uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 296 підписників, посідаючи 285 місце в категорії Маркетинг і PR та 907 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 296 підписників.

За останніми даними від 21 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -382, а за останні 24 години на -14, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 8.91%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.02% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 0 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 734 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 22 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 296
Підписники
-1424 години
-967 днів
-38230 день
Архів дописів
Rindunya zaman sekolah sampai ke masuk U dulu, bila tanya emak ayah kerja apa? Jawapan yang kita dapat, 1. Emak aku jual nasi lemak, kuih-kuih, ayah aku peneroka. 2. Emak aku jual pekasam weh. Sedapnyaaaa! 3. Emak aku tak kerja, abah aku tukang besi, buat pisau, parang semua. Ada bengkel kecil di rumah. 4. Emak ayah aku penoreh getah. Pagi-pagi dah tak ada di rumah. Aku pergi sekolah semua sendiri-sendiri je. Tapi balik je sekolah mak aku dah sedia nasi lauk sedap-sedap. 5. Emak aku jahit baju. Kau kalau nak hantar ke mak aku, bagi tahu aku. Baju aku ni semua mak aku buat. Ayah aku ada kebun pisang dekat hujung sana. Dan banyaknya lagi. Tengok balik wall mereka ini, semuanya jadi orang yang berjaya dalam kerjaya. Jujurnya bukan karier emak ayah yang menentukan kisah anak-anak di masa hadapan. Namun, ia adalah didikan, asuhan, bagaimana mereka sebagai ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak. Dulu-dulu emak ayah kita sibuk macam mana pun, mereka dapat tengok anak-anak depan mata. Zaman sekarang tak, kita keluar rumah waktu anak tidur, balik rumah anak dah tidur. Tak dapat tengok dia membesar, tak berjaya nak lihat wajah dan mata dia yang bersinar serta senyum ke kita. Itulah, Ibu bapa yang bersusah payah mencari rezeki, bersusah juga mendidik anak-anak, hadiahnya ialah anak-anak yang dapat memberi mereka ceria dan bahagia. Harap-harap kita yang hidup di zaman serba laju ini masih dapat peluang bahagia itu apabila kita dah tua. Saya duk teringat apa kawan saya cakap itu hari, “Apa yang kita buat kepada anak kita hari ini, itulah yang anak kita akan buat kepada kita apabila kita dah tua nanti.” Huhuhu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Rindu.

15 minit lagi saya akan ceritakan segala-galanya bagaimana saya membina empayar OneCookies semasa pandemik. Kalian masih semp
15 minit lagi saya akan ceritakan segala-galanya bagaimana saya membina empayar OneCookies semasa pandemik. Kalian masih sempat lagi untuk hadir. Terus tekan link dibawah. Selepas daftar, kalian akan dijemput memasuki Group FB Private kami melalui emel. Lekas tekan link di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/wbsbosp

Belajar buat Copywriting Power dengan editor saya, Kapten Hamk. Beliau akan tunjukkan satu persatu teknik, cara susun ayat da
Belajar buat Copywriting Power dengan editor saya, Kapten Hamk. Beliau akan tunjukkan satu persatu teknik, cara susun ayat dan struktur penulisan untuk buat jualan dan tarik 1,000 followers pertama. Semuanya dikongsikan di dalam Copywriting Power Workshop esok pag. Tepat Jam 10 hingga 12.30 tengah hari. Lekas daftar di sini segera: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_cpw/591

