KMUKM 2024/2025
Open in Telegram
Channel ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
Show more5 936
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-5230 days
Posts Archive
5 936
[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐊𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊]
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Pihak Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) mengalu-alukan semua warga UKM untuk sama-sama turut serta menghadiri Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat berikutan bencana banjir seperti ketetapan yang berikut:
📆 Tarikh: 31 Januari 2025 (Jumaat)
🕖Masa : 7.10PM - 9.30PM
📍Tempat: RUANG LEGAR KMUKM, PUSANIKA
Pihak KMUKM berharap agar semua warga UKM dapat meluangkan masa untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada semua mangsa banjir yang terjejas. Digalakkan untuk membawa yasin dan sejadah masing masing. Terhad kepada 40 orang sahaja.
Sekian, terima kasih.
“𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵”
𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
5 936
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 dengan rasa penuh harapan dan semangat ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga kampus yang meraikannya.
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan keberkatan kepada anda serta keluarga tersayang. Tahun Baru Cina adalah masa untuk menghargai ikatan kekeluargaan, memperkukuh semangat perpaduan, dan berkongsi kegembiraan bersama insan tercinta.
Raikanlah detik-detik bermakna ini dengan penuh kesyukuran dan semangat harmoni, sambil mendoakan kejayaan dan kebahagiaan di tahun yang baru.
“𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵”
𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
5 936
+3
KENYATAAN PEJABAT SPEAKER: RUU KUALITI BENIH TANAMAN
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia memperkenalkan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman yang tidak memihak kepada kesejahteraan petani. RUU ini dianggap sebagai langkah yang membebankan petani, dengan kurangnya proses libat urus bersama mereka, peningkatan kos pengeluaran, dan risiko monopoli oleh syarikat korporat.
KMUKM menyokong penuh usaha petani dalam menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di Wisma Tani, Putrajaya.Petani, yang menjadi tulang belakang sekuriti makanan negara, berhak didengari dan dilindungi.
Justeru, kami menyeru Kerajaan Malaysia untuk menghargai jasa petani dan mempertimbangkan semula RUU ini agar tidak menjejaskan kelangsungan hidup mereka. Kemakmuran rakyat bermula daripada usaha gigih para petani.
“REJUVENASI DEMI KESATUAN”
PEJABAT SPEAKER
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI BUAT SELURUH MAHASISWA UKM SEMESTER 1 SESI 2024/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat menjalani minggu ulangkaji buat seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia bagi semester 1, sesi 2024/2025.
Ini adalah peluang terbaik untuk anda memberi fokus sepenuhnya dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan. Jangan lupa untuk menjaga keseimbangan—belajar dengan bijak, rehat secukupnya, dan kekalkan semangat positif.
Percayalah, usaha kecil setiap hari akan membawa kepada kejayaan yang besar. Kami mendoakan yang terbaik buat anda semua!
Sekian,
“REJUVENASI DEMI KESATUAN”
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SALAM ISRAK MIKRAJ 1446H
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersempena dengan peristiwa agung Israk Mikraj, marilah kita menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik perjalanan luar biasa Rasulullah SAW ini. Semoga peristiwa ini menjadi inspirasi untuk kita memperkukuh iman, meningkatkan amal, dan terus bersatu demi mencapai kebaikan bersama.
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal.” (Surah Yusuf, Ayat 111)
Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Sekian,
“REJUVENASI DEMI KESATUAN”
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+9
PEKELILING PUSAT PERUMAHAN BIL. 1/2025 : TARIKH PENTING BERIKUTAN PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ AKADEMIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk maklumat semua, Pusat Perumahan Pelajar (PPP) telah mengeluarkan pekeliling berkenaan segala info yang berkaitan dengan penempatan pelajar bagi sesi ini dan yang akan datang.
Kesemua permohonan, pendaftaran, pengesahan, rayuan boleh dibuat pada pautan berikut :
https://appsmu.ukm.my/ekolej/
Kegagalan dalam mematuhi tarikh-tarikh ini adalah dibawah tanggungjawab pelajar sendiri. Harap maklum dan tindakan.
Sekian,
“REJUVENASI DEMI KESATUAN”
PENGERUSI JAWATANKUASA TERAS KOLEJ & RESIDENSI LUAR
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
KAUNTER ADUAN KMUKM
💡 Salurkan Suara Anda untuk Perubahan!
📅 Tarikh: 23 Januari 2024
⏰ Masa: 9:00 PM – 12:00 AM
📍 Lokasi: Kafe Kolej Pendeta Za'ba
Adakah anda mempunyai cadangan, isu atau pertanyaan untuk disuarakan kepada KMUKM? Sertai kami di Kaunter Aduan KMUKM!
Semua pelajar dijemput untuk berkongsi pandangan demi mewujudkan suasana kampus yang lebih baik.
