Majlis Bandaraya Seberang Perai
Kanalga Telegramβda oβtish
Untuk maklumat layari https://www.mbsp.gov.my Saluran Aduan Call Center Aduan : 04 - 269 6969 Bebas Tol (24 Jam) : 1 - 800 - 88 -6777 Emel Aduan MBSP : aduan@mbsp.gov.my
Ko'proq ko'rsatish1 864
Obunachilar
+124 soatlar
-37 kunlar
+2230 kunlar
Postlar arxiv
πΆ PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMILIK ANJING DI SEBERANG PERAI
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menjalankan Pemeriksaan Lesen Anjing di seluruh kawasan Seberang Perai dari semasa ke semasa.
β
Pastikan lesen anjing anda bagi Tahun ini telah diperbaharui atau didaftarkan.
β οΈ Pemilik anjing yang gagal memiliki lesen yang sah boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan serta kompaun sehingga RM500 mengikut Undang-Undang Kecil Kawalan Anjing MBSP.
Jangan tunggu sehingga pemeriksaan dijalankan. Jadilah pemilik haiwan yang bertanggungjawab dan patuh kepada undang-undang.
π Perbaharui atau mohon lesen anjing anda sekarang melalui sistem SPMH MBSP.
Anjing Berlesen, Komuniti Lebih Selamat.
PROGRAM OUTREACH VAKSINASI ANTI TIFOID MBSP
Dalam usaha memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa diberi keutamaan, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menganjurkan Program Outreach Vaksinasi Anti Tifoid khususnya kepada pengendali makanan di kawasan sekitar Pasar Awam Perkampungan Juru.
Program ini merupakan salah satu inisiatif MBSP dalam memperkukuh kesedaran serta amalan pengendalian makanan yang selamat, sekali gus membantu mencegah penularan penyakit bawaan makanan.
π
Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
β° Masa: 9.00 pagi β 1.00 tengah hari
π Tempat: Perkarangan Pasar Awam Perkampungan Juru
π° Bayaran vaksinasi:
π²πΎ Warganegara: RM75 seorang
π Bukan warganegara: RM105 seorang
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran MBSP (Bahagian Premis Niaga dan Klinik).
π Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Klinik MBSP Bandar Perda: 04-549 7687
Klinik MBSP Kg. Jawa, Butterworth: 04-310 5570
πβ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M β¨π
Salam Maulidur Rasul 1448H daripada Datuk Bandar dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai.
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.
#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
ππ¨ LELONGAN LEMBU TANGKAPAN MBSP β JOM SERTAI! π¨π
Ada yang mencari lembu untuk dipelihara atau kegunaan lain? Inilah peluang anda! πβ¨
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan mengadakan Lelongan Lembu Tangkapan seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: 24 Ogos 2026 (Isnin)
β° Masa: 10.00 pagi
π Tempat: Paun Simpanan Haiwan MBSP
π BUTIRAN LELONGAN
β’ 1 ekor lembu betina
β’ Berat anggaran: 50 kg
β’ π° Harga pembukaan: RM200
β’ π Kenaikan bidaan: RM100 setiap bidaan
π’ Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam lelongan ini!
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
π Bahagian Veterinar
Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran, MBSP
04-540 2566
Jumpa anda di Paun Simpanan Haiwan MBSP! ππ¨
#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
+1
π«ποΈ KEMPEN TANPA BEG PLASTIK SETIAP HARI β AYUH JADI SEBAHAGIAN DARIPADA PERUBAHAN! π±β»οΈ
Seberang Perai terus melangkah ke arah gaya hidup lebih hijau dan lestari! ππ
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) meneruskan komitmen untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna menerusi pelaksanaan Kempen Tanpa Beg Plastik Setiap Hari.
π’ BERMULA 1 SEPTEMBER 2026, semua premis yang merangkumi pasar raya besar, pasar raya, gedung serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai rangkaian, farmasi, klinik serta premis berkaitan DILARANG membekalkan atau menyediakan beg plastik (beg plastik jinjit) kepada pengguna, sama ada secara percuma atau berbayar.
β οΈ PENGUATKUASAAN BERMULA 1 OKTOBER 2026
Tindakan penguatkuasaan dan kompaun akan mula dilaksanakan terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi ketetapan yang ditetapkan.
π²πΎ MERDEKA FUN WALK @ SEBERANG PERAI! π²πΎ
Jom meriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan dengan menyertai Merdeka Fun Walk pada 6 September 2026 (Ahad), jam 7.00 pagi bertempat di Jalan Todak 2, Seberang Jaya, Pulau Pinang! π
β¨ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA! β¨
Ayuh tampil dengan pakaian tercantik bertemakan kemerdekaan dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,500! ππ°
Lebih menarik, setiap penyertaan akan menerima kupon Cabutan Bertuah. Jangan lepaskan peluang untuk beriadah, bergaya dan menyemarakkan semangat patriotik bersama-sama! π²πΎβ€οΈ
π Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)
β° Masa: 7.00 pagi
π Tempat: Jalan Todak 2, Seberang Jaya, Pulau Pinang
π° Penyertaan: PERCUMA
π Daftar penyertaan di sini: [ https://forms.gle/Tmboc6qsvvDMGHQ29 ]
Jom ajak keluarga dan rakan-rakan! Meriahkan Merdeka dengan langkah penuh semangat! π²πΎπ₯
#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
Pejabat SUK Pulau Pinang
π΄ββοΈπ₯ SPCD SIRI 3/2026 KEMBALI! JOM KAYUH, JOM SEMARAKKAN SEBERANG PERAI! π²πΎπͺ
Selepas dua siri yang cukup meriah, Seberang Perai Cycling Day (SPCD) Siri 3/2026 kembali mengajak warga Seberang Perai untuk turun padang, mengayuh bersama dan menikmati keindahan Seberang Perai dari perspektif yang berbeza! π΄ββοΈπ΄ββοΈ
π
22 Ogos 2026 (Sabtu)
β° 7.15 pagi
π Mula & Tamat: Vision Park, Seberang Perai Utara
π Pit Stop: Permatang Saga
Bukan sekadar kayuhan, SPCD adalah ruang untuk kita beriadah, mengeratkan silaturahim, menikmati suasana pagi serta menyemarakkan gaya hidup sihat dalam komuniti Seberang Perai. πΏβ¨
Jadi, siapkan basikal, ajak geng, pakai helmet dan kita kayuh bersama! π΄ββοΈπ¨
πΈ Jangan lupa abadikan momen sepanjang kayuhan dan kongsikan pengalaman anda!
Seberang Perai Cycling Day β Kayuh, Sihat, Ceria! β€οΈπ΄ββοΈ
#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
π’ KAUNTER BAYARAN MBSP CAWANGAN JALAN BETEK KINI BEROPERASI!
Nak urus bayaran dengan lebih mudah, pantas dan selamat? ποΈπ³
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ingin memaklumkan bahawa Kaunter Bayaran MBSP Cawangan Jalan Betek kini beroperasi bagi memudahkan urusan pembayaran warga Seberang Perai.
π Waktu Operasi:
Isnin β Khamis
8.00 pagi β 1.00 petang
2.00 petang β 3.30 petang
Jumaat
8.00 pagi β 12.15 tengah hari
2.45 petang β 3.30 petang
π« Kaunter ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk bayaran cukai taksiran, lesen perniagaan, permit, lesen patil, suntikan Typhim VI, kompaun, bil sewaan gerai dan petak serta sewaan tanah MBSP.
π³ JOM BAYAR CASHLESS!
Nikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai menggunakan kad debit/kredit, FPX, perbankan internet dan e-Wallet.
β¨ Mudah. Pantas. Selamat.
Jadikan urusan bayaran anda lebih lancar bersama MBSP!
#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
πΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉ
β³ *PROMOSI BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBSP PENGGAL 2/2026* β³
Bayar cukai taksiran anda *SEGERA* secara _online_ & berpeluang untuk menang hadiah wang tunai *RM5,555* serta lain-lain hadiah yang lumayan π°π°π°π°π°
ποΈ *Tempoh Promosi : 1 Julai 2026 - 31 Ogos 2026*
β
Terma & syarat:
*https://www.mbsp.gov.my*
*REBUT SEGERA PELUANG KEEMASAN INI*
πΉβοΈ_*Jom laksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai demi kelestarian bandaraya kita*_βοΈπΉ
πΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉπΉ
PINDAAN MAKLUMAT IKLAN KEKOSONGAN PASAR AWAM DAN KOMPLEKS MAKANAN MBSP BULAN OGOS
JOM KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI! β»οΈ
Minyak masak terpakai jangan dibuang begitu sahaja! Tukarkan sisa dapur kepada sesuatu yang lebih bernilai, di samping membantu menjaga kebersihan alam sekitar.
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menganjurkan Program Pembelian Minyak Masak Terpakai seperti berikut:
π
17 Ogos 2026 (Isnin)
β° 10.00 pagi β 1.00 petang
π Stesen Kitar Semula, Menara MBSP
π° Harga belian: RM3.00/kg
Lebih menarik, semua warga Seberang Perai yang ingin menjual minyak masak terpakai dialu-alukan hadir dan minyak akan dibeli di lokasi program.
Jangan biarkan minyak masak terpakai mencemarkan longkang dan alam sekitar. Kumpul, kitar semula dan jana nilai daripada sisa dapur kita!
Ayuh bersama MBSP membudayakan amalan kitar semula demi mewujudkan Seberang Perai yang bersih, hijau, mampan dan berdaya huni.
Minyak terpakai ada nilainya β jangan buang, jom kitar semula!
#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
IKLAN KEKOSONGAN PASAR AWAM DAN KOMPLEKS MAKANAN MBSP BULAN OGOS 2026
Dimaklumkan bahawa iklan kekosongan gerai bagi pasar awam dan kompleks makanan pada bulan OGOS 2026 telah disediakan
Sehubungan itu, pihak yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan yang disertakan.
https://spgerai.mbsp.gov.my
SELAMAT BERSARA MANTAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada Yang Berbahagia Datoβ Seri Haji Zulkifli bin Long, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan demi kemajuan Negeri Pulau Pinang. Segala sumbangan dan dedikasi beliau menjadi inspirasi serta meninggalkan legasi yang amat bermakna.
"Semekar budi, sejambak memori, jasa dikenang, legasi disanjung."
Semoga YBhg. Dato' Seri dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan dalam fasa kehidupan yang baharu.
Terima kasih atas segala bakti. Selamat Bersara.
PROGRAM OUTREACH VAKSINASI ANTI TIFOID PERKUKUH KESELAMATAN MAKANAN DI PASAR AWAM TASEK GELUGOR
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mempelawa semua pengendali makanan untuk menyertai Program Outreach Vaksinasi Anti Tifoid yang diadakan bersempena Program Pasar Patuh di Pasar Awam Tasek Gelugor.
Pengambilan vaksin anti tifoid merupakan salah satu keperluan penting bagi pengendali makanan di bawah peruntukan undang-undang serta langkah proaktif dalam memastikan makanan yang disediakan adalah selamat, bersih dan berkualiti. Inisiatif ini bukan sahaja melindungi kesihatan pengendali makanan, malah memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap tahap kebersihan premis makanan di Seberang Perai.
π
Tarikh: 29 Julai 2026 (Rabu)
π Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
π Tempat: Pasar Awam Tasek Gelugor
Kadar Bayaran:
π²πΎ Warganegara: RM75 seorang
π Bukan Warganegara: RM105 seorang
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan MBSPPay bagi bayaran jenis kad kredit akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh : Rabu, 29 Julai 2026
π Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Sepanjang tempoh penyelenggaraan ini, perkhidmatan bayaran melalui kad kredit sedang dalam penyelenggaraan dan tidak dapat digunakan buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, bayaran masih boleh dilaksanakan melalui MBSPPay dengan menggunakan FPX.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
SERTAI KEJOHANAN KAROM TERBUKA PIALA DATUK BANDAR MBSP 2026!
Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar MBSP 2026 bakal menghimpunkan pemain-pemain karom dari pelbagai peringkat untuk berentap dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.
π Tarikh: 18 & 19 Julai 2026
π Masa: 9.00 pagi hingga selesai
π Tempat: Dewan Datoβ Haji Ahmad Badawi, Butterworth
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menjemput semua peminat dan pemain karom untuk menyertai kejohanan ini serta bersama-sama memeriahkan acara yang menggalakkan gaya hidup aktif, mengeratkan silaturahim dan mencungkil bakat baharu dalam sukan karom.
π Untuk maklumat lanjut:
β’ En. Samsol β 019-473 5607
β’ En. Khairul β 019-551 2636
β’ PESUKA β 04-539 3790
Ayuh sertai dan buktikan kehebatan anda di Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar MBSP 2026!
#mbsp_official
#penanggovernment
#seberangperai
#Penang2030
