en
Feedback
KIS COMMUNITY CHANNEL

KIS COMMUNITY CHANNEL

Open in Telegram

Peneraju Pendidikan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Show more
752
Subscribers
No data24 hours
+17 days
-130 days
Posts Archive
Why the Muwatta of Imam Malik? Compiled in Madinah decades before Sahih al-Bukhari and Sahih Muslim, the Muwatta is one of th
+4
Why the Muwatta of Imam Malik? Compiled in Madinah decades before Sahih al-Bukhari and Sahih Muslim, the Muwatta is one of the earliest and most influential Hadith collections in Islamic history. It is renowned for its concise nature, elevated chains of transmission, and its preservation of the teachings of the Prophet (SAW) alongside the practice of the early generations. For centuries, scholars have gathered to recite the Muwatta in its entirety, preserving not only its text, but also the living tradition of sanad and ijazah. This Rabi al-Awwal, that noble tradition continues in Malaysia under the guidance of Shaykh Dr. Abdul Mun’im al-Ghumari al-Hasani and Shaykh Dr. Mus’ab Al-Kheir Al-Idrisi. Help us raise £20,000 to support this landmark conference and preserve the Prophetic inheritance for future generations. Donate today: launchgood.com/muwatta20k

𝗧𝗘𝗟𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 Dalam dunia yang semakin pantas, manusia sering berlumba-lumba untuk berkata
𝗧𝗘𝗟𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 Dalam dunia yang semakin pantas, manusia sering berlumba-lumba untuk berkata sebelum benar-benar memahami. Kata-kata keluar dengan cepat, namun kadangkala hilang nilai dan hikmah. Namun, Rasulullah ﷺ mengajar kita bahawa komunikasi bukan sekadar menyampaikan suara, tetapi menyampaikan makna. Daripada Saidatina Aisyah R.A, menceritakan maksudnya: "Rasulullah tidaklah bercakap tanpa putus dan tergesa-gesa sebagaimana kamu bercakap ini, akan tetapi Baginda bercakap dengan ucapan yang jelas dan satu persatu sehingga dapat diingati oleh orang yang duduk bersamanya." (HR Tirmizi, hadis hasan sahih) Sesungguhnya, Baginda tidak berbicara secara tergesa-gesa. Setiap kalimah yang keluar daripada lisan Baginda tersusun, jelas dan penuh pertimbangan. Mereka yang mendengar bukan sahaja memahami, bahkan mampu mengingati setiap pesan yang disampaikan. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

HARI JUMAAT PERBANYAKKAN SELAWAT وإنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَل
HARI JUMAAT PERBANYAKKAN SELAWAT وإنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.  (Hadith Riwayat Abu Daud) Rasulullah ﷺ amat menitikberatkan kita agar memperbanyakkan selawat terutamanya pada hari Jumaat. Marilah kita perbanyakkan selawat agar dikurniakan diberi syafaat di akhirat kelak. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

👨🏻‍🎓𝗝𝗢𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗞𝗜𝗦👨🏻‍🎓 KEMASUKAN SESI KEDUA NOVEMBER 2026 KINI TELAH DIBUKA ‼️ 🤔Apakah kelebihan pengajian d
👨🏻‍🎓𝗝𝗢𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗞𝗜𝗦👨🏻‍🎓 KEMASUKAN SESI KEDUA NOVEMBER 2026 KINI TELAH DIBUKA ‼️ 🤔Apakah kelebihan pengajian di KIS: 👉🏻 Berpeluang menyambung pengajian ke Maghribi 👉🏻Program Diploma terpantas di Malaysia (2 tahun sahaja) 👉🏻Berpeluang bertemu dengan ulama' dunia Islam 👉🏻 Yuran pengajian yang murah dan fleksibel 👉🏻 Integrasi pembelajaran moden dan turath Jangan lepaskan peluang ini‼️ Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan: http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah 🎓AYUH, SERTAI KAMI SEGERA🎓

𝐊𝐄𝐖𝐀𝐉𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 Antara bentuk mencari keredhaan kedua ibu bapa adalah dengan
𝐊𝐄𝐖𝐀𝐉𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 Antara bentuk mencari keredhaan kedua ibu bapa adalah dengan mentaatinya, melayaninya, menyukainya, merahmatinya, dan memberi nafkah jika perlu dan juga melakukan apa-apa yang menjadi idaman dan kehendaknya. Inilah yang dilakukan oleh salafus soleh dalam mentaati kedua ibu bapa. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” Riwayat Muslim (2551) Sesungguhnya, ketaatan, penghormatan dan kebaktian kepada ibu bapa merupakan tuntutan syariat yang wajib dipelihara oleh setiap anak kerana ianya merupakan asas kepada pembentukan peribadi Muslim yang berakhlak mulia. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐀𝐍𝐃𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 (𝐌𝐎𝐀) 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐒 Alhamdulillah,
+3
𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐀𝐍𝐃𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 (𝐌𝐎𝐀) 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐒 Alhamdulillah, Kolej Islam As Sofa (KIS) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) bersama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sempena Majlis Makan Malam World Conference on Islamic Thought 2026 (WCIT2026). Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara kedua-dua institusi dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan pendidikan Islam. Delegasi KIS yang hadir bagi menjayakan pemeteraian MOA ini diketuai oleh Ketua Eksekutif KIS, Dr. Mohd Sufi bin Ibrahim, bersama Ustaz Amirulhakim bin Ahmad Nadzri dan Encik Muhammad Ikhlas bin Anurin. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi serta masyarakat. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐊𝐄𝐖𝐀𝐉𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 Menjaga dan berbuat bai
𝐊𝐄𝐖𝐀𝐉𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 Menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Firman Allah SWT:   وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا Surah al-Isra’: 23 Sesungguhnya, berbuat baik kepada ibu bapa bukan sekadar tuntutan moral, tetapi merupakan perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐒𝐓𝐀𝐐 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑! Sebuah perjalanan mendalami al-Quran secara talaqqi dan bersanad. 👀 Nak tahu dengan lebih lanjut apa itu STAQ dan keistimewaannya? Tunggu Part 2!

𝐃𝐎𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 Menuntut ilmu merupakan kewajiban setiap Muslim. Salah satu cara memp
𝐃𝐎𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 Menuntut ilmu merupakan kewajiban setiap Muslim. Salah satu cara memperkuat niat dan memohon kemudahan dalam menuntut ilmu adalah dengan membaca doa penuntut ilmu secara rutin. ‎اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَمْتَنِي وَعَلَّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمَا "Ya Allah, berikanlah manfaat kepadaku dari apa yang telah Engkau ajarkan, ajarkanlah aku hal yang bermanfaat, dan tambahkanlah aku ilmu." (HR Ibnu Majah) Semoga setiap usaha yang dicurahkan dalam menuntut ilmu menjadi amal yang bernilai di sisi Allah SWT dan dikurniakan keberkatan dalam setiap langkah menuju kecemerlangan. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗙𝗔: 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗢
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗙𝗔: 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗘𝗗 𝗩, 𝗠𝗔𝗚𝗛𝗥𝗜𝗕𝗜 Kolej Islam As Sofa mengucapkan sekalung tahniah kepada Alumni Kolej Islam As Sofa (kumpulan ke-7) yang telah menamatkan pengajian di Universiti Mohammed V, Rabat Maghribi. Tahniah di atas kejayaan yang cemerlang! KIS terus komited memastikan para alumni KIS untuk terus menyambung pengajian ilmu di universiti-universiti hebat di dunia seterusnya dapat dimanfaatkan oleh umat keseluruhannya. Semoga kejayaan ini menjadi kebanggaan buat semua dan terus mencipta kecemerlangan di dunia dan akhirat. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 Kolej Islam As Sofa mempelawa
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 Kolej Islam As Sofa mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai pensyarah di bawah Jabatan Persijilan. SYARAT KELAYAKAN: ✅ Warganegara Malaysia ✅ Berumur  23 tahun ke atas ✅ Sarjana Muda Pengajian Islam atau yang berkaitan ✅Mempunyai sahsiah dan berketerampilan diri yang baik Hantarkan resume permohonan anda ke alamat email: admin@kolejislam.edu.my #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐓 Selawat kepada Rasulullah ﷺ adalah amalan yang sangat dituntut khususnya pad
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐓 Selawat kepada Rasulullah ﷺ adalah amalan yang sangat dituntut khususnya pada hari Jumaat yang merupakan sayyidul-ayyām (penghulu segala hari). Dalam hadis disebut bahawa sesiapa yang berselawat sekali ke atas Nabi ﷺ, Allah akan membalas dengan sepuluh kali rahmat, menggugurkan sepuluh dosa dan mengangkat sepuluh darjat. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐆𝐀𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 Mempamerkan kebaikan bermaksud menzahirkan nilai-nilai murni melalui
𝐆𝐀𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 Mempamerkan kebaikan bermaksud menzahirkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku, percakapan dan tindakan yang positif agar dapat memberi manfaat serta menjadi teladan kepada pihak yang lain. Salah satu gambaran yang mempamerkan kebaikan adalah dengan menyebarkan ilmu demi membawa maslahah dan manfaat kepada masyarakat. Sabda Nabi Muhammad ﷺ yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud R.A: مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ Maksudnya: Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya." Riwayat Muslim (1893) Sesungguhnya, penyebaran kebaikan yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat merupakan amalan yang terpuji dan bernilai ibadah sekiranya disertai dengan keikhlasan serta niat yang baik. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗙𝗔: 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗘𝗭
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗙𝗔: 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗘𝗭 𝗭𝗜𝗧𝗢𝗨𝗡𝗔, 𝗧𝗨𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔 Kolej Islam As Sofa mengucapkan sekalung tahniah kepada Muhammad Ryan Hakeem bin Badrol Hisham, Alumni Kolej Islam As Sofa (kumpulan ke-6) yang telah menamatkan pengajian di Universiti Ez Zitouna, Tunisia. TAHNIAH di atas kejayaan yang cemerlang! KIS terus komited memastikan para alumni KIS untuk terus menyambung pengajian ilmu di universiti-universiti hebat di dunia seterusnya dapat dimanfaatkan oleh umat keseluruhannya. Semoga kejayaan ini menjadi kebanggaan buat semua dan terus mencipta kecemerlangan di dunia dan akhirat. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐓𝐀𝐋𝐀𝐐𝐐𝐈 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝟕 Kolej Islam As Sofa dengan kerja
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐓𝐀𝐋𝐀𝐐𝐐𝐈 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝟕 Kolej Islam As Sofa dengan kerjasama As Sofa Quranic Centre menawarkan peluang pembelajaran Al-Quran secara talaqqi yang tersusun dan bersanad. 📌 Pakej Jazari – Tempoh selama 6 bulan, Talaqqi surah terpilih. 📌 Pakej Syatibi – Tempoh selama 12 bulan untuk Talaqqi 30 juzuk. ✅ Online, fleksibel & terbuka untuk semua peringkat level. ✅ Dikurniakan Sijil Sanad Alquran untuk pengkhataman. ✅ Pembelajaran 'one to one' diantara guru dan pelajar. 📞 Hubungi: 013 373 9592 #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐋𝐌𝐔 Diriwayatkan daripada Abu Darda' RA, Rasulullah ﷺ bersabda: وَإِنَّ فَضْلَ العَا
𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐋𝐌𝐔 Diriwayatkan daripada Abu Darda' RA, Rasulullah ﷺ bersabda: وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ "Sesungguhnya kelebihan orang yang berilmu berbanding ahli ibadah adalah seperti kelebihan bulan purnama pada malam purnama berbanding seluruh bintang-bintang." (Riwayat Abu Daud, No. 3157) Hadis ini menggambarkan betapa tingginya kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah SWT. Sesungguhnya, ilmu bukan sekadar menerangi kehidupan pemiliknya, bahkan menjadi cahaya yang membimbing dan memberi manfaat kepada masyarakat. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐆𝐀𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓 𝐈𝐋𝐌𝐔 Ilmu merupakan cahaya yang menerangi perjalanan hidup. Setiap langkah men
𝐆𝐀𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓 𝐈𝐋𝐌𝐔 Ilmu merupakan cahaya yang menerangi perjalanan hidup. Setiap langkah menuntut ilmu merupakan amal soleh yang dijanjikan ganjaran besar oleh Allah SWT. Bahkan, para malaikat turut mendoakan para penuntut ilmu dengan penuh kasih sayang. Rasulullah ﷺ bersabda: إِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضًى بِمَا يَصْنَعُ “Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dia lakukan.” (HR. Abu Daud, no. 3641) Sesungguhnya, setiap ilmu yang dipelajari, diamalkan dan disampaikan kepada orang lain adalah amal jariah yang pahalanya terus mengalir. Setiap langkah dalam menuntut ilmu merupakan satu pelaburan yang bernilai, bukan sahaja untuk pembangunan diri, malah sebagai persediaan menuju kehidupan yang kekal di akhirat. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

