561
订阅者
-124 小时
-37 天
-1230 天
帖子存档
561
Kylian Mbappe terus mencipta sejarah!
Bintang Perancis itu muncul pemain pertama sejak 1966 yang merekodkan 10+ sumbangan gol dalam dua edisi Piala Dunia berbeza.
Pada usia 27 tahun, Mbappe bukan sahaja menyamai legenda bola sepak dunia, malah kini mula mengatasi mereka dalam buku rekod.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5253
561
Cristiano Ronaldo akhirnya kembali bersuara di media sosial selepas Portugal tersingkir daripada Piala Dunia 2026.
Namun, yang mencuri perhatian bukan sekadar hantarannya, tetapi ribuan rayuan daripada peminat yang mahu legenda itu terus beraksi sehingga Piala Dunia 2030!
https://www.catsfm.my/whats-hot/5252
561
England semakin hampir menamatkan penantian 60 tahun untuk bergelar juara dunia, tetapi satu halangan besar menanti mereka...Erling Haaland.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5251
561
Justin Bieber sah bakal menggegarkan pentas final Piala Dunia 2026!
Bintang pop Kanada itu akan bergandingan bersama Madonna, Shakira, BTS, Burna Boy dan ramai lagi dalam persembahan separuh masa pertama dalam sejarah final Piala Dunia.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5250
561
Percutian percuma seumur hidup... tetapi ada syarat!
Sebuah syarikat pelancongan dari England sanggup menawarkan Erling Haaland pakej percutian mewah sepanjang hayat bernilai jutaan pound, asalkan dia tidak ke Miami hujung minggu ini.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5249
561
Kontroversi terus memuncak! Mesir menggesa FIFA menggantung pasukan pengadil yang mengendalikan aksi menentang Argentina selepas mendakwa beberapa keputusan penting, termasuk pembatalan gol dan insiden penalti, menjejaskan peluang mereka di Piala Dunia.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5248
561
Penggambaran hampir tamat, namun kontroversi melanda produksi.
Datuk Yusof Haslam mengesahkan seorang pelakon wanita digantung sementara selepas disyaki positif dadah, sambil menyifatkan insiden itu sebagai pengajaran buat semua warga industri.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5247
561
Perang mulut antara Kylian Mbappe dan seorang senator Paraguay masih belum berakhir!
Selepas Paraguay tersingkir daripada Piala Dunia, Celeste Amarilla sekali lagi menyasarkan Mbappe, malah mengungkit kes Ronaldinho yang pernah dipenjarakan di Paraguay pada 2020.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5246
561
Kontroversi VAR kembali hangat!
Bekas pengadil Piala Dunia, Fernando Guerrero, mendakwa Mesir menjadi mangsa kesilapan VAR ketika tewas 2-3 kepada Argentina pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia.
Menurutnya, jaringan Mostafa Zico sepatutnya dikekalkan kerana keputusan membatalkannya didakwa bertentangan dengan protokol VAR.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5245
561
Cristiano Ronaldo mengesahkan Piala Dunia 2026 adalah penampilan terakhirnya di pentas terbesar bola sepak dunia.
Namun, legenda Portugal itu masih belum menutup pintu untuk terus menyarung jersi negaranya, dengan Euro 2028 masih dalam pertimbangan.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5244
561
Belgium terus melangkah! Belgium menewaskan tuan rumah Amerika Syarikat 4-1 untuk mara ke suku akhir Piala Dunia, sekali gus menamatkan impian AS di hadapan penyokong sendiri. Perlawanan turut dibayangi kontroversi melibatkan Folarin Balogun dan keputusan FIFA.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5243
561
Erling Haaland tidak dapat menyembunyikan emosinya selepas meledak dua gol untuk membantu Norway menewaskan Brazil 2-1, sekali gus melakar sejarah mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama.
Dengan tujuh gol di kejohanan ini, mampukah Haaland terus membawa Norway mencipta sejarah?
https://www.catsfm.my/whats-hot/5242
561
Legenda bakal mengucapkan selamat tinggal di pentas terbesar dunia.
Cristiano Ronaldo mengesahkan Piala Dunia FIFA 2026 adalah penampilan terakhirnya di kejohanan itu. Dengan 11 gol dalam enam edisi Piala Dunia dan pelbagai kejayaan bersama Portugal, satu era bola sepak kini menghampiri penghujungnya.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5241
561
Jude Bellingham muncul wira England!
Dua gol dalam masa hanya 95 saat membantu England menewaskan Mexico 3-2 untuk mara ke suku akhir Piala Dunia, meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5240
561
Kalah di padang, menang dari segi semangat kesukanan.
Walaupun Brazil tersingkir selepas tewas 1-2 kepada Norway, Vinicius Jr tetap mencuri perhatian apabila tampil memeluk dan mengucapkan tahniah kepada Erling Haaland yang muncul wira perlawanan.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5239
561
Nazmi Faiz Mansor sah menyertai The Cats secara pinjaman dari JDT, hanya sehari selepas perpisahan dengan Harimau Selatan.
Tidak cukup dengan itu, penyerang import baharu, Dylan Wenzel-Halls turut diumumkan bagi memperkukuh jentera serangan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5238
561
Walaupun Argentina menewaskan Cape Verde 3-2, Lionel Messi meluangkan masa selepas perlawanan untuk memuji aksi luar biasa penjaga gol veteran, Vozinha.
Malah, pemain berusia 40 tahun itu mengakui kata-kata daripada Messi adalah detik yang akan dikenangnya sepanjang hayat.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5237
561
Walaupun impian berakhir di pusingan 32 terbaik, Cape Verde meninggalkan pentas Piala Dunia dengan penuh kebanggaan.
Pasukan yang membuat penampilan sulung itu memberi tentangan sengit kepada juara bertahan Argentina sebelum tewas 2-3 selepas masa tambahan.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5236
561
Cristiano Ronaldo tidak mampu menahan air mata.
Selepas Portugal menewaskan Croatia 2-1 untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia, kapten Portugal itu memberikan penghormatan menyentuh hati kepada mendiang Diogo Jota dengan menyarung jersi bernombor 21 milik bekas rakan sepasukannya.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5235
561
Luka Modric mungkin sudah mengharungi penampilan terakhirnya di pentas Piala Dunia.
Selepas Croatia tewas 1-2 kepada Portugal, Zlatko Dalic dan Roberto Martinez sebulat suara memuji legasi pemain tengah berusia 40 tahun itu, yang disifatkan sebagai inspirasi kepada jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia.
https://www.catsfm.my/whats-hot/5234
