥳 Makin turun makin letoppss. Happy for u! Ayuhh teruskan ke misi berat badan ideal 🔥🔥🔥
3 920
GOOD MORNING :)
Bila paha , pinggul dan perut besar , memang susah nak pilih baju , dan akan rasa kurang selesa , nak belajar tak cara macam mana nak "kecik" kan part ni ?
Jom join santai sihat pagi ni bersama Coach Yana
Klik link di bawah :
https://zoom.us/j/5987870069?pwd=b21wQzEyOFhtd250cWxsSWtyQ2F2dz09
Meeting ID : 5987870069
Password : PT
Bagi yg bekerja boleh pasang earphone sambil mendengar, at least dapat topup ilmu percuma :)
3 920
PERUBAHAN PALING MUDAH KITA BOLEH MULA BUAT
Nak mula turunkan berat badan, memang kita kena ubah / tukar certain habits sebab habits ni yang buatkan kita naik berat, so kena tukar lah kan.
Antara habits yang mudah kita kena start tukar :
1. Tukar kepada air kosong sahaja
2. No snacking kerepek / biskut tapi tukar kepada snacking buah- buahan
3. Start berjalan setiap hari dalam 40 minit sehari
4. Kurangkan makan kepada separuh portion dari kebiasaan
5. Rehat / tidur yang cukup
Ni antara habits yang kita boleh cuba ubah untuk mula turunkan berat k 😊
Harap membantu ❤️❤️
3 920
TENGAH NAK TURUN LEMAK TAPI ADE KENDURI/BALIK KAMPUNG/VACATION??👉🏻👈🏻
Ikut tips simple ni:
🍹Jangan skip sarapan , sbb metabolism akan menurun lagi2 skip breakfast ❌ (PLEASE ELAK SKIP SHAKE)
🍞Kalau tempat kenduri agak jauh, alas perut dgn snek (epal/ kekacang) supaya tak lapar
💡Dah smpai kenduri, makan dlm portion seimbang. Jgn makan x hengat dunia mcm xpnh jumpe nasi kenduri
🍚Pilih nasi putih kalau tak ada pilihan selain nasi minyak
🍗Elakkan daging, pilih ayam DADA..elakkan kuah2..
🍉Makan buah/sayur dulu sebelum jamah nasi
☕Elakkan air manis. Nak selamat bwk air mineral incase air mineral tak disediakan
🍮Elakkan dessert manis. Kalau boleh share la
🍚Kalau ada 2 kenduri pd hari tu, makan sedikit utk setiap kenduri & kurangkan nasi
*💆🏻Relax bila makan tu sbb otak perlukan 20minit utk hantar signal “kenyang”*
3 920
CARA PALING MUDAH NAK BUANG LEMAK
Bila kita cakap pasal nak turunkan berat, yang kita nak turunkan ialah lemak sebenarnya
Masalahnya bila kita diet ni, boleh jadi air dan otot kita yg hilang. Tu tak berapa bagus. Yg tu cara turun berat tak healthy, dan masalahnya ramai yg TERBUAT cara macam tu.
Balik semula kepada tadi, cara paling mudah untuk kita turunkan berat dengan keluarkan lemak dari badan kita ialah, dengan kita membina otot.
Bila cakap pasal bina otot ni, tak semestinya kena jadi macam abg2 sado tu
Ni otot biasa je, memang kita semua ada otot termasuk perempuan
Otot ni tadi akan tingkatkan metabolisme badan kita, dan akan buatkan badan kita sentiasa auto bakar lemak2 kita, even waktu kita tengah duduk berehat pon.
Jadi fokus bina otot :
1. Kena bergerak aktif, buat aktiviti fizikal konsistenly
2. Cukupkan keperluan protein harian kita
Boleh cuba amalkan tips ni ye, dan nanti tengok perubahan badan kita dengan cepat 😁👍
Yang benar
Coach Yana LKO
3 920
Sebenarnya memang ramai yang PM Yana, cerita tentang cabaran mereka dalam nak turunkan berat ni dan minta pandangan Yana apa cara terbaik untuk berjaya turunkan berat.
Tapi sebenarnya kita semua tahu kan cara paling berkesan nak turunkan berat ialah
- Jaga pemakanan kita
- Bersenam dengan kerap
Kalau buat 2 benda ni dengan konsisten mesti akan berjaya turunkan berat badan, jadi lebih cantik dan sihat, betul kan?
