MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info
Open in Telegram
Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)
Show more542
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
Assalamualaikum
PROGRAM PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI @ MAHDC
Pihak MAHDC dgn kerjasama ejen syarikat NKH Bio Solution akan mengadakan program pembelian minyak masak terpakai terbuka kepada Penduduk Desa Coalfields dan kawasan sekitarnya spt berikut:
Tarikh : 28- Dis-2025 (Ahad)
Lokasi : Parkir MAHDC
Harga belian : RM 3 / Kg
Masa : 9.00 pg hingga 12.00 tengahari
â
Pastikan minyak disimpan dalam bekas yang sesuai & bertutup.
đ° Duit akan dibayar secara cash / online
Mohon war-warkan kepada group komuniti setempat anda đđť
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15-31 Disember 2025
.
65 HARI MELANGKAH KE RAMADHAN
.
Peliharalah lidah, kerana daripadanya terpancar kemampuan mengangkat pahala puasa kita, atau menjatuhkannya tanpa sedar.
.
âYa Allah.. Pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhanâ
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
1-14 Disember 2025
.
79 HARI MELANGKAH KE RAMADHAN
.
âKetahuilah, Allah SWT tidak pernah membiarkan kita tenggelam dalam musibah dengan sia-siaâŚâ
.
Setiap ujian yang menimpa seorang mukmin â walau hanya sesakit tusukan duri â tetap menjadi ruang pahala bagi hati yang sabar dan reda. Tidak ada satu pun kesulitan yang sia-sia di sisi Allah. Di balik musibah yang kita lalui, ada hikmah yang mendidik jiwa, ada teguran yang mendekatkan, ada kasih Tuhan yang tidak pernah putus.
.
Majlis ilmu sentiasa menjadi ruang terbaik untuk kita menyingkap hikmah2 yang tersembunyi di sebalik setiap ujian. Di sinilah hati ditenteramkan, iman diperkukuhkan, dan fikiran dibimbing kembali kepada cahaya harapan yang Allah hamparkan.
.
MAHDC mengalu2kan seluruh jemaah untuk hadir ke kuliah2 ilmu sepanjang bulan ini. Ajak sekali kawan2 jiran2 dna ahli keluarga, mudah-mudahan setiap langkah kita ke rumah Allah menjadi penawar hati, membuka pintu hikmah, dan menambah keberkatan dalam hidup kita semua.
.
âBarang siapa berjalan menuntut ilmu, Allah mudahkan baginya jalan menuju syurga.â
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15-30 November 2025
.
94 HARI MELANGKAH KE RAMADHAN
.
Kita bakal memasuki bulan Jamadul Akhirah, bulan yang mengingatkan kita kepada kerinduan seorang anak solehah â Saidatina Fatimah r.a. â terhadap ayahandanya Rasulullah SAW, hingga beliau kembali kepada Allah dalam bulan ini.
.
Semoga hadirnya Jamadil Akhirah melembutkan hati kita, membangkitkan rindu kepada sunnah Nabi SAW, menyemarakkan rindu kepada bulan Ramadhan yang penuh barakah, dan mendekatkan langkah kita kepada majlis ilmu serta amal kebaikan.
.
âYa Allah, pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhanâ
MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YAASIN sempena SPM 2025
"Doa, Usaha & Tawakkal â kita serah pada Allah."
.
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields menjemput seluruh ibu bapa, para pelajar calon SPM 2025, serta jemaah sekalian untuk hadir ke majlis ini :
.
Tarikh : 14 Nov 2025 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Dewa Solat Utama MAHDC
.
Program ini diadakan sebagai tanda kasih dan sokongan kita kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Marilah kita bersama-sama:
.
â
Solat Hajat berjemaah
â
Membaca Surah Yaasin
â
Mendoakan agar anak-anak diberi ketenangan, kefahaman, kelancaran menjawab & kejayaan cemerlang dunia akhirat
.
Jom sokong dan beri mereka semangat. Doa seorang ibu & ayah adalah doa yang paling mustajab di sisi Allah. Semoga usaha kecil ini menjadi sebab turunnya pertolongan Allah buat anak-anak kita.
.
"Kita berusaha, kita berdoa, dan selebihnya kita serahkan kepada Allah."
.
Nota : Jamuan ringan disediakan. Tuan/puan digalakkan juga membawa potluck. Sama2 kongsi, sama2 rasa.
100 HARI MELANGKAH RAMADHAN
.
Tanpa sedar, kita kini hanya tinggal 100 hari sebelum melangkah ke pintu Ramadhan 1447H.
.
Ramadhan bukan sekadar bulan puasa. Ia adalah hadiah - bulan di mana nafas kita jadi tasbih, tidur kita jadi ibadah, doa kita mustajab, dan amalan kita dilipat gandakan.
.
100 hari lagi menuju Ramadhan 1447H, bukan sekadar perhitungan tetapi juga sebagai peringatan. Ramadhan kali ini bukan hanya dinanti, tapi pasti kita akan persiapkan diri!
.
| Perbaiki solat | Biasakan diri dengan Al-Quran | Belajar memaafkan | Kurang scroll, lebihkan zikir |
.
Moga Allah panjangkan usia kita hingga masuk ke bulan yang penuh rahmat ini, dan moga Ramadhan kali ini bukan sekadar singgah, tetapi mengubah kita.
.
âYa Allah, sampaikan kami ke Ramadhan dalam keadaan terbaik iman dan hati.â
.
Ikhlas daripada Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
1-14 November 2025
.
Setiap hari berlalu begitu cepat. Minggu berganti tanpa sedar. Tahun datang dan pergi. Kita kadang-kadang terasa seperti tidak sempat melakukan apa-apa, namun masa tetap meninggalkan kita.
.
Rasulullah SAW telah mengingatkan:
âTidak akan berlakunya kiamat sehingga diangkatnya ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan.â
â Riwayat al-Bukhari
.
Dalam keadaan dunia yang semakin sesak dengan fitnah, kita sering ada masa untuk media sosial, untuk hiburan, untuk urusan dunia... tetapi berapa banyak masa yang kita peruntukkan untuk menambah ilmu agama?
.
Mungkin selama ini kita berkata, "Nanti kalau lapang, aku datang kuliah."
Namun hakikatnya â masa tidak pernah menunggu kita.
.
Majlis ilmu bukan sekadar mendengar ceramah. Ia adalah:
⢠tempat hati yang letih mencari ketenangan,
⢠tempat dosa kecil gugur tanpa kita sedar,
⢠tempat Allah sebut nama kita di sisi para malaikat.
.
Datanglah.. walau hati terasa berat. Kerana yang datang membawa langkah, Allah akan menyempurnakan dengan hidayah.
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15-31 Oktober 2025
.
Setiap doa seorang mukmin pasti didengari oleh Allah SWT. Kadang dikurniakan segera di dunia, kadang disimpan indah di akhirat. Maka janganlah jemu untuk terus menghadap Allah SWT dengan hati yang penuh yakin.
.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak ada seorang mukmin pun yang menghadapkan wajahnya kepada Allah lalu memohon sesuatu kepada-Nya, melainkan Allah akan memberikannya sama ada Allah mempercepatkan baginya di dunia, atau menyimpannya untuknya di akhirat selama mana dia tidak tergopoh-gopoh." (Riwayat al-Bukhari)
.
Jom hadir, hayati, dan hidupkan hati dengan ilmu â kerana di setiap majlis ilmu, di situ juga terkabulnya doa.
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15-30 September 2025
.
Kebelakangan ini kita disajikan dengan pelbagai berita dan realiti sosial yang âmenyesakkan dadaâ. Masalah akhlak, keruntuhan pegangan akidah dan pelbagai gejala yang merisaukan umat. Namun, setiap insan yang pernah melakukan kesalahan, terjerumus dalam liang dosa, sentiasa berpeluang kembali ke fitrah. Apa yang berlaku dahulu hanyalah luka semalam, yang bisa dirawat hati dan rohaninya dengan mencari jalan pulang.
.
Rasulullah SAW bersabda:
âSetiap anak Adam itu banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.â (HR al-Tirmizi, Ibn Majah)
.
Marilah kita bersama-sama menghadirkan diri ke taman-taman syurga âmajlis ilmu â sebagai bekal memperkukuh iman, menenangkan hati, dan mencari jalan pulang kepada Allah SWT.
.
âYa Allah, hidupkanlah hati kami dengan ilmu, dan jadikanlah langkah kami menuju masjid sebagai saksi iman di sisi-Mu.â
Jadual Kuliah dan Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15-30 September 2025
.
Alhamdulillah, kita dikurniakan nikmat keamanan, kemerdekaan dan kesejahteraan negara. Menyambut Hari Malaysia bukan sekadar dengan perayaan semata-mata, tetapi lebih utama ialah bagaimana kita mensyukuri nikmat ini dengan mengisi masa yang ada dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
.
Marilah kita menghargai nikmat keamanan dan kemerdekaan ini dengan memperbanyakkan rasa syukur, mengisi hidup ini dengan amal soleh, serta mengeratkan hubungan sesama insan.
.
Selamat Menyambut Hari Malaysia
Assalamualaikum tuan2 puan2 yang dirahmati Allah SWT.. Jangan lupa acara Sambutan Maulidurrasul SAW di MAHDC esok pagi.. Perarakan tahun ni kita on juga ye..
.
Aturcara Majlis :
8.20 pagi : Berkumpul di MAHDC
8.30 pagi : Perarakan bermula (Muslimin | Keluarga| Muslimat)
9.15 pagi : Nasyid dan Persembahan
9.30 pagi : Kuiz 1 (Kanak2 | Muslimin| Muslimat)
9.45 pagi : Kuliah Dhuha Khas oleh AF Ustaz Jafri Abu Bakar
11.15 pagi : Kuiz 2 (Kanak2 | Muslimin| Muslimat)
12.00 tghari : Makan tengahari
Kami amat mengalu-alukan potluck daripada jemaah Mari eratkan ukhuwwah sambil raikan Maulidurrasul SAW
SOLAT SUNAT & KHUTBAH KHUSUF (GERHANA BULAN)
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menunaikan Solat Sunat Khusuf serta mendengar khutbah sempena fenomena gerhana bulan.
Tarikh: 8 September 2025 (Isnin)
Masa: 12.30 pagi
Tempat: Dewan Solat Utama, MAHDC
Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk menginsafi kebesaran Allah dan memperbanyakkan doa serta ibadah
Menyingkap tabir dan rasai sendiri perjalanan Sirah Rasulullah SAW yang divisualkan dalam bentuk teknologi Realiti Maya - Virtual Reality (VR).
.
Hanya dengan bayaran RM5 (selepas potongan harga), para pengunjung MAHDC sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H berpeluang merasai sendiri gerakan, cahaya, gambaran seakan-akan merasakan pengalaman di bumi Anbiya'.
.
Jom sambut Maulidur Rasul di MAHDC untuk mencuba sendiri âVIRTUAL REALITY (VR) SIRAH BAGINDA RASULULLAH SAW & NABI ULUL AZMIâ yang bakal membawa anda menerokai sirah-sirah Nabi yang sarat dengan emosi dan pengajaran.
.
Jangan lepaskan peluang ini! Jumpa semua pada 13 September 2025 di MAHDC!!!
Salam Maulidur Rasul SAW 1447H
.
Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah cahaya petunjuk, pembawa rahmat dan teladan terbaik untuk seluruh umat manusia. Mencintai Baginda bererti mencintai Allah SWT.
.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields akan diadakan pada :
Sabtu, 13 September 2025
9.00 pagi
Kuliah Dhuha Khas bersama penceramah jemputan istimewa:
Al-Fadhil Ustaz Jafri Abu Bakar
(pendakwah terkenal tanah air)
.
Marilah kita hadir beramai-ramai, menghidupkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta menghayati sunnah Baginda.
.
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang terbaik..." (Al-Ahzab: 21)
Alhamdulillah, semalam kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 â tanda kesyukuran atas nikmat keamanan yang Allah kurniakan. Dalam masa yang sama, kita masih berada dalam bulan Rabiul Awwal, bulan penuh barakah yang mengingatkan kita kepada kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Marilah kita teruskan semangat cinta agama dan cinta tanah air dengan mengimarahkan masjid â hadir mendengar kuliah, menambah ilmu, dan menyuburkan hati.
.
Pelbagai kuliah menarik menanti tuan/puan di MAHDC sepanjang 1â14 September 2025. Paling istimewa, jangan lepaskan peluang pada :
13 September 2025 (Sabtu)
Sambutan Maulidurrasul dan Kuliah Dhuha Khas bersama Ustaz Jafri Abu Bakar, pendakwah terkenal tanah air yang sering muncul di kaca TV.
.
Jom, ajak keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai. Masjid kita hidup kerana kita bersama!
.
âIman bertambah dengan ilmu, jiwa tenang dengan zikrullah.â
Pernah tak kita terfikir, apa rahsia sihat Rasulullah SAW walaupun gaya hidup Baginda sederhana? Sempena Rabiul Awwal â bulan tambah cinta Rasul - jom kita belajar satu lagi sunnah Baginda â pemakanan sihat gaya Nabi SAW. Sama-sama kita dengar kupasan istimewa dari sudut pandang seorang pakar perunding nutrisi, Dr. Norman Mohd Norawi, Presiden Persatuan Perubatan Nutrisi Malaysia.
.
Kuliah Subuh Khas
Isnin, 1 September 2025
Rahsia Pemakanan Sihat Gaya Nabi SAW
.
Ilmu yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh dan jiwa. Jangan ketinggalan!
BACAAN SELAWAT @ MAHDC SEMPENA RABIUL AWWAL
.
Alhamdulillah, tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan â Rabiul Awwal, bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa cahaya iman dan rahmat ke seluruh alam.
.
Sempena itu, MAHDC menjemput seluruh ahli kariah untuk bersama-sama menghidupkan sunnah dan menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW melalui Majlis Bacaan Selawat yang akan diadakan setiap hari selepas solat Subuh dan selepas solat Isyak, sepanjang bulan Rabiul Awwal ini â bermula Isnin 25 Ogos 2025.
.
Jom sertai beramai-ramai, memperbanyakkan selawat, mengingati pengorbanan Baginda SAW, serta meneguhkan rasa cinta dan rindu kita kepada Rasulullah SAW. Sesungguhnya, sabda Nabi SAW :
"Sesungguhnya orang yang paling hampir denganku pada hari kiamat ialah mereka yang paling banyak berselawat ke atasku."
(HR al-Tirmizi)
.
Ayuh kita jadikan bulan ini peluang untuk menyuburkan hati dengan kecintaan kepada Nabi SAW. Mudah-mudahan kita mendapat syafaat Baginda di hari akhirat kelak.
