en
Feedback
MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

Open in Telegram

Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)

Show more
542
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-330 days
Posts Archive
GOTONG-ROYONG MAHDC SEMPENA RAMADHAN . Alhamdulillah, telah berlangsung acara gotong-royong sempena Ramadhan di Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields pada hari ini dengan kehadiran jemaah yang amat memberangsangkan – oleh pelbagai lapisan jemaah merangkumi jemaah veteran, dewasa, remaja serta kanak-kanak, yang hadir bersama-sama menyumbang tenaga dan masa demi kebersihan serta keselesaan rumah Allah dalam menyambut bulan Ramadhan yang mulia. . Suasana gotong-royong berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan dan ukhuwah. Para jemaah turut diraikan dengan jamuan nasi lemak, aneka kuih-muih, tembikai serta jagung rebus istimewa dari Tanjung Karang, yang menambahkan lagi kemeriahan dan keakraban sesama jemaah. . Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, juga kepada penyumbang juadah kali ini. Semoga segala usaha dan sumbangan ini diterima sebagai amal soleh serta diberkati oleh Allah SWT. . “Sesungguhnya masjid-masjid Allah itu hanya akan dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.” . Semoga semangat kebersamaan ini dapat diteruskan dalam memakmurkan MAHDC sepanjang Ramadhan dan seterusnya.

Sempena Ramadhan 1447H kali ini, MAHDC mengalu-alukan sumbangan daripada tuan puan yang budiman bagi membiayai Ihya’ Ramadhan terutama kos-kos penyediaan iftar, sahur dan agihan bubur lambuk. Mohon isikan borang tajaan ini, dan kembalikan kepada kami dengan segera : . wa.me/60193843862 (Tn Haji Azmi , Nazir) . wa.me/60182644330 (Imam Zaidey)

Borang Sumbangan Ihya Ramadhan MAHDC 2026.pdf3.98 KB

Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Inilah masa terbaik untuk mendekatkan hati, meluruskan bacaan dan menghidupkan malam dengan K
Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Inilah masa terbaik untuk mendekatkan hati, meluruskan bacaan dan menghidupkan malam dengan Kalamullah. 📘 Kumpulan Tadarus Remaja Sempena Ramadhan 📍 Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields Terbuka untuk lepasan SPM, pelajar IPT yang bercuti dan remaja yang ingin sama-sama bertadarus. 🎁 Cenderamata istimewa menanti di akhir Ramadhan. 📞 Hubungi Imam Sahrim (Timb. Nazir) – 012-4340873

Pagi Rabu ni jangan lena 😆 Jom gotong-royong MAHDC sempena Ramadhan.. Insya-Allah bermula jam 8.30 pagi.. Datang mana yang s
Pagi Rabu ni jangan lena 😆 Jom gotong-royong MAHDC sempena Ramadhan.. Insya-Allah bermula jam 8.30 pagi.. Datang mana yang sempat. Datang tolong sikit-sikit pun jadi. Sarapan ada, jangan risau.

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-28 Februari 2026 . DOA MENYAMBUT RAMADHAN . اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا . "Ya Allah, selamatkanlah aku (dari penyakit dan uzur) demi (ibadah) bulan Ramadhan, dan selamatkanlah (penampakan hilal) Ramadhan untukku, dan terimalah segala amalanku sepanjang bulan Ramadhan".

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Februari 2026 . Sya‘aban adalah bulan persediaan menuju Ramadhan. Bulan untuk membetulkan niat, memperbaiki amalan dan membersihkan hati sebelum tiba bulan yang penuh keampunan. . Jangan biarkan Sya‘aban berlalu tanpa makna. Perbanyakkan amal yang mampu, dekatkan diri dengan ilmu dan latih hati agar Ramadhan disambut dengan iman dan istiqamah. . Semoga setiap langkah ke arah kebaikan pada bulan ini menjadi sebab kita bertemu Ramadhan dalam keadaan lebih bersedia dan diredai Allah. . “Ya Allah, pertemukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

Apabila Allah menjemput insan tersayang kembali kepada-Nya, hati kita pasti diuji dengan rasa sedih dan kebingungan. Namun ke
Apabila Allah menjemput insan tersayang kembali kepada-Nya, hati kita pasti diuji dengan rasa sedih dan kebingungan. Namun kematian bukan untuk ditakuti, tetapi untuk diurus dengan penuh tertib, hormat dan kasih sayang. . Panduan ini disediakan sebagai persediaan awal sekiranya berlaku kematian di rumah, agar urusan dapat berjalan dengan tenang, teratur dan mengikut adab Islam. . Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, mengurniakan kesabaran kepada keluarga yang diuji, serta menerima si mati dalam rahmat dan keampunan-Nya. . Biro Khairat Dan Kematian Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields

Hari ni dah masuk 1 Sya’ban 1447H.. Bermakna berbaki 30 hari lagi untuk kita menuju Ramadhan… Semoga Allah izinkan kita diper
Hari ni dah masuk 1 Sya’ban 1447H.. Bermakna berbaki 30 hari lagi untuk kita menuju Ramadhan… Semoga Allah izinkan kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh barakah ini.. Bulan di mana hati kembali tenang, doa terasa lebih dekat, dan setiap kebaikan bernilai pahala. . “Ya Allah, pertemukanlah kami dengan bulan Ramadan. Limpahkan keberkatan dan keampunan-Mu kepada kami.”

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-31 Januari 2026 . Anak-anak adalah amanah. Keluarga adalah madrasah pertama. . Di saat dunia mutakhir ini semakin lantang mempromosikan kebebasan tanpa batas dan gaya hidup yang menyimpang daripada fitrah, ibu bapa dan ahli keluarga dipertanggungjawabkan untuk membimbing, mendidik serta melindungi mereka dengan ilmu, doa dan teladan. . Ayuh kita hidupkan langkah ke rumah Allah melalui majlis ilmu. Jom ikuti dan imarahkan kuliah di @MAHDC. Mudah-mudahan langkah kecil ini menjadi sebab Allah mengukuhkan benteng ummah — memahami hakikat fitrah insan, menguatkan iman, serta memelihara keluarga daripada pengaruh yang merosakkan akhlak dan akidah. . “Ya Allah, pertemukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

KULIAH MAGHRIB KHAS ISRA’ MI’RAJ Tarikh : 15 Jan 2026 (Khamis) Masa : Selepas Solat Maghrib Oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj
KULIAH MAGHRIB KHAS ISRA’ MI’RAJ Tarikh : 15 Jan 2026 (Khamis) Masa : Selepas Solat Maghrib Oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll Tajuk : ISRA’ & MI’RAJ ~ Satu Perjalanan Agung . Allah menjemput Rasul-Nya SAW ke langit, dalam satu perjalanan yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Dan dari perjalanan agung itu, Allah menghadiahkan kepada kita satu ibadah yang paling utama iaitu SOLAT. . Namun hari ini, kita semakin sibuk mengejar dunia, sehingga solat sering menjadi yang terakhir dalam susunan hidup kita. Kita tahu ia wajib, tetapi hati sering lalai, dan sujud terasa sekadar gerakan, bukan penghambaan. . Isra’ dan Mi’raj bukan sekadar kisah untuk dikenang setahun sekali, tetapi peringatan untuk iman yang semakin lemah, dan panggilan untuk hati yang ingin kembali. . Ayuh hadir dan duduk sejenak.. bukan kerana kita sudah baik, tetapi kerana kita semua masih perlukan peringatan. Moga2 dari satu malam ini, solat kita tidak lagi sekadar kewajipan, tetapi menjadi jalan untuk kita semakin dekat dengan Alla

Jadual Kuliah dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Januari 2026 . 48 HARI MELANGKAH KE RAMADHAN . Meniti lembaran baharu tahun 2026, marilah kita menyambutnya bukan sekadar dengan azam, tetapi dengan ilmu, iman dan amal. Sesungguhnya masa adalah amanah. Orang yang beruntung ialah mereka yang mengisi setiap detiknya dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah ﷻ. . Jom follow kuliah @MAHDC. Semoga langkah kecil kita ke rumah Allah ini menjadi sebab turunnya rahmat, ketenangan jiwa dan keberkatan hidup sepanjang tahun. . “Ya Allah.. Pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan”

+6
PENGUMUMAN RASMI SENARAI PEGAWAI & AHLI JAWATANKUASA KARIAH MAHDC SESI 2026-2030 . Pada hari Jumaat, 19 Disember 2025, sebelum solat Jumaat didirikan, Tuan Hj Azmi Sekon, Nazir Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields telah mengumumkan senarai Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Kariah MAHDC bagi sesi 2026-2030 yang telah diluluskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). . Pengumuman ini menandakan satu amanah besar yang dipikul bersama dalam usaha mengimarahkan masjid, memperkasakan pentadbiran kariah, serta memastikan pengurusan masjid berjalan dengan tertib, telus dan berlandaskan syariat. . Pihak masjid merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Pegawai dan Ahli Jawatankuasa yang dilantik. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan hikmah dalam melaksanakan tanggungjawab ini demi kebaikan agama, masyarakat dan ummah. . Marilah kita bersama-sama menyokong dan mendoakan kepimpinan kariah demi kemakmuran Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields.

PENGUMUMAN RASMI SENARAI PEGAWAI & AHLI JAWATANKUASA KARIAH MAHDC SESI 2026-2030 . Pada hari Jumaat, 19 Disember 2025, sebelum solat Jumaat didirikan, Tuan Hj Azmi Sekon, Nazir Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields telah mengumumkan senarai Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Kariah MAHDC bagi sesi 2026-2030 yang telah diluluskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). . Pengumuman ini menandakan satu amanah besar yang dipikul bersama dalam usaha mengimarahkan masjid, memperkasakan pentadbiran kariah, serta memastikan pengurusan masjid berjalan dengan tertib, telus dan berlandaskan syariat. . Pihak masjid merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Pegawai dan Ahli Jawatankuasa yang dilantik. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan hikmah dalam melaksanakan tanggungjawab ini demi kebaikan agama, masyarakat dan ummah. . Marilah kita bersama-sama menyokong dan mendoakan kepimpinan kariah demi kemakmuran Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields.