en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels πŸ‘‰ If you want to see the tag, subscribe

Majlis Bandaraya Seberang Perai

Majlis Bandaraya Seberang Perai

Open in Telegram

Untuk maklumat layari https://www.mbsp.gov.my Saluran Aduan Call Center Aduan : 04 - 269 6969 Bebas Tol (24 Jam) : 1 - 800 - 88 -6777 Emel Aduan MBSP : aduan@mbsp.gov.my

Show more
1 913
Subscribers
No data24 hours
+127 days
+3130 days
Posts Archive
πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN SAMBUTAN HARI BANDARAYA KE-7 & JUBLI EMAS PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEBERANG PERAI! Majlis Bandaraya Seberang
πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN SAMBUTAN HARI BANDARAYA KE-7 & JUBLI EMAS PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEBERANG PERAI! Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Seberang Perai untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Bandaraya Ke-7 dan Jubli Emas Pihak Berkuasa Tempatan Seberang Perai yang bakal berlangsung pada 17 Oktober 2026 (Sabtu), bertempat di Menara Bandaraya MBSP. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk seisi keluarga, antaranya Fun Walk, sukan rakyat, permainan tradisional, pameran jabatan, pameran kraftangan, mencanting batik, e-sukan, cabutan bertuah serta pelbagai lagi aktiviti yang pastinya menceriakan suasana. Turut memeriahkan sambutan ialah artis jemputan, Rahmad Mega! πŸ“… Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu) ⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari πŸ“ Tempat: Menara Bandaraya MBSP Jom bersama-sama kita raikan tujuh tahun sebagai bandaraya dan lima dekad perkhidmatan pihak berkuasa tempatan demi Seberang Perai yang lebih maju, sejahtera dan mampan!

πŸ“’ MAKLUMAN PENANGGUHAN | BUKIT MERTAJAM FESTIVAL (BMF) 2026 Dimaklumkan, bahawa Bukit Mertajam Festival 2026 yang dijadualka
πŸ“’ MAKLUMAN PENANGGUHAN | BUKIT MERTAJAM FESTIVAL (BMF) 2026 Dimaklumkan, bahawa Bukit Mertajam Festival 2026 yang dijadualkan pada 17 & 18 Oktober 2026 telah DITANGGUHKAN disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu. Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan dan keselesaan semua pengunjung, peniaga serta stakeholders. πŸ—“οΈ Tarikh baharu: 5 & 6 Disember 2026 πŸ•• Masa: 6 petang – 11 malam πŸ“ Lokasi: Jalan Stesen, Bukit Mertajam Pihak secretariat memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai sokongan semua. Jumpa di BMF bulan Disember nanti! #BMF2026 #BukitMertajamFestival #BukitMertajam #Penang

IKLAN KEKOSONGAN RUANG NIAGA/KOMPLEKS MAKANAN DAN PASAR AWAM MBSP BULAN MBSP BULAN OKTOBER 2026 Pemohon boleh mohon di pautan : http://spgerai.mbsp.gov.my/

BUKIT MERTAJAM FESTIVAL (BMF) 2026 Bakal menceriakan hujung minggu anda dengan kemeriahan, kreativiti dan pengalaman yang pas
BUKIT MERTAJAM FESTIVAL (BMF) 2026 Bakal menceriakan hujung minggu anda dengan kemeriahan, kreativiti dan pengalaman yang pastinya tidak boleh dilepaskan! πŸ“… 17 & 18 Oktober 2026 (Sabtu & Ahad) πŸ•• 6.00 petang – 11.00 malam πŸ“ Jalan Stesen, Bukit Mertajam 🎟️ MASUK PERCUMA! πŸ”₯ Saksikan pelbagai pengisian acara tempatan dan antarabangsa yang mengetengahkan keunikan budaya, seni dan komuniti Seberang Perai dalam sebuah festival yang meriah untuk dinikmati bersama. Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Bukit Mertajam Festival (BMF) 2026! Semua dijemput hadir!

IKLAN KEKOSONGAN RUANG NIAGA/KOMPLEKS MAKANAN DAN PASAR AWAM MBSP BULAN MBSP BULAN OKTOBER 2026 Pemohon boleh mohon di pautan : http://spgerai.mbsp.gov.my/

MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN BANDARAYA SEBERANG PERAI KALI KE-7 Majlis Bandaraya Seberang P
MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN BANDARAYA SEBERANG PERAI KALI KE-7 Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menjemput seluruh warga Seberang Perai untuk bersama-sama mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Seberang Perai Kali Ke-7 Tahun 2026. Majlis yang akan berlangsung pada Khamis, 8 Oktober 2026 bersamaan 26 Rabiulakhir 1448H, jam 6.30 petang ini bertempat di Masjid Al Imam As Syafie, Bandar Putra Bertam. Turut diserikan dengan Tazkirah Khas oleh Ustaz Manis, majlis ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur serta memanjatkan doa agar Seberang Perai terus dikurniakan keamanan, kesejahteraan, keberkatan dan kemakmuran. Marilah bersama-sama kita hadir, mengimarahkan majlis dan menitipkan doa demi kesejahteraan seluruh warga Seberang Perai. Ayuh bersama menyemarakkan sambutan ulang tahun Bandaraya Seberang Perai dengan penuh kesyukuran dan keberkatan.

♻️ ECO KARNIVAL MBSP BERSAMA KRT & STPJ: JOM MERIAHKAN KOMUNITI, JAGA ALAM! Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bersama Ka
+1
♻️ ECO KARNIVAL MBSP BERSAMA KRT & STPJ: JOM MERIAHKAN KOMUNITI, JAGA ALAM! Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Surau Taman Pauh Jaya (STPJ) menjemput seluruh warga Seberang Perai untuk hadir memeriahkan Eco Karnival MBSP Bersama KRT & STPJ yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu), bertempat di Perkarangan Surau Taman Pauh Jaya, dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga, termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan, kempen derma darah serta aktiviti kitar semula. Orang ramai juga dialu-alukan untuk membawa bahan kitar semula seperti minyak masak terpakai, kertas, kotak dan barangan plastik. Lebih menarik, packs makanan turut disediakan kepada pengunjung! πŸ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu) ⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang πŸ“ Perkarangan Surau Taman Pauh Jaya

πŸ“’ HARTA MBSP UNTUK DISEWA – PELUANG DIBUKA! Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membuka peluang kepada pihak yang bermina
πŸ“’ HARTA MBSP UNTUK DISEWA – PELUANG DIBUKA! Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membuka peluang kepada pihak yang berminat untuk menyewa harta milik MBSP yang terletak di kawasan strategik Lot 4825 & Lot 8744, Mukim 3, Persiaran Bertam Perdana 1, Taman Bertam Perdana, Seberang Perai Utara (SPU). πŸ“ Lokasi: Lot 4825 & Lot 8744, Mukim 3, Persiaran Bertam Perdana 1, Taman Bertam Perdana, SPU πŸ—“οΈ Tarikh tutup permohonan: 30 Oktober 2026 (Jumaat) ⏰ Sebelum jam 12.00 tengah hari Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tawaran sewaan ini, orang ramai yang berminat boleh melayari www.mbsp.gov.my atau mengimbas kod QR yang tertera pada poster. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan. #MBSP #HartaMBSP #UntukDisewa #TamanBertamPerdana #SeberangPerai #PeluangSewaan

πŸŽ‰ MBSP CAR FREE MORNING @ SEBERANG PERAI KEMBALI LAGI! πŸŽ‰ Jom luangkan masa bersama keluarga dan komuniti dalam suasana ceria, sihat dan menyeronokkan sempena MBSP Car Free Morning @ Seberang Perai! πŸšΆβ€β™€οΈπŸš΄β€β™‚οΈ πŸ“… Ahad, 4 Oktober 2026 ⏰ 7.00 pagi – 10.30 pagi πŸ“ Jalan Todak 2, Seberang Jaya, Pulau Pinang (Berhadapan Billion & Sunway Carnival) Pelbagai aktiviti dan permainan menarik disediakan untuk kanak-kanak, keluarga dan komuniti! 🀩 πŸ“ PENDAFTARAN AKTIVITI: πŸ‘‰ 1. Mewarna: [https://forms.gle/ADz4QBKuQaBYyWk19] πŸ‘‰ 2. Sepakan Penalti Kecil: [https://forms.gle/eFikRwMsTLykjz8b9] πŸ‘‰ 3. Botol Flip: [https://forms.gle/yStQ6RkJ1jASdwe28] πŸ‘‰ 4. Line Up Game: [https://forms.gle/DMTW2EtRV2apQQUs5] πŸ“Œ Tempat adalah terhad. Daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga dan komuniti! Ayuh meriahkan MBSP Car Free Morning @ Seberang Perai! πŸ’™πŸ’› #MBSP #CarFreeMorning #SeberangPerai #JomSihat #KomunitiSejahtera #AktivitiKeluarga #Penang2030 #MalaysiaMADANI

πŸ“’ MAKLUMAN SALURAN ADUAN RASMI MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP) Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ingin memaklumk
πŸ“’ MAKLUMAN SALURAN ADUAN RASMI MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP) Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa sebarang aduan, pertanyaan atau maklum balas berkaitan perkhidmatan MBSP boleh disalurkan melalui saluran aduan rasmi yang disediakan. πŸ“² Talian WhatsApp Rasmi MBSP: 04-269 6969 πŸ•’ Waktu operasi: 7.30 pagi – 5.30 petang Selain itu, orang awam turut boleh menyalurkan aduan melalui saluran berikut: πŸ”Ή Media Baharu: eAduan & ASPIRE πŸ”Ή Internet: www.mbsp.gov.my πŸ”Ή MBSP Call Centre: 04-269 6969 πŸ”Ή Surat: Unit Pengurusan Aduan MBSP, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Menara Bandaraya, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. ⚠️ PERHATIAN: Nombor WhatsApp 011-6346 9699 adalah tidak lagi digunakan. Sebarang aduan, satu saluran rasmi. Bersama kita menjadikan Seberang Perai sebuah bandar yang lebih responsif, selesa dan sejahtera.

PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN POKOK TEDUHAN AMENITI DAN PALMA DI TAMAN REKREASI TAMAN TUNKU Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBS
PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN POKOK TEDUHAN AMENITI DAN PALMA DI TAMAN REKREASI TAMAN TUNKU Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok teduhan ameniti dan palma di Taman Rekreasi Taman Tunku, Seberang Perai Tengah. πŸ—“οΈ Tempoh pelaksanaan: 15 Julai 2026 hingga 14 Disember 2026 πŸ“ Lokasi: Taman Rekreasi Taman Tunku, Seberang Perai Tengah Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan bagi memastikan keadaan pokok sentiasa terurus serta menjamin keselesaan dan keselamatan pengunjung di kawasan rekreasi berkenaan. Sehubungan itu, orang ramai dimohon untuk berhati-hati dan memberikan kerjasama sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

πŸ“’ PEMAKLUMAN MASALAH TEKNIKAL TALIAN OPERATOR MBSP Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ingin memaklumkan bahawa talian Op
πŸ“’ PEMAKLUMAN MASALAH TEKNIKAL TALIAN OPERATOR MBSP Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ingin memaklumkan bahawa talian Operator MBSP sedang mengalami masalah teknikal buat sementara waktu. Sehubungan itu, urusan panggilan masuk dan keluar melalui talian Operator MBSP tidak dapat dilaksanakan sehingga kerja-kerja berkaitan selesai dan perkhidmatan dapat beroperasi seperti biasa. Pihak MBSP memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul serta amat menghargai kerjasama dan pemahaman orang ramai sepanjang tempoh gangguan ini. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. #MBSP #MajlisBandarayaSeberangPerai #Pemakluman #MasalahTeknikal #TalianOperatorMBSP

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA TUN DR. SITI HASMAH Majlis Bandaraya Seberang Perai merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kelu
SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA TUN DR. SITI HASMAH Majlis Bandaraya Seberang Perai merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Ikhlas daripada Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

🚻✨ JOM SERTAI ANUGERAH TANDAS BERSIH NEGERI PULAU PINANG 2026! ✨🚻 Kebersihan tandas mencerminkan tahap kebersihan, keselesa
🚻✨ JOM SERTAI ANUGERAH TANDAS BERSIH NEGERI PULAU PINANG 2026! ✨🚻 Kebersihan tandas mencerminkan tahap kebersihan, keselesaan dan tanggungjawab kita bersama. Ayuh sertai Anugerah Tandas Bersih Negeri Pulau Pinang 2026 dan sama-sama kita budayakan tandas yang bersih, selesa dan berkualiti! πŸ’¦βœ¨ πŸ“… Tempoh Penyertaan: 21 September 2026 hingga 16 Oktober 2026 πŸ† Kategori Pertandingan: πŸ”Ή Restoran πŸ”Ή Stesen Minyak πŸ”Ή Lobi Hotel πŸ”Ή Pusat Beli-belah πŸ”Ή Sekolah Menengah πŸ”Ή Sekolah Rendah πŸ”Ή Rumah Ibadat πŸ”Ή PBT (Kontraktor / Operator) πŸ’° HADIAH MENARIK: πŸ₯‡ Johan – RM2,000 πŸ₯ˆ Naib Johan – RM1,500 πŸ₯‰ Tempat Ketiga – RM1,000 ❀️ Sagu Hati – RM400 πŸ“² Jangan lepaskan peluang! Daftar penyertaan dan pengauditan melalui QR Code yang disediakan pada poster. πŸ“ž Sebarang pertanyaan: 04-650 5379 / 5683 / 5926 πŸ“§ azrul.hisyam@penang.gov.my 🌟 Tandas Bersih, Tanggungjawab Bersama! #TandasBersihTanggungjawabBersama #AnugerahTandasBersih2026 #NegeriPulauPinang #TandasBersih #PulauPinang Pejabat SUK Pulau Pinang

πŸ” LELONGAN AYAM – PELUANG TERBAIK UNTUK ANDA! Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan mengadakan Lelongan Ayam dan orang
πŸ” LELONGAN AYAM – PELUANG TERBAIK UNTUK ANDA! Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan mengadakan Lelongan Ayam dan orang ramai dijemput untuk menyertai sesi lelongan ini. πŸ“… MAKLUMAT LELONGAN β€’ Tarikh: 21 September 2026 (Isnin) β€’ Masa: 10.00 pagi β€’ Tempat: Paun Simpanan Haiwan MBSP πŸ” BUTIRAN TERNAKAN β€’ 50 ekor ayam pelbagai jenis β€’ Anggaran berat antara 2 hingga 4 kg seekor πŸ’° HARGA PEMBUKAAN β€’ Harga permulaan: RM200.00 β€’ Kenaikan bidaan: RM10.00 bagi setiap bidaan πŸ“ž SEBARANG PERTANYAAN Sila hubungi: Bahagian Veterinar Jabatan Pelesenan & Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ☎️ 04-540 2566 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai lelongan ini. Jumpa anda di sana! πŸ” #MBSP #SeberangPerai #LelonganAyam #LelonganTernakan #BahagianVeterinar