MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info
Open in Telegram
Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)
Show more542
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15–30 November 2024
.
Ingin Hati Tenang?
.
Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’d, Ayat 28:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia."
.
Mulakan hari anda dengan mengingati Allah SWT, kerana di situlah terletaknya ketenangan yang sejati.
.
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
.
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)
TAKZIAH DARI WARGA MAHDC.. Dukacita dimaklumkan bahawa EN BISWADI MAT DAUD (No. 35, Jln DC 2/13) telah menghembuskan nafas terakhir sekitar 10.00 malam 6 Nov 2024 di Hospital UiTM Puncak Alam.
.
Al-Fatihah...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...
.
Jenazah telah diurus (mandi dan kafan) di MAHDC dan telah disolatkan di MAHDC pada jam 9.45 pagi 7 Nov 2024. Jenazah seterusnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliya Saujana Utama (RASU).
.
Marilah sama2 kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada almarhum dan doakan semoga Allah SWT merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman...
.
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِي
.
Jawatankuasa Khairat dan Kematian
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
Inspirasi Mimbar Jumaat
8 November 2024
INTEGRITI TERAS KEHARMONIAN NEGARA
https://vt.tiktok.com/ZSjSVvXWe/
#tiktokkhutbah #khutbahjumaat #khutbahselangor #khutbahjais #mahdc #jaisel_official #integriti #mingguintegriti
Inspirasi Mimbar Jumaat
1 November 2024
BAYARLAH KEPADA AMIL YANG DILANTIK DI SELANGOR
https://vt.tiktok.com/ZSjrddUnd/
#tiktokkhutbah #khutbahjumaat #khutbahselangor #khutbahjais #mahdc #jaisel_official #zakatselangor #lzs #lembagazakatzelangor
Bicara Mufti @MAHDC
22 Oktober 2024
Soalan : Apakah maksud “Wakaf Irsod” dan “Wakaf Ahli”? Apakah contoh-contoh wakaf tersebut?
Mohon LIKE | FOLLOW | SHARE 🙏🏼
https://vt.tiktok.com/ZSj2QBADQ/
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
1–14 November 2024
.
LARANGAN MENJAHARKAN MAKSIAT
.
“Sekiranya seseorang diuji oleh Allah S.W.T dengan maksiat, hendaklah dia berusaha menyembunyikannya dan memperbanyakkan taubat.”
.
Dalam kehidupan, setiap daripada kita pasti pernah diuji dengan perkara yang menguji iman. Namun, penting untuk kita menjaga aib dan tidak menyebarkan keburukan diri kepada orang lain. Ingatlah, Allah Maha Penerima Taubat dan Dia sentiasa membuka pintu keampunan bagi mereka yang benar-benar ingin kembali kepada-Nya.
.
Sama-sama kita berusaha memperbaiki diri dan menjauhkan diri daripada mendedahkan maksiat.
.
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
.
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)
TAKZIAH DARI WARGA MAHDC.. Dukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini MAHDC kehilangan seorang jemaah yang istiqamah, HJ MOKHTAR BIN NAPI (No. 37 Jln DC 2/7) yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 29 Oktober 2024 jam 10 pagi di Hospital Sg Buloh (HSB).
.
Al-Fatihah...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...
.
Jenazah telah sempura diurus (mandi dan kafan) di HSB dan disolatkan di MAHDC usai solat Asar. Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20 Kuang.
.
Marilah sama2 kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada almarhum dan doakan semoga Allah SWT merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman...
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِي
.
Jawatankuasa Khairat dan Kematian
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
Bicara Mufti @MAHDC
22 Oktober 2024
Soalan : PEROKOK - Adakah amalan tidak diterima dan tidak akan berjumpa Nabi SAW?
Mohon LIKE | FOLLOW | SHARE 🙏🏼
https://vt.tiktok.com/ZSjNDHtSw/
https://vt.tiktok.com/ZSjL2Dtc9/
Bicara Mufti @MAHDC
22 Oktober 2024
Soalan : Bagaimana jika terlupa bilangan hari tinggal puasa?
Inspirasi Mimbar Jumaat
25 Oktober 2024
BAHAYA ANCAMAN ATEIS
https://vt.tiktok.com/ZSjLFLjdF/
https://vt.tiktok.com/ZSj82eDsT/
Bicara Mufti @MAHDC
22 Oktober 2024
Soalan : Adakah amalan diterima jika masih berterusan melakukan dosa?
https://vt.tiktok.com/ZSjRaCfmN/
Bicara Mufti @MAHDC
22 Oktober 2024
Soalan : Memadaikah memulangkan harta yang dicuri beserta nota sahaja, tanpa berjumpa dengan orang tersebut?
Kuliah Maghrib Khas : Bicara Mufti
bersama
Y.A.D. Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir
S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor
Tarikh : 22 Okt 2024 (Selasa)
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Ruang Solat Utama MAHDC
Muslimin Muslimat dijemput hadir
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15–31 Oktober 2024
.
