en
Feedback
PDRMsia_Official

PDRMsia_Official

Open in Telegram

Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel PDRMsia_Official

Channel PDRMsia_Official (@pdrmsia_official) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 11 078 subscribers, ranking 17 197 in the News & Media category and 3 271 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 11 078 subscribers.

According to the latest data from 06 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -84 over the last 30 days and by -4 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.59%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.76% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 398 views. Within the first day, a publication typically gains 306 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 07 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the News & Media category.

11 078
Subscribers
-424 hours
-207 days
-8430 days
Posts Archive
ISU TULAR: KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KOTA KINABALU Kes Pergaduhan Viral di Terminal Bas Inanam. Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu https://www.facebook.com/share/p/1PMVeWqnou/

photo content

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026 Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 7 September 2026 (Isnin). Sebanyak 1,865 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 15 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 297 kes kemalangan dan tiada kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya. Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi. “Sayangi diri, jauhi kemalangan”. Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM https://www.facebook.com/share/p/1EHbijdbxX/

photo content
+1

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SYOR HUKUMAN BERAT JENAYAH SIBER - KPN Kuala Lumpur, 8 September 2026 - Polis Diraja Malaysia mencadangkan kerajaan meminda undang-undang lapuk serta mengenakan hukuman yang jauh lebih berat, termasuk hukuman sebat terhadap penjenayah penipuan dalam talian (scammer). Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, hukuman berunsur pencegahan (deterrent factor) amat kritikal bagi membendung jenayah siber yang kian berleluasa dan meragut ketenteraman masyarakat. Beliau berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh pihak kehakiman ketika ini dilihat terlalu minimum sehingga gagal menimbulkan rasa gentar dalam kalangan dalang serta ahli sindiket penipuan. "Tangkapan dibuat secara berterusan di seluruh negara, namun hukuman yang dikenakan adalah begitu minimum. Ini tidak menimbulkan rasa takut kepada penjenayah. "Perkara ini sudah diangkat kepada pihak kementerian dan kerajaan supaya perubahan perundangan dapat dilaksanakan seiring dengan perkembangan teknologi serta piawaian antarabangsa," katanya. Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran. https://www.facebook.com/share/p/18Jupy9Kxw/

photo content

LIVE: PERJUMPAAN PERDANA MENTERI BERSAMA-SAMA WARGA KEMENTERIAN BERSEMPENA DENGAN PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI Kini sedang berlangsungnya Perjumpaan Perdana Menteri Bersama-sama Warga Kementerian Bersempena Dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi bertempat di Dewan Sebaguna, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Putrajaya. #LiveUpdate #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #08092026 https://www.facebook.com/share/v/1MbFMKiuWu/

VIDEO PILIHAN: PDRM-MEDIA PRIMA PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK, PACU KOMUNIKASI BERKESAN Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail merasmikan penutupan Program Kolaborasi Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Media Prima Berhad yang berlangsung di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Program berkenaan menjadi platform perkongsian pengalaman dan pandangan dalam memperkasa komunikasi strategik serta penyampaian maklumat yang pantas dan sahih kepada masyarakat. Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSqMYPg1k/ Sumber: TikTok PDRMsia_Official Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Ridzuan Razak https://www.facebook.com/share/r/1BdY5h69cL/

KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH Siasatan Kes Dakwaan PAS Pernah Ditawar Amerika Syarikat Untuk Menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). https://www.facebook.com/share/p/1JEMnPyDmX/

photo content
+1

PDRM-MEDIA PRIMA PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK, PACU KOMUNIKASI BERKESAN Kuala Lumpur, 7 September 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Media Prima Berhad terus memperkukuh kerjasama menerusi Program Kolaborasi Strategik PDRM dan Media Prima Berhad yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini, hari ini. Program berkenaan menjadi platform perkongsian pengalaman dan pandangan dalam memperkasa komunikasi strategik serta penyampaian maklumat yang pantas dan sahih kepada masyarakat. Terdahulu, telah berlangsung sesi pengenalan operasi Media Prima Berhad yang disampaikan oleh Pengurus Besar Media Prima Omnia, Encik Shanaz Md Azali, diikuti dua sesi forum bertajuk “PDRM dan Media Saling Melengkapi” serta perkongsian wartawan lapangan. Dalam ucapan perasmian penutupan program, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan PDRM memandang serius jalinan kerjasama dengan rakan media sebagai perkongsian strategik yang mendokong integriti dan keselamatan negara, dengan media sebagai “mata dan telinga” masyarakat serta PDRM sebagai benteng kedaulatan undang-undang bagi memastikan mesej keselamatan disampaikan secara efektif. Tambah beliau, PDRM menyambut baik hasrat dan komitmen Media Prima untuk terus menjadi rakan strategik yang akrab dalam mendepani ancaman jenayah moden dan cabaran siber yang semakin kompleks, selaras dengan usaha memperkukuh persefahaman dan hubungan profesional kedua-dua pihak. Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, ACP (K) Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian Aljunid, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin serta barisan pegawai kanan PDRM dan Media Prima Berhad. Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim https://www.facebook.com/share/p/14tgfmf2Y4J/

photo content

POSTING PILIHAN: KPN HADIR MESYUARAT SPP KE-149 Putrajaya, 7 September 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir ke Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-149 di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN selaku Setiausaha SPP, Datuk Dr. Awang Alik Jeman dan Ahli-ahli SPP. Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid. Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) https://www.facebook.com/share/p/1FiPyWEfcv/

photo content

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026 Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 6 September 2026 (Ahad). Sebanyak 1,568 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 15 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 152 kes kemalangan dan peningkatan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya. Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi. “Sayangi diri, jauhi kemalangan”. Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM https://www.facebook.com/share/p/1EEzcqvqC3/

photo content

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: LELAKI DITEMBAK MATI POLIS ADALAH KETUA SINDIKET DADAH, PAKAR BAHAN KIMIA Seremban, 7 September 2026 – Lelaki ditembak mati oleh polis di sebuah rumah di Garden Homes, Seremban 2, di sini, tengah hari semalam, adalah ketua sebuah sindiket pemprosesan dadah yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun menghasilkan bahan terlarang itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, ketika serbuan di sebuah rumah sewa yang dijadikan makmal dadah haram itu, pihaknya merampas pelbagai bentuk bahan kimia dadah yang dianggarkan bernilai RM27.5 juta. Beliau berkata, serbuan itu adalah kejayaan JSJN Bukit Aman menumpaskan sindiket pemprosesan dadah menerusi Op Thrips secara berstruktur di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. "Berdasarkan risikan dan maklumat, JSJN Bukit Aman melaksanakan dan menyerbu lokasi yang disyaki menjalankan aktiviti memproses dadah kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam. "Serbuan pertama di sebuah rumah teres di kawasan Garden Homes. Ketika serbuan, seorang suspek lelaki bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah pasukan serbuan. "Bagi mempertahankan diri, pasukan serbuan terpaksa melepaskan tembakan balas sebelum suspek didapati tidak sedarkan diri dan pihak hospital mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya pada sidang media hari ini. Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/09/1623153/lelaki-ditembak-mati-polis-adalah-ketua-sindiket-dadah-pakar-bahan Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian https://www.facebook.com/share/p/1Bnd8xW7Qe/

photo content

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: HOOK, LINE, SINKER Cyber financial scams have emerged as a significant threat as Malaysians spend more time online and increase their use of digital financial services. This trend shows no signs of abating as scammers get increasingly sophisticated, using technology to scale up their operations and refine their deceptive tactics. Beyond the financial losses suffered by scam victims, falling prey to scams inevitably affects individuals and families in multiple ways, particularly their emotional and psychological wellbeing. Without timely and appropriate interventions, these impacts can have far-reaching consequences for society and ultimately, the nation as a whole. Recognising the seriousness of the issue at both the individual and national levels, a discussion paper Hook, Line and Sinker: Cyber Financial Scams in Malaysia by Khazanah Research Institute seeks to address the key gaps identified through an analysis of the anatomy of cyber financial scams. The paper draws on both desk research and insights gathered from stakeholder discussions during a roundtable session. The authors developed a Scam Anatomy, a framework that outlines the key stages of a typical scam lifecycle from the perspective of scammers. The framework finds that scams generally progress through seven stages, from the initial groundwork and operational setup, to the establishment of contact and interactions with the victim, to the final disappearing act and cashing out of extracted funds. Read further on the The Sun's article attached. https://www.facebook.com/share/p/1GrDknfc9x/