en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels 👉 If you want to see the tag, subscribe 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Open in Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Khairul Hakimin Muhammad

Channel Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 35 013 subscribers, ranking 277 in the Marketing & PR category and 912 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 35 013 subscribers.

According to the latest data from 13 October, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -360 over the last 30 days and by 0 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 7.49%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 3.24% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 2 622 views. Within the first day, a publication typically gains 1 134 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 14 October, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Marketing & PR category.

35 013
Subscribers
No data24 hours
-1247 days
-36030 days
Posts Archive
Pemain #content di media sosial hanya ada 15 jam sahaja untuk dapatkan: Engagement tinggi. Follower. Duit. Dalam tempoh 15 jam itu, ia bermula dari 7.00 pagi hinggalah 10.00 malam. Sekiranya orang itu belum ada 25,000 orang follower, maka itu sahaja waktu yang bagus untuk dimuat naik status di wallnya. Semasa di Digital World Social Media Forum di Amsterdam, Semptember lepas, dikatakan tiada waktu premium pun untuk setiap negara. Yang mana tak ada pun waktu tertentu orang akan tunggu dan tengok untuk membeli. Itu semua mitos jika ada yang kata waktu 3.00 petang begitu begini. Namun kebenaran ini pernah ada sekitar tahun 2013 ke 2017. Kini tiada lagi. Hanya ada waktu orang aktif dan tidak sahaja. Aktif = 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Tidak aktif = 10.00 malam hingga 7.00 pagi. Jadi, susun sahaja kawan-kawan (ini untuk 6-8 status sehari) 7.00 pagi - Crowd (untuk dapatkan follower) 9.00 pagi - Iklan 1 (dapat duit) 11.00 pagi - Side (naikkan engagement semula) 1.00 tengah hari - iklan 2 (dapat duit) 3.00 petang - crowd (dapat follower) 5.00 petang - side (naikkan engagement) 8.00 malam - Iklan 3 (dapat duit) 10.00 malam - side atau crowd (untuk naikkan engagement atau follower). Susun sahaja kawan-kawan. Buat bank content, susun status. Kerja jalan, wall media sosial pun cantik, duit pun masuk. Senang kan? Selamat mencuba! Khairul Hakimin Muhammad, Kata nak jualan RM1juta setahun, kena buatlah! Nak tips lagi? Terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Hari ini hari down sedunia. Oleh itu keluar pejabat tadi saya mesej kawan yang selalu sahaja beri nasihat yang sedap-sedap tentang dunia bisnes. Saya tak ada cakap pun saya tengah down. Saya hanya nak jumpa minum sahaja. Namun dia punya sembang macam sama sahaja dengan apa yang saya nak. Kata manusia yang ada berpuluh hartanah ini, nak dapat RM1,000,000 jualan setahun, tak susah mana. Yang dia buat ialah: 1. Pasang target bagaimana nak dapat RM1,000,000 tersebut. Bahagikan dengan 365 hari setahun, jadi kita akan dapat RM2,739.72 sales sehari. 2. Kemudian, dia suruh ambil produk yang paling mahal, bahagikan dari jumlah tadi. Contohnya produk paling mahal kita ada ialah RM50. Jadi RM2,739.72 bahagi RM50, dapatlah 54.79 unit, terus 55 jelah. 3. Sekarang kita ada 55 unit barang tersebut perlu dijual sehari. Maka naikkan 30% dari 55 unit tersebut. Kenapa 30% ia adalah logik yang boleh kita buat, 30% dari 55 ialah 16.5. Tambahkan, 16.5 + 55 = 71.5, bundarkan ke 72. 4. Kata beliau, biasanya target akan lari sikit dari apa yang kita buat. Namun team tak perlu tahu tentang itu. Kita present kepada team, kena jual 72 unit sehari. 72 x RM50 = RM3,600 RM3,600 x 365 hari setahun = RM1,314,000 setahun. 5. Kita hanya tambah target 30%, namun hasil jualan naik 300,000. 6. Yang dapat lebih 30% itu, beri hadiah ke team. Tak boleh lupa kerja keras mereka. 7. Perancangan bermula dari kecil. Jangan pergi target besar-besar, namun team punya kudrat sangat kecil. 8. Sebelum target, training dan mindset team kena sama. Semua itu beri hasil nanti. 9. Nak jadi jutawan, gerak dalam team. Kita tak boleh buat semua kerja sendiri. 10. Paling penting, yakin yang Allah boleh beri berapa sahaja sales sehari. RM1 juta sehari pun Allah boleh beri kerana Dia Allah. Dan kita sebagai hamba, kena yakin dalam setiap usaha. Buat baik, banyak berusaha. Kata beliau, “Usahawan dan jutawan kena bangun awal pagi. Tak boleh lupa solat sunat sebelum subuh, kemudian tak boleh juga lupa sedekah setiap hari. Itu semua kunci kepada banyaknya rezeki yang masuk.” Ya Rabb, alhamdulillah. Syukur dapat motivasi begini. Bolehlah tidur lena malam ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus buat gais!

Sesi #ApprenticeKHM pertama akan dibuka tak lama lagi. Belajar menulis story telling dan content dengan saya dari awal sampai pandai selama 3 minggu siap ada task dan gerak kerja. Yuran hanya RM1,990/pax. Setiap sesi hanya 3 orang sahaja saya ambil. Ruang belajar di Bandar Baru Bangi. Sesiapa sahaja boleh belajar, termasuk mana-mana syarikat yang nak hantar atau ibu bapa yang nak anak dia belajar menulis dan berniaga online, pun boleh. Sesiapa nak tahu lanjut, Whatsapp ke 0193505175 ya.

Mood Management https://ift.tt/2RSivqS

Carta Menulis #Content di Media Sosial untuk pendiri bisnes: Pilih Niche (yang punya titik persamaan besar dengan audien) ⬇️⬇️⬇️ Asingkan Niche ikut keutamaan, wajib ada 3, untuk Crowd, Untuk Side dan untuk RM. 3 jenis ini berbeza postingnya. ⬇️⬇️⬇️ Susun posting crowd sehari sekali. Target naik follower: 10-50 orang sehari. 50 orang sehari, setahun boleh dapat 18,000 orang. ⬇️⬇️⬇️ Susun posting RM sehari sekali. Target sales: RM200-500 sehari. RM500 sehari, setahun boleh dapat RM182,500. ⬇️⬇️⬇️ Susun posting side 1-2 kali sehari. Target engagement naik 100-200% sehari. ⬇️⬇️⬇️ Ulang semula sampai kaya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis content bermanfaat. Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Quote Bukan Content https://ift.tt/300ZjKo

Soalan: Salam tuan, kenapa dekat Personal Account kalau saya guna gambar produk yang saya ambil di studio tak berapa ok jualannya. Orang nak react pun tak ramai. Beza betul kalau saya selfie atau saya pegang produk tersebut, senang je terjual. Jawapan: Personal account sifatnya ialah kepercayaan tinggi. Orang nak tengok 1. Saiz produk. Apabila kita pegang atau kita selfie letak sebelah muka, orang terus nampak saiz sebenar produk tersebut. 2. Kegunaannya. Nak tengok bagaimana kita guna, apa yang kita boleh buat dengan produk tersebut. Apabila kita bergambar dengan produk, ia menaikkan lagi rasa percaya tersebut. Ini antara kunci kenapa iklan makanan seperti McD, KFC, kosmetik (seperti lipstik) dan sebagainya, mereka berusaha keras memastikan iklan tersebut ada adegan makan atau meletakkan produk di bahagian muka. Cuma, tak boleh lupa #content di dalam posting. Gambar tanpa content tetap tak ada impak yang bagus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat biar jadi, jangan main langgar. Nak lagi tips terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Baiki Media Sosial https://ift.tt/2J25pVf