TINGGALKAN PERKARA YANG SYUBHAH,
ITU YANG LEBIH BAIK
.
Sebagai seorang Muslim, kita dituntut untuk meninggalkan syubhah dan memilih yang halal lagi toyyiban.
.
Andai terdapat premis atau produk makanan yang tidak dapat dipastikan kehalalannya, walaupun produk atau premis itu tular dan popular, maka lebih baik bagi kita untuk meninggalkannya sehingga dipastikan statusnya.
.
Banyak lagi pilihan yang diyakini halal di Malaysia ini. Dan ingatlah, memilih yang halal lagi baik itu menjadikan kita orang yang lebih baik sikapnya, lebih sihat tubuhnya, amalannya lebih diterima dan doanya lebih hampir kepada dimakbulkan.
.
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
.
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)
Khutbah Jumaat Minggu Ini :
Kukuhkan Ikatan Perkahwinan Elakkan Perceraian
https://vt.tiktok.com/ZS2ThCxYd/
Segmen Al-Wasoya MAHDC :
BERSEDERHANA KETIKA MENCINTAI DAN MEMBENCI ORANG LAIN
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai.”
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)
Semalam bermulanya sesi pertama kelas asas memanah tradisional di bawah anjuran Kelab Memanah Tradisional MAHDC. Sudah lama sebenarnya hasrat untuk menubuhkan kelab dan kelas memanah ini, khususnya utk jemaah dan anak2 MAHDC.. Akhirnya Allah SWT beri peluang dan laluan yang mudah, rezeki pula berpeluang belajar dari jurulatih bertauliah, AF Ustaz Ezuan..
Nampak mudah memanah ni, tapi ada disiplinnya yang tersendiri.. Sesi ni, kita kumpulkan 20 peserta muslimin.. Insya-Allah jika ada peluang, kita tambah lagi dan buka peluang untuk Muslimat juga..
Sedikit perkongsian berkaitan memanah untuk rakan2 semua 👇🏼 :
==========================
Memanah merupakan salah satu seni tradisional yang memiliki kedudukan istimewa dalam Islam. Ia bukan sekadar kemahiran fizikal, tetapi juga satu bentuk ibadah yang disyorkan oleh Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian memanah, berenang, dan menunggang kuda."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
### 1. Memanah Sebagai Sunnah
Memanah dalam Islam bukan hanya sebagai sukan atau kemahiran pertahanan diri, tetapi ia digalakkan oleh Nabi SAW untuk menguatkan jasmani dan rohani umat Islam. Pada zaman Nabi SAW, memanah menjadi salah satu kemahiran penting dalam peperangan, namun relevansinya masih kekal hingga kini sebagai aktiviti yang membentuk disiplin, fokus, dan kesabaran.
### 2. Fokus dan Kesabaran
Memanah memerlukan konsentrasi yang tinggi dan ketenangan jiwa. Setiap kali anak panah dilepaskan, pemanah harus mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai sasaran. Ini mengajar kita untuk bersabar dan fokus dalam segala perkara yang kita lakukan, selaras dengan prinsip tawakkal kepada Allah SWT selepas kita berusaha sebaik mungkin.
### 3. Latihan Fizikal dan Mental
Dalam memanah, otot badan serta fikiran perlu bekerja secara harmoni. Ini menjadikannya satu bentuk senaman yang baik untuk tubuh badan, tetapi juga melatih daya tumpuan dan ketenangan hati. Ini selari dengan ajaran Islam yang mementingkan keseimbangan antara jasmani dan rohani.
### 4. Memanah dalam Sejarah Islam
Dalam sejarah Islam, pasukan pemanah memainkan peranan penting dalam beberapa peperangan besar seperti Perang Uhud. Pemanah ditempatkan di posisi strategik, seperti Bukit Rumah, untuk mempertahankan umat Islam dari serangan musuh. Peristiwa ini menjadi pengajaran besar kepada kita tentang kepentingan disiplin dan ketaatan dalam melaksanakan arahan pemimpin.
### 5. Amalan Sunnah yang Dilestarikan
Memanah tradisional kini semakin mendapat perhatian, terutamanya di kalangan umat Islam yang ingin melestarikan sunnah Nabi SAW. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mengingatkan kita akan nilai-nilai Islam yang mementingkan kesederhanaan, fokus, dan kekuatan dalaman.
Memanah adalah lebih daripada sekadar sukan atau seni bela diri. Ia adalah sunnah yang membawa banyak hikmah, baik dari segi jasmani, mental, mahupun rohani. Dengan mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW dalam memanah, kita bukan sahaja melestarikan tradisi warisan Islam, tetapi juga memperbaiki diri dalam aspek kesabaran, disiplin, dan tawakal.
