KIS COMMUNITY CHANNEL
Ir al canal en Telegram
751
Suscriptores
Sin datos24 horas
+17 días
-130 días
Archivo de publicaciones
🇲🇦 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐆𝐇𝐑𝐈𝐁𝐈 🇲🇦
Impian untuk melanjutkan pengajian ke bumi Maghribi kini boleh direalisasikan! ✨
Pendaftaran Pengambilan Kumpulan Ke-13 bagi Sesi 2026 kini telah dibuka.
📚 Rebut peluang untuk melanjutkan pengajian dan menimba ilmu di Maghribi.
📅 Tarikh akhir permohonan: 23 SEPTEMBER 2026
📌 Tempat adalah terhad!
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi:
📲 +6011 3566 8051
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍
Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa sesebuah negara bukan hanya dibentuk oleh sejarah, tetapi terus dibentuk oleh nilai yang dihayati dan dihidupkan oleh generasinya.
Kemajuan mampu membangunkan sebuah negara, tetapi nilai menentukan arah dan kelangsungan peradabannya.
Baca artikel penuh di pautan:
https://www.hmetro.com.my/addin/2026/09/1411226/bersama-membina-negara-dengan-nilai-ihsan
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
+9
📢 SOFA INSPIRE FESTIVAL 2.0
📍 Kolej Islam As-Sofa, Ampang
🗓️ 18 - 19 September 2026
Jemput hadir dan sokong gerai-gerai makanan & minuman kami sempena Sofa Inspire Festival 2.0! Pelbagai pilihan menarik disediakan:
🍰 Sweet Stop & Golden Bakers — burnt cheesecake, brownies, cheesetart, chocolate moist cake
🍗 Ayam Susu — pelbagai perisa (original, blackpepper, pedas, cheese)
🍚 Nasi Kerabu Padu
🍔 Ayam Pak Sheikh Senawang — single/couple/jimat box, burger, nasi sambal
🥟 Ba Ba Dumpling — 100% halal
🍗 Ayam Gunting, sosej cheese & snek rangup lain
🧁 Dessert & cake nisah — kek batik, cheesecake, apam polkadot
🧋 Akaf Coffee — minuman istimewa
🍢 Oden viral, biskut gulung, takoyaki & banyak lagi!
Jom singgah, mai singgah! Jemput hadir dan sokong gerai-gerai kecil kami. 🤝
+2
COUNTDOWN: 01 🔥 DATANG TAK? 👀
🇲🇾 SOFA INSPIRE FESTIVAL 2.0 dah nak meletup! 🔥
2 hari. Banyak benda nak explore.
Memori? Confirm ada. ✨
Makan? Mustahil tak ada. 🥳
Awak? Datang dulu baru ada. ❣️
🎨 Seni • 🎉 Aktiviti • 🛍️ Vendor • 🏆 Hadiah
📅 18–19 September 2026
📍 Kolej Islam As Sofa
⏳ Datang esok dan lusa beramai-ramai❗️
📲 @SOFA.IFESTIVAL_2.0
#SofaInspireFestival2 #SIF2 #HariMalaysia #KolejIslamAsSofa
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
1️⃣6️⃣ September adalah tarikh yang telah termeterai di dalam sejarah negara yang menjadi sambutan tahunan untuk seluruh warganegara Malaysia dan ia merupakan lambang perpaduan rakyat di negara Malaysia ini.
Kami seluruh warga kerja Kolej Islam As Sofa mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
Sanah Helwah buat Dato' Dr. Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, Pengasas As Sofa.
Semoga beliau dikurniakan keafiatan zahir dan batin serta dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan usaha dakwah memartabatkan pendidikan demi kesejahteraan umat.
Ikhlas daripada seluruh warga Kolej Islam As Sofa.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
+1
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐋𝐔𝐌𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐒
Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Alumni Kolej Islam As Sofa (KIS) atas kejayaan terpilih melanjutkan pengajian ke Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin, Jambi Indonesia.
Pencapaian ini merupakan manifestasi kecemerlangan akademik, ketekunan serta komitmen berterusan dalam menuntut ilmu.
Semoga para alumni dikurniakan kelapangan fikiran, kekuatan jiwa dan keberkatan sepanjang menempuh fasa pengajian, seterusnya mampu menyumbang secara signifikan kepada agama, masyarakat dan negara.
Semoga terus melakar kejayaan gemilang serta mengharumkan nama KIS di persada antarabangsa.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
+2
COUNTDOWN: 08 🔥 DATANG TAK? 👀
🇲🇾 SOFA INSPIRE FESTIVAL 2.0 dah nak meletup! 🔥
2 hari. Banyak benda nak explore.
Memori? Confirm ada. ✨
Makan? Mustahil tak ada. 🥳
Awak? Datang dulu baru ada. ❣️
🎨 Seni • 🎉 Aktiviti • 🛍️ Vendor • 🏆 Hadiah
📅 18–19 September 2026
📍 Kolej Islam As Sofa
⏳ 08 hari je lagi!
