es
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Ir al canal en Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Khairul Hakimin Muhammad

El canal Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 35 135 suscriptores, ocupando la posición 278 en la categoría Marketing y relaciones públicas y el puesto 897 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 35 135 suscriptores.

Según los últimos datos del 06 octubre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -293, y en las últimas 24 horas de -12, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.67%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 3.05% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 0 visualizaciones. En el primer día suele acumular 1 072 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 07 octubre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Marketing y relaciones públicas.

35 135
Suscriptores
-1224 horas
-827 días
-29330 días
Archivo de publicaciones
Antara perbuatan yang buat Allah lagi banyak memberi rezeki kepada kita ialah: 1. Menyantuni isteri / suami. 2. Menyantuni anak-anak. 3. Menyantuni ibu bapa. 4. Menyantuni adik beradik. Buat 4 perkara ini, walau sedikit, Allah akan mudahkan urusan kalian, memperluaskan rezeki dan memperbanyakkan lorong, jalan, pintu kepada berbagai peluang dan ruang untuk memperoleh jutaan hasil. Sama ada mereka baik atau tak dengan kalian, lantakkan, di pihak kalian, teruslah berbuat baik. Itu semua ujian dan cabaran untuk mendapat perkara yang lebih baik lagi. Begitulah. #KHM.

Selamat Hari Raya semua kawan-kawan. Maaf zahir batin ya.

Ramai sangat duk bilang, “ala Khairul tu ramai follower, bolehlah sembang sales gitu gini.” Ya benar. Saya tak sangkal pun. Apabila kolam yang kita ada itu banyaknya ikan, ia memudahkan untuk kita menebar jala. Namun kawan, tengok gambar itu betul-betul. Itulah detik saya bermula seorang diri 4-5 tahun lalu. Tak ada pinjaman bank, tak ada pelaburan sesiapa, yang ada hanya ilmu pergi belajar ambil kelas sana sini. Kereta pun tak ada woih! Punya susah buat delivery dulu. Ambil order sendiri, kumpul order sampai pernah 1 tahun itu kena buat sendiri 600 balang tempahan butter cookies. Kahkahkah nak sangat, Tuhan makbulkan terus. Saya tak segan nak cerita yang saya mula dari zero. Yang waktu itu ramainya menentang takut saya tersasar. Namun saya anggap itulah kekuatan. Jika tidak kerana mereka, saya tak jadi seperti sekarang. Kuncinya: 1. Pergi belajar. 2. Networking + Personal Branding. 3. Kerja keras. 4. Konsisten. 5. Tak putus asa. 6. Bersedia untuk gagal. 7. Bangkit kembali. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belum berjaya namun masih berusaha mendaki! Gambar: Masa jual biskut 5-6 tahun dulu

photo content

Soalan: Ada masa saya tengok tuan selfie. Siap ada caption macam yakin sangat. Haha. Kenapa ya tuan? Apa fungsinya? Ke memang saja-saja ja? Jawapan: Dalam positioning media sosial, memang ada 3 pecahan. 1. Crowd - Posting yang kita nak orang klik share. Posting ini beri double engagement kerana kebiasaannya ada share (1 engagement) dan like, komen (1 lagi engagement) sebab itu disebut double. 2. Monetize - Posting yang kita up namun menjana kewangan. Buat sales dan sebagainya. Ia memang disebut sebagai monetize kerana posting itu agak rendah engagementnya, kurang reaction namun memberi kita duit / sales. 3. Side - Sampingan. Iaitu posting yang memberi single engagement (like dan komen sahaja). Posting ini adalah posting yang sekadar orang like atau react atau sekadar komen, tidak ada share. Namun ia beri banyak engagement dan sangat bagus untuk pemain media sosial. Ia datang dari posting selfie, jenaka, satira, pick up line, lawak, punchline dan sebagainya. *** tentang selfie, saya membaca buku Good Selfie dari Turia Pitt seorang wanita (jurutera juga seorang atlet cantik) yang kehilangan wajahnya sendiri kerana kebakaran dan kini mengalami kecacatan kekal. Di dalam buku tersebut banyak perkara saya belajar tentang menghargai diri dan melihat banyaknya kebaikan orang lain hari ini adalah sebuah proses untuk kita belajar. Selfie terutamanya, membawa kepada naiknya keyakinan diri, melawan ketakutan dan media sosial hari ini mendatangkan komen bagus yang membangunkan kuasa dalaman diri sendiri. Bagus sekiranya kita memuat naik 1-2 keping gambar selfie seminggu. Sekadar memberitahu kita sihat, melawak jenaka dengan apa yang kita ada. Reaction kita dapat (engagement), keyakinan juga kita ada. Hei, tak semua yang berani selfie, dan orang-orang ini kerap memberi alasan “orang suka selfie adalah orang sakit otak.” Jujurnya, orang yang bahagia adalah yang bahagia melihat orang lain bahagia. Kita yang putuskan sama ada mahu jaga hati sendiri atau sakit hati melihat orang. Orang yang berlapang dada, hidupnya tenang. Orang yang banyak tidak berpuas hati, perjalanannya penuh malang. Sama ada dia sedar atau tidak, dia sedang lalui hal itu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Lantakkan orang nak kata apa. Tulis #content (dapat share), #selfie (dapat #engagement) dan buat duit, boleh bantu ramai orang! Alhamdulillah.

Soalan: Mengapa tuan kata #StoryTelling lebih bagus dari menulis #Content biasa? Jawapan: Kerana kita semua suka dengar cerita. Agama kita datang kepada kita dalam bentuk bercerita, kisah Nabi (selawat) juga dalam bentuk bercerita, kisah ibu bapa, keluarga, kasih sayang, kejayaan, keseronokan, kebahagiaan, kekecewaan, semuanya dalam bentuk cerita. Cerita biasanya impaknya lebih baik, lebih bagus, lebih seronok berbanding penulisan rencana dan content biasa yang ditulis dalam bentuk poin atau nombor. Itu normal. Bagaimana nak tulis cerita di media sosial? Tengok kembali bagaimana kita bertutur, bercakap dan berbuat. Itu adalah teknik paling bagus. Media sosial medan interaksi, tulis dengan bahasa mudah namun dieja dengan betul. Itu sahaja! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Saya suka story telling!

Oh. Ramai pula PM bagaimana nak sertai. Beli apa sahaja di sini https://bykhm.onpay.my Kemudian kalian akan terima emel pendaftaran Affiliate. Daftar dan sertai Group Support ya. Yang pernah daftar tapi tak aktif juga perlu buat benda sama. Silakan.

Pesanan buat #AffiliateKHM. Mohon tengok Group Support dan baca posting Teknik Urgency untuk buat sales 14hb Mei 2020. 💪

Fungsi “copy” di Facebook adalah untuk di “paste” kan di luar Facebook. Jika ia digunakan walau meletakkan kredit, kita report kepada Facebook, orang yang copy-paste tetap dikenakan hukuman: 1. Delete posting. 2. Atau delete akaun / suspend akaun (biasanya apabila kena report banyak kali). Ingat ini, Facebook tidak membenarkan mana-mana status dicuri (copy paste) atau yang diambil kemudian diubah sedikit (biasanya disebut plagiat). Nak copy, boleh, cuma pastekan di luar Facebook seperti blog, Instagram, Whatsapp, dan lain-lain. Untuk page, sekiranya pemilik post adalah admin, tak jadi masalah. Ok ja. Terima kasih. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara.

