en
Feedback
MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

Open in Telegram

Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)

Show more
542
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
💼 BEKERJA ITU IBADAH, AMANAH ITU MARUAH 💼 . Setiap langkah ke tempat kerja bukan sekadar mencari sesuap nasi — ia adalah perjalanan menuju redha Ilahi. . Khutbah kali ini mengingatkan kita semua: ✅ Bekerjalah dengan iman ✅ Berkhidmatlah dengan amanah ✅ Rezeki yang halal membawa berkat dunia & akhirat . 📽️ Mudah2an kita sebagai pekerja Muslim kembali memahami maksud sebenar amanah kerja. #HariPekerja #Amanah #RezekiHalal #VideoDakwah #BekerjaDenganIman . Inspirasi Mimbar Jumaat. |. 5 Mei 2025. |. BEKERJA DENGAN IMAN, BERKHIDMAT DENGAN AMANAH | https://vt.tiktok.com/ZShMQA6qN/

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Mei 2025 . Rasa malu nak mulakan salam? Jangan lah begitu.. cuba2lah buangkan rasa malu, sama2 kita sebarkan salam dan senyuman antara kita.. . Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata : “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah : Ciri-ciri Islam manakah yang paling baik? . Nabi SAW bersabda : “Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” . Ucapkanlah salam.. sahaja tanda kasih sayang sesama Muslim, tetapi juga amalan sunnah yang mengeratkan hubungan sesama kita. . Sebarkan salam hari ini! Ucapkan “Assalamualaikum” kepada rakan, keluarga, dan sesiapa sahaja yang anda temui. Semoga dengan salam, ukhuwah kita semakin kuat.

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (1-14 Mei 25).pdf6.09 KB

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, . 🕋 MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI MAHDC 1446H . Kami menjemput seluruh ahli kariah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, . 🕋 MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI MAHDC 1446H . Kami menjemput seluruh ahli kariah MAHDC untuk hadir ke: . 🌙 Majlis Meraikan Bakal Haji MAHDC 📅 29 April 2025 (Selasa) 🕰️ Bermula Selepas Maghrib 📍 Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields . Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan doa restu kepada jemaah haji kita yang akan berangkat menunaikan rukun Islam kelima tahun ini. . ✨ Pengisian : • Kuliah Maghrib Khas oleh AF Ustaz Mohd Adzim Basri • Bacaan doa selamat oleh Imam Bertugas • Ucapan khas • Penyampaian sumbangan • Jamuan . Marilah kita hadir beramai-ramai bagi meraikan tetamu Allah ini, serta mendoakan mereka dikurniakan haji yang mabrur. Semoga majlis ini mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat beragama dalam komuniti kita. . Jazakumullahu khairan

Dalam dunia IT, ramai terjebak berkongsi tanpa semak. Fitnah, kekeliruan dan perpecahan makin berleluasa. 😔 Ikuti Instisari Khutbah Jumaat kali ini – panduan tentang amanah jari serta tanggungjawab kita sebagai umat Islam dalam menjaga kebenaran. . ✅ Bermanfaat dan ringkas 💬 Sebarkan yang sahih, hentikan yang batil . "Biar sedikit yang dikongsi, asalkan benar dan membawa hidayah." . Inspirasi Mimbar Jumaat. |. 18 April 2025. |. KLIK DENGAN BIJAK, WASPADA MAKLUMAT PALSU | https://vt.tiktok.com/ZSrWHcYTJ/

Inspirasi Mimbar Jumaat 11 April 2025 . ZIARAH : UKHUWWAH DIERAT MERAIH BERKAT . https://vt.tiktok.com/ZSrVnRCfX/ . #tiktokkhutbah #dakwahtiktok #khutbahjumaat #khutbahselangor #khutbahjais #mahdc #jaisel_official #ziarah #ukhuwwah #berkat

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-30 April 2025 . Kemeriahan Syawal masih hangat dengan amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka. Amalan ziarah-menziarahi bukan sekadar tradisi tetapi juga dituntut dalam Islam kerana dapat mengukuhkan hubungan sesama kita. Jagalah adab dan akhlak dalam berziarah agar ia menurut syarak. . Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H . Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

TERIMA KASIH! . Alhamdulillah, Ramadan 1446H tahun ini telah melabuhkan tirainya. MAHDC merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para Jemaah, para penyumbang dan seluruh ahli kariah MAHDC yang telah bersama berinfaq ke dalam Tabung Ihya Ramadan MAHDC dan turut sama menghidupkan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini. . Firman Allah SWT: الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ Maksudnya : Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah al-Baqarah: 274) . Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan ini dengan ganjaran yang berlipat kali ganda sebagai bekalan untuk akhirat kelak. Teruskan momentum kebaikan Ramadhan untuk kita disiplinkan diri dan istiqamah menjadi umat Islam yang taat, menjauhi maksiat serta menghindari sifat-sifat mazmumah sepanjang hayat kita.

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 7-14 April 2025 . Teruskan momentum kebaikan Ramadhan untuk kita disiplinkan diri dan istiqamah menjadi umat Islam yang taat, menjauhi maksiat serta menghindari sifat-sifat mazmumah. . Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H . Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-31 Mac 2025 . Jom perbanyakkan ibadah, tingkatkan amalan soleh dan sedekah, lebih-lebih lagi di akhir Ramadhan ini. Mudah-mudahan kita dikurniakan kelebihan malam Lailatul Qadr. . Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H . Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Mac 2025 . Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Solat lima waktu dan solat Jumaat ke Jumaat berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya, adalah penghapus dosa antara keduanya, apabila dia menjauhi dosa besar." - Riwayat Muslim - . Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H . Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

Borang Sumbangan Ihya Ramadhan MAHDC 2025.pdf1.81 KB

Sempena Ramadhan 1446H kali ini, MAHDC mengalu-alukan sumbangan daripada tuan puan yang budiman bagi membiayai Ihya’ Ramadhan
Sempena Ramadhan 1446H kali ini, MAHDC mengalu-alukan sumbangan daripada tuan puan yang budiman bagi membiayai Ihya’ Ramadhan terutama kos-kos penyediaan iftar, sahur dan agihan bubur lambuk. Mohon isikan borang tajaan ini, dan kembalikan kepada kami dengan segera : . wa.me/60193843862 (Tn Haji Azmi , Nazir) . wa.me/60182644330 (Imam Zaidey)

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-28 Februari 2025 . 13 HARI LAGI MENUJU RAMADHAN 1446H . Kurang 13 hari menuju Ramadhan.. Jom gunakan baki beberapa hari ini untuk kita ulangkaji syarat, rukun, dan segala perkara berkaitan sunat, makruh dan perkara haram dilakukan semasa berpuasa, agar kita menempuh masuk ke Ramadhan kali ini, dengan penuh persediaan. . "𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘩𝘢𝘯" . Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H . Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (1-14 Feb 25).pdf5.60 KB

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (15-28 Feb 25).pdf5.86 KB

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (15-28 Feb 25).pdf5.86 KB

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Februari 2025 . 30 hari lagi menuju Ramadhan 1446H . أللهمَّ سَلِّمْنِا مِنْ رَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لنا وَتَسَلَّمْهُ مِنَّا مُتَقَبَّلًا "Ya Allah, sampaikan kami [dengan selamat menuju bulan] Ramadhan. Sampaikanlah Ramadhan kepada kami, dan terimalah [amal-amal] kami [di bulan] Ramadhan." . Follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H . Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝 . Israk Mikraj adalah perjalanan Rasulullah SAW ribuan batu dan merentas langit serta peristiwa di mana solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam. Seharusnya kita sebagai umat Islam tidak culas untuk menunaikan solat walau di mana berada dan sesibuk mana. https://vt.tiktok.com/ZS67F54oW/