Tapi yang menjadi cabaran ialah nak KONSISTEN dan DISIPLIN tu. Kita susah nak lawan persekitaran kita, sekuat mana pon kemahuan kita nak turunkan berat, tapi kalau persekitaran kita tak berapa kondusif, tu yang buatkan mencabar sikit tu usaha kita nak kuruskan badan.
Cuba bayangkan kalau setiap hari ada orang tolong kita dengan
✅Bagitahu apa nak makan hari ni untuk turunkan berat
✅Ajak kita bersenam sama-sama dan tunjukkan dekat kita senaman apa yang akan bantu kita
✅Tunjuk dekat kita cara nak kurus tanpa perlu berlapar dan stress
✅Bagi tips dan ilmu yang betul
✅Sentiasa bagi semangat dan motivasi untuk kita buat betul-betul
✅Tolong check kan makanan kita ok ke tak
✅Kita boleh buat luahan perasaan kalau ada cabaran-cabaran nak kurus ni
✅Kita ada komuniti dan kawan-kawan yang sama-sama nak jadi lebih sihat, bertenaga dan cantik
Mesti lagi senang kan perjalanan nak kuruskan badan kita tu. Lagi mudah dan enjoy je proses nak kurus tu.
Itulah benda-benda yang anda akan dapat sepanjang program online coaching bersama Yana.. Yana rangka dan susun program ni selama 21 hari untuk bantu anda mula bina momentum untuk turunkan berat, ada support group dan dapat persekitaran yang kondusif supaya perjalanan nak turunkan berat tu mudah dan tak stress.
Jadi kalau anda serius dan komited nak buat perubahan untuk pasangan dan keluarga anda dan nak become the best version of you bermula bulan ni, Yana percaya sangat program ni boleh bantu.
Lagi beberapa hari ni kita nak start so untuk tahu lebih details tentang cabaran ni dan cara pendaftaran boleh klik kat sini tau : https://wasap.my/60122755456
3 920
Kita ada SPECIAL PROMOTION untuk mereka yang nak join program coaching dengan Yana untuk bulan Oktober 2024 ni 😍
Kita nak bantu dapat result sebelum tahun baru 2025
Dan projek kurus sebelum raya 2025 nanti
Jom jom kalau berminat nak tau special promotion ni, boleh pm Yana laju2 sebab limited k
Boleh pm Yana 0122755456 atau klik link ni
Https://wasap.my/60122755456
3 920
Ada ke yang serius nak transform diri dan capai berat ideal sebelum tahun baru 2025?
Yana nak sangat bantu 😊🔥 alhamdulillah ramai yg Yana dah bantu dan dapat result
Boleh pm Yana untuk consultation dulu 0122755456
3 920
KENAPA PENTING DAPAT BERAT IDEAL
Turun berat badan mungkin kedengaran mudah, tapi hakikatnya bukan sekadar diet dan senaman yang intensif semata-mata. Sebelum kita cakap tentang tips, mari kita fahami dulu kenapa penting dapat berat ideal.
Berat ideal ni bukan pasal rupa semata-mata, tapi lebih kepada kesihatan dan kualiti hidup. Kalau berat badan berlebihan, risiko untuk dapat penyakit kronik macam diabetes, darah tinggi, dan sakit jantung meningkat. Kalau terlalu kurus pula, mungkin kurang zat atau tenaga untuk aktiviti harian. Jadi, cari keseimbangan untuk badan yang sihat dan cergas.
Tips Turunkan Berat Badan Secara Santai Tapi Berkesan
1. Jangan Terlalu Obsesi dengan Penimbang
Berat badan boleh naik turun setiap hari sebab air dalam badan atau perubahan hormon. Jadi, janganlah stres kalau nampak nombor atas penimbang naik sikit. Fokus pada perubahan kecil yang sihat—contohnya, baju makin longgar atau badan rasa lebih ringan.
2. Pilih Makanan yang Kenyang Lebih Lama
Makanan kaya dengan serat, protein, dan lemak sihat boleh buat kita rasa kenyang lebih lama. Contohnya, ambil buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacang, dan bijirin penuh. Ini bukan saja bantu elakkan makan berlebihan, tapi juga beri nutrisi yang badan perlukan.
