en
Feedback
MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

Open in Telegram

Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)

Show more
542
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
Gema Selawat 2025.pdf1.03 MB

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-31 Ogos 2025 . Isu buli sedang hangat diperkatakan. Nabi SAW pernah pesan, "Seorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya dizalimi." Jom kita mulakan dari diri sendiri untuk jadi punca kasih sayang, bukan punca luka orang lain. . Lagi 10 hari, kita akan melangkah ke bulan Rabiul Awwal — bulan kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Apa kata kita sambut dengan memperbaiki akhlak dan menambah ilmu. Jemput ke kuliah-kuliah MAHDC— santai, berisi, dan insya-Allah bawa hati kita makin dekat dengan Allah dan Rasul.

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (15-31 Ogos 25).pdf6.33 KB

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (15-31 Ogos 25).pdf6.33 KB

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Ogos 2025 . Jom isi malam-malam kita dengan ilmu, bukan dengan scroll tak bertepi 😄 Bulan Safar ni, kita belajar ‘merdeka’ dari bisikan nafsu. Dan sambut Ogos ni, bukan sekadar kibarkan bendera, tapi kibarkan juga semangat cari hidayah! . Duduk dengar kuliah demi kuliah, insya-Allah mencuci hati dan menyubur iman. Tak tahu nak mula dari mana? Mula je dengan hadir.. duduk.. dengar.. Allah yang akan gerakkan hati selebihnya. . Jom singgah.. duduk sebentar di rumah Allah. Ilmu tak berat pun... yang penting datang dulu...

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-31 Julai 2025 . Solat TETAPI Hati Masih Sombong . Solat itu tiang agama — lambang kehambaan kita kepada Allah. Tapi solat bukan hanya rukuk dan sujud yang indah. Solat sepatutnya menjadikan kita lebih merendah diri, bukan merendahkan orang lain. Lebih pemaaf, bukan pendendam. Lebih tenang, bukan cepat marah. . Kalau selepas solat kita masih suka mengata, suka menjeling hina, masih merasa diri lebih mulia daripada orang lain… itu tandanya solat belum benar-benar sampai ke hati. . Mari kita semak semula: Adakah solat kita sekadar rutin… atau benar-benar ubah siapa kita di luar sana? . Jom kita perbaiki bukan hanya bacaan dan gerakan, tapi juga hati dan sikap. Moga solat yang kita jaga, akan menjaga kita — di dunia dan di akhirat. 🤲

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (15-31 Julai 25).pdf6.51 KB

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Julai 2025 . Alhamdulillah, kita kini berada di bulan Muharram yang mulia, waktu yang amat sesuai untuk menghidupkan semangat hijrah dalam diri, dengan menambah ilmu, memperbaiki amalan, dan mendekatkan hati kepada Allah SWT. . Antara amalan yang digalakkan dalam bulan Muharram: ⁃ Berpuasa sunat, terutamanya pada 9 & 10 Muharram (Hari Tasua’ & ‘Asyura’), ⁃ Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar, ⁃ Meluaskan rezeki dan perhatian kepada ahli keluarga, ⁃ Dan paling penting — menghadiri majlis ilmu yang menghidupkan hati. . “Barang siapa menempuh jalan mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR Muslim) . Jemput hadir dan ajak keluarga serta sahabat bersama. Semoga tahun baru ini menjadi titik mula kepada perubahan yang lebih baik, insyaAllah.

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (1-14 Julai 25).pdf6.64 KB

Bila Tahun Berganti, Tapi Dosa Masih Kita Peluk . Ada masa dalam hidup... kita perlu berhenti. Bukan sebab penat. Tapi sebab sedar. . Sedar bahawa hari-hari kita bukan makin panjang, tapi makin hampir ke akhir. . 1 Muharram bukan sekadar tarikh baru. Ia satu tamparan. Bahawa umur kita sudah satu tahun lagi ke hadapan… atau sebenarnya, satu tahun lebih dekat ke kubur? . Tahun baru Islam bukan macam sambutan dunia. Tak ada bunga api, tak ada pesta. Yang ada cuma muhasabah, air mata, dan doa. . Soalnya sekarang… apa yang kita bawa dari tahun lepas? Amal soleh? Atau rekod dosa yang tak pernah kita padam? . Ramai orang tak sedar... bukan semua orang diberi peluang untuk bertaubat. Kalau hari ini Allah masih beri rasa ingin berubah — itu nikmat. Itu kasih sayang yang kita tak boleh sia-siakan. . Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang bijak adalah yang sentiasa menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati." (HR Tirmizi) . Tahun baru, bukan untuk azam baru semata. Tapi untuk hati yang baru. Yang lebih lembut, lebih tunduk, lebih malu kepada Allah. . Ayuh kita sambut 1 Muharram dengan jiwa yang mahu berubah. Mulakan dengan doa dan sujud. Ucapkan taubat. Dan mohon Allah jaga langkah kita untuk setahun akan datang. . ________________________________________ . Majlis Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 📅 26 Jun 2025 (Khamis) 📅 30 Zulhijjah 1446H / 1 Muharram 1447H 🕰️ Lepas Maghrib hingga Isyak 📍 Dewan Solat Utama 📢 Bawa hati yang rindu pada keampunan. Mari sama-sama kita mulakan tahun baru ini dengan harapan dan iman.

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-30 Jun 2025 . Hidupkan Hati di Ambang Tahun Baru Hijrah . Tak lama lagi kita akan mengakhiri Zulhijjah. Tinggal hanya 12 hari sebelum melangkah ke Awal Muharram 1447H – detik yang sesuai untuk membuka lembaran baru yang Allah sediakan buat insan yang mahu berubah dan memperbaiki diri. . MAHDC mengajak seluruh jemaah untuk mengisi hari-hari akhir tahun ini dengan ilmu, zikir, dan muhasabah. Sertailah kuliah-kuliah yang diadakan, kerana setiap langkah ke majlis ilmu adalah langkah ke arah redha-Nya. . Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, Dia akan memberikannya kefahaman dalam agama." . Jom sama2 merebut peluang ini. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dipilih Allah untuk diberikan kebaikan.

Refleksi Pasca Aidiladha: Adakah Kita Telah Benar-benar Berkorban? . Kini kita telah melangkah ke 14 Zulhijjah 1446H — menandakan berakhirnya hari-hari Tasyrik, dan tamatnya ibadah korban yang besar ertinya buat umat Islam. Alhamdulillah, pada tahun ini di MAHDC kita berjaya mengorbankan 27 ekor lembu, dan uniknya, Muslimat dah mula masuk team melerai daging.. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah: - Menyertai ibadah korban - Menyumbang tenaga dalam pengurusan dan agihan - Mendoakan kejayaan program korban kita bersama . Namun, persoalan besar kini adalah: Adakah semangat korban itu hidup dalam diri kita setiap hari? Adakah kita sanggup mengorbankan masa, tenaga dan kepentingan diri demi Allah dan ummah? . Mari kita teruskan semangat Aidiladha: - Berbakti kepada ibu bapa dan keluarga - Menyantuni jiran dan masyarakat - Bersedekah dan membantu yang memerlukan - Menjaga solat dan amal harian . “Korban bukan sekadar menyembelih — ia tentang menyerahkan hati sepenuhnya kepada Allah.” . #RefleksiAidiladha #PascaKorban #MasjidAlHidayahDC #SemangatPengorbanan . Foto-foto suasana acara korban di link ini : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1059049199739529&type=3

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Jun 2025 . Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memaksudkan : 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya? Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali." Riwayat al-Bukhari . Jom perbanyakkan amal soleh, termasuk puasa di Hari Arafah (6 Jun 25) yang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia adalah hari mustajab doa, menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas, selain hari keampunan serta pelepasan dari api neraka.

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (1-14 Jun 25).pdf6.32 KB

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (1-14 Jun 25).pdf6.32 KB

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Jun 2025 . Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memaksudkan : 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya? Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali." Riwayat al-Bukhari . Jom perbanyakkan amal soleh, termasuk puasa di Hari Arafah (6 Jun 25) yang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia adalah hari mustajab doa, menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas, selain hari keampunan serta pelepasan dari api neraka.

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (1-14 Jun 25).pdf6.32 KB

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-31 Mei 2025 . Garis Sempadan Dosa Dan Pahala : TEPUK DADA TANYA IMAN . Daripada an-Nawwas bin Sim'an al-Ansari RA, beliau berkata : Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa. Maka Rasulullah SAW bersabda : "KEBAIKAN adalah akhlak yang baik. Manakala DOSA adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya.” . Jujurlah dengan hati yang diisi dengan IMAN. Insya-Allah selamat dunia dan akhirat.

📌 KULIAH TAFSIR – SURAH AL-BAQARAH, AYAT 222 🗓️ Oleh: Al-Fadhil Ustaz Hafizuddin Abd Kadir 📍 MAHDC | 6 Mei 2025 . Jom tont
📌 KULIAH TAFSIR – SURAH AL-BAQARAH, AYAT 222 🗓️ Oleh: Al-Fadhil Ustaz Hafizuddin Abd Kadir 📍 MAHDC | 6 Mei 2025 . Jom tonton keratan video highlight kuliah yang telah berlangsung: . 🎥 Wanita Suci Dari Haid – Wajib Mandi Sebelum ‘Bersama’ Suami 🔗 https://vt.tiktok.com/ZShAfeond/ . 🎥 Tindakan Jika Bersetubuh Ketika Haid 🔗 https://vt.tiktok.com/ZShAy7u2A/ . 🎥 Imam Bukhari – Secebis Kisah Ketokohan Ilmuan Hadith 🔗 https://vt.tiktok.com/ZShAy3Nd6/ . 📲 Jom like, follow dan share. Moga bermanfaat untuk kita semua! . Jom beli buku agama melalui ‘beg kuning’ dan showcase tiktok MAHDC.