KMUKM 2024/2025
Open in Telegram
Channel ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
Show more5 936
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-5230 days
Posts Archive
5 936
+2
PEKELILING AKADEMIK BIL. 3/2025 : PELEPASAN KULIAH, AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) DAN SEBARANG BENTUK PENILAIAN SEMPENA TAHUN BARU CINA DAN HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Berdasarkan pekeliling yang telah dikeluarkan, Pihak Pengurusan Universiti bersetuju untuk memberikan pelepasan kuliah untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan Pembelajaran (P&P) secara dalam talian serta menangguhkan sebarang bentuk penilaian kepada semua pelajar yang terlibat.
Walau bagaimanapun, segala kelulusan bagi pelepasan kuliah berhubung perkara tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Fakulti/Institusi/Pusat (F/I/P).
Semoga semua mahasiswa dan mahasiswi cakna mengenai pekeliling ini.
Sekian, terima kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
HEBAHAN MEDIA: JEMPUTAN PROGRAM ATAS TALIAN JAPAN-ASEAN MENUJU SDGS
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) dengan kerjasama UKM GLOBAL menyeru mahasiswa/i UKM untuk menyertai Japan-ASEAN Online Program Towards SDGs 2025, anjuran Chiba University, Okayama University, dan AUN.
Butiran Program:
π
Tarikh: 17β20 Februari 2025
π Masa: 16:45β18:45 (JST)
π» Platform: Zoom & Miro
π― Tema: Isu Alam Sekitar & Tindakan Pelajar
π Yuran: Percuma
Penyertaan adalah terhad kepada 50 peserta, dan pemohon yang berjaya akan dimaklumkan pada 7 Februari 2025.
π Tarikh tutup permohonan: 31 Januari 2025
Mari bersama meningkatkan kesedaran isu global dan kemahiran komunikasi antara budaya!
Sekian, terima kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
ππππππ πππππ: πππππππ πππππππππ ππππ ππππππππππ ππππ ππππ ππππ πππππ ππππππ ππππππ ππππ ππππππππ ππππππ πππππππ
Merafakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, sempena Hari Keputeraan Tuanku pada hari ini, 14 Januari 2025 bersamaan 14 Rejab 1446H.
Semoga Duli Tuanku kekal diberkati dengan kesihatan, kebijaksanaan, dan kesejahteraan dalam memayungi rakyat Negeri Sembilan serta menaungi warga UKM dengan iltizam dan keadilan.
Dirgahayu Tuanku
βπΉπ¬π±πΌπ½π¬π΅π¨πΊπ° π«π¬π΄π° π²π¬πΊπ¨π»πΌπ¨π΅β
ππππππππ πππππππππ
ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ
ππππ ππππ/ππππ
5 936
+2
KENYATAAN PEJABAT SPEAKER: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
KMUKM menyambut baik inisiatif yang diumumkan oleh YB Datoβ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, semasa Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 yang berlangsung pada 9 Januari 2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Dalam perutusan tersebut, Menteri Pendidikan Tinggi telah menggariskan beberapa inisiatif penting, termasuk 7 Fokus Utama dan 10 Agenda Transformasi Pendidikan Tinggi 2025, yang dijangka mampu mengubah landskap pendidikan tinggi negara agar lebih progresif dan sejajar dengan cabaran semasa.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) komited untuk memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pihak, terutama golongan mahasiswa.
Sekian, terima kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
HEBAHAN MEDIA: JEMPUTAN ASIA PACIFIC SUMMER PROGRAM (APSP) 2025
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM), dengan kerjasama UKM Global, ingin memaklumkan jemputan untuk menyertai Asia Pacific Summer Program (APSP) 2025 yang bertemakan "Together, A Great Summer" anjuran Daffodil International University (DIU), Dhaka, Bangladesh. Program ini dijadualkan berlangsung pada 19-27 Julai 2025.
Program ini menawarkan:
π Kursus Antarabangsa seperti Social Business, Ethical Hacking, dan Mobile Journalism (3 kredit akademik).
π Aktiviti Menarik seperti lawatan industri, kerja berpasukan, aktiviti silang budaya, dan lawatan ke lokasi warisan.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran:
π apsp.daffodilvarsity.edu.bd (https://apsp.daffodilvarsity.edu.bd)
π§ apsp@daffodilvarsity.edu.bd
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+2
KENYATAAN PEJABAT SPEAKER: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2025 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) menyambut baik pengumuman YB Datoβ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, semasa Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 pada 9 Januari 2025 di UTM Skudai.
Inisiatif 7 Fokus Utama dan 10 Agenda Transformasi Pendidikan Tinggi Tahun 2025 diharap mampu mengubah landskap pendidikan tinggi negara sejajar dengan cabaran semasa. KMUKM akan terus memantau pelaksanaannya demi manfaat mahasiswa.