HARI JUMAAT PERBANYAKKAN SELAWAT وإنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَل
HARI JUMAAT PERBANYAKKAN SELAWAT وإنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.  (Hadith Riwayat Abu Daud) Rasulullah ﷺ amat menitikberatkan kita agar memperbanyakkan selawat terutamanya pada hari Jumaat. Marilah kita perbanyakkan selawat agar dikurniakan diberi syafaat di akhirat kelak. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐌𝐔𝐇𝐀𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐑𝐈 Ayat ini menyeru setiap Muslim agar sentiasa melakukan muhasabah diri, iaitu menilai setiap amala
𝐌𝐔𝐇𝐀𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐑𝐈 Ayat ini menyeru setiap Muslim agar sentiasa melakukan muhasabah diri, iaitu menilai setiap amalan yang telah dilakukan sebagai persediaan menghadapi hari akhirat. Muhasabah bukan sekadar mengenang kesilapan, tetapi menjadi proses menilai kekurangan, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti ibadah serta akhlak. Dengan muhasabah, seseorang dapat memastikan setiap langkah yang diambil selari dengan tuntutan syariat dan membawa manfaat untuk kehidupan di dunia serta keselamatan di akhirat. #KolejIslamTernamaDiMalaysia #PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 Alhamdulillah, program Praktikal Fiqh Penyembelihan telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu yang dikongsikan berkaitan fiqh dan praktikal penyembelihan dapat memberi manfaat serta menjadi panduan dalam mengamalkan syariat dengan lebih baik. Moga ilmu yang dipelajari bukan sekadar difahami, tetapi turut diamalkan dalam kehidupan seharian. Ilmu diamalkan, syariah ditegakkan, ummah diberkati.