photo content

photo content
+1

Ada yang tanya kenapa nak bantu Ogy Ahmad Daud? Saya tak tahu nak jawab apa. Saya hanya tahu beliau banyak beri saya jasa. Saya ulang alik ke kelas Story Telling, Content Writing, Behind The Story di London, Amsterdam, Jakarta sekitar 2016-2019. Memang macam balik kampung, setiap bulan saya kembara. Di setiap kelas, jika sebut tentang scene lakonan, cerita, saya pasti akan pilih lakonan beliau. Saya akan ambil sekitar 1-2 minit. Ya ada cerita dan pelakon lain, namun Ogy saya akan wajibkan. Entah, saya hanya suka lakonan beliau. Sangat bersahaja. Tak berlebih tak berkurang. Jadi saya DM beliau di Instagram beberapa hari lepas. Beliau balas. Kami tak pernah berjumpa, itulah kali pertama. Kemudian kami bertukar nombor telefon. Saya beritahu nak bantu beliau setelah tengok beliau gigihnya memasak pes dan sambal semata nak bayar hutang. Saya pun beri tawaran nak bantu. Dan beliau terima. Itulah kisahnya. Beliau tidak kenal saya, saya pula membesar dengan kisahnya hingga berjasa dalam setiap perbentangan saya di luar negara. Kawan-kawan, Hanya RM28 tak termasuk kos pos, kita dapat bantu Kak Ogy untuk melunaskan semua kesulitan beliau yang berlaku akhir-akhir ini. Kak Ogy memasak setiap hari dan sehingga hari ini berusaha dari pagi hingga ke malam untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita dapat Pes Kari, Kak Ogy dapat hasil dan semua para pelakon Teater Korupsi Dewan Semandung dapat wangnya semula. Pes kari ini homemade, air tangan Kak Ogy sendiri. Boleh masak 20 ketul ayam. Berat 400gm, kurier kami guna Pos laju dan NinjaVan. Boleh kurier ke seluruh negara, harga kurier RM8. Penghantaran bermula 13hb Mei, last kurier 18hb Mei insya-Allah. Sama-sama kita bantu Kak Ogy ya! Tempah di sini! Lekas! 1 balang satu rumah cukup untuk menbantu beliau! Dah beli, klik #share ya! Semoga hari ini kita bantu beliau, lain hari mana tahu Allah hadirkan orang lain bantu kita pula. https://bykhm.onpay.my/order/form/peskariogyahmaddaud https://bykhm.onpay.my/order/form/peskariogyahmaddaud https://bykhm.onpay.my/order/form/peskariogyahmaddaud

Pesan cikgu saya apabila kita ada musuh, “Janganlah berharap dia lekas mati, namun berdoalah semoga dia terus panjang umur hidup sehidup-hidupnya supaya dia boleh melihat kejayaan kita satu demi satu.” Selamat malam semua. Khairul Hakimin Muhammad, Tenang = bagus.

Saya baru buka 1 group. Hihi. Jemput sertai gais. https://www.facebook.com/groups/686894488559714/?ref=share

Cara nak jadi AffiliateKHM: 1. Beli apa sahaja di link ini: https://bykhm.onpay.my 2. Kemudian kalian akan dapat email pendaf
Cara nak jadi AffiliateKHM: 1. Beli apa sahaja di link ini: https://bykhm.onpay.my 2. Kemudian kalian akan dapat email pendaftaran untuk jadi Affiliate. 3. Baca betul-betul email tersebut untuk masuk ke Group Support kami. 4. Sekiranya kalian tak jawab soalan sebelum klik join di group tersebut, kalian tak akan dimasukkan. 5. Baca semua yang kami bincangkan sebelum bertanya. Ha gitu. Gambar itu adalah carta komisen bulan 4 ini. Hanya sebarkan link dan tak perlu modal beriya. Ilmu pun dapat freeeeee

Setiap posting bagus ditulis dengan ejaan yang betul. Namun ianya juga ditulis dengan menggunakan bahasa kita bertutur. Ramai yang mengatakan ini hanya media sosial, namun kekuatan ejaan yang betul lebih dari itu. Ia membantu #content yang dimuat naik. Contohnya: 1. Dapat diterjemah melalui banyaknya bahasa. Sekiranya ejaan salah, ia tidak dapat diterjemah melalui “see translation” 2. Mengelak dari salah faham, kebiasaan orang membaca posting kurang dari 1 minit. Salah eja = salah faham sangat tinggi. 3. Sukar beri kefahaman. Menyebabkan orang terpaksa berfikir apa yang kalian ingin sampaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dulu-dulu pun kelaut, namun kita berubah okey. Perlahan-lahan.

Selamat berpuasa semua!

Apabila bermain media sosial, kalian perlu ingat: 1. Kita berinteraksi sesama manusia, ia tentang manusia dan bersembang tentang hal-hal biasa yang manusia lalui. Ia ada kaitan yang kuat dengan emosi. 2. Ada lebih 3.2 Billion aktif user setiap hari mengikut data dari Emarsys. 3. Dari angka itu, ada lebih 70 juta pemilik bisnes yang membina perniagaan dan menjadikan Facebook sebagai “kedai” yang paling menguntungkan. 4. Di Amerika, purata bermain Facebook ialah sekitar 58 minit sehari. 5. Dalam tempoh itu, peniaga perlu beriklan dengan tersusun untuk mendapatkan jualan sekitar 30-48 saat selepas audien membaca posting kita. 6. Ia adalah #content yang menyebut tentang info produk, kelebihan, menggunakan emosi yang sesuai dan membantu audien menyelesaikan masalahnya. 7. Ia adalah content “to educate, to inform dan to inspire” yang menjadikan orang mengikut kalian, dan seterusnya membeli produk dari kalian. 8. Setiap aktif user di Facebook dikatakan telah klik sekitar 8 iklan sebulan dan membelinya terus. Ia adalah keputusan yang telah diletak di dalam kepala selepas membacanya berkali-kali. 9. Mengulang content namun menulisnya dengan berbagai teknik, kaedah, cara, jenis dan sebagainya akan menjadikan posting tersebut berkesan menarik pelanggan. 10. Melayan pelanggan dengan baik adalah cara terbaik untuk mendapatkan pesanan. Agenda bersembang “mouth to mouth” di dunia maya adalah 200% lebih kuat dari iklan yang kita buat di Page Ads dan sebagainya. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Jaga content, jaga emosi audien.

Media sosial sering dikaitkan dengan minda separa sedar. Boleh jadi kita akan terikut dengan emosi buruk sekiranya kita membaca mana-mana posting dalam keadaan penat, resah, gelisah, muram dan murung. Untuk pembina #content, adalah sangat penting mengekalkan rasional di dalam posting-posting yang dimuat naik. Content yang ada sifat rasional: 1. Memberi banyaknya kesan positif di dalam ayat dan perkataan. 2. Jalan cerita jelas dan tidak menggunakan perkataan bombastik / kiasu / puitis yang melampau. 3. Memberi kefahaman di dalam menerangkan isu, bukan sekadar meluah sahaja tanpa memberi penjelasan yang sebaiknya. Ingat ini, orang rasional akan mendapat lebih ramai follower, lebih murah rezeki dan lebih tinggi kredibilitinya. Mereka ini tidak terganggu dengan posting negatif dan mereka sendiri juga sentiasa memuat naik posting positif. Rasional = selesa kepada follower = kesetiaan follower kepada kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus positif!

Di dalam bermain Social Media #Content, ada 5P yang biasa digunakan oleh pemain-pemain industri besar ini. Ia adalah: 1. Plan - Merancang content yang bagaimana untuk mendapat perhatian audien. 2. Produce - Hasilkan content yang kita mahir, suka, dan semestinya mempunyai titik persamaan besar dengan audien tersebut. 3. Publish - Perlu ada lebih dari 1 channel untuk kita keluarkan content tersebut. Contoh, Facebook, Telegram, Website, Blog. 4. Promote - Juga perlu dibuat dalam bentuk iklan termasuk menggunakan khidmat review dan Ads. 5. Prove - Mesti ada data. Buktikan semua ini dengan analisis dan KPI yang kita sendiri tetapkan. Tak cuba, tak tahu. Kita yang bina audien kita dan nilailah dengan sebaiknya. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Bina empayar!