Sekian, terima kasih.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
PEJABAT SPEAKER
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
PEMAKLUMAN : INISIATIF BANTUAN SUBSIDI TIKET PENERBANGAN FLYSISWA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan kenaikan kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi inisiatif FLYSiswa daripada RM300 kepada RM400 seorang.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan terus melaksanakan inisiatif ini, melibatkan subsidi bagi 60,000 mahasiswa yang menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Labuan. Pelajar dari universiti awam, politeknik, kolej komuniti, matrikulasi, dan IPG boleh menyemak kelayakan mereka melalui laman sesawang MOT di (https://subsidiudara.mot.gov.my) bermula 1 Januari 2025.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) menyokong penuh inisiatif ini dan menyeru semua mahasiswa/i yang layak untuk memanfaatkan peluang ini.
#FLYSiswa2025
#BantuanMahasiswa
#SiswaMADANI
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+9
[ππππ ππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππ ππππ/ππππ]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Rejuvenasi Demi Kesatuan.
Pada 10 Disember 2024, sewaktu Townhall Pengurusan HEPA bersama Badan Kepimpinan Pelajar UKM, Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) telah mendedahkan hala tuju mereka untuk sesi 2024/2025. Bertemakan Rejuvenasi Demi Kesatuan, KMUKM komited untuk menggerakkan perubahan yang mendukung autonomi dan kebajikan mahasiswa.
10 Transformasi Utama KMUKM Sesi 2024/2025:
1οΈβ£ Transformasi Kewangan
2οΈβ£ Transformasi Khidmat Langsung
3οΈβ£ Transformasi Fizikal
4οΈβ£ Transformasi Parlimen Mahasiswa
5οΈβ£ Transformasi Kolaborasi
6οΈβ£ Transformasi Pengangkutan
7οΈβ£ Transformasi Senator
8οΈβ£ Transformasi Akademik
9οΈβ£ Transformasi Perpaduan
π Transformasi Keusahawanan
Dengan pendekatan ini, KMUKM bertekad untuk membawa mahasiswa UKM ke arah kesatuan yang lebih utuh dan kepimpinan yang progresif.
βπΉπ¬π±πΌπ½π¬π΅π¨πΊπ° π«π¬π΄π° π²π¬πΊπ¨π»πΌπ¨π΅β
ππππππππ πππππππππ
ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ
ππππ ππππ/ππππ
5 936
[ πππππππ πππππππππ πππππ ππππ ]
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 dengan rasa penuh harapan dan semangat ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh warga kampus.
Semoga tahun baru ini menjadi permulaan kepada pencapaian yang lebih gemilang, kebahagiaan, dan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Tahun baru adalah peluang untuk kita bermuhasabah, memperbaharui azam, dan melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih utuh demi mengejar impian bersama.
Raikanlah permulaan tahun ini dengan penuh kesyukuran dan tekad untuk mencipta kenangan yang bermakna bersama insan tersayang.
βπΉπ¬π±πΌπ½π¬π΅π¨πΊπ° π«π¬π΄π° π²π¬πΊπ¨π»πΌπ¨π΅β
ππππππππ πππππππππ
ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ
ππππ ππππ/ππππ
5 936
+1
KUNJUNGAN HORMAT KE PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN EKS UKM (CESMED)
Pada 18 Disember 2024, Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Eks UKM (CESMED).
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama strategik antara KMUKM dan CESMED dalam memperkukuh pembangunan keusahawanan di kalangan mahasiswa UKM. Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada inisiatif baharu yang mampu melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, kreatif, dan inovatif.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+5
KENYATAAN MEDIA: ISU KESELAMATAN MAHASISWA UKM
Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) menzahirkan rasa simpati atas tragedi yang meragut nyawa seorang mahasiswa baru-baru ini. Takziah diucapkan kepada keluarga, sahabat, dan warga universiti yang terkesan.
KMUKM menyeru semua mahasiswa untuk sentiasa berhati-hati dan mendapatkan bantuan segera jika menghadapi isu keselamatan. Hubungi talian kecemasan seperti 999, Pusat Kawalan Keselamatan UKM (03-8921-4444), atau Bahagian Kecemasan Pusat Kesihatan (03-8921-4555).
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Ambil langkah bijak untuk melindungi diri dan rakan-rakan.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
KENYATAAN MEDIA: SALAM TAKZIAH TRAGEDI KEMATIAN PELAJAR FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nillida Salsabil Abrar Muda, pelajar antarabangsa Tahun 2, Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP), yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Disember 2024 akibat terjatuh di tempat kediaman.
