uz
Feedback
PDRMsia_Official

PDRMsia_Official

Kanalga Telegram’da o‘tish

Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali PDRMsia_Official analitikasi

PDRMsia_Official (@pdrmsia_official) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 11 221 obunachidan iborat bo'lib, Yangiliklar & Media toifasida 17 052-o'rinni va Malayziya mintaqasida 3 324-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 11 221 obunachiga ega bo‘ldi.

11 Iyul, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -86 ga, so‘nggi 24 soatda esa 2 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 3.76% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 2.80% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 422 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 314 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 0 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 12 Iyul, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Yangiliklar & Media toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

11 221
Obunachilar
+224 soatlar
-157 kunlar
-8630 kunlar
Postlar arxiv
SIRI PERMAINAN PDRM Jom lengkapkan perkataan dengan mengisi kotak kosong berdasarkan petunjuk yang telah disediakan. Kongsikan jawapan anda di ruangan komen. Layari Portal Rasmi PDRM www.rmp.gov.my bagi mencari jawapan! Jangan lupa untuk nantikan jawapan di ruang komen FB PDRM pada jam 9.30 malam ini. Selamat mencuba! #SiriPermainanPDRM #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #12072026 Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen di pautan berikut https://www.facebook.com/share/p/1YkZkHUHBn/?mibextid=wwXIfr

photo content

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KES REMAJA BERTINDAK GANAS, KENAL PASTI PETANDA AWAL Kes remaja bertindak ganas termasuk sanggup mencederakan atau menikam rakan sendiri, semakin membimbangkan. Ia mencetuskan persoalan mengenai punca sebenar di sebalik perubahan tingkah laku itu. Ikuti wawancara bersama Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr Mohd Izwan Mahmud bersama wartawan Nor ‘Asyikin Mat Hayin bagi mengupas isu ini lebih lanjut. Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran. https://www.facebook.com/share/1DyTFhPBQ6/?mibextid=wwXIfr

photo content

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026 Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 11 Julai 2026 (Sabtu). Sebanyak 1,746 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 20 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 224 kes kemalangan dan peningkatan tujuh kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya. Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi. “Sayangi diri, jauhi kemalangan”. Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik https://www.facebook.com/share/p/17zu63B1oy/

photo content
+1

[ARTIKEL PILIHAN] NAHAS LPT: KONVOI BUKAN MEDAN TUNJUK KEBERANIAN, KEHEBATAN - PENGARAH JSPT Kuala Lumpur, 12 Julai 2026 - Konvoi motosikal bukan medan menunjukkan keberanian atau kehebatan menerusi tunggangan laju dan aksi berbahaya, tegas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali. Pendirian itu disuarakan susulan nahas membabitkan lebih 30 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur, berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor, Kuantan, dekat sini, awal pagi hari ini yang mengorbankan empat nyawa dan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 mangsa cedera. Beliau berkata konvoi sepatutnya menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat permotoran yang positif. "Konvoi bukan untuk dijadikan medan menunjukkan keberanian atau kehebatan melalui tindakan yang membahayakan. "JSPT memandang serius budaya tunggangan yang mengutamakan kelajuan, aksi berbahaya atau perlumbaan di jalan raya kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang serta mengancam keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya kepada BH, hari ini. Bacaan lanjut seperti di pautan berikut; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1586454/nahas-lpt-konvoi-bukan-medan-tunjuk-keberanian-kehebatan-jspt Sumber: Berita Harian https://www.facebook.com/share/1Cvn47NzuU/?mibextid=wwXIfr

VIDEO PILIHAN: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG BENTENG PELIHARA AGAMA DAN KESELAMATAN NEGARA – TIMBALAN KPN Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan pembentangan bertajuk “Keharmonian Akidah dan Pemeliharaan Syariat. Peranan Penguatkuasaan Undang-Undang Dalam Melindungi Agama di Malaysia" sempena Seminar Kelestarian Pemikiran Islam Nusantara 2026/1448H bertemakan “Ummah Maju Makmur” yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching, pada 11 Julai 2026. Dalam pembentangannya, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang merupakan benteng utama dalam melindungi kesucian agama, mengekang penyebaran fahaman yang menyeleweng serta menangani ancaman ekstremisme dan militan yang boleh menggugat keselamatan negara. Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSXNF6Y86/ Sumber: TikTok PDRMsia_Official Juruvideo: PDRM RMPTV https://www.facebook.com/share/r/1CHVPNhC6V/?mibextid=wwXIfr