“REJUVENASI DEMI KESATUAN"
PJK TERAS KOLEJ & RESIDENSI LUAR
KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
KAUNTER ADUAN KMUKM
💡 Salurkan Suara Anda untuk Perubahan!
📅 Tarikh: 23 Januari 2024
⏰ Masa: 9:00 PM – 12:00 AM
📍 Lokasi: Kafe Kolej Pendeta Za'ba
Adakah anda mempunyai cadangan, isu atau pertanyaan untuk disuarakan kepada KMUKM? Sertai kami di Kaunter Aduan KMUKM!
Semua pelajar dijemput untuk berkongsi pandangan demi mewujudkan suasana kampus yang lebih baik.
🔗 Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di @kmukm1970 di platform instagram
“REJUVENASI DEMI KESATUAN"
PJK TERAS KOLEJ & RESIDENSI LUAR
KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
KUNJUNGAN TRANSFORMASI FAKULTI
Transformasi Khidmat Langsung: Dengar, Rancang, Khidmat!
KMUKM kini mengambil langkah proaktif dengan membuka kaunter aduan khas di Fakulti bagi memberi ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menyuarakan sebarang isu, permasalahan, atau laporan secara terus kepada kami.
Kaunter ini akan beroperasi pada waktu yang telah ditetapkan, memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi serta membantu meningkatkan kesejahteraan fakulti.
Sesi perbincangan dua hala antara pihak KMUKM dan Persatuan Mahasiswa Fakulti akan diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mahasiswa/i.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2024/2025
5 936
+1
KUNJUNGAN TRANSFORMASI KOLEJ AKADEMIA
Transformasi Khidmat Langsung: Dengar, Rancang, Khidmat!
KMUKM kini mengambil langkah proaktif dengan membuka kaunter aduan khas di Kolej Akademia bagi memberi ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menyuarakan sebarang isu, permasalahan, atau laporan secara terus kepada kami.
Kaunter ini akan beroperasi pada waktu yang telah ditetapkan, memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi serta membantu meningkatkan kesejahteraan kolej.
Sesi perbincangan dua hala antara pihak KMUKM dan Kolej Akademia akan diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mahasiswa/i.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2024/2025
5 936
𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋, 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐓𝐀𝐑𝐒𝐈𝐒
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tinjauan Sejahtera Mental, Diri & Modal Insan Katarsis ini dijalankan bagi mengumpulkan dapatan untuk dibentangkan kepada Unit Kaunseling, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tujuan tinjauan adalah untuk menilai permintaan mahasiswa/i UKM terhadap perkhidmatan, pengisian program dan penyampaian kandungan dan informasi yang disediakan oleh Unit Kaunseling HEP-UKM serta peranan KMUKM dalam memperkasakann kesejahteraan mental mahasiswa/i.
Justeru itu, semua mahasiswa/i UKM adalah diharapkan untuk meluangkan masa bagi melengkapkan tinjauan ini.
https://forms.gle/rHKn4WWxhoNtigzN7
Sebarang persoalan, sila hubungi,
Ahmad Nabil (wa.me/60169327617)
Danial Fitri (wa.me/601110927515)
Aisy Hafiy (wa.me/60183510993)
Farah Hanisya (wa.me/601114290225)
“𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵”
𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
5 936
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 : 𝐒𝐔𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐕𝐀𝐊𝐒𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐏𝐕 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 (𝐏𝐊𝐔)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia akan hadir ke Pusat Kesihatan UKM Bangi pada 21-24 Januari 2025, jam 9.00 pagi - 3.00 petang untuk memberikan suntikan vaksinasi HPV secara percuma.
Slot suntikan ini terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur 13-26 tahun dan tidak hamil.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) menyeru semu mahasiswa/i untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan dos vaksin HPV percuma.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai incaj Cik Zawanah di nombor 017-206 7161.
“𝑹𝑬𝑱𝑼𝑽𝑬𝑵𝑨𝑺𝑰 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝑻𝑼𝑨𝑵”
𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
5 936
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, ISIUKM, KMUKM, PERMATA, Persatuan Mahasiswa Islam dengan kerjasama Kerohanian Kolej dan Kerohanian Fakulti akan menganjurkan 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐮𝐧𝐚𝐣𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐊𝐌 mengikut ketetapan berikut :
𝐇𝐚𝐫𝐢 : 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟐𝟑/𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐌𝐚𝐬𝐚 : 𝟕.𝟑𝟎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
📌Disediakan Jamuan, Kit Exam dan Merit I-Star kepada semua yang hadir.
