cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

Gerakan Pengundi Sedar

Ini adalah channel rasmi Gerakan Pengundi Sedar | Memandu Pandangan Politik Marhaen Twitter: @pengundi_sedar Facebook: @pengundisedar

Show more
Malaysia16 353The language is not specifiedPolitics8 933
Advertising posts
4 771Subscribers
No data24 hours
-117 days
-3530 days
Posts Archive
PRK DUN Kuala Kubu Baharu telah menyerlahkan masalah hubungan cinta segi tiga antara UMNO-DAP-MCA. "Saya bukan tak suka BN, saya tak suka MCA," kata Anthony Loke Siew Fook lalu mengutuk MCA yang menurutnya tak jaga kepentingan rakyat terutamanya kepentingan masyarakat Cina. Bila sampai masa kena berkempen untuk DAP yang dijangka akan meletakkan calon, pakat-pakat abang besar UMNO ajak semua parti komponen turun kempen. "Hangpa kena kenang jasa DAP, mai turun bantu kempen PRK," kata Tok Mat. MCA yang masih terguris dengan cacian daripada DAP, berkali-kali menegaskan hanya akan berkempen jika calon daripada BN, bukan DAP. "Goblok kalau MCA turun bantu DAP berkempen untuk PRK." Marah sungguh Wee Ka Siong apabila disuruh Tok Mat untuk kenang jasa DAP. MCA masih selesa bersama UMNO dalam BN namun dalam masa sama masih menolak DAP yang kini menjadi teman setia UMNO (yang menurut Tok Mat setia kawan dan tidak berpura-pura).
Show all...
๐Ÿ˜ 10๐Ÿ”ฅ 3
Koleksi Tok Mat dan DAP 2023: DAP lebih ikhlas bekerjasama dengan UMNO, DAP tidak bermuka-muka dan berpura-pura dalam setia kawan 2024: Kenang jasa DAP, kena turun bantu kempen PRK 2025: ?
Show all...
๐Ÿ‘Ž 24๐Ÿคฎ 19๐Ÿ‘ 1๐Ÿ”ฅ 1
Ketua UMNO Kuala Krau sudah mengaku bertanggungjawab kejadian buang beras dan barangan dapur. Cubalah calon pilihanraya kawasan lain "check" juga kawasan masing-masing. Mana tahu ada juga simpan beras. Kalau elok lagi bolehlah bagi kat rakyat yang susah dapat beras murah zaman madani ni.
Show all...
๐Ÿ‘Ž 13โค 1
Menteri yang utamakan kebudayaan luar berbanding kebudayaan negara sendiri. Inilah Menteri yang dipuji PMX? Oleh Hazry S, CEO GPS (Gerakan Pengundi Sedar) https://vt.tiktok.com/ZSFnqyUSa/
Show all...
Buat konsert di stadium, Rumput rosak. TMJ: Derma rumput hibrid โœ… Hannah Yeoh: Libat urus dengan penganjur konsert โœ… Libat urus bincang nak tambah konsert lagi ke? Nama kementerian, Kementerian Belia dan Sukan. Konsert tu masuk bahagian mana dalam portfolio YB? Bolehlah tukar nama kepada Menteri Konsert dan Hiburan.
Show all...
๐Ÿ‘Ž 19๐Ÿ”ฅ 2๐Ÿ‘ 1
Tiong King Sing ni menteri yang pegang portfolio untuk pelancongan, seni dan budaya Malaysia ke China? Sejak Tiong King Sing pegang portfolio ini, kita nampak usaha keras dia untuk bawa masuk pelancong asing terutamanya dari negara China. Sampai YB sanggup turun sendiri ke KLIA untuk bantu pelancong Cina yang ditahan pihak imigresen. Dalam sidang Dewan Rakyat bulan Mac baru ni, MP Masjid Tanah, Mas Ermieyati ada persoalkan apa perancangan Tiong King Sing untuk hal ehwal kebudayaan. Tapi Tiong tak dapat jawab dan katanya akan bagi jawapan bertulis. Baru-baru ni pula keluar gambar YB Tiong kat Facebook rasminya, ada satu sesi sesi kunjungan hormat oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Dalam hantaran tersebut Tiong sebut tentang tiga perkara ini: 1. Akan banyakkan program sempena 50 tahun hubungan diplomasi dua negara dan fokus kepada bidang kebudayaan 2. Usaha untuk bawa masuk 5 juta pelancong China tahun ini 3. Program pertukaran dalam bidang budaya dan pendidikan akan terus digiatkan Punyalah banyak warisan kebudayaan tempatan negara kita yang boleh diangkat tapi budaya luar juga yang jadi perhatian Tiong King Sing. Inikah yang kerajaan madani mahu?
Show all...
๐Ÿ‘Ž 12๐Ÿคฌ 5๐Ÿ‘ 2๐Ÿคฎ 2
Ada yang berbuka dengan ubi kayu ke tadi?
Show all...
๐Ÿ”ฅ 13๐Ÿค” 2
Seorang lelaki berbangsa Cina muat naik hantaran dan video-video yang sengaja memprovok Melayu Islam telah dipadam. Dr Akmal Saleh pun dah disaoal siasat. Walaupun akaun dipadam, PDRM tetap kena siasat lelaki yang menggunakan nama Gooi Kai Saan ini yang terang-terang melakukan kesalahan 3R dan mengutuk orang Melayu Islam. Raya dah nak dekat tapi ada lagi isu-isu macam ni.
Show all...
๐Ÿคฌ 17๐Ÿ‘ 3
ARKIB GPS 2019]Tahukah anda? MCCBCHST ini telah banyak campur tangan dalam isu-isu yang melibatkan hal ehwal Islam. Terbaru, mereka mempertikaikan program dakwah di sekolah dan universiti walaupun berulang kali diingatkan bahawa hanya pelajar Muslim sahaja yang terlibat. Nampaknya mereka didokong kuat oleh dana dari kerajaan Pulau Pinang. ------ School no place for โ€˜dakwahโ€™ efforts, says multi-faith council: https://www.themalaysianinsight.com/s/208801 Penang grants RM50,000 allocation to MCCBCHST: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/03/12/penang-grants-rm50000-allocation-to-mccbchst/
Show all...
๐Ÿ‘Ž 8๐Ÿ”ฅ 2
Secara ringkasnya, Dr Boo dari DAP Johor ni risau reaksi Dr Akmal akan letakkan PH pada kedudukan sukar sebab ada puak konservatif dalam UMNO yang semakin kecewa dengan kerajaan perpaduan. Yelah, pihak pembangkang pun ambil pendekatan taknak boikot KK Mart. DAP takutlah sokongan golongan progresif beralih arah gara-gara Dr Akmal. Berita: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/04/02/reaksi-akmal-dalam-isu-stoking-satu-liabiliti-kepada-kerajaan-perpaduan-kata-pemimpin-dap
Show all...
๐Ÿคฎ 7๐Ÿ˜ 2
Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP) ๐Ÿ—ฃ KK Mart tidak sengaja, Dia sudah minta maaf! Anthony Loke (SUA DAP) ๐Ÿ—ฃ Maaf sudah dibuat, sepatutnya selesaikan isu dengan baik dan bina jambatan. Datang pula Lim Guan Eng, Pengerusi DAP ๐Ÿ—ฃ KK Mart dah minta maaf sungguh-sungguh ๐Ÿ—ฃ Tiada lagi tempat selamat di Malaysia ๐Ÿ—ฃ PMX harus buat mesyuarat tergempar MKN. Nampaknya, DAP masih belum berhenti berpihak kepada KK Mart dalam isu stoking. Sampaikan apabila pimpinan UMNO membenarkan tindakan Dr Akmal Saleh dalam gerakan boikot KK Mart, pengerusi DAP sendiri gesa PMX pula bertindak menggunakan MKN. Hari ini, pengasas KK Mart menghadap YDPA untuk memohon maaf setelah mengaku tidak bersalah di mahkamah. Orang Islam "terpaksa" berhenti memberi reaksi kerana tidak mahu memburukkan keadaan sedang mereka tak berhenti bersuara selagi hal yang sudah melukakan kepada umat Islam di Malaysia tidak berpihak kepada mereka.
Show all...
๐Ÿคฌ 25๐Ÿ‘ 6๐Ÿ‘Ž 3๐Ÿค” 1๐Ÿ˜ฑ 1
Semantic infiltration memberi konotasi serta konteks sesuatu istilah agama yang bukan pada maknanya, sehingga menggambarkan istilah itu bermasalah dan perlu dijauhkan. Isu perkataan 'kafir', pada asalnya perkataan kafir ini merujuk kepada mereka yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul iaitu orang bukan Islam. Apa yang terjadi hari ini? Perkataan 'kafir' ini dijadikan seolah-olah perkataan yang negatif sehingga tidak boleh disebut langsung. Demi menjaga hati golongan tertentu, perlu disebut 'non-muslim' sedangkan maknanya sama saja dengan 'kafir'. "Itulah tujuan mereka merosakkan makna istilah sehingga umat Islam menghadapi 'inferiority complex' terhadap istilah agama mereka sendiri lalu pergi mengadaptasi istilah 'kemanusiaan Barat' ke dalam islam." "Inilah modus operandi Barat sejak 2001 yang melihat Islam sebagai ancaman utama ketamadunan mereka hingga perlu diserang secara 'luaran' dan 'dalaman' (modernis dan liberalis)." - Muhammad Firdaus Zailani, Pengarah PEMIKIR
Show all...
๐Ÿ‘ 11๐Ÿ”ฅ 2
MALANG Malang yang pertama apabila pemimpin Muslim yang dipilih kita memilih untuk melarang anak menyebut perkataan kafir di rumah sendiri. Walaupun dikatakan ucapannya diambil di luar konteks tetapi jelas tegahannya tentang perkara tersebut terhadap anak-anak. Malang yang kedua apabila hal ini menyebabkan perkataan kafir berubah menjadi konotasi negatif yang dilihat seolah-olah perlu dijauhi penggunaannya. Walhal, dalam kebiasaan masyarakat, kita tidak memanggil seseorang dengan "Hai kafir" pun. Apatah lagi pihak media seperti sengaja menambah api apabila melaporkan istilah kafir dianggap seperti "hate speech". Malang yang ketiga lagi nanti apabila portal media seperti ini tidak diambil apa-apa tindakan tetapi portal lain yang dilihat pro-Melayu, pro-Islam atau sering dilihat sebagai pro-pembangkang, tanpa amaran disekat media sosial atau diturunkan kandungan tanpa sebarang justifikasi. Malang sungguh kerana semua ini berlaku dalam bulan Ramadan, bulan yang sepatutnya umat Islam fokus kepada mengejar amalan dan meraih pahala.
Show all...
๐Ÿ‘ 25๐Ÿ”ฅ 4๐Ÿ‘Ž 2
Rafizi nafi orang tak daftar PADU sebab defisit kepercayaan. ๐Ÿคญ
Show all...
๐Ÿ˜ 7๐Ÿคฎ 6
Pimpinan MCA dan DAP berlumba-lumba dan masih belum berhenti bersuara mempertahan KK Mart baik di media sosial hingga ke Parlimen. Pemimpin Melayu sama ada senyap, bersuara menyokong tindakan diambil atau menyokong tindakan Dr Akmal Saleh. Malah kenyataan pimpinan tertinggi negara pula hanya sekadar "play safe" tanpa ada ketegasan yang diharapkan. Sehinggalah YDPA sendiri menitahkan agar tindakan keras diambil. MCA dan DAP, walau selunak mana pun mereka tapi apabila ada isu tertentu kita dapat melihat kesepakatan mereka dalam menjuarai isu demi kepentingan tertentu. Melayu sepakat Islam berdaulat. Mereka sepakat? Apa yang akan berdaulat?
Show all...
๐Ÿ”ฅ 14๐Ÿคฌ 5
Dalam Dewan Rakyat semalam, ada lagi yang cuba nak "back-up" KK Mart walaupun YDPA dah bersuara minta tindakan tegas diambil. Ini transkrip antara Teresa Kok dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Teresa Kok: "Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh saya tanya, dalam agama Islam dalam bulan Ramadan. selepas seorang meminta maaf jadi apakah yang harus harus dilakukan oleh seorang yang alim macam yang berhormat terhadap orang yang sudah meminta maaf." TITM: "Ya. Cuma kita harus faham. Takkan lepas kita buat kita minta maaf, lepas tu buat balik minta maaf balik, buat balik minta maaf balik. Jadi kita harus konsisten supaya tindakan tegas mestii diambil. Baik, saya..." terus dipotong oleh Seputeh. Teresa Kok: "Ini bukan tujuan ya. Dia pun tidak tahu apa yang berlaku dalam kedai dia. Jadi jangan kata dia sengaja ya." TITM: "Terima kasih. Saya harap kita dapat mendukung titah YDPA supaya bertindak tegas dalam perkara ini."
Show all...
๐Ÿ‘ 18๐Ÿ”ฅ 8
Penghinaan kalimah Allah bukan hal kecil untuk orang Muslim. Rakyat majmuk di Malaysia WAJIB faham asas ini. Jika tidak, bagaimana YDPA pun boleh murka. Ini bukan kali pertama kalimah ini dihina. Ingat: "Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan." Petikan puiisi Melayu oleh SN Usman Awang
Show all...
๐Ÿ”ฅ 16๐Ÿ‘ 3โค 1
"Ada laporan ambil tindakan, jangan ada penghinaan terhadap agama ... apa lagi Islam, jadi jangan kita terus-menerus dengan perbincangan ini seolah-olah ia satu malapetaka besar di dalam negara," kata PMX. PMX tak rasa ia satu malapetaka? Lebih 60 tahun merdeka, masih ada puak yang tak faham dan mempermainkan sensitiviti umat Islam. Masih ada puak yang mempertahankan kesalahan mereka? Masih ada yang rasa isu ini bukan suatu penghinaan? YDPA pun murka? Apakah PMX tidak turut merasai kemarahan ini? Kawan sebelah (baca: DAP) pun sama menyebok tapi PMX tak berani berdehem? Itu saja. Semua pun faham siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa. Kita mahu PMX yang lantang ketika bersuara isu Falastien, turut menegur kawan-kawan sebelah yang beriya pertahankan perbuatan yang jelas salah.
Show all...
๐Ÿ‘ 17๐Ÿคฌ 7๐Ÿ‘Ž 2๐Ÿ”ฅ 1
Ini yang kami kata, semua jawatan nak keluar poster. ๐Ÿ˜
Show all...
๐Ÿคฎ 18๐Ÿ‘Ž 6๐Ÿคฌ 6๐Ÿ‘ 1๐Ÿ”ฅ 1
Bertubi-tubi yang pihak yang belah kiri tu keluarkan kenyataan. Penuh FB Page mereka. Segala jawatan nak keluar poster. Kemungkinan ada dua. Untuk kekal relevan atau ada sebab lain? Yang belah kanan pula, macam biasa ugut UMNO akan hilang undi disebabkan KP UMNO yang dikatakan beri reaksi keterlaluan. Menteri Pelancongan tu kita sedia maklum dah dia suka masuk campur. Orang kacau dia, dia marah.
Show all...
๐Ÿ”ฅ 6โค 1
Ada yang cuak ke tu?
Show all...
๐Ÿ˜ 3
FB padam poster Mujahid semalam?
Show all...
๐Ÿ‘Ž 6๐Ÿ”ฅ 3
SIDANG MEDIA Penghinaan Kalimah Allah: KK Mart Wajib Dikenakan Tindakan Tegas! Oleh gabungan Nasionalis https://www.youtube.com/live/rDt9_ejE_FM?si=FPYQp29CS2tsiS1d
Show all...
๐Ÿ”ฅ 6๐Ÿ‘ 4
Iyalah. Ada la tu yang nak sabotaj KK Mart. Takkanlah dah duduk Malaysia lama tak tahu apa yang boleh buat orang Muslim marah. Ni saja je ni sabotaj. Chill~ Pembaris dilarang komen.
Show all...
๐Ÿ‘Ž 27๐Ÿ˜ 1
'Islam terancam' Bak kata Muhajid ini semua ilusi belakaโ€ฆ โœ… Nik Elin cabar enakmen jenayah syariah โœ… Kalimah Allah pada stoking KK mart โœ… Tak boleh baca qunut nazilah dan takbir di sekolah โœ… Lantik pakar bukan Islam bantu gubal undang-undang syariah โœ… Kantin sekolah buka waktu Ramadan โœ… Gereja campur tangan program khatam Quran di sekolah โœ… Benarkan konsert artis yang sokong LGBT Semua ini ilusi ya? Banyak lagi Islam dicabar satu per satu dari pelbagai sudut. Ini dikatakan ilusi dan perkara kecil? Pelik.
Show all...
๐Ÿ‘Ž 18๐Ÿคฌ 13๐Ÿ”ฅ 2๐Ÿ‘ 1
Pertahan KK Mart: โœ… DAP โœ… MCA โœ… Tiong King Sing
Show all...
๐Ÿ‘Ž 20๐Ÿ”ฅ 1
Dia tulis panjang-panjang ni nak tuju ke KP UMNO, tapi tulis Mandarin dah kenapa?
Show all...
๐Ÿ˜ 9๐Ÿ”ฅ 1
Tak kena sekat, tak kena tangkap. Kena tunggu laporan polis baru dipanggil soal siaaat. Sedangkan ini isu 3R yang serius.
Show all...
๐Ÿคฌ 19๐Ÿ‘ 1๐Ÿ”ฅ 1๐Ÿคฎ 1
KPKT bangga jalan Petaling Street dapat jadi jalan keenam paling menarik di dunia oleh pihak luar. Ertinya, orang luar nampak identiti Malaysia sebagai apa? PMX pula, adakah hanya isu pelaburan saja ke yang dapat perhatian PMX? Macam mana isu yang berkaitan agama, identiti dan kebudayaan negara ini? Ya. PMX mungkin tak sempat nak fikir isu begini, Sebab itu pentingnya lantik orang yang betul sebagai menteri. Bukan kongkalikong yang hanya ambil berat isu pelancong negara China, Tapi menteri tu yang PMX puji. Nak kata apa. Berita: https://malaysiagazette.com/2024/03/18/henti-polemik-bak-kut-teh-pembukaan-kantin-sekolah-pm/
Show all...
๐Ÿ˜ข 7๐Ÿคฎ 5๐Ÿ”ฅ 1
Jap. Seriuslah akaun menteri Follow akaun Twitter macam ni?
Show all...
๐Ÿคฎ 6๐Ÿคฌ 5๐Ÿ‘ 2
Tonton video penuh GPS Podcast: https://youtu.be/o-3jKNvSFRo?si=yaOdZnBZPnmo07vQ
Show all...
๐Ÿ”ฅ 15๐Ÿฅฐ 2
Sek kito jange pecoh.
Show all...
๐Ÿคฎ 17๐Ÿ˜ 3๐Ÿ”ฅ 1