en
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Open in Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Khairul Hakimin Muhammad

Channel Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 36 220 subscribers, ranking 281 in the Marketing & PR category and 907 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 36 220 subscribers.

According to the latest data from 28 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -392 over the last 30 days and by -15 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 4.43%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects N/A% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 1 603 views. Within the first day, a publication typically gains 0 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 29 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Marketing & PR category.

36 220
Subscribers
-1524 hours
-797 days
-39230 days
Posts Archive
Soalan: Mengapa tuan kata #StoryTelling lebih bagus dari menulis #Content biasa? Jawapan: Kerana kita semua suka dengar cerita. Agama kita datang kepada kita dalam bentuk bercerita, kisah Nabi (selawat) juga dalam bentuk bercerita, kisah ibu bapa, keluarga, kasih sayang, kejayaan, keseronokan, kebahagiaan, kekecewaan, semuanya dalam bentuk cerita. Cerita biasanya impaknya lebih baik, lebih bagus, lebih seronok berbanding penulisan rencana dan content biasa yang ditulis dalam bentuk poin atau nombor. Itu normal. Bagaimana nak tulis cerita di media sosial? Tengok kembali bagaimana kita bertutur, bercakap dan berbuat. Itu adalah teknik paling bagus. Media sosial medan interaksi, tulis dengan bahasa mudah namun dieja dengan betul. Itu sahaja! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Saya suka story telling!

Oh. Ramai pula PM bagaimana nak sertai. Beli apa sahaja di sini https://bykhm.onpay.my Kemudian kalian akan terima emel pendaftaran Affiliate. Daftar dan sertai Group Support ya. Yang pernah daftar tapi tak aktif juga perlu buat benda sama. Silakan.

Pesanan buat #AffiliateKHM. Mohon tengok Group Support dan baca posting Teknik Urgency untuk buat sales 14hb Mei 2020. 💪

Fungsi “copy” di Facebook adalah untuk di “paste” kan di luar Facebook. Jika ia digunakan walau meletakkan kredit, kita report kepada Facebook, orang yang copy-paste tetap dikenakan hukuman: 1. Delete posting. 2. Atau delete akaun / suspend akaun (biasanya apabila kena report banyak kali). Ingat ini, Facebook tidak membenarkan mana-mana status dicuri (copy paste) atau yang diambil kemudian diubah sedikit (biasanya disebut plagiat). Nak copy, boleh, cuma pastekan di luar Facebook seperti blog, Instagram, Whatsapp, dan lain-lain. Untuk page, sekiranya pemilik post adalah admin, tak jadi masalah. Ok ja. Terima kasih. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara.

photo content

photo content
+1

Ada yang tanya kenapa nak bantu Ogy Ahmad Daud? Saya tak tahu nak jawab apa. Saya hanya tahu beliau banyak beri saya jasa. Saya ulang alik ke kelas Story Telling, Content Writing, Behind The Story di London, Amsterdam, Jakarta sekitar 2016-2019. Memang macam balik kampung, setiap bulan saya kembara. Di setiap kelas, jika sebut tentang scene lakonan, cerita, saya pasti akan pilih lakonan beliau. Saya akan ambil sekitar 1-2 minit. Ya ada cerita dan pelakon lain, namun Ogy saya akan wajibkan. Entah, saya hanya suka lakonan beliau. Sangat bersahaja. Tak berlebih tak berkurang. Jadi saya DM beliau di Instagram beberapa hari lepas. Beliau balas. Kami tak pernah berjumpa, itulah kali pertama. Kemudian kami bertukar nombor telefon. Saya beritahu nak bantu beliau setelah tengok beliau gigihnya memasak pes dan sambal semata nak bayar hutang. Saya pun beri tawaran nak bantu. Dan beliau terima. Itulah kisahnya. Beliau tidak kenal saya, saya pula membesar dengan kisahnya hingga berjasa dalam setiap perbentangan saya di luar negara. Kawan-kawan, Hanya RM28 tak termasuk kos pos, kita dapat bantu Kak Ogy untuk melunaskan semua kesulitan beliau yang berlaku akhir-akhir ini. Kak Ogy memasak setiap hari dan sehingga hari ini berusaha dari pagi hingga ke malam untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita dapat Pes Kari, Kak Ogy dapat hasil dan semua para pelakon Teater Korupsi Dewan Semandung dapat wangnya semula. Pes kari ini homemade, air tangan Kak Ogy sendiri. Boleh masak 20 ketul ayam. Berat 400gm, kurier kami guna Pos laju dan NinjaVan. Boleh kurier ke seluruh negara, harga kurier RM8. Penghantaran bermula 13hb Mei, last kurier 18hb Mei insya-Allah. Sama-sama kita bantu Kak Ogy ya! Tempah di sini! Lekas! 1 balang satu rumah cukup untuk menbantu beliau! Dah beli, klik #share ya! Semoga hari ini kita bantu beliau, lain hari mana tahu Allah hadirkan orang lain bantu kita pula. https://bykhm.onpay.my/order/form/peskariogyahmaddaud https://bykhm.onpay.my/order/form/peskariogyahmaddaud https://bykhm.onpay.my/order/form/peskariogyahmaddaud