ISU TULAR: KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM Makluman Tular Kejadian Samun dan Melarikan Kenderaan Sebuah Kereta Jenis Honda Civic FD Warna Hitam Nombor Pendaftaran VQJ6470 di ASN Automobil Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Sumber: Polis Daerah Shah Alam https://www.facebook.com/share/p/1D4V8BHRFX/

photo content
+1

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG BENTENG PELIHARA AGAMA DAN KESELAMATAN NEGARA – TIMBALAN KPN Kuching, 11 Julai 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyampaikan pembentangan bertajuk “Keharmonian Akidah dan Pemeliharaan Syariat. Peranan Penguatkuasaan Undang-Undang Dalam Melindungi Agama di Malaysia" sempena Seminar Kelestarian Pemikiran Islam Nusantara 2026/1448H bertemakan “Ummah Maju Makmur” yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre, di sini. Seminar anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu menghimpunkan ahli akademik, penjawat awam persekutuan dan negeri serta golongan profesional bagi membincangkan usaha memperkukuh pemikiran Islam yang sederhana, memperkasakan kefahaman akidah serta menangani ancaman fahaman ekstrem demi memelihara keharmonian masyarakat. Dalam pembentangannya, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang merupakan benteng utama dalam melindungi kesucian agama, mengekang penyebaran fahaman yang menyeleweng serta menangani ancaman ekstremisme dan militan yang boleh menggugat keselamatan negara. Beliau berkata, pendekatan penguatkuasaan yang berteraskan kedaulatan undang-undang perlu disokong melalui kerjasama strategik antara agensi penguat kuasa, institusi agama, ahli akademik dan masyarakat bagi memastikan keamanan serta keharmonian negara terus dipelihara. Seminar tersebut merangkumi tiga sesi pembentangan kertas kerja dan satu forum yang membincangkan pelbagai aspek berkaitan kelestarian pemikiran Islam Nusantara, sebelum diakhiri dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusoff. Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Hj. Misnu Hj. Taha, Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Hj. Bungsu @ Aziz Hj. Jaafar, Pengarah JAKIM Sarawak, Tuan Hamdan Jar’ee, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, Tuan Hj. Mual Hj. Suaud serta barisan kepimpinan agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Sumber: PDRM RMPTV https://www.facebook.com/share/p/1Eyz6o9n1h/

photo content

[VIDEO PILIHAN] PRN: KESELAMATAN DI SELURUH JOHOR TERKAWAL DAN PROSES UNDIAN BERJALAN LANCAR Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini berada di lapangan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi mengikuti perkembangan semasa hari pengundian serta mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan operasi dan kesiapsiagaan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga PDRM yang bertugas di semua lokasi penugasan atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan, selain menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengundi yang memberikan kerjasama baik serta mematuhi segala peraturan sepanjang proses pembuangan undi. Pautan TikTok: Sumber: TikTok PDRMsia_Official Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Afiq Abdullah

#BiarJasaJadiKenangan [VIDEO PILIHAN] PRN JOHOR: HUJAN BUKAN PENGHALANG, AMANAH TERUS DIGALAS Hujan yang turun mungkin membasahi pakaian, namun tidak pernah melunturkan semangat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kelancaran proses pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Terima kasih kepada seramai 14,000 warga PDRM yang telah bertugas dengan penuh dedikasi dalam memelihara keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang proses demokrasi berlangsung. "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada". Sumber: TikTok NajibRahman85 https://www.facebook.com/share/r/1Hi3L7oD4n/

[VIDEO PILIHAN] PRN: KESELAMATAN DI SELURUH JOHOR TERKAWAL DAN PROSES UNDIAN BERJALAN LANCAR Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini berada di lapangan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi mengikuti perkembangan semasa hari pengundian serta mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan operasi dan kesiapsiagaan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga PDRM yang bertugas di semua lokasi penugasan atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan, selain menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengundi yang memberikan kerjasama baik serta mematuhi segala peraturan sepanjang proses pembuangan undi. Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSX8GSHw5/ Sumber: TikTok PDRMsia_Official Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Afiq Abdullah https://www.facebook.com/share/v/1MBSFTn3z4/

ARTIKEL PILIHAN: ISA PALING BERKESAN TANGANI AJARAN SESAT - TIMBALAN KPN Kuching, 11 Julai 2026 - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini disifatkan pendekatan paling berkesan dalam menangani ancaman ajaran sesat, keselamatan, perkauman serta isu berkaitan agama di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Dato' Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay. Beliau berkata, selepas ISA dimansuhkan, usaha membanteras ajaran sesat menjadi lebih sukar kerana tindakan penguatkuasaan kini perlu melalui proses dan bidang kuasa agensi berkaitan termasuk Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Katanya, ketika ISA masih berkuat kuasa, pihak berkuasa tidak perlu menunggu tindakan daripada JAIN sekiranya sesuatu fahaman atau ajaran dikenal pasti mengancam keselamatan negara, perpaduan kaum atau bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa. "Mana-mana ajaran sesat yang boleh mengancam keselamatan, mengancam perpaduan kaum dan bertentangan dengan fatwa, kita boleh mengambil tindakan segera serta melaksanakan program pemulihan terhadap individu yang terbabit," katanya ketika ditemui pada Seminar Kelestarian Pemikiran Islam Nusantara Tahun 2026 di Hikmah Exchange & Event Centre, di sini, hari ini. Bacaan lanjut seperti di pautan berikut; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1586322/isa-paling-berkesan-tangani-ajaran-sesat-ayob-khan Sumber: Berita Harian https://www.facebook.com/share/p/1C8LrKgmRp/