3. Jangan Tinggalkan Sarapan
Sarapan adalah salah satu cara terbaik untuk mulakan hari. Bila kita tinggalkan sarapan, kebarangkalian untuk makan berlebihan pada waktu makan lain akan meningkat. Cuba makan sesuatu yang seimbang seperti telur, oat, atau yogurt bersama buah.
4. Senaman Tak Perlu Terlalu Berat
Nak turun berat bukan bermakna kena pergi gym setiap hari. Kadang-kadang, senaman ringan seperti berjalan kaki, naik turun tangga, atau buat kerja rumah pun dah cukup bagus. Yang penting, konsisten. Bersenam buat kita rasa lebih bertenaga dan membantu pembakaran kalori.
5. Tidur Cukup Sangat Penting
Kurang tidur boleh buat hormon dalam badan tak stabil, yang mana boleh menyebabkan kita lebih cepat rasa lapar dan mengidam makanan tak sihat. Pastikan tidur cukup, sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.
6. Minum Air Secukupnya
Kadang-kadang, kita rasa lapar padahal badan kita sebenarnya haus. Jadi, sebelum makan, cuba minum segelas air dulu. Minum air yang mencukupi juga membantu metabolisme badan dan pastikan kita kekal hidrasi.
7. Elakkan Diet Ekstrem
Diet yang terlalu ketat biasanya tak bertahan lama dan boleh buat kita lebih cepat putus asa. Lebih baik buat perubahan kecil yang boleh kita kekalkan dalam jangka masa panjang. Jangan terlampau sekat makanan kegemaran, tapi ambil dalam kuantiti yang terkawal.
Turun berat badan ni bukan perlumbaan. Setiap orang ada perjalanan yang berbeza, jadi jangan bandingkan diri dengan orang lain. Yang paling penting, fokus pada gaya hidup sihat dan perubahan kecil yang boleh kita buat secara konsisten. Berat badan ideal akan datang dengan sendirinya bila kita jaga kesihatan dan kebahagiaan kita.
P/s : kalau rasa perlukan pertolongan nak turunkan berat badan, Yana boleh bantu dengan program coaching kita 😊 boleh pm yana ye 0122755456
3 920
BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG BANTU KURANGKAN LEMAK BADAN KITA
Ada beberapa jenis makanan yang boleh bantu untuk kita bakar lagi lebihan lemak badan kita, dan seterusnya dapat badan yang lebih ideal.
Tapi apa pon kena jaga portion jugak, dan lagi bagus kalau dapat selitkan dengan aktiviti senaman sekali.
KARBOHIDRAT
- Sweet Potatoes
- Bayam
- Oatmeals
GOOD FATS
- Avocado
- Kekacang
- Salmon
PROTEIN
- Dada ayam
- Ikan ikan
- Telur
3 920
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Yana dah mula bantu coaching orang untuk turunkan berat badan semenjak masa umur Yana 19 tahun, waktu tu Yana masih belajar lagi, lepas tengok mama Yana yang berubah life dia lepas berjaya turunkan berat badan.
Yana memang nampak struggle dia, dari Yana kecil lagi, macam mana dia memang struggle dengan masalah berat badan dia, memang banyak masalah kesihatan, selalu stress.
Tapi lepas mama Yana decide untuk betul-betul turunkan berat, memang berubah sangat-sangat.
It's beyond weight loss.
Memang life dia totally berubah.
And that inspired me.
Jadi kenapa Yana nak bantu orang lain turunkan berat badan jugak?
Bukan setakat untuk turun berat, nampak cantik semata-mata, tapi untuk TOTAL LIFE IMPROVEMENT.
Ramai orang yang Yana dah bantu especially perempuan, bila mereka berjaya turunkan berat badan, mereka jadi lebih confident dengan diri mereka.
Kualiti hidup mereka bertambah, hubungan dengan pasangan bertambah baik, nak buat kerja-kerja lain pon lebih bagus, kurang stress, rasa lebih bertenaga, dan dapat rasa satu kepuasan baru.
Yana nampak improvement pada life mak Yana. Dan Yana rasa best bila tengok improvement pada hidup orang lain juga bila mana mereka mula amalkan gaya hidup sihat dan turunkan berat badan.
So that's my motivation.
Jadi untuk anda yang komited untuk buat improvement pada hidup anda juga, mungkin jalan fokus pada kesihatan diri dan turunkan berat badan ni akan membantu anda sangat.