Pesan cikgu saya apabila kita ada musuh, “Janganlah berharap dia lekas mati, namun berdoalah semoga dia terus panjang umur hidup sehidup-hidupnya supaya dia boleh melihat kejayaan kita satu demi satu.” Selamat malam semua. Khairul Hakimin Muhammad, Tenang = bagus.

Saya baru buka 1 group. Hihi. Jemput sertai gais. https://www.facebook.com/groups/686894488559714/?ref=share

Cara nak jadi AffiliateKHM: 1. Beli apa sahaja di link ini: https://bykhm.onpay.my 2. Kemudian kalian akan dapat email pendaf
Cara nak jadi AffiliateKHM: 1. Beli apa sahaja di link ini: https://bykhm.onpay.my 2. Kemudian kalian akan dapat email pendaftaran untuk jadi Affiliate. 3. Baca betul-betul email tersebut untuk masuk ke Group Support kami. 4. Sekiranya kalian tak jawab soalan sebelum klik join di group tersebut, kalian tak akan dimasukkan. 5. Baca semua yang kami bincangkan sebelum bertanya. Ha gitu. Gambar itu adalah carta komisen bulan 4 ini. Hanya sebarkan link dan tak perlu modal beriya. Ilmu pun dapat freeeeee

Setiap posting bagus ditulis dengan ejaan yang betul. Namun ianya juga ditulis dengan menggunakan bahasa kita bertutur. Ramai yang mengatakan ini hanya media sosial, namun kekuatan ejaan yang betul lebih dari itu. Ia membantu #content yang dimuat naik. Contohnya: 1. Dapat diterjemah melalui banyaknya bahasa. Sekiranya ejaan salah, ia tidak dapat diterjemah melalui “see translation” 2. Mengelak dari salah faham, kebiasaan orang membaca posting kurang dari 1 minit. Salah eja = salah faham sangat tinggi. 3. Sukar beri kefahaman. Menyebabkan orang terpaksa berfikir apa yang kalian ingin sampaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu-dulu pun kelaut, namun kita berubah okey. Perlahan-lahan.

Selamat berpuasa semua!

Apabila bermain media sosial, kalian perlu ingat: 1. Kita berinteraksi sesama manusia, ia tentang manusia dan bersembang tentang hal-hal biasa yang manusia lalui. Ia ada kaitan yang kuat dengan emosi. 2. Ada lebih 3.2 Billion aktif user setiap hari mengikut data dari Emarsys. 3. Dari angka itu, ada lebih 70 juta pemilik bisnes yang membina perniagaan dan menjadikan Facebook sebagai “kedai” yang paling menguntungkan. 4. Di Amerika, purata bermain Facebook ialah sekitar 58 minit sehari. 5. Dalam tempoh itu, peniaga perlu beriklan dengan tersusun untuk mendapatkan jualan sekitar 30-48 saat selepas audien membaca posting kita. 6. Ia adalah #content yang menyebut tentang info produk, kelebihan, menggunakan emosi yang sesuai dan membantu audien menyelesaikan masalahnya. 7. Ia adalah content “to educate, to inform dan to inspire” yang menjadikan orang mengikut kalian, dan seterusnya membeli produk dari kalian. 8. Setiap aktif user di Facebook dikatakan telah klik sekitar 8 iklan sebulan dan membelinya terus. Ia adalah keputusan yang telah diletak di dalam kepala selepas membacanya berkali-kali. 9. Mengulang content namun menulisnya dengan berbagai teknik, kaedah, cara, jenis dan sebagainya akan menjadikan posting tersebut berkesan menarik pelanggan. 10. Melayan pelanggan dengan baik adalah cara terbaik untuk mendapatkan pesanan. Agenda bersembang “mouth to mouth” di dunia maya adalah 200% lebih kuat dari iklan yang kita buat di Page Ads dan sebagainya. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Jaga content, jaga emosi audien.

Media sosial sering dikaitkan dengan minda separa sedar. Boleh jadi kita akan terikut dengan emosi buruk sekiranya kita membaca mana-mana posting dalam keadaan penat, resah, gelisah, muram dan murung. Untuk pembina #content, adalah sangat penting mengekalkan rasional di dalam posting-posting yang dimuat naik. Content yang ada sifat rasional: 1. Memberi banyaknya kesan positif di dalam ayat dan perkataan. 2. Jalan cerita jelas dan tidak menggunakan perkataan bombastik / kiasu / puitis yang melampau. 3. Memberi kefahaman di dalam menerangkan isu, bukan sekadar meluah sahaja tanpa memberi penjelasan yang sebaiknya. Ingat ini, orang rasional akan mendapat lebih ramai follower, lebih murah rezeki dan lebih tinggi kredibilitinya. Mereka ini tidak terganggu dengan posting negatif dan mereka sendiri juga sentiasa memuat naik posting positif. Rasional = selesa kepada follower = kesetiaan follower kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus positif!

Di dalam bermain Social Media #Content, ada 5P yang biasa digunakan oleh pemain-pemain industri besar ini. Ia adalah: 1. Plan - Merancang content yang bagaimana untuk mendapat perhatian audien. 2. Produce - Hasilkan content yang kita mahir, suka, dan semestinya mempunyai titik persamaan besar dengan audien tersebut. 3. Publish - Perlu ada lebih dari 1 channel untuk kita keluarkan content tersebut. Contoh, Facebook, Telegram, Website, Blog. 4. Promote - Juga perlu dibuat dalam bentuk iklan termasuk menggunakan khidmat review dan Ads. 5. Prove - Mesti ada data. Buktikan semua ini dengan analisis dan KPI yang kita sendiri tetapkan. Tak cuba, tak tahu. Kita yang bina audien kita dan nilailah dengan sebaiknya. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Bina empayar!

Pilih 2 atau 3 perkara dalam bentuk #content yang nak ditulis di media sosial. Contoh: 1. Travel. 2. Makan. 3. Jual Produk Bayi. Travel adalah perkara yang diminati, makanan pula memang duk makan hari-hari. Travel - up itinerari, tips beli tiket, beli penginapan, review sana sini, cerita, musim, makanan, culture, gambar dan keindahan, orang, buku, filem yang dibuat di situ serta macam-macam. Post ini akan dapat #crowd. Konsisten susun pada setiap hari jam 10.00 pagi. Makanan pula up makan dekat mana, kalau pandai masak, buat resipi, kalau boleh cerita pasal bahan, equipment, dapur, material, diet, serta utensil, organizer semuanya boleh di up. Akan dapat crowd juga. Up pada jam 3.00 petang setiap hari. Untuk Iklan produk bayi, buat ja hard sell jam 12.00 tengah hari setiap hari. Tak ada masalah pun crowd dan posting sales itu tak ada kena mengena. Ianya posting kehidupan dan memang itulah yang kita suka dan lalui. Susunannya, Crowd - sell - crowd. Posting malam, buat side, fun-fun. Esoknya buat lagi benda ini. Susun semuanya. Kalian akan dapat crowd, follower mula naik, sales pun akan mula kencang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Travel, Kemanusiaan, Makanan, Story.

Menulis #content dan #StoryTelling di media sosial ini, perlu lancarkan “challenge” kepada diri sendiri. Saya buat ini: 1. Mesti menulis 3,000 patah perkataan sehari. Saya bermula dengan 100 patah, kemudian naik ke 300, 1,000 dan hari ini 3,000 patah. Wajib. Tulislah apa sahaja di Ms Word. Buat challenge yang kita mampu, bukan merepek-merepek. 2. Mesti membaca sekurang-kurangnya 1 buku sebulan. Ia untuk tambah perkataan semasa menulis. Tidak membaca, tak jumpa perkataan, dan proses menulis akan jadi sangat susah. 3. Keluar dari rumah dan pergi ke taman, kawasan orang ramai, naik public transport dan sebagainya (sekadar cadangan) sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Tidak keluar, hanya duduk di rumah / pejabat, idea akan kering. Dan itu akan menyebabkan kita hilang motivasi nak menulis. (YANG INI LEPAS PKP BOLEH BUAT SEMULA) 4. Hadir sekurang-kurangnya 2 kelas setahun tentang dunia menulis. Tak boleh syok sendiri. Mesti tambah ilmu. 5. Bangun awal pagi untuk dapatkan kesegaran. Sebelum subuh, mandi, dan cuba membaca tafsir Al-Quran sekurang-kurangnya 2-3 muka surat sehari. Tafsir Al-Quran adalah nadi kepada dunia penulisan, dos and donts, teknik serta gaya penyampaian, lengkap di dalamnya. Semoga bermanfaat kawan-kawan, terus lancarkan challenge kalian hari ini juga. Tenang-tenang, Buya Hamka ada mengatakan: “Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Masih belajar menulis.

Profiling adalah perkara paling utama dalam bermain media sosial. Sekiranya post kalian viral, orang yang baru mengenali kalian akan klik butang “see profile”. Dan di situlah jawapan sama ada mereka akan klik “#follow” atau tidak. Jika kalian buat tetapan: Gambar cover: Gambar Iklan, produk dan kedai, Gambar profile: gambar produk. Text bio: nombor telefon untuk pesanan produk. Maka butang follow tersebut tak akan diklik. Ia akan menjauhkan audien terhadap kalian. Sayang sekali. Hari ini audien sudah pandai menilai, yang duk buat tetapan seperti “kedai”, dalam kepala mereka pastinya akan buat iklan sepanjang hari. Profile yang bagus ialah yang mesra manusia. Ingat, ini adalah media sosial. Gambar cover, mesti punya nilai kehidupan yang tinggi. Seperti gambar keluarga, travel, hobi dan sebagainy. Gambar profile pula mesti seorang. Dan text bio pula mesti menyebut tentang apa yang kita suka dan mahir. Iklan, banner serta poster, wajib di #posting. Bukan di profile. Di situlah kekuatan menggunakan #Content untuk menarik minat orang datang, serta klik butang follow apabila melihat profile kita sangat mesra dengan manusia lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mesraaaaaa!

Mengikut The Brand Doctor yang beroperasi di Amerika Syarikat, 5 jenis #Content yang disukai oleh ramai orang ialah: 1. Yang buat orang terhibur (Entertainment). - sama ada ia dalam bentuk orang ketawa atau merasa seram atau merasa seronok atau bahagia atau sekadar cerita biasa. 2. Yang buat orang terdidik (Educate). - biasanya dalam bentuk step by step, tips, petua, teknik yang mudah dilakukan. 3. Yang buat mereka rasa diberi maklumat (information). - cerita atau penyampaian mudah terhadap 1-1 hal. 4. Yang memberi mereka inspirasi (inspired). - biasanya dalam bentuk story-telling yang ditulis dengan emosi yang mudah faham dan terkesan. 5. Yang memudahkan mereka membeli (selling without selling). - yang tidak memaksa orang membeli malah ditulis dengan mudah faham, direct to point dan tanpa memaksa atau menyuruh orang membeli. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat semuanya jom!

#AffiliateKHM 1. Beli apa sahaja dari https://bykhm.onpay.my 2. Kemudian akan terima - link pendaftaran Affiliate - daftar terus! Cipta ID sendiri. - Join Group Support FB, jawab semua soalan sebelum boleh dapat approval. Tak jawab takkan diterima. - Join Channel Telegram juga untuk dapatkan bahan-bahan media seperti video dan gambar. 3. Dalam Group FB, cari posting bagaimana nak cari link affiliate. Berhenti jadi pemalas gais. Kalau posting pun malas nak cari, benda lain tak tahulah apa akan jadi. 4. Belajar membaca posting dan perbincangan. Bukan main tala tanya sesedap rasa. Kena marah, down. Heh. 5. Tak sesuai, keluar please. Berhenti jadi stalker dan sibuknya nak tahu itu ini namun tak ada berbuat apa-apa. Boleh gais? Maka itulah Group kami. Khairul Hakimin Muhammad, Syukur dapat bantu ramai orang berkongsi rezeki.