Duduk bersembang dengan orang bisnes ini memang dapatlah belajar banyak benda. Antaranya mereka ini tak boleh duduk setempat. Setiap 30-40 minit mereka duduk, mereka akan bangun berdiri, berjalan atau berbuat sesuatu bukan dari tempat mereka duduk tadi. Rasionalnya, mereka sengaja mahu rehatkan otak dan memastikan otak mereka ini tak penat berterusan, tetap kena bernafas dan rileks seperti biasa. Hari ini saya belajar 1 benda yang best, dalam banyak-banyak hal kami sembang tadi, ada seorang duk tanya kepada kawan kami yang berjaya buat sales RM4 juta semasa jualan 11-11 baru-baru ini. Dia beri kami tips sedap iaitu bagaimana dia setkan sistem pembelian, kemudian buat persediaan staff, produk dan urusan logistik siap-siap. Namun, ada seperkara yang menjadi sebuah hal yang sangat penting baginya. Iaitu berdoa. Kata beliau, “Doa ini kena spesifik. Kita tak boleh pergi doa umum-umum nak kaya, nak sales kencang, nak jualan power sepanjang tahun begitu begini. Kami, setiap musim sales, doa lain-lain. Solat hajat semuanya ikut misi kami. Contoh, untuk jualan 11-11 kami siap sebarkan dalam group whatsapp company, ini doanya; Ya Allah, syarikat kami * Sdn Bhd mengadakan jualan 11-11, kami sudah buat persediaan, sudah juga melakukan segala usaha dan perancangan. Ya Allah, kami memohon untuk dihapuskan segala dosa kami Ya Allah, dan kami juga bermohon supaya jualan 11-11 ini melepasi angka RM1 juta ringgit Ya Allah. Hanya Engkau kami bermohon dan meminta pertolongan Ya Allah. Tiada yang lain.” Kami semua ternganga. Patutlah bisnes beliau kencang bukan main. Dalam tak sedar rupanya beliau ada tips yang power ya amat untuk semua. Sungguhlah, kita ini berdoa semuanya pakat nak senang, nak mudah, nak cepat. Namun kita sibuk nak Allah makbulkan. Namun jika kita buat betul-betul, fokus dengan apa yang kita minta, spesifik betul-betul kepada 1-1 perkara, Allah akan bantu. Huhuhu. Terharunya dapat ilmu begini. Semoga saya dapat buat juga. Juga saya kongsi ini untuk kalian semua. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Doa untuk semua.

Setkan Matlamat Untuk Bangunkan Content. Ia bukan sekadar ROI dalam bentuk duit. 1. Untuk Brand / Personal Brand Awareness. - lihat like, share dan komen (soalan) yang datang dari posting. 2. Untuk Kesetiaan Pelanggan atau Menaikkan Engagement. - Content berterusan untuk sentiasa memberi makna kepada pelanggan dalam apa sahaja bentuk seperti contest, hadiah serta iklan dalam bentuk kemanusiaan. 3. Untuk Membawa Leads masuk (sales). - Content yang dibangunkan dalam bentuk Soft Sell atau Hard Sell untuk terus mendapatkan jualan. Boleh jadi bisnes kita perlu 3-3. Maka bangunkan 3-3nya ya. Untuk belajar lebih terperinci, terus daftar di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/zcm_sti/591 Terhad kepada 15 seat sahaja. Khairul Hakimin Muhammad, The Content Success.

Semoga Allah terus merahmati Dato Rameli Haji Musa dan Dato Dr Abdul Wahab Haji Ismail
+5
Semoga Allah terus merahmati Dato Rameli Haji Musa dan Dato Dr Abdul Wahab Haji Ismail

Dan kalian pastinya terkejut kilang mereka di Thailand mendapat kelulusan untuk menunaikan solat jumaat di sana. Bukan itu sahaja, di INGRESS mudahnya kalian mendapatkan kelas agama, kelas mengaji dan solat berjemaah. Masuk Ramadan, bermula sesi tadarus, dan banyaknya program keagamaan yang mereka lakukan di sini. Mungkin asbab itulah mereka teguh berdiri sebagai syarikat yang sangat berjaya pada hari ini. Sebuah syarikat Mega, namun merendah diri tidak bersama dalam arus populis. Dunia bisnes dan korporat mereka sahaja tahu kewujudan mereka yang sangat besar entitinya. Dari bidang Automotif, mereka mengorak langkah membina perkhidmatan electrical berkapasiti besar, menyediakan rel keretapi, dan kini menjadi salah 1 pemegang showroom kereta mewah yang mendapat jualan tertinggi pada setiap tahun. Bisnes jadi mudah dengan adanya mentor, pegangan yang kuat, kuasa teamwork, bantuan sokongan teknikal serta networking yang besar. Itulah INGRESS. Dulu hanya melihat dari tingkap rumah kedai, kini berlegar menjadi rakan kepada Proton, Perodua, Toyota, Honda, Isuzu, Suzuki dan banyak lagi. Siapa sangka, disebalik hebatnya kenderaan yang kita semua gunakan setiap hari, rupa-rupanya bahagian dalam kereta itu dibina oleh tangan-tangan anak muda kita sendiri. Semoga ada ramai lagi anak muda yang berwawasan begini, membina empayar bukan untuk diri sendiri, namun untuk masyarakat dan negara. Empayar mereka alhamdulillah kekal teguh dari 1991 hingga hari ini 2018 (27 tahun). Dan semoga terus menjadi empayar untuk anak-anak kami pula. Semoga INGRESS terus berkembang dengan jayanya dan tahniah buat DHRM juga DAWI! Khairul Hakimin Muhammad, Merindui dunia automotif negara.

Semalam buka Facebook, terus terpacul tulisan rakan kami yang memaklumkan syarikat yang ini menerima tempat ke-2, The Most Improved Vendor dalam kategori Jishuken tahun 2018. Ia sebuah penghargaan buat kakitangan dan seluruh team yang mana kesungguhan tersebut membuahkan hasil yang amat baik. Mereka ini bermula dengan 2 orang pengasas. Yang mana, dari tingkat atas sebuah rumah kedai (bawahnya kedai gambar) dan adalah beberapa orang yang diambil sebagai kakitangan paling awal. 2 orang tersebut ialah Datuk Haji Rameli Musa (DHRM) dan juga Dato Dr. Ab Wahab Ismail (DAWI). Mereka berkawan baik dan menjadikan sebuah bisnes yang dimulakan dari kosong hinggalah hari ini menjana lebih RM1billion jualan setahun. Awal dulu, mereka hanya berbekalkan dengan beberapa pengalaman dari syarikat sebelum ini, pembinaan jenama ini masih kekal kukuh hingga ke hari ini. Dari hanya ada sebuah pejabat pada tahun 1991, mereka kemudiannya membuka kilang pemasangan alat kenderaan di Bangi dan seterusnya di Nilai. Syarikat ini berkembang dengan agak baik. Team Human Resource mereka bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain untuk ‘recruit’ anak muda kita kemudiannya dibawa ke Nilai untuk bekerja bersama. Siap beri rumah dan makan. Syarikat yang diberi nama INGRESS ini berkembang mekar sebagai sebuah syarikat yang menjadi milik penuh Bumiputera. Yang mana awalnya dulu dikatakan sebagai “anak didik” Vendor Program yang dibangunkan oleh Team Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri. Proton, awalnya dulu sangat mementingkan kuasa vendor. Dari hanya kurang 10% elemen kereta yang dibuat dari vendor dalam negara, dengan program tersebut, vendor-vendor ini membina kilang dan menjadikan Proton sebuah kenderaan Malaysia (ada lebih 80% elemen buatan dalam negara sendiri). Dari Ingress Engineering, hinggalah ke Ingress Auto, Syarikat ini melangkah ke satu dimensi, ke dimensi lain. Dari sector pembuatan, yang mana mereka membuka langkah ke luar negara pada tahun 1997, dan membina kilang di Ayuthaya dan Rayong, Thailand, dan kemudiannya ke Cikarang, Indonesia seterusnya mengorak langkah lagi jauh ke India, hari ini Ingress berdiri gah di sisi Lebuhraya LDP sebagai jenama penjual kenderaan mewah BMW, Mini Cooper dan juga Mitsubishi. Kita semua pastinya tak perasan, kenderaan yang kita pakai setiap hari, Proton, Perodua, Honda, Toyota, Suzuki, Isuzu, dan banyak lagi, kita ingat ianya 100% buatan dari syarikat tersebut. Haa, jujurnya ada hasil dari tangan mereka yang bekerja dari kilang-kilang INGRESS ini. Jika dulunya mereka hanya menyiapkan elemen kenderaan nasional, hari ini mereka sudah pun mengorak langkah jauh lebih besar dengan membina kilang untuk part-part kenderaan global. Dan itulah kebanggaan kita semua. Jika tak salah saya, kakitangan mereka sudah pun mencecah 2,241 orang seluruh dunia, dan lebih separuh daripadanya datang dari negara kita sendiri. Mereka ini adalah yang disusun minda bisnesnya untu menguasai teknologi. Apabila Tun Dr. Mahathir membuka jalan untuk Malaysia mempunyai kenderaan nasional, maka INGRESS turut serta bersama. Hasilnya, mereka mendapatkan sokongan teknikal dari Jepun dan kini menjadi rakan bisnes mereka sepanjang masa. Boleh kata, jika kalian masuk ke kilang-kilang mereka ini, kalian akan jumpa anak melayu yang boleh berbahasa Jepun dengan baik. Sesi latihan di sana, ada juga rakyat Jepun yang datang sekejap-sekejap memberi nasihat teknikal dan sebagainya, semua ada. Kilang mereka di Bangi, Nilai, Bukit Beruntung dan Melaka mempunyai elemen-elemen kebijaksanaan Jepun, dari susunan line kerja, hinggalah kepada aturan dan disiplin, banyak mereka gunakan dari sana. Dan ada seperkara juga yang membuat saya sangat kagum dengan syarikat ini ialah pembinaan sahsiah yang mereka lakukan kepada setiap pekerja. Ke dua-dua pengasas syarikat ini (DHRM dan DAWI) sangat mengutamakan nilai-nilai agama. Malah, di sinilah mereka menguatkan bisnes mereka dengan menyediakan surau berkapasiti lebih 300 orang solat pada setiap masa.