🎯 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐦𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭
Ayuh sertai group Whatsapp di bawah untuk mengetahui perkembangan lanjut :
https://chat.whatsapp.com/L6UNhM0ShgWEtm9Zxh2GV7
Sebarang persoalan boleh hubungi :
📞 Amril Syariff :
https://wa.link/8h6sb8
📞 Farah Hanisya :
https://wa.link/t56568
Sekian terima kasih
========================
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐍𝐀𝐉𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
5 936
+2
KENYATAAN PEJABAT SPEAKER: NASIB OKU DIPERTIKAI, SOKONGAN KITA ADALAH HARAPAN MEREKA
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) mengecam keras insiden kekerasan terhadap Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tular baru-baru ini. Kejadian ini bukan sahaja mengundang kemarahan tetapi juga mencerminkan kurangnya kesedaran terhadap hak asasi manusia.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) menyeru supaya isu ini dapat diselesaikan dengan adil. Kami juga menyeru agar individu-individu yang menyaksikan insiden tersebut untuk segera tampil bantu siasatan supaya perkara ini mampu diselesaikan dengan tuntas.
Sekian, terima kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
PENCARIAN SEKRETARIAT NEGARAI
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan.
📣Sukacita dimaklumkan bahawa PJK Keusahawanan, Penjanaan dan Koperasi bersama Pusat Pengajian Satelit Universiti (PPSU) akan menjalankan satu program "NegarAI" bertujuan untuk meningkatkan kesedaran AI dan memupuk kerjasama antara pelajar, penyelidik, industri, serta orang awam.
Dengan ini kami ingin meminta kerjasama mahasiswa/i yang berminat untuk membantu kami menjalankan program ini.
🔗: https://forms.gle/xZG1bFGCKuoEEDiP9
🗓 Tarikh Program: 15 & 16 Februari 2025 (Sabtu & Ahad)
☎Sehubungan dengan itu, untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi:
Akbar: +60 18-7668055
Faizi : +60 11-1302 0151
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
PENGERUSI JAWATANKUASA
KEUSAHAWAN, PENJANAAN DAN KOPERASI
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
🍊PENGEDARAN BUAH MANDARIN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2025🍊
Pengerusi Jawatankuasa Intergrasi dan Perpaduan KMUKM bersama Perwakilan Mahasiawa Cina (CCC) akan mengadakan Pengedaran Buah Mandarin sebagai salah satu aktiviti meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina 2025.
Kami menjemput semua pelajar dan warga UKM untuk bersama-sama memeriahkan program ini.
Butiran Pengedaran:
📆 Tarikh: 20 Januari 2025
⏰ Masa : 2.30 petang
📍Tempat: Bilik KMUKM
Kehadiran anda amat dialu-alukan untuk bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan.
Gong Xi Fa Cai dan semoga tahun baru ini membawa tuah serta kemakmuran kepada kita semua!
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
PENGERUSI JAWATANKUASA INTEGRASI DAN PERPADUAN
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
TINJAUAN MAHASISWA/I TINGGAL LUAR KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tinjauan soal selidik ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas dan data mahasiswa/i mengenai pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus.
Harap semua mahasiswa/i UKM dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi tinjauan ini melalui Google Form yang telah disediakan.
Pautan tinjauan: https://forms.gle/MiejfHUEP8eJhVoe8
Segala kerjasama yang diberikan oleh anda amatlah kami hargai.
Sebarang pertanyaan sila merujuk kepada:
Anis (https://wa.me/+60193484520)
Fatin (https://wa.me/+601124263308)
Sekian, terima kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
PENGERUSI JAWATANKUASA TERAS KOLEJ & RESIDENSI LUAR
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+4
HEBAHAN MEDIA: ASEAN UNIVERSITIES EXHIBITION AND FORUM (AEF2025)
Kesatuan Mahasiswa UKM menyeru mahasiswa/i untuk menyertai ASEAN Student Mobility Programme yang akan berlangsung pada 11–25 Februari 2025 secara atas talian dan di Malaysia.
Aktiviti:
- Young Speaker Contest
- ASEAN Future Innovators Challenge
- Lawatan ke universiti tempatan dan forum
Yuran: USD 50 (termasuk penginapan dan makanan)
Tarikh Akhir: 26 Januari 2025
Pertanyaan: uuminternational@gmail.com
Maklumat: [http://ciac.uum.edu.my/aef2025](http://ciac.uum.edu.my/aef2025)
Telegram: [https://t.me/+tif9Ka82SmoyZmQ1](https://t.me/+tif9Ka82SmoyZmQ1)
Sekian, terima kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
HEBAHAN MEDIA: BIASISWA TAIWAN 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) bersama UKMGlobal menyeru mahasiswa/i UKM memohon Biasiswa Taiwan 2025 untuk peluang pendidikan di Taiwan.
Butiran Biasiswa:
1️⃣ MOE Taiwan Scholarship
2️⃣ MOE Huayu Enrichment Scholarship
3️⃣ TaiwanICDF Scholarship
Permohonan & maklumat lanjut:
- MOE: [https://taiwanscholarship.moe.gov.tw/Apply](https://taiwanscholarship.moe.gov.tw/Apply)
- TaiwanICDF: [https://web.icdf.org.tw/ICDF_TSP/WelcomeStart.aspx](https://web.icdf.org.tw/ICDF_TSP/WelcomeStart.aspx)
Sekian, terima kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
