en
Feedback
GENG CATS

GENG CATS

Open in Telegram
537
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-1430 days
Posts Archive
HELIKOPTER TERHEMPAS BERDEKATAN LONG LELLANG Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang terhem
HELIKOPTER TERHEMPAS BERDEKATAN LONG LELLANG Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang STOLport, hari ini. Helikopter berkenaan dilaporkan sedang menjalankan operasi Flying Doctor Service ketika kejadian. https://www.catsfm.my/whats-hot/5360

Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Halim Perdanakusuma dan Husein Sastranegara dibuka semula selepas ditutup sejak Ahad susulan
Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Halim Perdanakusuma dan Husein Sastranegara dibuka semula selepas ditutup sejak Ahad susulan abu Gunung Anak Krakatau. Namun, Anak Krakatau masih aktif dan meletus tiga kali pagi ini. Status gunung berapi kekal pada Tahap III. https://www.catsfm.my/whats-hot/5359

IPU Serian kembali ke tahap bahaya! Bacaan di IPD Serian mencecah 302 pagi ini. Kuching (243), Samarahan (237) dan Sri Aman (
IPU Serian kembali ke tahap bahaya! Bacaan di IPD Serian mencecah 302 pagi ini. Kuching (243), Samarahan (237) dan Sri Aman (232) pula berada pada tahap sangat tidak sihat. https://www.catsfm.my/whats-hot/5358

Pakar menjelaskan Malaysia kekal berada di luar Lingkaran Api Pasifik dan kesan aktiviti gunung berapi dijangka minimum. Namu
Pakar menjelaskan Malaysia kekal berada di luar Lingkaran Api Pasifik dan kesan aktiviti gunung berapi dijangka minimum. Namun, abu vulkanik yang dibawa angin tetap boleh menjejaskan kualiti udara, kesihatan dan penerbangan. https://www.catsfm.my/whats-hot/5357

Rakyat Malaysia yang akan ke atau transit di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta (CGK) dinasihatkan menyemak status penerbangan m
Rakyat Malaysia yang akan ke atau transit di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta (CGK) dinasihatkan menyemak status penerbangan masing-masing susulan gangguan abu gunung berapi Anak Krakatau. https://www.catsfm.my/whats-hot/5356

Enam gunung berapi Indonesia meletus pada hari yang sama! Namun, PVMBG menegaskan letusan Gunung Ibu, Semeru, Lewotobi Laki-l
Enam gunung berapi Indonesia meletus pada hari yang sama! Namun, PVMBG menegaskan letusan Gunung Ibu, Semeru, Lewotobi Laki-laki, Ile Lewotolok, Anak Krakatau dan Sinabung tidak berpunca daripada satu proses geologi yang sama. Indonesia mempunyai 127 gunung berapi aktif dan setiap satunya mempunyai sistem magma tersendiri. https://www.catsfm.my/whats-hot/5355

Samarahan catat IPU 226, sangat tidak sihat setakat 8 pagi ini, menjadikannya satu-satunya kawasan di Malaysia pada tahap ber
Samarahan catat IPU 226, sangat tidak sihat setakat 8 pagi ini, menjadikannya satu-satunya kawasan di Malaysia pada tahap berkenaan. Sarawak terus menjadi negeri paling terjejas dengan 11 kawasan merekodkan IPU tidak sihat. https://www.catsfm.my/whats-hot/5354

Asap kebakaran Indonesia kini menyelubungi Indonesia dan Malaysia. Kebakaran tanah gambut yang sukar dipadam semakin merebak
Asap kebakaran Indonesia kini menyelubungi Indonesia dan Malaysia. Kebakaran tanah gambut yang sukar dipadam semakin merebak ketika Indonesia berdepan kemarau teruk. Dengan 946 titik panas direkodkan pada 31 Ogos, asap bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah boleh mengancam kesihatan dan mengganggu kehidupan penduduk. https://www.catsfm.my/whats-hot/5353

Gabriel Martinelli meninggalkan Arsenal untuk menyertai Al Hilal dengan nilai perpindahan dilaporkan mencecah £60 juta (RM335
Gabriel Martinelli meninggalkan Arsenal untuk menyertai Al Hilal dengan nilai perpindahan dilaporkan mencecah £60 juta (RM335 juta), sekali gus menjadikannya pemain paling mahal yang pernah dijual The Gunners. https://www.catsfm.my/whats-hot/5352

IPU Serian cecah 517, tahap BAHAYA! SFC tingkatkan pemantauan di kawasan hutan berisiko susulan cuaca panas, kering dan jereb
IPU Serian cecah 517, tahap BAHAYA! SFC tingkatkan pemantauan di kawasan hutan berisiko susulan cuaca panas, kering dan jerebu yang boleh mencetuskan kebakaran hutan serta mengancam hidupan liar. https://www.catsfm.my/whats-hot/5351