Ucapan Bukan Content https://ift.tt/2KKA9Mn

Pre Order Kuih Raya Aidil Adha https://ift.tt/320nw51

Panggilan terakhir #KelasContentLive dalam Group Facebook hari ini. Kelas mula jam 10.00 pagi. Mana yang tak sempat nak tengok live, boleh tengok selepas itu ya. Ini adalah kelas #terakhir dengan yuran #RM79/pax. Selepas ini semua kelas online kembali ke harga asal, #RM280/pax ya. Masih boleh daftar! Mana yang nak menulis, nak berniaga, nak naikkan kredibiliti, nak tahu bagaimana boleh kumpul follower sampai ratus ribu, ini kelasnya. Daftar di sini yaaaa! https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb3 https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb3 https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb3

Tuan Hafizul Hakim seorang jurutera yang fokus menulis tentang hal simpanan, emas dan juga kisah pengembaraan keluar negara. Selepas ikuti beberapa kelas juga bootcamp, beliau berlari dari 0 pengikut, dan hari ini melebihi 18,000 pengikut. Jualannya juga sudah mencecah jutaan ringgit. Beliau hanya tulis #content yang tersusun. Beliau fokus kepada apa yang beliau tahu, mahir dan suka. Lalu dihamparkan menjadi bacaan yang orang nanti-nantikan. Iya, tak semua status beliau menjadi viral, namun ia tetap menjadi penyeri kepada mereka yang benar-benar mengikuti beliau. Content yang beliau muat naik adalah perkara yang kita semua biasa tahu. Cuma ianya ditulis dengan beri impak positif yang cukup kuat. Beliau beri step by step, Beliau sediakan cara dan bagaimana nak buat itu nak buat ini. Menjadikan apa yang beliau up itu: 1. Orang boleh faham terus 2. Orang boleh buat terus. 3. Orang boleh tiru terus (tiru maksudnya terus buat apa yang dia telah buat, buat copy-paste status / posting) 4. Boleh beli terus. 4 perkara inilah maksud sebenar MEMBERI IMPAK POSITIF kepada audien. Kalau kita menulis, kita sahaja yang faham. Maka itu belum sampai ke tahap memberi kesan positif kepada orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukurnya semakin ramai yang berjaya. Mahu lagi tips content percuma, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Salam semua keluarga besar KHM, mana yang belum join kelas content online, inilah masanya ya. Rugi tak join. Harga sekarang hanya RM79 sahaja. Harga selepas ini ialah RM280/pax (HARGA ASAL). Ini saya copy paste dari status saya: Untungnya siapa yang join #KelasLive esok gaisss! Siap ada cabutan bertuah #PeriukTekananGiacomo yang harganya RM600+ Kelas #content online terakhir Sesi Raya kali ini dengan harga promosi, selepas ini ia kembali ke harga asal RM280/pax. Harga sekarang (promosi) hanya #RM79 sahaja. Siap dapat free Ebook #ContentMappingAnalysis lagi. Masih ada kekosongan ya! Kelas hari esok jam 10.00 pagi. Mengadap telefon atau laptop masing-masing sahaja. Kalau tak sempat nak tonton live, kalian masih boleh tengok dalam tempoh 48 jam. Selepas itu kami akan bubarkan Group tersebut. Apa yang kalian akan pelajari melalui kelas Live ini : 1. Asas Menulis di Sosial Media. 2. Menyusun content dan jadikan ia sebagai bank. 3. Dos and donts 4. Jenis posting. 5. Positioning diri di media sosial. 6. Menaikkan credibiliti dan jualan di personal account. Nota khas : Pembeli akan dijemput masuk ke group tertutup khas. Group ini akan aktif dalam tempoh 48 jam sahaja bermula dari masa Live session ke udara. Kalian akan dijemput oleh Editor Agung kami saudara Mohd Faisal Yusuf. Masa : 10.00 Pagi Tarikh : 28 Jun 2019 Lekas daftar di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb3 https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb3 https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb3

