Semalam buka Facebook, terus terpacul tulisan rakan kami yang memaklumkan syarikat yang ini menerima tempat ke-2, The Most Improved Vendor dalam kategori Jishuken tahun 2018.
Ia sebuah penghargaan buat kakitangan dan seluruh team yang mana kesungguhan tersebut membuahkan hasil yang amat baik.
Mereka ini bermula dengan 2 orang pengasas. Yang mana, dari tingkat atas sebuah rumah kedai (bawahnya kedai gambar) dan adalah beberapa orang yang diambil sebagai kakitangan paling awal.
2 orang tersebut ialah Datuk Haji Rameli Musa (DHRM) dan juga Dato Dr. Ab Wahab Ismail (DAWI). Mereka berkawan baik dan menjadikan sebuah bisnes yang dimulakan dari kosong hinggalah hari ini menjana lebih RM1billion jualan setahun.
Awal dulu, mereka hanya berbekalkan dengan beberapa pengalaman dari syarikat sebelum ini, pembinaan jenama ini masih kekal kukuh hingga ke hari ini.
Dari hanya ada sebuah pejabat pada tahun 1991, mereka kemudiannya membuka kilang pemasangan alat kenderaan di Bangi dan seterusnya di Nilai.
Syarikat ini berkembang dengan agak baik. Team Human Resource mereka bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain untuk โrecruitโ anak muda kita kemudiannya dibawa ke Nilai untuk bekerja bersama.
Siap beri rumah dan makan.
Syarikat yang diberi nama INGRESS ini berkembang mekar sebagai sebuah syarikat yang menjadi milik penuh Bumiputera. Yang mana awalnya dulu dikatakan sebagai โanak didikโ Vendor Program yang dibangunkan oleh Team Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri. Proton, awalnya dulu sangat mementingkan kuasa vendor.
Dari hanya kurang 10% elemen kereta yang dibuat dari vendor dalam negara, dengan program tersebut, vendor-vendor ini membina kilang dan menjadikan Proton sebuah kenderaan Malaysia (ada lebih 80% elemen buatan dalam negara sendiri).
Dari Ingress Engineering, hinggalah ke Ingress Auto, Syarikat ini melangkah ke satu dimensi, ke dimensi lain. Dari sector pembuatan, yang mana mereka membuka langkah ke luar negara pada tahun 1997, dan membina kilang di Ayuthaya dan Rayong, Thailand, dan kemudiannya ke Cikarang, Indonesia seterusnya mengorak langkah lagi jauh ke India, hari ini Ingress berdiri gah di sisi Lebuhraya LDP sebagai jenama penjual kenderaan mewah BMW, Mini Cooper dan juga Mitsubishi.
Kita semua pastinya tak perasan, kenderaan yang kita pakai setiap hari, Proton, Perodua, Honda, Toyota, Suzuki, Isuzu, dan banyak lagi, kita ingat ianya 100% buatan dari syarikat tersebut. Haa, jujurnya ada hasil dari tangan mereka yang bekerja dari kilang-kilang INGRESS ini.
Jika dulunya mereka hanya menyiapkan elemen kenderaan nasional, hari ini mereka sudah pun mengorak langkah jauh lebih besar dengan membina kilang untuk part-part kenderaan global. Dan itulah kebanggaan kita semua.
Jika tak salah saya, kakitangan mereka sudah pun mencecah 2,241 orang seluruh dunia, dan lebih separuh daripadanya datang dari negara kita sendiri.
Mereka ini adalah yang disusun minda bisnesnya untu menguasai teknologi. Apabila Tun Dr. Mahathir membuka jalan untuk Malaysia mempunyai kenderaan nasional, maka INGRESS turut serta bersama. Hasilnya, mereka mendapatkan sokongan teknikal dari Jepun dan kini menjadi rakan bisnes mereka sepanjang masa.
Boleh kata, jika kalian masuk ke kilang-kilang mereka ini, kalian akan jumpa anak melayu yang boleh berbahasa Jepun dengan baik. Sesi latihan di sana, ada juga rakyat Jepun yang datang sekejap-sekejap memberi nasihat teknikal dan sebagainya, semua ada.
Kilang mereka di Bangi, Nilai, Bukit Beruntung dan Melaka mempunyai elemen-elemen kebijaksanaan Jepun, dari susunan line kerja, hinggalah kepada aturan dan disiplin, banyak mereka gunakan dari sana. Dan ada seperkara juga yang membuat saya sangat kagum dengan syarikat ini ialah pembinaan sahsiah yang mereka lakukan kepada setiap pekerja.
Ke dua-dua pengasas syarikat ini (DHRM dan DAWI) sangat mengutamakan nilai-nilai agama. Malah, di sinilah mereka menguatkan bisnes mereka dengan menyediakan surau berkapasiti lebih 300 orang solat pada setiap masa.