Orang utan jantan itu ditemukan dalam keadaan lemah dan sukar bernafas selepas dipercayai terdedah kepada asap kebakaran huta
Orang utan jantan itu ditemukan dalam keadaan lemah dan sukar bernafas selepas dipercayai terdedah kepada asap kebakaran hutan di Kalimantan Barat. Usaha menyelamat dan rawatan kecemasan tidak berjaya menyelamatkan nyawanya. Bedah siasat mendapati kerosakan pada paru-paru dipercayai berkait dengan pendedahan berpanjangan kepada asap. https://www.catsfm.my/whats-hot/5350

Hampir sedekad berlalu, rekod perpindahan Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017 masih kekal sebagai pe
Hampir sedekad berlalu, rekod perpindahan Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017 masih kekal sebagai perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak. Dengan nilai €222 juta (RM1.04 bilion), Neymar masih unggul meskipun pasaran perpindahan 2025 dan 2026 menyaksikan angka luar biasa melibatkan bintang seperti Kylian Mbappe, Ousmane Dembele, Enzo Fernandez dan Alexander Isak. https://www.catsfm.my/whats-hot/5349

Angka kematian banjir kilat di sempadan Nepal-China terus meningkat! Seramai 1,220 orang disahkan maut, manakala hampir 4,800
Angka kematian banjir kilat di sempadan Nepal-China terus meningkat! Seramai 1,220 orang disahkan maut, manakala hampir 4,800 lagi masih hilang, termasuk ratusan warga asing. Bencana dahsyat pada 26 Ogos itu turut menjejaskan kira-kira 1.6 juta penduduk, dengan ribuan anggota keselamatan dikerahkan bagi operasi mencari dan menyelamat. https://www.catsfm.my/whats-hot/5348

Serian mencatat bacaan IPU 345 setakat 9.30 pagi tadi, manakala Sri Aman, Kuching, Samarahan dan Sarikei pula berada pada tah
Serian mencatat bacaan IPU 345 setakat 9.30 pagi tadi, manakala Sri Aman, Kuching, Samarahan dan Sarikei pula berada pada tahap sangat tidak sihat. Sebanyak 15 lokasi di Sarawak, Sabah, Labuan dan Negeri Sembilan turut merekodkan bacaan tidak sihat. https://www.catsfm.my/whats-hot/5347

Manchester City dilaporkan sudah mencapai persetujuan untuk mendapatkan bintang Chelsea, Enzo Fernandez dengan nilai £125 jut
Manchester City dilaporkan sudah mencapai persetujuan untuk mendapatkan bintang Chelsea, Enzo Fernandez dengan nilai £125 juta (RM682.6 juta)! Jika menjadi kenyataan, perpindahan itu bakal menyamai rekod perpindahan tertinggi Britain yang dicatat Alexander Isak ketika menyertai Liverpool tahun lalu. https://www.catsfm.my/whats-hot/5346

Tiga kawasan merekodkan bacaan IPU melebihi 300 setakat 8 pagi ini, IPD Serian (320), Kuching (318) dan Samarahan (302). Lima
Tiga kawasan merekodkan bacaan IPU melebihi 300 setakat 8 pagi ini, IPD Serian (320), Kuching (318) dan Samarahan (302). Lima lagi kawasan pula berada pada tahap sangat tidak sihat, manakala 16 kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat. https://www.catsfm.my/whats-hot/5345

Perubahan iklim semakin mengancam rantau Himalaya. Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah memberi amaran risiko bencana semakin
Perubahan iklim semakin mengancam rantau Himalaya. Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah memberi amaran risiko bencana semakin meningkat susulan banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat yang melanda minggu lalu. Angka kematian kini melebihi 1,019 orang, manakala kira-kira 4,462 masih hilang di Nepal dan China. https://www.catsfm.my/whats-hot/5344

Tragedi banjir Nepal: Angka korban kini 903 orang. Lebih 4,200 individu masih hilang susulan banjir kilat dan tanah runtuh ya
Tragedi banjir Nepal: Angka korban kini 903 orang. Lebih 4,200 individu masih hilang susulan banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di Nepal. Pasukan penyelamat terus mempergiat operasi mencari dan menyelamat, dengan lebih 10,000 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini. https://www.catsfm.my/whats-hot/5343

Lionel Messi umum bersara daripada bola sepak antarabangsa! Legenda Argentina itu mengakui keputusan tersebut bukan mudah, na
Lionel Messi umum bersara daripada bola sepak antarabangsa! Legenda Argentina itu mengakui keputusan tersebut bukan mudah, namun percaya sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada generasi baharu. “Saya telah memberikan segala yang saya ada dan tiada lagi yang mampu saya berikan.” https://www.catsfm.my/whats-hot/5342

JEREBU: 6 KAWASAN SARAWAK CATAT IPU BERBAHAYA. Kualiti udara di Sarawak semakin membimbangkan apabila enam kawasan mencatatka
JEREBU: 6 KAWASAN SARAWAK CATAT IPU BERBAHAYA. Kualiti udara di Sarawak semakin membimbangkan apabila enam kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 300 setakat 8 pagi ini. https://www.catsfm.my/whats-hot/5341