Saya yakin, jauh di sudut hati kalian, ada yang nak usahakan bisnes sendiri. Ada empayar besar dan bantu seramai mungkin oran
Saya yakin, jauh di sudut hati kalian, ada yang nak usahakan bisnes sendiri. Ada empayar besar dan bantu seramai mungkin orang di sekeliling. Namun, impak pandemik memberi kesan secara langsung pada kita, baik bisnes dan hidup kita. Jujurnya, kami semua di sini melalui proses yang sama. Namun, berhenti bukanlah jawapannya. Kami pilih untuk bangkit, bangkit dan terus bangkit demi memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia. Oleh itu, kami berbesar hati untuk adakan webinar ini disebabkan, terlalu ramai bertanya, bagaimana kami bangkit dengan membina OneCookies semasa pandemik. Rabu malam ini, saya dedahkan segala-galanya. Semua formula, teknik dan pengalaman saya kongsikan sepanjang membangunkan empayar bisnes ini. Jika kalian usahawan, freelancer, buat kerja part-time, pelajar atau sesiapa sahaja yang ada IMPIAN BESAR untuk bina empayar bisnes, webinar ini khas buat kalian. Terus daftar di sini segera: https://bykhm.onpay.my/order/form/wbsbosp/591

Kawan-kawan, cuba lakukan ini untuk tenang: 1. Keluarkan kawan toksik dari hidup hari ini juga. 2. Toksik bermaksud, kalau berjumpa di luar mereka cerita buruk sana buruk sini, jika di media sosial mereka share sikit-sikit luahan hati atau tak up langsung atau sering melihat status kita dan persoal itu ini, tanya itu ini dan terus react dengan emosi yang tidak sepatutnya. 3. Bukan putus kawan, hanya jarakkan diri. Namun unfriend, unfollow atau block akan menyebabkan mereka berasa hati. Buat sahaja, ia akan ubah hidup kalian. Jaga hati sendiri itu lebih utama. 4. Tenang, kerana mereka toksik, maka mereka akan mula membenci kita. Itu normal. Kita doakan sahaja semoga mereka okey. 5. Tidak sesekali burukkan mereka. Biarkan dan terus mendoakan, terus mengharapkan mereka dalam keadaan baik, sentiasa dilimpahi rezeki dan disantuni Allah dalam semua kebaikan yang mereka buat. * Perkara ini tak ramai berani buat. Masuk tahun ke-4 saya cuba, tahun 2021 ini saya terus lakukan sahaja. Tak nak buang masa lagi. Hasilnya hari ini, saya tenang. Saya dah tak fikir bila mereka nak ajak saya keluar, nak ajak minum dan sebagainya. Kalau dulu, rasa seronok dapat jumpa namun selepas itu akan jadi resah. Perbualan negatif akan buat kalian ada sesuatu yang sangkut dalam hati. Produktiviti kerja tak bagus dan tentunya Allah tarik keseronokan hidup pada hari itu. Kita bawa benda tak elok dalam diri. Kalau dulu, saya sering rasa terhegeh-hegeh, lebih lagi kita ini rasa kita paling nakal dan mereka itu orang-orang baik. Cuma, apabila bersembang, tak ada perkara yang meyakinkan. Tidak ada idea baru, tidak ada juga hal-hal yang boleh membawa kita ke pembaharuan dan pembangunan hidup. Saya dah tak tengok wall mereka. Saya dah tak peduli bagaimana mereka atau apa yang mereka up. Sungguh, ia buat saya bahagia. Alhamdulillah. Hari ini, saya cukup tenang. Alhamdulillah. Kawan-kawan, Boleh jadi, di pihak sana mereka kata saya yang negatif, saya yang toksik. Oh okey sahaja. Boleh jadi betul. Kita ini sering tengok orang, boleh jadi kita tak perasan diri kita ini sendiri. Jadi, apa yang kita buat ini akan menangkan dua-dua belah pihak. Ingat, kita tak semestinya betul 100%, entah-entah di pihak sana pun teringin sangat nak buang kita jauh-jauh, jadi tak perlu ada rasa yang kita ini terlalu mulia. Orang baik, sentiasa fikir dia sendiri banyak dosa. Kita sama-sama jadi positif dengan jarakkan diri. Mana tahu 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, semua sudah tua, yang saling terus mendoakan satu sama lain dan berjumpa semula dengan kebaikan yang banyak masing-masing berbuat. Kawan-kawan, Terus buat baik di mana pun kalian berada. Harapan saya ialah kalian sukses di lapangan apapun, selagi ia membawa kebaikan, teruskan, jangan berhenti dan tegapkan diri. Ujian datang dan pergi, kawan juga begitu. Utamakan keluarga. Bina empayar, bantu orang dan terus kaya berjaya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Allah akan ganti. Percayalah.

Bab orang mengata apa yang kita tulis, itu normal. Bab orang suka pun normal. Kita pilih ke dua-dua sisi ini. Audien hanya baca dan faham mengikut apa yang kita tulis. Sebab itu dalam menulis #content, pendapat kita tak penting. Ingat, tak penting! Content hanya ada 4 asas: Fakta - perkara betul / benar yang berlaku. Emosi - perasaan yang divisualkan. Bahasa - tulislah bahasa apapun, janji ejaannya betul. Impak positif - ada 3, sama ada apabila orang baca, dia faham atau dia buat terus atau dia beli terus. 4 perkara ini wajib ada dalam setiap posting. Baik, mari kita cuba: Suasananya ialah kita baru bersarapan di sebuah kedai. Baik, begini ayatnya: Pagi tadi sempat sarapan di kedai yang satu ini. Saya ambil nasi kerabu, ada daging bakar dan telur masin. Sedap ya amat. Dia punya kuah tumis dengan kerabunya itu Ya Allah elok ja. Rasa nak tambah lagi sepinggan. Kedainya dekat Simpang 4 depan Masjid Hasanah sahaja. Pandang kiri terus nampak. Mak Su Nab kalau tak salah. Parking banyak, waze pun ada. Senang! Nasi tadi pun tak mahal mana, dalan RM9 sahaja. Best! **** Pagi tadi - fakta. Nasi kerabu, daging bakar, telur masin - fakta. Sedap ya amat - emosi. Ya Allah elok ja - emosi. Rasa nak tambah sepinggan lagi - visualkan emosi. Kedainya dekat simpang - impak positif, dalam hal ini impak positifnya ialah lokasi. Siapa baca nak pergi beli terus. Ha senang sahaja. Kemudian orang share, viral. Ingat, viral bukan tentang panjang pendeknya posting. Ia adalah posting lengkap dengan asas contentnya. Selagi ia dalam content, ia okey untuk orang share. Dan jika kita tulis kebaikan, makanan sedap, kedai bersih dan sebagainya, kita dapat audien yang “bersih” juga. Dan jika kita dianugerahkan rezeki itu hari dengan kedai yang kotor, makanan lambat, pelayan sombong, maka tegur terus mereka, jika tulis di media sosial, audien begitu juga yang kalian akan terima. Kita decide apa yang kita nak. Kita yang kawal diri kita untuk tulis apa. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ha klik sini https://t.me/ContentKHM

TINGGAL 10 KEKOSONGAN SAHAJA GAIS! Lepas ini harga pendaftaran akan naik ke RM159. Lekas sambar terus hari ini! Webinar ini d
TINGGAL 10 KEKOSONGAN SAHAJA GAIS! Lepas ini harga pendaftaran akan naik ke RM159. Lekas sambar terus hari ini! Webinar ini diadakan secara live di dalam group private selama 2 hari. Lekas tekan link di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591

Belajar sediakan ruang: 1. Berdoa nak kaya raya, sediakan ruang nak simpan, nak sedekah, nak bayar zakat, nak bantu orang, nak buatkan rumah emak ayah, nak simpan buat haji dan sebagainya. Buat semua ruang itu, bina dan teguhkannya. 2. Berdoa nak keluar dari masalah, sediakan ruang dalam kepala apa jadi apabila masalah dah selesai. Apa akan kita buat apabila berjaya hadap masalah tersebut. Bina ruang itu, bina percaya. 3. Masuk ke dalam mana-mana kelas, bina ruang dalam kepala untuk terima ilmu. Tak boleh sesekali rasa cikgu tak pandai, rasa kita lebih pandai dari orang. Keberkatan datang apabila kita buka ruang untuk kita belajar walau kita dah pandai. 4. Masuk ke tempat baru, buka ruang dalam diri untuk terima perubahan. Sediakan ruang itu untuk terima dan serap ilmu, perubahan dan apa sahaja pengetahuan untuk diterima. Tak kisahlah ruang itu untuk belajar dropship ke, baru masuk tempat kerja baru ke, baru masuk team baru ke. Buat ruang untuk belajar dahulu. 5. Pada setiap hari, setiap pagi, letak dalam kepala untuk buka ruang belajar, ruang terima ilmu, ruang terima teguran, ruang terima ujian, ruang terima rezeki, ruang memaafkan, ruang terima berbagai kebaikan dalam diri. Jika kita tak buka ruang, tak buka pintu, kita takkan dapat belajar, kita sombong dan ego dengan apa yang kita ada. Paling tak best, kita tak sedar kita sombong. Nauzubillah. Kawan-kawan, Nak rezeki, buka ruang untuk terima rezeki. Nak ilmu, sedia ruang untuk belajar. Nak dikasihi, bina ruang untuk disayangi. Semua bermula dari kita yang membuka ruang itu pada setiap hari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

JADI INFLUENCER MEMANG BEST YA AMAT! Media sosial jadi lubuk untuk kalian beri manfaat. Posting kalian dikongsi oleh ribuan o
JADI INFLUENCER MEMANG BEST YA AMAT! Media sosial jadi lubuk untuk kalian beri manfaat. Posting kalian dikongsi oleh ribuan orang. Profile kalian viral sehingga ada pengikut tersendiri. Kredibiliti kalian meningkat dan paling padu pendapatan kalian juga meningkat berkali-kali ganda! Namun semua itu bukan datang sekelip mata. Ada perancangan. Ada strategi. Ada teknik. Ada usaha! Dan semua itu perlukan persiapan awal gais! Sebab itu, kami adakan Webinar Reset Media Sosial Gaya Influencer ini. Kalian akan belajar bagaimana seorang influencer boleh: 1. Dapat 1,000 idea buat posting dalam sehari. 2. Dapat 100,000 Followers setahun. 3. Dapat pendapatan sehingga RM1,000,000. Temui kami pada 15 & 16 Disember 2021 ini. Saya dan editor saya, Kapten Hamk akan bimbing kalian selama 2 hari. Harga kelas ini RM299, namun untuk yang terawal, kami beri RM99 sahaja. Seat kosong tinggal 17 sahaja. Lekas tekan link di bawah untuk pendaftaran: https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591

Sekiranya kalian nak menulis hal-hal motivasi atau memberi semangat, ia sangat bagus ditulis dalam bentuk #storytelling yang bernombor. Ia termasuk dalam matlamat #ToInspire. #Content yang begini kita boleh susun sahaja terus. Contohnya, kalian berada dalam industri Personal Imej. Bagaimana kalian nak tulis sesuatu perkara yang beri semangat, ia boleh jadi begini: 1. Senaraikan orang yang menawan dan kacak dari segi penampilan. 2. Kemudian tulis apa yang dia buat menjadikan dia senang dan selesa dilihat. 3. Tulis dalam bentuk orang boleh ikut, boleh faham dan boleh buat terus << ini impak positif. Baik, kita cuba buat, ini contoh posting: Sekiranya kalian perasan, Dato Sri Siti Nurhaliza pandai menyesuaikan padanan baju dan seluar atau kain sekiranya beliau keluar dari rumah. Lihat bagaimana beliau beraksi di Go Shop, beliau seolah tahu baju apa yang sesuai dipakai. Dan ianya tidak sarat, tidak berlebih, tidak juga berkurang di mana-mana. Kita boleh perasan perkara ini: 1. Tudung beliau sering mengikut warna apa yang menjadi keutamaan. Sekiranya baju plain tanpa bunga atau corak, maka tudungnya akan bercorak atau berbunga. 2. Baju beliau biasanya lebih terampil dari kain atau seluar. Ia beri keyakinan dan nampak keanggunan beliau itu terserlah. 3. Beliau juga bijak memilih warna. Akhir-akhir ini beliau banyak memilih warna terang seperti merah. Dan beliau padankan dengan seluar atau kain gelap seperti biru tua atau hitam. Ia sangat padan dengan tudung bercorak ringkas. Kita boleh sesuaikan dan pelajari bagaimana kita nak berpakaian seperti beliau. Ia relaks dan tenang sahaja. Tidak fancy dan tidak juga nampak serabut. Boleh kata, Dato Sri Siti pandai memilih baju untuk apa sahaja majlis dan event. Malah nak keluar rumah makan-makan dengan keluarga pun beliau masih kekal cantik. Kita juga boleh belajar dari apa yang beliau buat. Kan? * Ini antara posting yang orang akan faham terus. To Inspire mesti memberi inspirasi dalam masa sama wajib bagi audien boleh buat apa yang ditulis. Ia bukan bacaan saja-saja okey. Itulah best menulis di media sosial, impak positifnya itu terus sahaja boleh dilakukan. Kalian boleh susun terus. Contohnya ada 100 ikon, idola, maka kalian dah dapat 100 posting cara berpakaian, cara make up, cara mix match baju dan sebagainya. Semua boleh gais. Janji memberi manfaat dan kesan positif kepada audien. Bukan kritik, bukan juga bantai. Ia adalah benda yang beri faedah kepada orang okey. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips content lagi, ha terus ke sini: https://t.me/ContentKHM Kredit Gambar: dari Instagram CTDK.