Jangan jadi yang tengok story orang je nanti. 😭🔥
📲 @SOFA.IFESTIVAL_2.0
#SofaInspireFestival2 #SIF2 #HariMalaysia #KolejIslamAsSofa
RAHSIA SKOR A+ DALAM UPKK KINI TERBONGKAR!!!
Hadiahkan 'PowerBoost' Ini Untuk Lonjakkan Keputusan Anak Anda!"
Nak tengok senyuman lebar anak bawa balik slip keputusan UPKK yang cemerlang?
Nak pastikan mereka dapat masuk ke sekolah menengah agama yang terbaik nanti?
Kejayaan tak datang bergolek. Ia perlukan strategi dan latih tubi yang betul.
Beri peluang kepada pakar kami bantu gilap potensi anak anda dalam Kem UPKK PowerBoost 2026!
Selama 2 hari berturut-turut, anak anda akan dikuarantin dalam persekitaran ilmu yang luar biasa di Pusat Islam, Kolej Islam As Sofa. Kami fokus pada 6 Subjek Killer UPKK:
📖 Jawi, Ibadah, Sirah, Akidah, Adab & Bahasa Arab.
Apa Yang 'Mahal' Sangat Tentang PowerBoost 2026 Ini?
Masa tidak menunggu kita. Tarikh 3-4 Oktober 2026 bakal jadi titik tolak kejayaan anak anda.
👇 ISI BORANG DI BAWAH UNTUK SECURE TIKET SEKARANG! 👇
https://kolejislam.onpay.my/order/form/upkk2026
Pertanyaan lanjut hubungi: 0135130991
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69
Merdeka itu bukanlah perkara yang mudah boleh didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu dengan pengorbanan yang sebenar pengorbanan. (Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia)
Kami seluruh warga kerja Kolej Islam As Sofa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗙𝗔: 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗔𝗦 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 (𝗨𝗜𝗡) 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗛𝗔𝗛𝗔 𝗦𝗔𝗜𝗙𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗝𝗔𝗠𝗕𝗜, 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔
Kolej Islam As Sofa mengucapkan sekalung tahniah kepada Alumni Kolej Islam As Sofa yang telah menamatkan pengajian di Universitas Islam Negeri (UIN) Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia. Tahniah di atas kejayaan yang cemerlang!
KIS terus komited memastikan para alumni KIS untuk terus menyambung pengajian ilmu di universiti-universiti hebat di dunia seterusnya dapat dimanfaatkan oleh umat keseluruhannya.
Semoga kejayaan ini menjadi kebanggaan buat semua dan terus mencipta kecemerlangan di dunia dan akhirat.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
🎓 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐋 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐐𝐈𝐑𝐀𝐀𝐓 | 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐬 𝐒𝐨𝐟𝐚
Kolej Islam As Sofa (KIS) menawarkan Diploma Tahfiz al-Quran & Qiraat yang menyeluruh, berstruktur dan diiktiraf, khas untuk melahirkan generasi huffaz yang berilmu dan beramal.
🎓 Syarat Am Kemasukan:
✅ SPM – 3 Kredit & 1 Lulus (termasuk salah satu subjek pengajian Islam), atau
✅ Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan PNGK 2.00 ke atas, atau
✅ Kelayakan lain yang diiktiraf.
📆 Tempoh Pengajian:
📌 3 tahun (6 semester) – latihan intensif teori dan amali dalam pengajian Al-Quran dan Qiraat.
💼 Prospek Kerjaya:
🌟 Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
🌟 Guru Al-Quran
🌟 Penolong Pegawai Tadbir
🌟 Pegawai Penyelaras Masjid
🌟 Dan banyak lagi peluang dalam sektor awam dan swasta.
📲 Daftar segera! Layari laman sesawang kami atau hubungi 011-3566 8051 untuk maklumat lanjut.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗠𝗘𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔𝗜 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷺ
Cinta kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar ungkapan di bibir, tetapi perlu diterjemahkan melalui penghayatan terhadap sunnah, akhlak dan perjuangan Baginda.
Bagaimanakah kita benar-benar memaknai cinta kepada Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian? Apakah ukuran cinta yang sebenar kepada insan mulia yang menjadi qudwah sepanjang zaman?
Hayati kupasan selengkapnya melalui artikel “Memaknai Cinta Rasulullah ﷺ ” pada pautan yang disediakan:
https://malaysiatribune.news/memaknai-cinta-rasulullah-saw/
Semoga cinta kepada Rasulullah ﷺ tidak berhenti sebagai rasa, tetapi tumbuh menjadi amal dan akhlak dalam kehidupan.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
TAHNIAH! 30 TAHUN PENUH KEBERKATAN!
Subhanallah, tiga dekad sudah Madrasah Al Husainiah & Dakwah Dato' Dr. Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin berdiri teguh. Dari tahun 1418H hingga 1448H, usaha murni ini terus melahirkan generasi berilmu dan berakhlak.