Resepi Brownies Walnut https://ift.tt/2YphlFq

Perkara penting dalam hal menulis di media sosial ini ialah ia perlu dieja dengan betul. Tanpa singkatan, tanpa bahasa WeChat dan tanpa kesalahan. Walau mengikut DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun tak boleh dalam menulis #content. Ia adalah kerana: 1. Hari ini Facebook sudah menguasai lebih 240 bahasa untuk diterjemah melalui “see translation.” 2. Lebih dari itu algorithm hari ini ada kaitan dengan % ejaan. Dikatakan sekiranya Facebook tidak boleh membaca posting kita kerana terlalu banyak ejaan yang salah / silap, maka “reach” posting itu juga akan dikurangkan, ia dianggap sebagai posting yang rosak. 3. Namun di page, ia masih dibolehkan dan dibahaskan kerana ia berkait rapat dengan bayaran iklan (FBAds). 4. Ia tiada kaitan dengan Instagram. Di sana nak mengeja sesuka hati masih dibolehkan. 5. Facebook Personal Account hari ini meningkatkan daya kredibiliti owner bisnes (bagi pendiri bisnes), ia juga melibatkan integriti seseorang dalam bidang yang diceburi. Bagi yang bermain suka-suka, sekadar membaca dan bersosial, mereka ini dianggap sebagai “the loyal follower” yang mana bertugas sebagai silent reader namun mahu membaca perkara yang senang difahami, mudah diikut dan boleh ditiru. Ia adalah dengan mengeja betul tanpa ada kesalahan yang disengajakan. 6. Secara peribadi, saya sendiri dijemput menjadi tukang masak kepada laman web Cookly pada tahun lalu hanya kerana menulis resipi di dalam bahasa melayu yang dieja dengan betul. Web tersebut bermula di Kanada dan beroperasi di seluruh dunia. Ini memberi makna sekiranya kalian menulis dengan bahasa apa pun namun menjaga ejaan, ianya berkembang ke seluruh dunia melalui features “see translation.” 7. Lebih dari itu, dikatakan di Digital World Media Forum tahun lalu di Amsterdam, hari ini Facebook berusaha mendapatkan perkataan yang ada kaitan dengan emosi untuk memberi features baru setiap hari. Sebab itu jika kita tulis hebat, peluk, dan sebagainya ia memberi impak berbeza yang menarik. Ia juga ada kaitan dengan algorithm yang menaikkan reach sekiranya posting itu memberi kesan positif kepada komuniti. Bagusnya menulis dengan ejaan betul hari ini. Semua orang perlu lakukannya sama ada di Whatsapp, Facebook atau di mana-mana lapangan komunikasi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu pun kelaut, sekarang kita kempen sama-sama. Nak tips content lagi terus ke sini ya, free ja: https://t.me/ContentKHM

Mana yang sertai Kelas Live Jumaat ini, berpeluang memenangi periuk tekanan dari Giacomo yang berharga RM600+! Lekas daftar s
Mana yang sertai Kelas Live Jumaat ini, berpeluang memenangi periuk tekanan dari Giacomo yang berharga RM600+! Lekas daftar sekarang! https://bykhm.onpay.my/order/form/kcolivefb3