photo content

Beberapa tahun lepas, saya pergi jumpa kawan lama. Beliau ada banyak bisnes tak popular. Contohnya beli hartanah dan sewakan di sana sini. Facebook beliau pun berhabuk tak ada update. Saya tanya dia 2-3 soalan tentang murahnya rezeki dia. Kerja tak sampai 10 tahun, namun selepas berhenti, terus buat bisnes, kencang bukan main. Dia beritahu saya beberapa benda sahaja yang dia buat. 1. Setiap minggu (setiap hari jumaat) dia akan transfer / bank in duit ke isteri dia sebagai hadiah. Buatlah belanja atau nak simpan. Apa-apalah. Masa kerja gaji RM1,600 dulu. Dia hanya boleh beri RM70 sahaja seminggu. 2. Dia juga buat benda yang sama untuk emak ayah dia dengan jumlah duit yang sama (waktu itu). Dia pegang pada pesanan gurunya, hadiah kepada yang tersayang dan terdekat ini akan memurahkan rezekinya sendiri. 3. Sentiasa beli lebih untuk agihkan kepada orang lain. Asal dia beli nasi untuk sarapan di pejabat, dia akan beli 2-3 lebih. Letak di pantry dan tulis ‘siapa cepat dia dapat’. Kadang-kadang beli kuih. 4. Masuk surau, masjid, mesti solat dua rakaat. Mesti. Jika nak ke tandas sekalipun, ambil wuduk, dan pergi solat sekejap. Biasanya itu adalah jemputan Tuhan. Waima masa nak ke tandas, kebetulan terjumpa surau / masjid. Dan kemudian, letaklah duit di tabung. 5. Setiap bulan, beliau beli 2 naskhah buku dan poskan ke sekolah-sekolah yang beliau cari alamat di sosial media. Belasah sahaja hantar atas nama perpustakaan. 6. Setiap kali keluar makan dengan keluarga dan kawan-kawan, dia kata dia akan berusaha pergi bayar. Melainkan masa itu memang tak berduit. 7. Tak boleh berkira. Awal bisnes, jika job yang dapat itu semurah RM50, ambil. Pelajaran lagi besar nilainya dari duit. Dulu, RM50, sekarang dah naik berpuluh kali ganda. 8. Baik sangka dengan Tuhan. Sekiranya ada sahaja ujian yang melibatkan habisnya wang. Ingat balik, adakah bulan / minggu / hari tersebut ada yang termiss beri hadiah atau sedekah. 9. Meminta-minta dengan Tuhan. Ini wajib. Mintalah setiap hari. Tak boleh jemu, tak boleh biar, tak boleh malas. Minta minta minta. Hari ini, beliau ada 4 buah kedai 3 tingkat yang disewa. Setiap satunya dapat dalam RM16,000/bulan. Kemudian ada beberapa rumah juga dijadikan sewaan. Nak kata beliau kaya raya, tidak juga. Masih ada hutang bangunan yang belum selesai. Namun, hutang peribadi dengan bank semua dah tak ada. Ada lagilah bisnes beliau yang nampak biasa-biasa dan tidak popular. Hari ini, pagi-pagi hantar anak sekolah, kemudian pergi minum dengan orang rumah. Cuti-cuti balik kampung tengok keluarga. Rasa cemburu pun ada. Pesan beliau kepada saya: “Asal namanya kebaikan, buat. Walau hanya ada RM10 dalan poket, entah-entah RM5 adalah untuk beli kuih / makanan kepada kawan di pejabat. Mana kita tahu dia tak makan kerana tak ada duit, dan datang kerja setiap hari hanya minum air kosong. Aku pernah rasa semua itu. Jadi aku buat semula kepada orang lain. Dan hari ini, Allah balas satu demi satu dengan cukup tersusun dan bergaya. Alhamdulillah.” Khairul Hakimin Muhammad, Syukurnya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sejak semalam, berpusu-pusu orang tanya tentang kelas content. Ada yang teruja nak tarik 100,000 followers! Ada juga yang exc
Sejak semalam, berpusu-pusu orang tanya tentang kelas content. Ada yang teruja nak tarik 100,000 followers! Ada juga yang excited nak buat RM10,000 pertama di media sosial. Jujurnya semua itu memang boleh kita capai asalkan kita optimumkan media sosial kita ikut strategi influencer. Jadi, saya berbesar hati adakan webinar ini untuk menjawab semua persoalan kalian tentang dunia content dan media sosial. Jemput hadir ke Webinar Reset Media Sosial Gaya Influencer yang dibawa khas oleh saya bersama editor saya, Kapten Hamk. Kami akan bantu kalian selama 2 hari berturut-turut pada 15 & 16 Disember 2021. Ikutkan webinar ini harganya RM299. Namun kami buka terhad untuk 30 orang sahaja untuk dapat harga RM99. Lekas daftar di bawah: https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591 https://bykhm.onpay.my/order/form/wrmsgi/591

Masa kena hina, kau kena kata kepada diri kau "ya aku manusia hina. Cuma aku takkan selamanya di tempat ini." Kemudian kau ba
Masa kena hina, kau kena kata kepada diri kau "ya aku manusia hina. Cuma aku takkan selamanya di tempat ini." Kemudian kau bangun dan senyum. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/bangun-dan-senyum/