Daripda Madrasah inilah lahirnya institusi-institusi As Sofa sama ada dalam mahupun luar negara.
Bersama kita doakan semoga Allah sentiasa merahmati perjuangan ini. Aamin.
#MadrasahAlHusainiah #30Tahun #LegasiIlmu #GenerasiBerbakti #SofaEducationGroup #assofasentiasadihati
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐒𝐓𝐎𝐅𝐀 ﷺ
Salam Maulid al Mustofa ﷺ kepada seluruh umat Islam. 12 Rabi‘ul Awwal mengingatkan kita kepada keputeraan Rasulullah ﷺ pembawa rahmat, cahaya iman dan teladan sepanjang zaman.
"Telah lahirnya pembawa petunjuk ﷺ maka seluruh alam menjadi terang dan bercahaya,
Bibir zaman pula menguntum senyuman dan memanjatkan puji-pujian".
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
+6
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐔𝐌 (𝐌𝐏𝐔)
Kolej Islam As Sofa telah mengadakan Mesyuarat Kurikulum Kursus Pengajian Umum (MPU) bersama YBrs. Prof. Madya Dr. Hairol Anuar bin Hj Mak Din pada 19 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Kolej Islam As Sofa.
Mesyuarat ini menjadi wadah perbincangan dan perkongsian pandangan dalam memperkukuh pelaksanaan serta penambahbaikan kurikulum Kursus Pengajian Umum (MPU) agar terus relevan, berkualiti dan selari dengan keperluan pendidikan semasa.
Semoga hasil perbincangan ini dapat memberikan nilai tambah dalam usaha memperkasa kualiti akademik pembelajaran para pelajar Kolej Islam As Sofa.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
HARI JUMAAT PERBANYAKKAN SELAWAT
وإنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي
Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku. (Hadith Riwayat Abu Daud)
Rasulullah ﷺ amat menitikberatkan kita agar memperbanyakkan selawat terutamanya pada hari Jumaat. Marilah kita perbanyakkan selawat agar dikurniakan diberi syafaat di akhirat kelak.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷺ 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀
Dalam mencari rezeki, Rasulullah ﷺ mengajar kita bahawa kejujuran dan amanah merupakan asas penting dalam perniagaan. Keuntungan bukan satu-satunya ukuran kejayaan, tetapi keberkatan dalam rezeki juga perlu diutamakan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ
“Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para Nabi, orang-orang yang benar dan para syuhada.”
(HR al-Tirmizi, No. 1209)
Semoga kita meneladani Rasulullah ﷺ dengan sentiasa jujur, amanah dan menjaga keberkatan dalam setiap urusan mencari rezeki.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀! 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀
Ingin mendalami ilmu agama dengan bimbingan para asatizah dan suasana pengajian yang berteraskan turath dan manhaj ulama’?
Kolej Islam As Sofa membuka pendaftaran bagi sesi kemasukan November 2026
Antara program yang ditawarkan:
🎓 Diploma Syariah Islamiyyah
🎓 Diploma Usuluddin
🎓 Diploma Tahfiz Al-Quran & Qiraat
🎓 Sijil Pengajian Islam
Keistimewaan pengajian:
✔ Integrasi pengajian moden dan turath
✔ Pengajian ilmu agama secara bersanad
✔ Berpeluang bertemu dan belajar dengan ulama’
✔ Kaya dengan kitab rujukan turath Islam
✔ Yuran pengajian yang berpatutan
✔ Peluang menyambung pengajian ke dalam dan luar negara
📌 Tiada asas Bahasa Arab? Bukan dari aliran agama?
Jangan risau, anda tetap layak memohon!
Tempoh pengajian sepantas 1.5 – 3 tahun sahaja.
📲 Daftar segera dengan imbas QR kod pada poster atau hubungi: 011-3566 8051
Jom bina masa depan dengan ilmu dan keberkatan
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷺ 𝐃𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇
Akhlak Rasulullah ﷺ yang mulia bukan hanya dapat dilihat ketika Baginda berdakwah dan berhadapan dengan masyarakat, tetapi turut terserlah dalam kehidupan Baginda bersama keluarga.
Aisyah رضي الله عنها pernah ditanya tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ketika berada di rumah. Beliau menjawab:
كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ، فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ
“Baginda ﷺ biasa membantu urusan keluarganya. Apabila tiba waktu solat, Baginda keluar untuk menunaikan solat.”
(HR al-Bukhari, No. 676)
Ini mengajar kita bahawa membantu pasangan bukanlah tanda kelemahan atau merendahkan kedudukan seseorang. Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada akhlak mulia dan tanda kasih sayang dalam rumah tangga.
Semoga kita dapat meneladani Rasulullah ﷺ dengan membina rumah tangga yang dipenuhi sikap saling membantu, menghargai dan menyayangi antara satu sama lain.
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