Wakil KMUKM bersama MPP FEP, Penolong Dekan HEPA FEP, dan PMFEP telah menziarahi keluarga mangsa di Hospital Serdang serta membantu dalam urusan pelaporan di Balai Polis Bangi. Solat jenazah Allahyarhamah telah diadakan pada 27 Disember 2024 selepas solat Maghrib di Masjid UKM.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SALAM TAKZIAH
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarhamah Nillida Salsabila, mahasiswa Tahun 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
KENYATAAN PEJABAT BENDAHARI: PENGHANTARAN LAPORAN KEWANGAN KMUKM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak Bendahari Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) ingin memaklumkan bahawa laporan kewangan bagi tuntutan wang yang telah mendapat kelulusan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 31 Disember 2024. Proses ini penting untuk memastikan kelancaran pengurusan dana KMUKM.
Kerjasama semua pihak dalam menghantar laporan sebelum tarikh akhir ini amat dihargai bagi memastikan pengurusan kewangan dapat berjalan dengan lebih teratur dan efisien. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bendahari KMUKM melalui saluran rasmi.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
KENYATAAN MEDIA: PENGHANTARAN LAPORAN KEWANGAN KMUKM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak Bendahari Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) ingin memaklumkan bahawa laporan kewangan bagi tuntutan wang yang telah mendapat kelulusan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 31 Disember 2024. Proses ini penting untuk memastikan kelancaran pengurusan dana KMUKM.
Kerjasama semua pihak dalam menghantar laporan sebelum tarikh akhir ini amat dihargai bagi memastikan pengurusan kewangan dapat berjalan dengan lebih teratur dan efisien. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bendahari KMUKM melalui saluran rasmi.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL
Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Sesi 2024/2025 dengan rasa penuh kasih sayang dan muhibah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh warga kampus yang meraikannya.
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan semangat perpaduan kepada anda sekeluarga. Hari Natal adalah masa untuk kita memperkukuhkan hubungan silaturahim, menyemai kasih sayang, dan menghargai nilai-nilai murni yang menyatukan kita semua.
Nikmatilah detik-detik indah bersama insan tersayang, dan jadikanlah Hari Natal ini kenangan yang penuh makna.
REJUVENASI DEMI KESATUAN
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
KENYATAAN PEJABAT SPEAKER: BAHASA KEBANGSAAN, CERMINAN IDENTITI
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bahasa Melayu adalah lambang identiti dan warisan bangsa yang harus terus dijunjung tinggi. Namun, seperti yang disuarakan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Johari, sikap segelintir pihak yang segan menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi utama amat membimbangkan.
Sebagai mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kita memikul tanggungjawab untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan mengikis persepsi negatif yang menganggapnya tidak relevan atau ketinggalan zaman. Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) akan terus komited menyokong usaha memupuk rasa bangga terhadap bahasa kebangsaan demi memastikan kelestarian warisan budaya negara kita.
REJUVENASI DEMI KESATUAN
PEJABAT SPEAKER
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
PERINGATAN PENTING: PENEBUSAN BAUCAR BUKU FASA 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia dimaklumkan bahawa tarikh akhir untuk penebusan Baucar Buku Fasa 2 bernilai RM100 seorang adalah sehingga 31 Disember 2024. Inisiatif ini diwujudkan untuk membantu pelajar mendapatkan bahan pembelajaran dan keperluan akademik.
Walau bagaimanapun, tempoh untuk menebus baucar ini kini hanya berbaki 7 hari sahaja. Oleh itu, semua pelajar diseru agar segera mengambil peluang ini sebelum tarikh akhir.
Sebarang penebusan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas peluang ini untuk memanfaatkan baucar yang disediakan bagi menyokong usaha akademik anda.
Sekian, terima kasih.
REJUVENASI DEMI KESATUAN
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
5 936
+1
KUNJUNGAN HORMAT KE BAHAGIAN KESELAMATAN UKM (WISMA AMAN)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada 18 Disember 2024, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Badan Beruniform KMUKM telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Keselamatan UKM (Wisma Aman). Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik untuk menjamin keselamatan mahasiswa/i di UKM. Pihak Bahagian Keselamatan UKM menyambut baik kehadiran dan cadangan yang diketengahkan, termasuk inisiatif seperti permohonan keselamatan dari pelajar (3 hari sebelum), penambahan butang kecemasan dalam aplikasi UKM SISWA, serta penyediaan infografik kecemasan untuk semua pelajar.
Semoga hasil perbincangan ini dapat meningkatkan tahap keselamatan kampus, seterusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat untuk warga UKM.
"REJUVENASI DEMI KESATUAN"
KESATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
