en
Feedback
Jiwa Bertauhid

Jiwa Bertauhid

Open in Telegram

Mereka yang memiliki Kesempurnaan Tauhid, memiliki Jiwa Yang Bertauhid.

Show more
1 134
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-1130 days
Posts Archive
4. DOA AMALAN HARIAN Al Fatihah pada Rasulullah SAW Al Fatihah pada Guru Rohani dan sanad ilmu dan amalnya sampai kepada Rasulullah SAW Al Fatihah pada diri (nama bin nama Ibu) Selawat 11x ================================ JIWA YANG BERTAUHID MengEsakan Allah pada Af'al, Asma', Sifat dan Dzat. Ya Allah selamatkan diri ini daripada Kesyirikan Nafsu, Akal dan merasai kuasa pada diri. Ya Allah, selamatkan diri ini daripada mensyirikkan Engkau dengan melihat  dan bergantung pada Kuasa Manusia dan Kuasa Alam. Ya Allah, leburkanlah dalam mata hati kami daripada memandang yang lain melainkan Hak Engkau. Engkaulah yang Tunggal dalam KetunggalanMu, tiada Af'al, Asma', Sifat dan Dzat melainkan Engkau jua, yang ada di sekeliling ini hanyalah bekas atau kesan daripada Sifat KamalatMu. Sesungguhnya segala Asma' dan Sifat terhimpun dalam Sifat Ar RahmanMu, segala Pentadbiran alam ini bergerak di atas NamaMu Ar Rahman, maka tenanglah wahai diri dalam pelukan Ar Rahman. (Al Fadhil Ustaz Angah Sunan) ================================ DOA PENENANG HATI Doa yang Rasulullah ﷺ ajarkan pada para Sahabat رضی اللہ عنھم, insyallah mujarab untuk penyembuhan anxiety (kerisauan melampau). اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ "Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal huzni, wal ajzi, wal kasali, wal bukhli, wal jubni, wal dholaid daini, wa gholabatir rijali." Ertinya : “Ya Tuhanku, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan dari rasa lemah serta kemalasan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban hutang serta tekanan orang-orang (jahat).” Amalkan pagi dan petang. Sebaiknya setiap kali lepas solat. (Buya Dr. Arrazy Hasyim) ================================ DOA PERLINDUNGAN CAHAYA Wahai Tuhanku Pasangkan Nur di dalam hatiku; Pasangkan Nur dalam tubuhku; Pasangkan Nur di hadapanku; Pasangkan Nur di belakangku; Pasangkan Nur di kananku; Pasangkan Nur di kiriku; Pasangkan Nur di atasku; Pasangkan Nur di bawahku; Pasangkan Nur pada pendengaranku; Pasangkan Nur pada penglihatanku; Pasangkan Nur pada rambutku; Pasangkan Nur di kulitku; Pasangkan Nur pada dagingku; Pasangkan Nur pada darahku dan pasangkan Nur pada tulang-belulangku. Wahai Tuhanku Kurniakan perbesarkan Nur untukku; Kurniakan Nur kepadaku dan pasangkan Nur untukku. Maha Suci Tuhan yang menyandangkan Keagungan dan berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang tiada yang lain sayugia ditasbih melainkan Dia. Rujukan: Kitab Wirid dan Doa Mustajab yang dipetik dari Al Qur'an dan Hadis. ================================ DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ Wahai Dzat Yang Maha Hidup, wahai Dzat Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada segala sesuatu) بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ Dengan Rahmat-Mu aku minta pertolongan وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ Perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku وَلَا تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا Sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu) Artinya: “Wahai Dzat Yang Maha Hidup, wahai Dzat Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada segala sesuatu), dengan Rahmat-Mu aku minta pertolongan, permudahkanlah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).” =============================== SELAWAT KESELAMATAN DIRI tawassalna bi bismillah wa bil hadi rasulillah [2x], wa kulli 'arifin billah wa ahlillahi ya allah [2x] Ya Allah, syumusil huda, shuyukhil waraa nujuu min nada [2x], bihinn naslamu min kulli aza, bi qadrillahi ya allah "Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah. Ya Allah! Dengan perantaraan kaum yang mulia, Cahaya Hidayah, dengan perantaraan amalan kebaikan mereka, kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu, Ya Allah" (Walid Ibrahim Al Malik) https://youtu.be/wb7R0aDftfI

3. SELAWAT DAN ZIKIR Bismillahi Tawakkaltu ala Allah. La Hawla Wala Quwwata illah Billahil 'Aliyyil 'Adzhiim Kata Ulama', mana-mana Tarbiyah, Tazkiyatun Nafs/Penyucian Jiwa tidak terlepas dari 3 perkara iaitu Istighfar, Selawat dan Zikir Nafi Isbat (La Ilaha illa Allah). Wajibkan diri amalkan Selawat dan Zikir bersanad setiap hari MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING, yang diambil Sanad Amalnya dari Pewaris Nur yang Haq: 1. Sayyidul Istighfar 2. Selawat Jibril 1000x 3. Zikir Nafi Isbat 1000x (Diselangi Selawat kerana Zikir Nafi Isbat kesannya Panas) 4. Surah Al Ikhlas 1000x 5. Bismillahhirrohmanirrohim 1000x Al-Tahlil Al Makhsus (التهليل) Dibaca sebanyak 4 kali. Lafaznya ialah:- لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ Laailaaha illallaahu Muhammadur Rosuulullaah, Fii kulli lamhatin wanafasin ‘adada maa wasi’ahuu ‘ilmullaah. Bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah. ================================= Setiap ilmu ada sanadnya, begitu juga sanad amal. Bukan pada sanad Selawat dan Zikir TETAPI dari siapa kamu mengambil sanad amalan itu. Maka, ambillah sanad amal dari mereka yang sudah MengenalNya, tiada lagi dikuasai Cinta Dunia dan Makhluk melainkan Cinta Allah dan RasulNya. Kata Ulama', hanya yang ada sesuatu akan melimpahkan sesuatu. Baharulah amal itu dapat memberi kesan kepada Qalbi/Hati. Ikhtiar agar Qalbi/Hati bersih dari Sifat Ananiyah/Ketuhanan Diri/Keakuan Diri agar mendapat ilham yang baik. Ilmu Laduni adalah ilham yang baik, mendorong diri melakukan perkara kebaikan. Manusia sentiasa diperilhamkan pada setiap saat, ilham kebaikan dari Allah dan Malaikat atau ilham keburukan kerana bercampur bisikan Nafsu dan Syaitan yang menguasai fikiran alam bawah sedarnya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: وَمَا كَا نَ لِبَشَرٍ اَنْ يُّكَلِّمَهُ اللّٰهُ اِلَّا وَحْيًا اَوْ مِنْ وَّرَآئِ حِجَا بٍ اَوْ يُرْسِلَ رَسُوْلًا فَيُوْحِيَ بِاِ ذْنِهٖ مَا يَشَآءُ ۗ اِنَّهٗ عَلِيٌّ حَكِيْمٌ wa maa kaana libasyarin ay yukallimahullohu illaa wahyan au miw warooo-i hijaabin au yursila rosuulang fa yuuhiya bi-iznihii maa yasyaaa, innahuu 'aliyyun hakiim "Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana." (QS. Asy-Syura 42: Ayat 51) Sayyidul Istighfar Berikut adalah bacaannya: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ Dalam rumi: Allahumma anta robbi Laailahailla anta Holaqtani Wa ana abduka Wa ana ala ahdika wawa'dika mastato', A'uzubikan min syarrima Sona', Abu ulaka bini'matika alayya, Wa abu u bizambi faghfirli, Fainnahu la yagfiru zunuba illa anta. Maksudnya: "Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)] Sayyidul Istighfar https://youtu.be/1Y5BmanP2h4

2. MAJLIS SELAWAT & PENGAJIAN - Anjuran Majlis Taklim & Selawat Nurul Mubin *Tatacara Majlis Selawat. *Hadiah Fatihah* 1- Rasulullah 1x 2- Seluruh keluarga & leluhur 1x 3- Sekalian Guru 👉Istighfar 10x 👉Selawat Asghil 10x 👉Selawat Jibril 500x 👉Doa & munajat Selawat Asghil اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَأَشْغِلِ الظَّالِمِيْنَ بِالظَّالِمِيْنَ وَأَخْرِجْنَا مِنْ بَيْنِهِمْ سَالِمِيْنَ وَعَلَي الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammad wa asyghilizh zholimin bidz zholimin wa akhrijna min bainihim salimin wa ‘ala alihi wa shohbihi ajma’in Artinya: “Ya Allah, berikanlah selawat kepada pemimpin kami Nabi Muhammad, dan sibukkanlah orang-orang zalim dengan orang zalim lainnya. Selamatkanlah kami dari kejahatan mereka. Dan limpahkanlah selawat kepada seluruh keluarga dan para sahabat beliau,”. Tatacara ini akan digunakan setiap kali selawat sebelum subuh pada tiap- tiap hari. (Sumber: Admin MSSS) ============================== Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰٓئِكَتَهٗ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ ۗ يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا innalloha wa malaaa-ikatahuu yusholluuna 'alan-nabiyy, yaaa ayyuhallaziina aamanuu sholluu 'alaihi wa sallimuu tasliimaa "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (QS. Al-Ahzab 33: Ayat 56) ============================== Iblis Tidak Berselawat Iblis dikurniakan ilmu berzikir dan dia mahir dalam zikir sahaja. Ada satu amalan yang Iblis tidak lakukan yang menyebabkan dirinya Tidak Mencapai Makrifat (Mengenal Allah) iaitu SELAWAT kepada Nabi SAW, Malaikat Jibril juga berselawat. (Kenali Iblis dan Sifat-sifatnya) Buya Dr. Arrazy Hasyim

1. SANAD AMALAN SELAWAT JIBRIL Kami disarankan oleh Guru kami untuk perbanyakkan solawat kepada Baginda Nabi SAW. Dan solawat yang kami terima ialah solawat Jibril, solawat yang amat ringkas iaitu : صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّدْ، صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ (Sollallahu Ala Muhammad, Sollallahu Alaihi Wa Sallam) Antara kelebihan selawat ini ialah akan dibukakan rezeki zahir dan batin. Rezeki zahir seperti harta benda dan keberkatan rezeki, dan rezeki batin seperti diberikan pembukaan rasa & cinta kepada Allah dan Rasul Boleh diniatkan mengamalkan selawat ini agar Allah bukakan rezeki zahir dan batin dalam kehidupan kita. Amalkan sehari 500x (sekiranya lebih, maka lebih afdhal) - dan sekiranya ada kemampuan, 500x itu diamalkan duduk sekali duduk. (itu lebih afdhal). Maka kami mendapat kebenaran utk diijazahkan (diberikan) solawat ini. Dengan demikian saya ijazahkan solawat ini seperti mana saya dapat dari guru kami. Boleh diamalkan secara duduk fokus (sebaiknya) atau dlm keadaan melaksanakan kerja².. Sanad Amalan Selawat: Hj. Ibrahim bin Hj. Mohamad bin Sulaiman (Walid Ibrahim al Malik) Untuk diamalkan selama 40 hari berturut-turut tanpa tertinggal. Al Fatihah (dibaca) Sekian *Al Fadhil Ustaz Muhammad Afif Yahya* FB Muhammad Afif Yahya 013 5855 288 NOTA: Dua kaedah mengamalkan Selawat Jibril صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّدْ، صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ (Sollallahu Ala Muhammad, Sollallahu Alaihi Wa Sallam) atau صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّدْ (Sollallahu Ala Muhammad) PANDUAN AMALAN SELAWAT Guru yang dikasihi Walid Al Malik berkongsi panduan amalan berselawat yang mudah-mudahan berhubung dengan Rohani Rasulullah saw dan menyucikan hati. Selamat beramal kepada sekalian ahli keluarga tercinta. 1. Berada di tempat yang khusus (bukan sambil berjalan dsb) 2. Mengambil wudhu' 3. Menghadap kiblat 4. Istighfar 5. Berselawat 300x /500x / 1000x (hantar pada Qalbu) 6. Berdoa (apa-apa doa) Insya Allah, dengan Barakah Selawat, akan lahir kesan dan perubahan yang baik pada Qalbu (hati). (Majlis Selawat dan Tausiyah) Walid Ibrahim Al Malik KAEDAH MENGAMBIL SANAD: 1. Al Fatihah pada Rasulullah SAW 2. Al Fatihah pada Walid Ibrahim al Malik 3. Al Fatihah pada Ustaz Muhammad Afif Yahya Amalkan selama 40 hari secara istiqomah. Berinfaq selepas 40 hari, niat dan doa. Beramal mengikut kesesuaian diri. Rujukan bacaan Selawat Jibril: https://youtu.be/ToRanDKUyGY https://youtu.be/E_cY4OAtgWw

PENDAHULUAN ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم Bismillahi Tawakkaltu ala Allah. La Hawla Wala Quwwata illah Billahil 'Aliyyil 'Adzhiim Page ini diwujudkan untuk merekod Catatan Daurah Kitab berkaitan Ilmu Tauhid Ihsan/Tasawwuf atau tazkirah yang pernah dihadiri admin sebagai ulangkaji kefahaman buat DIRI SENDIRI namun pada masa yang sama untuk memberi manfaat kepada mereka yang SERIUS mahu kembali Mengenal Diri, kembali MengenalNya. Page ini adalah Pintu Ilmu Tauhid Ihsan/ Ilmu Tasawwuf, di sini disertakan juga Sanad Amalan Selawat, pautan Majlis Ilmu & Selawat yang dianjurkan. Namun harus diingat bahawa Tasawwuf BUKAN sekadar untuk difahami tetapi hendaklah dihayati dan dirasai sendiri di dalam jiwa dengan melalui Proses Tazkiyatun Nafs/Penyucian Jiwa iaitu dengan mengamalkan Zikir dan Selawat Bersanad di bawah Pembimbing Rohani iaitu Pewaris Nur Nabi yang haq yang mewarisi sanad amal. Tujuannya adalah untuk Mencapai Jiwa Yang IHSAN/IKHLAS di sisi Allah subhanahu wa ta'ala. Baharulah Allah Redha dengan segala ibadah dan amal kebaikan yang dilakukan. Saranan admin: 1. Mengamalkan Selawat Bersanad (Limpahan Jazbah) 2. Mengikuti Pengajian Ilmu & Majlis Selawat 3. Mengulangkaji kefahaman dengan merujuk Catatan Daurah Kitab/Risalah yang diulang muatnaik setiap hari. Semoga page ini disebar luaskan kepada seramai mungkin individu yang mahu mencari maksud Ketenangan dan Kebahagiaan Hakiki yang sebenar. Sesungguhnya KEGEMBIRAAN ROHANI adalah apabila hadap hatinya hanya kepada Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT: "Keluarkanlah Cinta Dunia dari dalam hatimu sebab Aku tak pernah mengumpulkan Cinta Dunia dan Cinta kepadaKu dalam Satu Hati." (Kitab Intisari Hadis Qudsi, 38 Hadis Qudsi Pilihan Imam Al Ghazali) Barakallahu fiikum https://t.me/jiwa_bertauhid

Repost from SAHABAT ROHANI
حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ Ḥasbiyallāhu wa ni‘mal-wakīl. “Cukuplah Allah bagiku, dan Dia sebaik-baik Pelindung.” مَا شَاءَ اللَّهُ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ Mā shā’a Allāh, lā ḥawla wa lā quwwata illā billāhil-ʿAliyyil-ʿAẓīm. (diulang 3x) Artinya: "Ia berlaku dengan Kehendak Allah, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin-Mu, Ya Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung." Masya Allah, Tabarakallah Allahumma Barik Lahu

Repost from SAHABAT ROHANI
Ayat Berkaitan Kesolehan Dalam Al Qur'an Dapatan ChatGPT: Dalam Al-Qur’an, kesolehan (الصلاح) berkait rapat dengan iman, amal yang benar, taqwa dan akhlak. Antara ayat yang sangat jelas: 1. Orang soleh mendapat kedudukan di sisi Allah > وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُو۟لَٰٓئِكَ رَفِيقًا “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul, maka mereka akan bersama-sama dengan orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, orang-orang yang benar, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah sebaik-baik teman.” Surah al-Nisa’ 4:69 2. Allah menjanjikan kebaikan bagi orang yang soleh > وَأَمَّا مَنْ ءَامَنَ وَعَمِلَ صَٰلِحًا فَلَهُۥ جَزَآءً ٱلْحُسْنَىٰ “Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya balasan yang terbaik.” Surah al-Kahf 18:88 3. Kesolehan bukan sekadar amalan zahir > لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ... وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ... “Bukanlah kebajikan itu sekadar kamu menghadapkan wajah ke timur dan barat, tetapi kebajikan ialah orang yang beriman kepada Allah... mendirikan solat dan menunaikan zakat...” Surah al-Baqarah 2:177 Ayat 2:177 sangat penting kerana Allah menerangkan bahawa al-birr (kebajikan/kesolehan) merangkumi iman yang benar + pengorbanan harta + solat + zakat + menepati janji + sabar. 4. Doa untuk menjadi orang soleh > رَبِّ هَبْ لِي مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang termasuk daripada orang-orang soleh.” Surah al-Saffat 37:100 Dan antara doa para nabi: > وَأَلْحِقْنِي بِٱلصَّٰلِحِينَ “Dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.” Surah al-Syu‘ara’ 26:83 Kesimpulannya: Al-Qur’an menggambarkan orang soleh bukan hanya sebagai orang yang banyak beribadah, tetapi orang yang benar imannya, baik amalnya, amanah, sabar, menunaikan hak Allah dan hak manusia. Kalau yang dimaksudkan ialah ayat-ayat Al-Qur’an khusus tentang “kesolehan hati dan jiwa”, saya boleh susunkan ayatnya mengikut tema: iman → taqwa → ikhlas → sabar → amal soleh → menjadi hamba yang soleh.

Repost from SAHABAT ROHANI
DOA HINDARI LUPA Dibaca 3x Pagi dan Petang. Doa yang lebih kemas dan lancar boleh dibaca seperti berikut: 🌿 اللهم اجعل نفوسنا مطمئنةً بذكرك، مؤمنةً بلقائك، راضيةً بقضائك وقدرك. Ya Allah, jadikanlah jiwa-jiwa kami tenang dengan mengingati-Mu, beriman dengan pertemuan bersama-Mu, serta reda terhadap segala ketentuan dan takdir yang Engkau tetapkan. Atau dalam bahasa Melayu: 🌸 Ya Allah, jadikanlah jiwa kami tenang, hati kami sentiasa mengingati-Mu, teguhkan iman kami akan adanya pertemuan dengan-Mu, dan kurniakanlah kepada kami keredaan terhadap segala garis ketentuan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong. Aamiin. DOA MOHON HIKMAH Ya Allah kurniakanlah kepadaku kemampuan mengenal yang benar, kemudian membimbingku untuk hidup menurut kebenaran itu.” DOA PERLINDUNGAN AMALAN dibaca 3x pagi dan ptg.. بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Bismillāhilladhī lā yaḍurru maʿa ismihī shay'un fil-arḍi wa lā fis-samā', wa Huwa as-Samīʿul-ʿAlīm. Maksud: Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan mudarat di bumi mahupun di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ....................................... رَضِيتُ بِاللّٰهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ ﷺ نَبِيًّا وَرَسُولًا Raḍītu billāhi Rabbā, wa bil-Islāmi dīnā, wa bi-Muḥammadin ﷺ nabiyyan wa rasūlā. Maksud: Aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai nabi dan rasulku.

Para Pewaris Nabi SAW sentiasa berusaha untuk membawa manusia kembali kepada Cahaya, membawa makna Ketenangan yang Hakiki. Kembali kepada kesedaran diri. Hati yang tidak ada kesedaran tidak akan kembali kepada Allah SWT. Fitrah manusia adalah untuk mencintai Allah SWT, jiwanya mahu mencintai Tuhan. Salik kena kembali kepada Hakikat Aku. Wujud yang hakiki adalah wujud Allah SWT. Wujud kita ini umpama bayang-bayang yang hakikatnya tidak wujud. Apa sahaja penceritaan di alam ini adalah untuk menceritakan tentang kehebatan Allah SWT. Allah SWT telah mencipta kita dan skrip perjalanan hidup kita untuk mencintai Allah SWT atau sebaliknya. Iulah ujian buat diri kita. Hakikat Aku ialah al Haqq iaitu kembali kepada Hakikat Tuhan. Mata batin melihat diri dan alam adalah semuanya adalah Af'al, Asma' dan Sifat. Untuk kembali kepada kesedaran diri hendaklah melalui jalan Takhalli, Tahalli dan Tajalli sehingga mencapai maqam Fana'. Maka lebur kesedaran dirinya melainkan semuanya adalah tentang Al Haqq. Kita kena berani bertindak dan menyakiti nafsu. Bagaimana mahu mencintai Allah SWT tetapi tidak sanggup meninggalkan hawa nafsunya? Tasawuf hanya untuk memperbaiki hati di dalam bidang apa pun kita bagi mencapai hati yang dicintai Allah SWT. Tauhid ada beberapa peringkat iaitu Ilmu Yakin, Ainul Yakin dan Haqqul Yakin. Salik adalah orang yang berjalan mencari Cinta Allah SWT. Dalam perjalanan itu, perlu ada guru pembimbing agar kita dapat mengikuti jalan Para KekasihNya yang telah melaluinya. Mereka telah diberi jaminan keselamatan di dunia dan di akhirat. Sangat sedikit yang terpilih secara langsung jiwanya yang diangkat untuk MengenalNya. Jika ada pun, beliau perlu mempunyai guru pembimbing agar dapat membimbing orang lain. Kebanyakan kita sangat perlukan bimbingan guru dalam perjalanan mencari Cinta Allah SWT. Zikir yang diamalkan yang diambil dari sumber lain tetapi bukan zikir bersanad adalah berbeza kesannya di dalam hati. Ini kerana zikir yang bersanad ada limpahan nur yang diambil dari dada guru yang sebelumnya sehingga sampai kepada rohani Nabi SAW. Pengalaman atau hasil dari proses pembersihan hati itu hendaklah di bawah bimbingan guru agar dirinya benar terbimbing. Semakin kita mendalami proses pembersihan hati itu, semakin tenang hati kita, semakin hidup jiwa kita dan semakin dekat hati kita dengan Allah SWT. 15.8.2020 Sabtu