Sebelum mula tulis #content, pastikan #profile kalian itu sudah tersusun dengan elok. Nak beri orang percaya, nak orang dekati, nak orang follow, ia mesti ada elemen orang suka. 1. Nama. - mesti nama orang. Tak kisah nak guna nama samaran, nama komersil atau nama timangan. Janji nama orang. Contoh nama sebenar Fatimah Awang, dia guna nama Tim Awang. Ha boleh sahaja. Tak boleh nama yang bergabung dengan syarikat atau produk. Memang tak ada siapa nak berkawan dengan kita apatah lagi nak follow. Contoh salah ialah Fatimah Coway. Aduhlah janganlah. 2. Gambar Profile. - Mesti guna gambar sendiri dan seorang diri. Tak perlu gambar dengan suami / isteri. Letak sahaja tanpa prejudis. Biar jelas dan terang ia adalah gambar kita. Juga tan perlu pakai kot, pakai smart-smart, ini media sosial, tenang-tenang aja kawan-kawan. 3. Gambar Cover. - Ramai yang berusaha letak business card, gambar produk, gambar syarikat, gambar dapat award dan hadiah. Itu semua akan menyebabkan ramai orang berundur dan merasakan kalian ini akan menjual menjual menjual. Letak sahaja gambar kehidupan biasa seperti gambar pergi makan-makan, dengan keluarga, dengan kawan, gambar pergi travel semua. Itu semua gambar yang beri kepercayaan tinggi. 4. Text Bio. - Yang bahagian kecil untuk kita tulis tentang diri kita. Elakkan tulis “Ejen Produk A, CEO Syarikat B.” aiyo, itu semua pengenalan yang patut ditulis di bahagian About - Working. Di sini letak minat, suka, hobi dan sebagainya, baru tulis apa yang kalian buat. Kalau follower dah 25,000 orang ke atas, dah boleh tulis kerjaya. Selagi itu, jangan dulu. Kasi orang percaya dulu gais. 5. About - Working. Ini antara titik kepercayaan tinggi audien kepada kalian. Tulis sahaja di mana kalian pernah bekerja dulu dan sekarang. Orang akan nampak kalian itu sebelumnya apa, sekarangnya apa. Jika dulu Eksekutif di Ingress, maka tulis sahaja. Jika sekarang dah jadi CEO Syarikat, tulis juga. 6. Features Photo- Yang ini boleh letak sampai 9 gambar sekarang. Boleh sahaja campur-campur. Yang penting ia adalah gambaran kepada kehidupan kalian. 7. Web / Link - Ha letak sahaja link website atau Instagram kalian di bahagian bawah itu. Semua akan menjadi baik-baik sahaja. 8. Dan tolonglah Publickan profile tersebut jika memang nak kumpul follower. Kalau tak nak, tak apa. No hal. * Habis itu bagaimana nak menjual? Menjual di posting. Bukan di profile. Ia adalah “rumah kalian”. Kena ingat. Setting rumah mesti kemas, mesti elok dan mesti friendly. Biar orang suka datang tengok dan beri kepercayaan tinggi. Jika setting kalian seperti “kedai”, orang akan takut-takut nak klik add, takut juga nak follow. Serba salah kerana bimbang sangat kita akan sering menjual. Susun posting selepas siapkan profile. Barulah mula bermain dengan content. Mana untuk kehidupan, mana untuk jana kewangan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Menulis, Memasak, Mengembara. Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Agama kita datang kepada kita dalam bentuk cerita. Kisah nabi dan Rasul (selawat) juga dalam bentuk cerita. Kisah Allah menyantuni kekasihNya, juga dalam bentuk cerita. Boleh kata, dunia cerita adalah industri paling lama yang bertahan di dalam peradaban dunia dan manusia. Hari ini ia disebut sebagai #StoryTelling. Untuk media sosial, sangat bagus sekiranya cerita tersebut digabungkan dengan #content. Ianya perlu ada pendahuluan yang super duper ringkas. Ayat itu mesti berkongsi dengan ayat fakta, kejadian sebenar atau hal yang betul. Kemudiannya, disambung dengan emosi yang divisualkan. Yang apabila dibaca, mesti tergambar kisahnya. Lalu dihujungnya itu ada impak positif kepada audien. Yang mana sesiapa yang membaca boleh faham terus, boleh hadam terus, boleh tiru kebaikan itu terus atau boleh beli terus barang tersebut. Itulah kegunaan dunia bercerita hari ini. Sesiapa sahaja boleh bercerita. Kita nak wall media sosial kita bagus-bagus, maka berceritalah yang baik-baik. Maka yang baik itu akan kembali kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pernah ada 3 buku kompilasi tulisan yang pernah viral di Facebook sendiri. Hihi, nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM