uk
Feedback
Gerakan Pengundi Sedar

Gerakan Pengundi Sedar

Відкрити в Telegram

Ini adalah saluran Telegram rasmi Gerakan Pengundi Sedar | Memandu Pandangan Politik Marhaen Twitter: @pengundi_sedar TikTok: https://bit.ly/3XeQsER YouTube: https://bit.ly/YouTube4bjbiJa Facebook: https://www.facebook.com/pengundisedar

Показати більше
5 876
Підписники
Немає даних24 години
-77 днів
-3930 день
Архів дописів
Pengiktirafan UEC bukan sekejap, ia makan bertahun-tahun. Tuntutan demi tuntutan tidak pernah putus. Tak kira kerajaan mana yang memerintah mereka semua gagal menolak desakan tersebut. Satu demi satu pintu dibuka untuk iktiraf UEC. Berilah apa juga alasan kononnya nak beri peluang pendidikan, ada syarat yang ketat untuk lepas masuk ke IPTA dan sebagainya. Semua alasan itu tidak akan mengubah hakikat bahawa dalam perlembagaan, UEC dilihat tidak selari dengan semangat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta asas sistem pendidikan nasional di bawah Akta Pendidikan 1996. Sudah berkali-kali dan pelbagai pihak ulas dan kaji mengenai UEC ini. Ia jelas lari daripada kerangka sistem pendidikan kebangsaan yang dibina untuk menyatukan rakyat melalui satu dasar, satu bahasa kebangsaan dan satu identiti nasional yang sama. Mula-mula terhad kepada beberapa kursus, selepas ni apa pulak yang diminta? Akan banyak 'alasan' dan 'desakan' mereka selepas ini. Jika mana-mana kerajaan yang perintah ketika itu masih lemah dan takut dengan desakan mereka maka mudah saja mereka dapat peluang itu, mungkin sudah diiktiraf sepenuhnya pun. Sumber: Najib tarik pengundi Cina dengan janji iktiraf UEC https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/30/najib-tarik-pengundi-cina-dengan-janji-iktiraf-uec Iktiraf UEC kerana BN pentingkan pendidikan https://malaysiagazette.com/2018/05/06/121292/ Graduan UEC diterima masuk IPG khusus Bahasa Cina di SJKC - Radzi Jidin https://www.astroawani.com/berita-malaysia/graduan-uec-diterima-masuk-ipg-khusus-bahasa-cina-di-sjkc-radzi-jidin-254756 Lepasan tahfiz, UEC dipertimbang masuk program pengajian tertentu di IPTA https://malaysiagazette.com/2026/05/14/lepasan-tahfiz-uec-dipertimbang-masuk-program-pengajian-tertentu-di-ipta/ . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

photo content

Bagaimana Kementerian Pendidikan Tinggi boleh membuka laluan kepada UEC sedangkan ramai pakar sejak dahulu membantah pengiktirafan UEC yang bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Hari ini kerajaan mungkin akan kata UEC hanya diterima untuk “kursus tertentu”. Persoalannya, adakah ini permulaan kepada pengiktirafan secara berperingkat? Isu ini bukan lagi sekadar peluang sambung belajar, tetapi melibatkan hala tuju dasar pendidikan negara secara keseluruhan. Jika UEC benar-benar dianggap setara dengan sistem nasional, kenapa masih perlu syarat tambahan seperti kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah? Ini sendiri menunjukkan kerajaan mengakui masih wujud jurang besar antara sistem UEC dengan sistem pendidikan kebangsaan. Persoalannya, kenapa sistem yang berada di luar kurikulum nasional akhirnya diberi laluan ke institusi awam negara yang dibiayai oleh rakyat? Gerakan Pengundi Sedar (GPS) berpandangan isu ini bukan soal kaum, tetapi soal dasar negara, identiti nasional dan masa depan sistem pendidikan Malaysia. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta fungsi sistem pendidikan sebagai alat penyatuan rakyat tidak boleh dipandang ringan hanya kerana tekanan politik atau tuntutan tertentu. Sumber: Pelajar tahfiz, SMPC/UEC berpeluang sambung pengajian di IPTA https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1554468/lepasan-tahfiz-smpcuec-kini-berpeluang-sambung-pengajian-di-ipta-kpt Pandangan pakar pendidikan mengenai UEC - https://malaysiagazette.com/2025/12/12/kalau-uec-boleh-dibincang-dirunding-kenapa-tak-bawa-sahaja-ke-mahkamah-dr-anuar/ Kerajaan perlu tegas tolak UEC - Kok Seong https://www.sinarharian.com.my/article/760349/berita/nasional/kerajaan-perlu-tegas-tolak-uec---kok-seong

photo content

4 parti baharu dijangka sertai PN, pengumuman mungkin dibuat 16 Mei ini . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

Bila mereka 'mendominasi kuasa' macam-macam mereka minta walaupun baru sepenggal dua jadi kerajaan. Ya, betul mungkin ini baru 'cadangan' tapi tidak mustahil dia secara senyap dan perlahan-lahan dimasukkan. Lihat saja usaha mereka nak iktiraf UEC dari dulu sampai sekarang, apa dah jadi? Sudah diterima pun. Bila ada 'kuasa' mereka guna sebaiknya dari segala aspek, pendidikan, ekomoni, tanah, pengaruh dan sebagainya. Tapi kita jangan terpedaya dengan 'kesungguhan' mereka, nampak seperti bagus buat kerja tapi adakah ia membina negara atas asas jati diri asal negara ini atau sedikit demi sedikit mengubahnya mengikut acuan mereka? Rakyat perlu nilai kembali, lihat ke mana mereka ingin bawa negara ini. Sebelum merdeka DAP belum wujud. Semasa perjuangkan kemerdekaan pun DAP belum wujud. Jadi tertanya juga, apa sumbangan dan peranan DAP ye sampai nak masukkan dalam sejarah? Ada ke jasanya? Cuba kongsi sikit.. Sumber: - Berita daripada akhbar cina https://www.orientaldaily.com.my/news/nation/2026/05/10/817506?fbclid=IwY2xjawRyB5pleHRuA2FlbQIxMABicmlkETE5RElpNDlHb3lYWXhMSUhlc3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHpmBEGiaRCNsyRjWcOP0TgWzzc3NHGWX3Xr94flp55YS04KOqmgVhTCzvEz4_aem_ZmFrZWR1bW15MTZieXRlcw - Kenyataan MCA https://web.facebook.com/share/p/18pc38jkAm/ . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

photo content

Hannah Yeoh baru 5 bulan jadi menteri wilayah dah berjaya tukar status rumah di Taman Segar, Cheras daripada leasehold kepada freehold. Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) umumkan sebanyak 543 kawasan hijau dan tanah lapang awam di Kuala Lumpur kini telah diwartakan termasuk taman permainan dan dewan komuniti di Taman Segar, Cheras. Jadi secara automatiknya kawasan tersebut dilindungi, tidak boleh diambil oleh pemaju dan kekal untuk kegunaan komuniti. Hannah yeoh juga cakap yang mereka akan terus melakukan usaha ini setiap hari dan setiap bulan untuk wartakan sebanyak mungkin taman. DAP bersungguh buat apa saja untuk 'jaga' pengundi mereka supaya mereka kekal setia bersama ketika mengundi. Tapi apa nasib kampung tradisi Melayu, rizab Melayu dan penempatan Melayu bandar, siapa yang nak 'jaga'? Siapa yang sanggup pertahankan? Di mana YB Melayu? Kawasan bandar majoriti Cina diperjuangkan sampai ke peringkat pewartaan dan perlindungan komuniti, kampung Melayu pula masih berdepan tekanan pembangunan, pengambilan tanah dan ketidaktentuan masa depan. Ada orang sibuk puji DAP ni 'bagus', 'rajin' buat kerja. Tapi hakikatnya ia menunjukkan siapa sebenarnya yang mendominasi kuasa dan kekayaan sekarang? Apabila mereka dominan sudah tentu mereka boleh buat apa saja yang mereka mahu dan mereka dapat. YB Melayu pula sibuk jaga kepentingan sendiri, hanya muncul bila perlu saja yang tidak beri kesan kepada masyarakat. Itulah perkara pahit yang harus ditelan. Sebab itu, nilai dan pilihlah pemimpin yang akan berjuang untuk nasib bangsa pada masa akan datang. Sumber: - Kenyataan Hannah Yeoh 1. https://web.facebook.com/share/v/1EYm6RuuP6/ 2. https://web.facebook.com/share/v/17TZw4s1PG/ 3. https://web.facebook.com/share/p/1ECD4sA7Jn/ . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

photo content

Kerajaan kata Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) wujud untuk jaga keharmonian dan membuka ruang perbincangan yang baik. Tapi apa yang berlaku sebaliknya, sesi libat urus pertama menjadi tegang dan kecoh. Ia berlaku apabila seorang individu dikenali sebagai Joseph Prakash didakwa berkata, “Selama ini kami harmoni sahaja. Mereka yang convert ni yang suka mencetuskan masalah.” Kenyataan itu menyebabkan ramai peserta Muslim tidak puas hati kerana dilihat menyerang golongan mualaf secara terbuka. Firdaus Wong mempersoalkan kenapa pihak penganjur gagal mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut. Bukan sahaja tidak dihalau keluar, malah ketika peserta Muslim mempertahankan saudara seagama mereka, pengerusi majlis pula memetik hadis dan menafsirkannya secara tidak tepat dengan meminta peserta bersabar. Sedangkan persoalan utama ialah kenapa serangan terhadap mualaf dibiarkan berlaku dalam sesi rasmi kerajaan? Timbul juga persoalan mengernai komposisi jemputan yang dilihat tidak seimbang. Walaupun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, pelbagai persatuan agama lain dijemput tetapi institusi agama Islam pula didakwa tidak diberi ruang setara. Adakah SKN benar-benar mahu menjaga keharmonian atau akhirnya hanya menjadi platform yang menekan pihak tertentu sahaja? Menteri Perpaduan perlu jawab kebimbangan rakyat ini sebelum lebih ramai hilang keyakinan terhadap hala tuju Suruhanjaya Keharmonian Nasional. . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

photo content

Pesta Hantu Lapar dalam proses diwartakan sebagai warisan negeri Pulau Pinang . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

Zahid, Mat Sabu tegaskan kepentingan perpaduan dalam kerajaan . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

Sebelum ni Teresa Kok, MP Seputeh sibuk dengan pelancong di Langkawi. Macam-macam 'komen' nak cari kesalahan, kata Langkawi lesu tiada pelancong, kemudian bandingkan pula dengan Phuket dan Bali. YB Teresa ni menteri pelancongan ke? Sibuk kritik macam-macam. Cuba YB tengok di sekitar Lembah Klang, KL yang ditimpa banjir kilat baru-baru ni. Sepatutnya sebagai MP Seputeh inilah isu yang perlu difokuskan, selesaikan masalah banjir yang semakin hari semakin teruk berlaku. Pengundi di kawasan Seputeh rasa Teresa Kok ni layak ke untuk dilantik MP akan datang? Berikan pandangan anda. Sumber: - Banjir kilat di beberapa kawasan di Lembah Klang susulan hujan lebat https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-kilat-di-beberapa-kawasan-di-lembah-klang-susulan-hujan-lebat - Lapan kenderaan terperangkap banjir kilat di tiga lokasi sekitar KL https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1542801/lapan-kenderaan-terperangkap-banjir-kilat-di-tiga-lokasi-sekitar-kl - Kenyataan Teresa Kok 1. https://web.facebook.com/share/p/1DiM58TYZX/ 2. https://web.facebook.com/share/p/18uJwHcpPq/ . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

photo content

Tengku Hassanal terkilan hak dan kepentingan Pahang dipinggirkan Kerajaan Pusat . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

Ronnie Liu tegas titah dan dasar negeri tetap tertakluk kepada perlembagaan . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

Sultan Selangor kekal tegas tidak berkenan penternakan babi di Selangor, full stop! . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

Semalam admin check berita pun kebanyakkannya telah dipadam. Saja nak tanya Fahmi Fadzil kenapa ada laporan berita mengenai i
Semalam admin check berita pun kebanyakkannya telah dipadam. Saja nak tanya Fahmi Fadzil kenapa ada laporan berita mengenai isu ini dipadam dan hilang ye? Berita melaporkan berita palsu ke? Pihak media disekat oleh MCMC ke? Apa pendapat anda? . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar

Sultan Selangor perbetul naratif kemiskinan tegar di Selangor . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar