cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Jiwa Bertauhid

Mereka yang memiliki Kesempurnaan Tauhid, memiliki Jiwa Yang Bertauhid.

Show more
Advertising posts
1 091
Subscribers
-124 hours
+17 days
+1730 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Photo unavailableShow in Telegram
Repost from N/a
Photo unavailableShow in Telegram
Nafsu Ammarah HANYA dapat dihancurkan dengan Zikir Jazbah, Zikir Bersanad. Ubat Rohani ada dua ialah Kecintaan kepada Nabi SAW dan Mengingati Allah SWT, Mahabbah dan Zikir kepada Allah. Apabila Hati Bersih, baharulah Allah melimpahkan CahayaNya dan dapatlah hati memandangNya. Allah SWT berfirman: وَاذْكُرْ رَّبَّكَ فِيْ نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَّخِيْفَةً وَّدُوْنَ الْجَـهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِا لْغُدُوِّ وَا لْاٰصَا لِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِيْنَ wazkur robbaka fii nafsika tadhorru'aw wa khiifataw wa duunal-jahri minal-qouli bil-ghuduwwi wal-aashooli wa laa takum minal-ghoofiliin "Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai." (QS. Al-A'raf 7: Ayat 205) (Daurah Kitab Bicara Diri)
Show all...
MasyaAllah, La Hawla Wala Quwwata illah Billahil 'Aliyyil 'Adzhiim Bermaksud: Ia berlaku dengan Kehendak Allah, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izinMu, Ya Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Show all...
Repost from BICARA KETUHANAN
H: Pada firman Allah pada ayat 14 surah Taha di atas, Allah memulakan ayat tersebut dengan pendeklarasian bahawa Dia adalah Allah, tiada Tuhan selain Dia. Kemudian disusuli dengan perintah mendirikan solat kerana hendak mengingatiNya. Dari ayat ini jelas menujukkan bahawa solat itu jalan menuju makrifat. Sementara solat yang dapat menghasilkan makrifat dan fana itu ialah solat yang disertai dengan ingatan padaNya bukan solat yang lalai.
Show all...
Repost from BICARA KETUHANAN
Ayat ini juga dijadikan dalil oleh Imam Ghazali rah. di dalam kitab ihya' yang mewajibkan khusyuk di dalam solat. Sekurang-kurang khusyuk di sisi beliau ialah hadir hati ketika melafazkan takbiratul ihram. Yakni ingatan berserta dengan ucapan dan perbuatan pada ketika itu.
Show all...
Repost from BICARA KETUHANAN
Harus diingat adab itu adalah buah dari makrifat justeru adalah penting sebelum seorang hendak menunaikan solat dengan sempurna mengenal diri dan Penciptanya. Pengenalan yang membawa kehancuran keakuan diri sehingga hati bertaut dengan Allah dalam apa jua keadaan. Untuk mendapat pengenalan seperti ini diperlukan ingatan yang berterusan pada Allah sehingga Dia mentajallikan zikirNya pada kita.
Show all...
Repost from BICARA KETUHANAN
Imam Ghazali juga menggariskan 6 adab batin yang mesti dipelihara bagi menggambarkan khusyuk kepada Allah iaitu; 1. Hudhur qalb (hadir hati) 2. Tafahhum (menghayati makna bacaan dan perbuatan) 3. Takzim( mentakzimkan Allah pada bacaan dan pergerakan dalam solat) 4. Haibah( perasaan gerun kepada Allah) 5. Raja'( perasaan harap pada Allah agar diterima persembahan dirinya) 6. Haya'( perasaan malu pada Allah).
Show all...
Repost from BICARA KETUHANAN
Bab 7 : Solat Jalan Menuju Makrifat Firman Allah : (إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي) [Surat Ta-Ha 14] "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku” (Surah Taha : 14 ) Solat adalah kurniaan Allah s.w.t pada umat Muhammad s.a.w sebagai jalan untuk kehampiran denganNya. Apabila seorang itu fana’ sifat keakuan diri, maka ketika itu ia hampir dengan Allah s.w.t. Solat bagi kaum syariat untuk mendapat pahala dan syurga. Solat bagi kaum salik adalah untuk membersihkan jiwanya kerana Allah s.w.t. Solat bagi para ahli tauhid makrifat memandang wajah sifat-sifat Allah s.w.t pada dirinya hingga hilang wajah sifat dirinya (fana).
Show all...
BICARA KETUHANAN M : Matan, H : Huraian Rujukan: Kitab Allah, Syariat & Hakikat II - Memandang WajahNya (Satu Pencerahan) Pengarang Kitab: Walid al Malik
Show all...
Antara Akal dan Hati https://youtu.be/ErPL6WvNZ-M
Show all...
Antara Akal & Hati | Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Bantany

Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.