Audio 4 Al Fadhil Ustaz Muhammad Afif Yahya Kitab Ku Temui Cahaya Walid Al Malik Cahaya Kegelapan dan Kepalsuan Apabila seseorang memiliki Tauhid yang hidup di dalam zahir dan batin, maka ibadahnya dilakukan dengan baik dan benar dan membuahkan adab dan akhlak yang baik kepada Allah SWT, akhlak yang baik sesama insan dan juga alam ini. Dengan Tauhid dan Makrifat itu akan dinilai pada adab dan akhlaknya. Tasawuf melahirkan sejauh mana ketinggian adabiahnya. Tauhid yang mencapai rasa kedekatan dengan Allah SWT, serta mencapai Tauhid pandang atau penyaksian kepada Allah SWT. Jalan Penyucian Jiwa atau Tazkiyatun Nafs ini WAJIB bagi setiap manusia bagi mencapai jiwa yang tenang dan diredhai Allah SWT. Pintunya adalah Taubat. Jiwa yang sentiasa mencintai Allah SWT. Dalam kitab ini ada dinyatakan kisah tersirat bonda Siti Hajar yang ditinggalkan di kawasan yang kering kontang dengan anaknya Nabi Ismail as yang masih kecil. Nabi Ibrahim as ditanya sebanyak 3 kali oleh isterinya kenapa ditinggalkan, namun Nabi Ibrahim as tidak menjawab dan tidak berpaling. Kemudian, bonda Siti Hajar mengatakan adakah semua ini perintah Allah SWT, Nabi Ibrahim mengiyakan pernyataan itu. Lalu, dilepaskan tali kuda dan bonda Siti Hajar berserah sekiranya ini yang Allah SWT kehendaki, dia redha dan berserah diri. Beliau meyakini bahawa sesungguhnya Allah SWT tidak akan menzaliminya. Begitulah dalam kehidupan ini, apabila kita lepaskan ikatan hati kita dan kebergantungan kita kepada selain daripada Allah SWT, hanya memegang tali Allah SWT sahaja, nescaya kita menjadi insan yang dicintai Allah SWT. Apabila bonda Siti Hajar mempunyai kekuatan Makrifat kepada Allah SWT, Allah SWT yang menjaganya dan seluruh alam juga turut menjaganya, Allah SWT menzahirkan CintaNya dengan mewujudkan air zam-zam yang mengalir di bawah tapak kaki Nabi Ismail as dan terus mengalir sehingga kini. Kenapa kita hendak bergantung dengan makhluk kerana makhluk juga lemah dan tetap perlu bergantung kepada Allah SWT? Makrifat/MengenalNya adalah benar mengikat jiwanya dengan Allah SWT. Sekiranya kita mahu menjadi KekasihNya, kita kena benar menyakiti Hawa Nafsu sendiri. Tauhid Makrifat ini tidak dapat diperolehi melalui pengajian kitab tetapi ada pada dada Pewaris Nabi SAW yang melimpahkan rasa Cinta Allah SWT itu melalui dada mereka kerana mereka mewarisi batinnya Nabi SAW. Mudah-mudahan dengan ini, kita dapat memahami maksud dan tujuan hidup. Hakikat diri kita Rohani, Rohani kita ini Nur. yang dilapisi dengan 3 lapis cahaya iaitu Cahaya Lahut, Cahaya Jabarut dan Cahaya Mulki (alam insan). Fitrah rohani kita ialah mencintai Allah SWT. Kita dilahirkan suci dan bersih. Apabila berada di dalam jasadi ini, kita terhijab dengan beberapa halangan nafsu yang menyebabkan Cahaya itu semakin malap, pudar dan semakin jauh dari Cahaya Allah SWT. Akhirnya hakikat diri kita yang Cahaya ini dibaluti dengan Adam yang menenggelamkan kita ke dalam kegelapan. Kita kena kembali mengenali diri kita dan kembali Mengenal Allah SWT. Hakikat diri kita adalah cahaya. Kembali kepada hakikat diri kita, mengenal diri kita, renung kejadian diri kita. Perjalanan Tauhid Makrifat ini adalah untuk mencari keaiban diri dan bukan orang lain. Tasawuf mengajar untuk menghina diri sendiri agar membuahkan adab, cinta dan fakir dalam diri. Adab, Cinta dan Faqir. Inilah akhlak Nabi SAW. Nabi SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Selagi mana diri seseorang itu tiada akhlak Muhammad, selagi itu dia tidak layak menjadi Kekasih Allah SWT. Akhlak Muhammad itu bukan lakonan dan dibuat-buat tetapi akhlak dengan sendirinya terbit dari kehalusan jiwa kerana memiliki kekuatan Cahaya Makrifat/MengenalNya. Tasawuf ini untuk banyak merenung diri. Kembalikan seluruh kehidupan kepada Allah SWT. Kembalikan semua sandaran kita kepada Allah SWT, serahkan semua urusan kembali kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan memudahkan semua urusan kita. Makna dan tujuan Tasawuf adalah untuk kembali mencari Cinta Allah SWT dalam diri kita.

8. CATATAN DAURAH KITAB/RISALAH (14 siri ) - bil.4 Al Fadhil Ustaz Muhammad Afif Yahya Kitab Ku Temui Cahaya Walid Al Malik

7. SENARAI DAURAH KITAB/RISALAH Catatan Daurah Kitab/Risalah yang dimuatnaik adalah berkaitan Ilmu Tauhid Ihsan/Tasawwuf yang telah dihadiri sendiri oleh admin. 1. Risalah Penyucian Jiwa (14 siri) Pembimbing: Ustaz Muhammad Afif Yahya Penulis Risalah: Ustaz Muhammad Afif Yahya & Ustaz Shikh Muhammad Norhashim bin Shikh Hassan 2. Pengajian Tauhid Tasawwuf (17 siri) Pembimbing: Ustaz Muhammad Afif Yahya 3. Kitab Ku Temui Cahaya (14 siri) 4. Kitab Duhai Perindu Allah ( 22 siri) 5. Kitab Jalan Mencapai Makrifat (14 siri) 6. Kitab Bicara Hikmah (16 siri) 7. Kitab Bicara Diri (20 siri) 8. Kitab Bisikan Nurani (24 siri) 9. Kitab Cahaya Rabbani (Pengajian bermula pada 13.10.2023) Pembimbing: Ustaz Muhammad Afif Yahya Penulis Kitab: Walid Ibrahim Al Malik 10. Kitab Kompilasi Ma'rifah dan Cinta (9 siri/1 siri telah dimuatnaik) 11. Kitab Inilah Tasawwuf Sufi yang berpegang kepada Manhaj Sahih (13 siri/belum dimuatnaik) 12. Kitab Mengubah Kemungkaran Sarana Kelestarian Ummah (4 siri/belum dimuatnaik) Pembimbing/Penulis Kitab: Syeikh Rohimuddin Nawawi al Banteni 13. Kitab Muqaddimah Attasawwuf (3 siri/belum dimuatnaik) Pembimbing: Syeikh Rohimuddin Nawawi al Banteni Penulis Kitab: Imam Ahmad Zarruq 14. Kitab Minahus Saniyah (1 & 2 Feb 2022/ belum dimuatnaik) Pembimbing: Syeikh Rohimuddin Nawawi al Banteni Penulis Kitab: Syeikh Abdul Wahab Al Sya'rani 15. Kitab Syarah Tauhid Arsalan "Fathur Rahman" (Pengajian pada 15 & 16 Nov 2021/belum dimuatnaik) Pembimbing: Syeikh Rohimuddin Nawawi al Banteni 16. Kitab Sirr Al Asrar - Rahsia dari Segala Rahsia (5 siri) Pembimbing: Ustaz Angah Sunan Penulis Kitab: Syeikh Yusuf Al Makasari 17. Pengajian Kitab Tauhid Sufi Kitab Allah, Syariat & Hakikat I - Suatu Penghuraian (18 siri) Pembimbing: Ustaz Angah Sunan Penulis Kitab: Walid Al Malik 18. Pengajian Diari Salik - Menyingkap Rahsia Jiwa (18 siri/1 siri telah dimuatnaik) Pembimbing: Ustaz Angah Sunan Pengarang Kitab: Walid Al Malik 19. Kitab Ayyuhal Walad Pembimbing: Al Fadhil Ustaz Shikh Muhammad Norhashim bin Shikh Hassan Penulis Kitab: Imam Al Ghazali 20. Daurah Kitab Syarah Tauhid Arsalan "Fathur Rahman" Pembimbing: Syeikh Rohimuddin Nawawi al Banteni Hafizahuallah (belum dimuatnaik) (Pengajian pada 15 & 16 Nov 2021) 21. Daurah Ringkasan Martabat 7 (Nur ala Nur) Pembimbing: TG Baba Rusli Jamauddin (Pengajian pada 21 Ogos 2022) 22. Kitab Syarah Hikam Ibnu Athoillah Ibnu As-Sakandari (Jilid 1) - Syarahan Pak Chu Das (18 siri) Pembimbing: Ustaz Muhammad Afif Yahya 23. Kitab Muhammad Syariat dan Hakikat "Suatu Pemurnian" Pembimbing : Ustaz Angah Sunan Penulis Kitab : Walid Al Malik (Pengajian pada 2 & 4 Nov 2022) 24. Daurah Intensif, Kunci Perbendaharaan Makrifat Pembimbing: Ustaz Angah Sunan Penulis Kitab: Walid Al Malik (Pengajian bermula 7 Jun 2023) 25. Daurah Kitab Al Mukaddimah Penghayatan Hakikat Tauhid Pembimbing: Ustaz Angah Sunan Penulis Kitab: Walid Al Malik 26. Daurah Kitab Makrifatullah & Makrifaturrasul Pembimbing: Al Fadhil Ustaz Muhammad Afif Yahya Susunan: Babalong Idris & Cikgu Badrul Dengan bimbingan: Walid Ibrahim Al Malik (Bermula Ogos 2023) 27. Kota Sufi Se-Nusantara Memartabatkan Keilmuan Sufi Memperkasakan Ummah Nusantara (25 - 27 Ogos 2023) https://anyflip.com/bookcase/wypcw/ 28. Pengajian Baitul Rahmah Wal Mahabbah Kitab Munyatul Musalli - Feqh Solat Al Fadhil Ustaz Angah Sunan Kitab Hikam Imam Al Haddad (Tasawwuf) Al Fadhil Ustaz Muhammad Afif Yahya 29. Kota Sufi Se-Nusantara 2024 Tasik Malaya, Jawa Barat 19 hingga 21 Februari 2024 t.me/kotasufi 30. Kota Sufi Se-Nusantara 2025 Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu 20 hingga 24 Ogos 2025 t.me/kotasufi Dengan Barokah Sanad dan kemuliaan Baginda Nabi SAW, moga kita dikurniakan kefahaman Ilmu MengenalNya dan kembali MenyaksiNya pada diri dan alam ini. صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّدْ (Sollallahu Ala Muhammad) Al Fatihah (dibaca) Ameen Ya Rabbal Alamin

وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَا لْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَ مْوَا لِ وَا لْاَ نْفُسِ وَا لثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ  wa lanabluwannakum bisyai-im minal-khoufi wal-juu'i wa naqshim minal-amwaali wal-angfusi was-samaroot, wa basysyirish-shoobiriin "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:" (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 155) Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: الَّذِيْنَ اِذَاۤ اَصَا بَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَا لُوْۤا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِ نَّـاۤ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ  allaziina izaaa ashoobat-hum mushiibah, qooluuu innaa lillaahi wa innaaa ilaihi rooji'uun "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."" (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 156) Tidaklah seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegundahan, kesedihan, kesakitan mahupun dukacita bahkan duri yang melukainya melainkan Allah subhanahu wa ta’ala akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dengan lantaran apa yang dilaluinya. Sesungguhnya besar ganjaran bergantung kepada ujian dan sesungguhnya apa yang Allah subhanahu wa ta’ala Cinta kepada suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha, maka baginya keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala. Namun barangsiapa yang murka, maka murka baginya kemurkaan Allah subhanahu wa ta’ala . (HR At Tirmidzi) Maka sifat Wali Allah subhanahu wa ta’ala itu, berkata Syeikh Abdul Qadir al Jailani, “Tiada membezakan seseorang itu dengan mereka yang mencapai darjat kewalian di sisi Allah subhanahu wa ta’ala pada ibadahnya tetapi yang membezakan dia ialah kekuatan dan kebesaran jiwa dalam menghadapi sesuatu lantaran kekuatan akidah mereka. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: اَ لَاۤ اِنَّ اَوْلِيَآءَ اللّٰهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ  alaaa inna auliyaaa-allohi laa khoufun 'alaihim wa laa hum yahzanuun "Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (QS. Yunus 10: Ayat 62) Fahami Bahasa Cinta Allah subhanahu wa ta’ala, dengan melihat Allah subhanahu wa ta’ala sebagai Pelaku di sebalik semua rencah kehidupan, nescaya akan melihat keindahan dan hikmah di sebalik peristiwa dan memahami Cinta beriman kepada Qada’ dan QadarNya. Berkata sebahagian Ulama’, jika engkau sudah melihat Allah subahanhu wa ta’ala pada yang berlaku pada semua keadaan, nescaya engkau akan melihat sekelian perkara ialah kecantikan. Maka, berimanlah kepada Allah subhanahu wa ta’ala. 16.2.2022 Rabu  

MAJLIS SELAWAT SEBELUM SUBUH - Khatam Selawat Jibril & Bacaan Kitab Hikam Al-Haddad (Pagi Ke 13) - Pusingan 6 Pembimbing: Al Fadhil Ustaz Wan Danial 4.30 pagi hingga 5.40 pagi 16.2.2022 Rabu Tazkirah Memahami Bahasa Cinta Allah subhanahu wa ta’ala Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala sedia menunjukkan CintaNya kepada hambaNya, teramat banyak dan agung kecintaan Allah subhanahu wa ta’ala kepada manusia. Cinta yang tanpa batas dan tanpa syarat, namun manusia yang buta dengan kebesaran dan kekuasaan dan Cinta Allah subhanahu wa ta’ala kepadaNya. Cinta Allah subhanahu wa ta’ala adalah cinta yang tidak terbatas, cinta sebenar-benarnya cinta tetapi ramai manusia tidak merasai atau sengaja menjauhi dari rasa Cinta Allah subhanahu wa ta’ala dalam hidupnya kerana terhijab oleh hawa nafsu. Daripada Umar al Khattab r.a, beberapa tawanan perang dihadapkan kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, antara tawanan perang itu terdapat seorang wanita yang memerah susu di dada dan berusaha mencari sehingga dia menemukan seorang anak kecil dalam kelompok tawanannya itu. Wanita itu segera menggendong dan menyusukannya. Lalu Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud, “Apakah kalian melihat ibu ini melemparkan anaknya ke dalam api?,”. Lalu mereka menjawab, “Tidak, dia tidak mampu untuk melemparkannya.” Lalu Nabi salllallahu ‘alayhi wasallam bersabda, “Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala lebih sayang kepada hambaNya melebihi sayangnya ibu kepada anaknya.” (HR Bukhari Muslim) Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: هُوَ الَّذِيْ يُصَلِّيْ عَلَيْكُمْ وَمَلٰٓئِكَتُهٗ لِيُخْرِجَكُمْ مِّنَ الظُّلُمٰتِ اِلَى النُّوْرِ  ۗ وَكَا نَ بِا لْمُؤْمِنِيْنَ رَحِيْمًا huwallazii yushollii 'alaikum wa malaaa-ikatuhuu liyukhrijakum minazh-zhulumaati ilan-nuur, wa kaana bil-mu-miniina rohiimaa "Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat)." (QS. Al-Ahzab 33: Ayat 43) Pada umumnya setiap mukmin jika ditanya adakah dia mencintai Allah subhanahu wa ta’ala, mereka menjawab, Ya, aku mencintai Allah, Cinta tidak memadai sekadar melafazkan tetapi mencintai Allah subhanahu wa ta’ala adalah dengan sedia belajar memahami Bahasa Cinta Allah subhanahu wa ta’ala kepada makhluk. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: كُتِبَ عَلَيْکُمُ الْقِتَا لُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّـكُمْ ۚ وَعَسٰۤى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْــئًا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّـکُمْ ۚ وَعَسٰۤى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْــئًا وَّهُوَ شَرٌّ لَّـكُمْ ۗ وَا للّٰهُ يَعْلَمُ وَاَ نْـتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ kutiba 'alaikumul-qitaalu wa huwa kur-hul lakum, wa 'asaaa ang takrohuu syai-aw wa huwa khoirul lakum, wa 'asaaa ang tuhibbuu syai-aw wa huwa syarrul lakum, wallohu ya'lamu wa angtum laa ta'lamuun "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 216) Apa yang datang daripada Allah subhanahu wa ta’ala itu yang terbaik, cuma kita tidak memahami Bahasa CintaNya. Kita melihat sesuatu itu baik daripada kaca mata kita namun belum tentu baik di sisi Allah subhanahu wa ta’ala. Demikian juga sebaliknya, maka kembali memahami bahawa yang mengetahui yang terbaik pada ketentuan diri dan hidup kita ialah Allah subhanahu wa ta’ala. Kita hamba Dia, segalanya Allah subhanahu wa ta’ala berbahasa kepada makhluk dengan bahasa ujian, kafarah atau nikmat. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: