MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info
Open in Telegram
Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)
Show more542
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
Kompilasi gambar kenangan sepanjang majlis perlaksanaan ibadah korban di Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields pada 17 Jun 2024 bersamaan 10 Zulhijjah 1445.
.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT segalanya berjalan lancar dengan korban sebanyak 30 ekor lembu. Terima kasih kepada penganjur dan pengurusan korban, para peserta serta para petugas yang bertungkus lumus menjayakan acara ini. Sedikit sebanyak kelemahan yang timbul amat kami kesali dan insya-Allah kita uasaha perbaiki pada tahun mendatang.
.
Semoga ibadah korban kita diterima di sisi Allah SWT. dan kita semua diberkati dengan ketakwaan dan pengorbanan yang ikhlas.
.
"Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan" -Surah al-Kauthar (2)
.
https://www.facebook.com/share/FhNhef1NesQrYMmT/?
Jadual Kuliah & Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15-30 Jun 2024
لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu”.
Mohon doa semua agar semua urusan jemaah di Arafah
dipermudahkan Allah SWT.
Jom follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke
akaun 14153010047044 (Bank Islam)
Assalamualaikum wrt wbt
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Jom penuhi aktiviti sepanjang Hari Arafah dan Hari Raya Aidil Adha di MAHDC..
Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan semoga kita semua beroleh pengampunan. 🤲🏼
MAKLUMAN
Kuliah Maghrib malam ini (Khamis - 13 Jun 2024) oleh AF IMAM MUDA HASSAN ADLI akan digantikan oleh AF USTAZ AHMAD ZAIDUL KHAIR BIN ZULKIFLI.
Wallahu a’lam.
MAKLUMAN
Kuliah Maghrib oleh AF Ustaz Muhamad Adha pada malam ini, Jumaat 7 Jun 2024, DITANGGUHKAN kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
Wallahu a’lam
Jadual Kuliah & Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
1-14 Jun 2024
''Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain DIA''. (AR-RA'D:11)
Jom follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)
MAKLUMAN
Kuliah Maghrib oleh AF Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi pada malam ini, Selasa 28 Mei 2024, DITANGGUHKAN kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
Wallahu a’lam
TAKZIAH DARI WARGA MAHDC.. Dukacita dimaklumkan bahawa PUAN HJH MUNAH BINTI HAMID, ibu mertua En Muhammad Zamri bin Hassan (No. 28U, Jln DC 5/3) telah menghembuskan nafas terakhir malam tadi (20 Mei 2024) di Hospital UiTM Puncak Alam.
.
Al-Fatihah...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...
.
Jenazah telah diuruskan (mandi dan kafan) di Hospital UiTM Puncak Alam dan akan disolatkan di MAHDC jam 10.00 pagi ini. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ujung Permatang Kuala Selangor sekitar jam 11 pagi..
.
Marilah sama2 kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada almarhumah dan doakan semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman...
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِي
.
Jawatankuasa Khairat dan Kematian
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
Alhamdullilah selesai Program Jualan AgroMADANI anjuran FAMA Kuala Selangor dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields (MAHDC) pada 12 Mei 2024. Program kali ini dilaksanakan di ruang jalan utama MAHDC bermula dari jam 8.00 am hingga 12.30 pm. Alhamdulillah pengunjung tak putus-putus dari awal hingga selesai acara. Terima kasih kepada Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor dengan sumbangan kupon potongan harga kepada para pengunjung.
Program Jualan Agro Madani ini memberi ruang pilihan kepada para pengguna khususnya ahli kariah MAHDC untuk mendapatkan bekalan terus dari pengeluar agromakanan dengan penjimatan sehingga 30%. Penganjuran kali ini turut melibatkan jualan istimewa produk segar, pertanian, proses dan agromakanan.
Tahniah dan terima kasih kepada FAMA Kuala Selangor atas penganjuran jualan kali ini . Insya-Allah kita jumpa lagi di program akan datang.
Jadual Kuliah & Aktiviti
Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
15-31 Mei 2024
"Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan”. [Sahih Muslim (2750)]
Dalam keterujaaan kita mengejar dunia jangan sampai lupa akhirat dan dalam keterujaan mengejar akhirat pula jangan sampai tinggalkan dunia kerana dunia dan akhirat itu saling melengkapi.
Jom follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC
https://www.facebook.com/mahdc2019
https://t.me/mahdc2021
https://whatsapp.com/channel/0029VaWMv8U84OmDxVtsqr2H
Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)
+1
Jom ramai-ramai pakat datang ke Program Jualan AgroMADANI dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor pada:-
Tarikh : 12 Mei 2024 (Ahad)
Jam : 8.00 pg hingga 1.00 tgh
Lokasi : Ruang Jalan Utama Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields
𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐁𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐑𝐌 15 𝐖𝐎𝐖
𝐏𝐄𝐍𝐉𝐈𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟏𝟎%-𝟑𝟎%
𝐉𝐨𝐦 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚, 𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦-𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐀𝐝𝐚…
Kupon Potongan Harga Bagi Pengunjung Terawal disediakan
