en
Feedback
Self Care by Kak Eli

Self Care by Kak Eli

Open in Telegram

Tentang kesihatan fikiran & waktu

Show more
9 539
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Masa kami besar sekolah menengah mak dah tak garang. Langsung tak. Tapi banyak bebel dan merungut. Aihh. Rindu kat arwah mak.

Tapi kita kan budak, mana kenal erti serik 🤣 .

Tapi mak aku garang. Super garang masa kami kecik. Dia balik kerja mesti marah dulu. Abang aku main bola (depan rumah je pun 6 langkah boleh sampai) tapi kalau balik dah nak maghrib pun kena rotan.

ā€œSampai lah dah kerja kat hospital dan mak jumpa abah awak. Dunia kembali indah.ā€ Abah aku muncul sebagai superhero yang menawarkan kasih sayang tak berbelah bahagi pada mak. ā¤ļø

Masa aku dah besar mak selalu cerita ā€œDulu mak susahhhh sangat. Menumpang rumah orang, mak ayah sendiri tak bela mak bla bla yadaa yadaa..ā€ Aku dengar je tapi feel tak sampai.

Pakcik arwah mak ni kerja gomen kat sana. So agak stabil la kut zaman dulukala. Duduk la mak aku tu membesar di rumah orang. Masa tu umur arwah mak sekolah rendah. Aku syak arwah mak bukanla duduk rehat sesaja kat situ. Mesti dia buat semuaaaa benda supaya orang dalam rumah tu benci dan buang dia. Kemana la dia nak pergi kan?

Arwah opah dan atuk berkahwin = dapat arwah mak. Tapi depa bercerai, mereka kahwin lain. Atuk kahwin lain - dapat anak-anak lain. Opah kahwin lain - dapat anak-anak lain. Arwah mak aku ni takde adik beradik kandung dan mak pak pulak dan bercerai. Macam terabai kut. So entah siapa hantar dia pi Singapore duduk dengan pakcik.

Bila difikir balik, arwah mak aku ada banyakkkk kesedihan dan pain dalam hidup dia.

Banyak sangat contoh coping mechanism kita setiap hari tau. Kita tak sedar apa yang kita buat tu, itulah cara kita coping dengan situasi. Ada ilmu = BEST. .

Contoh dalam ebook 9 - mitos healing ni: Asal dia sedih ke, frust ke, dirundung malang ke, not my best day ke, Dia pi drive thru Mcd. Order makanan dan telan semua. Padahal dah tahu Mcd tu fast food. Makanan tak sihat tapi ahhh aku tak peduli. Bila dah pi drive thru tu rasa lega. Ulang lah begitu sampai tua.

Kalau korang baca dalam ebook ni pasal coping mechanism lagi lah BEST. Sebab kita buat hampir setiap hari tanpa kita sedar.

Tapi, kalau kita dah faham dan proses diri sendiri ni, kita akan memandang mak kita dengan satu pandangan yang lain. ā€œKesian mak aku tu sebenarnya. Banyaknya derita dia selama ni tak pernah diproses.ā€

Dulu-dulu masa kita kecil, mak pak kita takde peluang nak belajar benda gini kan? Kesian dorang. Aku selalu bincang pasal ni dengan Kay. Eh kau dulu masa kecik mak kau pukul tak? Mak aku pukul. Kadang rasa tak buat salah pun kena marah. šŸ˜‚ Kita tetap sayang pada mak kita. Tapi kita ingat apa dia buat. Dah tua ni baru kita boleh agak apsal la masa kecik mak tu asyik bebel marah. Ada banyak pain dalam diri mak kita yang tak diproses. Marah benda lain tapi yang kena marahnya kita. Dah remaja ala-ala nak rebel sikit. Mungkin ada orang yang bertukar sikap jadi suka melawan mak dia. Sebab kita marah benda lain tapi lepas kat mak kita pulak. Ada je lah benda mak tu buat buat kita nampak tak kena.

Sampai ke tua la kita tak pandai proses feeling kita sendiri. Jadi la mak naga sampai anak tu besar. Sebab hakikatnya kita tak faham diri kita sendiri. Bila anak dah besar, anak dah tak takut pada kita lagi. Boleh duduk sebelah bersembang calling-calling bagai. Tapi trauma anak tu kekal. Kalau dia korek core feeling dia hah mamposlah kita. Segala cerita tok nenek zaman dulu kala dia boleh cerita tentang betapa zalimnya kita pada anak-anak, pada orang sekeliling apatah lagi pada diri sendiri. .

Sebab kita dah NUMB. Total NUMB

Ok nota serius. Kenapa kita semua sepatutnya faham konsep healing? Selaku mak-mak, kita sendiri kalau boleh taknak la asyik marah-marah pada anak. Letih jadi raksaksa ni tau. Lepas melempiaskan kemarahan pada anak atas kesalahan yang kecil tapi kita punya naga duk keluar tu macam menyembur-nyembut api dari mulut. The worst part is lepas tu kita rasa bersalah. Pandang muka anak masa depa tidur kita rasa sayu. Menyesal marah anak tadi. 😭

Personally aku paling suka ebook ni sebab macam kena kat batang hidung sendiri. 2 bulan lepas siap aku pi pantai pastu tulis kat facebook pi healing. šŸ˜‚šŸ˜‚ Adoi ngek.

Dah pacak khemah tepi sungai, dah pi travel bagai tapi balik rumah masalah tak selesai tapi makin kusut lagi ada. Kerana kita lari dari masalah. Yang sepatutnya kita duduk dan proses kemudian buat tindakan. Bukannya lari pi healing.

Ebook 9 - Mitos Healing Antara kesemua 16 ebook, ini ebook yang pertama kami buat. Bermula dari ebook ni baru muncul 15 ebook lain. Ni pasal mitos lah. Yang kita pi laut feeling angin sepoi menerpa dimuka, tudung berkibar ke udara dan kita posing supaya boleh letak kat media sosial #DoneHealing.

photo content
+1