MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info
Open in Telegram
Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)
Show more542
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
Semalam bermulanya sesi pertama kelas asas memanah tradisional di bawah anjuran Kelab Memanah Tradisional MAHDC. Sudah lama sebenarnya hasrat untuk menubuhkan kelab dan kelas memanah ini, khususnya utk jemaah dan anak2 MAHDC.. Akhirnya Allah SWT beri peluang dan laluan yang mudah, rezeki pula berpeluang belajar dari jurulatih bertauliah, AF Ustaz Ezuan..
Nampak mudah memanah ni, tapi ada disiplinnya yang tersendiri.. Sesi ni, kita kumpulkan 20 peserta muslimin.. Insya-Allah jika ada peluang, kita tambah lagi dan buka peluang untuk Muslimat juga..
Sedikit perkongsian berkaitan memanah untuk rakan2 semua 👇🏼 :
==========================
Memanah merupakan salah satu seni tradisional yang memiliki kedudukan istimewa dalam Islam. Ia bukan sekadar kemahiran fizikal, tetapi juga satu bentuk ibadah yang disyorkan oleh Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian memanah, berenang, dan menunggang kuda."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
### 1. Memanah Sebagai Sunnah
Memanah dalam Islam bukan hanya sebagai sukan atau kemahiran pertahanan diri, tetapi ia digalakkan oleh Nabi SAW untuk menguatkan jasmani dan rohani umat Islam. Pada zaman Nabi SAW, memanah menjadi salah satu kemahiran penting dalam peperangan, namun relevansinya masih kekal hingga kini sebagai aktiviti yang membentuk disiplin, fokus, dan kesabaran.
### 2. Fokus dan Kesabaran
Memanah memerlukan konsentrasi yang tinggi dan ketenangan jiwa. Setiap kali anak panah dilepaskan, pemanah harus mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai sasaran. Ini mengajar kita untuk bersabar dan fokus dalam segala perkara yang kita lakukan, selaras dengan prinsip tawakkal kepada Allah SWT selepas kita berusaha sebaik mungkin.
### 3. Latihan Fizikal dan Mental
Dalam memanah, otot badan serta fikiran perlu bekerja secara harmoni. Ini menjadikannya satu bentuk senaman yang baik untuk tubuh badan, tetapi juga melatih daya tumpuan dan ketenangan hati. Ini selari dengan ajaran Islam yang mementingkan keseimbangan antara jasmani dan rohani.
### 4. Memanah dalam Sejarah Islam
Dalam sejarah Islam, pasukan pemanah memainkan peranan penting dalam beberapa peperangan besar seperti Perang Uhud. Pemanah ditempatkan di posisi strategik, seperti Bukit Rumah, untuk mempertahankan umat Islam dari serangan musuh. Peristiwa ini menjadi pengajaran besar kepada kita tentang kepentingan disiplin dan ketaatan dalam melaksanakan arahan pemimpin.
### 5. Amalan Sunnah yang Dilestarikan
Memanah tradisional kini semakin mendapat perhatian, terutamanya di kalangan umat Islam yang ingin melestarikan sunnah Nabi SAW. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mengingatkan kita akan nilai-nilai Islam yang mementingkan kesederhanaan, fokus, dan kekuatan dalaman.
Memanah adalah lebih daripada sekadar sukan atau seni bela diri. Ia adalah sunnah yang membawa banyak hikmah, baik dari segi jasmani, mental, mahupun rohani. Dengan mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW dalam memanah, kita bukan sahaja melestarikan tradisi warisan Islam, tetapi juga memperbaiki diri dalam aspek kesabaran, disiplin, dan tawakal.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT.. Masjid jiran kita iaitu Masjid At-Taufiqiah Bdr Seri Coalfields sekali lagi diuji dengan banjir. Usaha-usaha pembersihan dan baikpulih pasti menelan belanja yang tidak kecil.
Bagi meringankan beban ini, MAHDC membuka Tabung Khas Bantuan Baikpulih Masjid At-Tauqiah BSC ketika Jumaat nanti. Tuan/puan yang berhasrat ingin turut sama membantu, boleh masukkan sumbangan tuan/puan ke dalam tabung khas yang disediakan.
Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua atas sumbangan yang dihulurkan.
جزاكم الله خير الجزاء
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
1–14 Oktober 2024
.
Ciri Mukmin: Menjauhi Sikap Keji
.
Dalam Islam, seorang mukmin sejati adalah individu yang menjaga akhlaknya dan menjauhi segala bentuk sikap keji - segala bentuk perbuatan yang membawa kepada keburukan - seperti menipu, berbohong, menyakiti orang lain, atau berkelakuan buruk dalam pergaulan. Mukmin sejati sentiasa menjaga kehormatan diri dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
.
Mari kita berusaha bersama-sama untuk meningkatkan akhlak dan menjaga diri dari perbuatan yang boleh mencemarkan jiwa dan hati kita.
.
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
.
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)
Salam Maulidur Rasul 1446H
.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan bersama-sama hidupkan sunnah Rasullullah, semoga semakin bertambah rasa cinta dan sayang kita kepada Rasulullah SAW.
.
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Al-Nasai & Ibnu Hibban.
.
Ikhlas daripada
Saf Jawatankuasa
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15–30 September 2024
.
Rasulullah SAW: Contoh Teladan Yang Baik
.
Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang terbaik dalam segala aspek kehidupan sebagai pemimpin, sahabat, suami, dan pendidik. Baginda SAW mengajarkan kasih sayang, kesabaran, keadilan, serta akhlak yang mulia.
.
Mari kita hidupkan sunnah Baginda SAW dalam setiap langkah kita dengan memperbaiki diri dan nilai-nilai murni yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW. Jadikan Baginda SAW sebagai inspirasi dalam kehidupan seharian sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud :
.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik.”
.
Sempena bulan Rabiulawal ini, marilah sama-sama kita memperingati kelahiran insan agung Nabi Muhammad SAW serta perbanyakkan selawat dan amalan kebaikan. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kelak.
.
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
.
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)
Bersempena bulan Rabi’ul Awwal yang kita kenang sebagai bulan Maulidur Rasul yang bakal menjelang, dan bagi menyemarakkan ingatan dan perasaan cinta kita kepada Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW, MAHDC akan menganjurkan Bulan Gema Selawat MAHDC sebagaimana berikut :
.
Tarikh : Setiap hari sepanjang Rabiul Awwal (5 Sep – 3 Okt 2024)
Masa : Subuh (selepas bacaan ta’lim) dan Isya’ (selepas bacaan al-Mulk)
Tempat : MAHDC
.
Bacaan selawat akan dipimpin oleh Imam Bertugas.
Jom sama-sama kita meriahkan bulan ini dengan alunan selawat. Semoga bertambah kecintaan kita kepada Nabi SAW dan semakin dekat jiwa kita dengan Baginda, agar beroleh syafaat di akhirat nanti.
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
1–14 September 2024
.
Memperbanyakkan Istighfar: Kunci Rezeki dan Kelapangan Hati
.
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan keluar, dan pada setiap duka cita ada pelepasan, serta Allah SWT merezekikannya daripada arah yang tak disangka-sangka.”
Mari kita amalkan istighfar setiap hari dan lihat bagaimana Allah membuka pintu-pintu rahmat-Nya.
.
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
.
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun
14153010047044 (Bank Islam)
MAKLUMAN
Kuliah Maghrib malam ini (Selasa - 27 Ogos 2024) oleh AF USTAZ SHAHRIZAN DAUD AT-TURABI akan digantikan oleh AF USTAZ KHAIRUL ANUAR BASRI AL-HAFIZ.
Wallahu a’lam.
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15–31 Ogos 2024
.
Doa Mohon Hidayah
.
اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ
.
Maksudnya:
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau beri petunjuk
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan Kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dengan rahmat-Mu dari bahaya kejahatan yang telah Engkau tentukan.
Amin.
.
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
.
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun
14153010047044 (Bank Islam)
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
1 – 14 Ogos 2024
KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN
Seorang penyair Arab, Ahmad Syauqi telah menyebut:
إنمـا الأمـم الأخلاق مـا بقيـت فإن هم ذهبت أخلاقـهم ذهبــواً
Maksudnya: “Dan sesungguhnya semua umat kekal selama adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.”
Mari kita amalkan doa agar dikurniakan akhlak yang baik :
اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ، وَلَا يَهْدِي لَأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ
Ya Allah, tunjukkanlah aku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukkan baiknya akhlak tersebut kecuali Engkau." (Hadis Riwayat Muslim (771)
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun
14153010047044 (Bank Islam)
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15 – 31 Julai 2024
Bulan Muharram adalah termasuk dalam bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah, ayat 36 iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Bulan Haram adalah bulan di mana Allah SWT akan menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut.
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi.
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun
14153010047044 (Bank Islam)
MAKLUMAN
Kuliah Maghrib oleh Al-Fadhil Ustaz Hamim Suntong pada malam ini, Isnin 8 Julai 2024, DITANGGUHKAN kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
Wallahu a’lam
Rakaman Ceramah Perdana sempena Maal Hijrah oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli boleh ditonton di pautan ini :
https://www.facebook.com/share/v/VHKFzDhbLB43TmRU/?mibextid=WC7FNe
Ceramah Perdana sempena Ma'al Hijrah oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali.
Muslimin Muslimat dijemput hadir
Jom sama-sama kita manfaatkan cuti sempena Awal Muharram dengan pengisian di MAHDC. Kita bermula petang ini ye..
Aidil Adha dah pun berlalu. Zulhijjah perlahan2 meninggalkan kita. Tak lama lagi dah nak masuk Muharram yang kita sambut Tahun Baru Hijrah setiap tahun.
.
Persoalan : takat mana dah hijrah peribadi kita? Dapat tak kita capai azam tahun baru kita setiap tahun, atau kita masih di takuk lama? Kalau bukan sekarang kita mulakan hijrah, maka bila lagi?
.
Sabda Nabi s.a.w.
وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
“Dan orang yang berhijrah itu adalah orang yang berhijrah (menjauhkan diri) daripada melakukan apa yang dilarang Allah.” (HR al-Bukhari)
.
Hijrah bukanlah bermaksud mengubah kita menjadi malaikat. Tetapi hijrah ialah proses, untuk kita menjadi hamba yang taat kepada Allah. Jom istiqamah dalam hijrah!!
Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun
14153010047044 (Bank Islam)
TAKZIAH DARI WARGA MAHDC.. Dukacita dimaklumkan bahawa EN AHMAD TARMIZI BIN JAMALUDIN (No. 38, Jln DC 3/3) telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pada 28 Jun 2024 sekitar jam 2.40 petang di Hospital Beacon Petaling Jaya.
.
Al-Fatihah...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...
.
Jenazah telah diurus (mandi dan kafan) di MAHDC dan disolatkan oleh para jemaah usai solat Isyak dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliya Saujana Utama (RASU).
.
Marilah sama2 kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada almarhum dan doakan semoga dengan kematian yang dicemburui pada hari yang terbaik, Allah SWT merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman...
.
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِي
.
Jawatankuasa Khairat dan Kematian
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
