en
Feedback
Self Care by Kak Eli

Self Care by Kak Eli

Open in Telegram

Tentang kesihatan fikiran & waktu

Show more
9 539
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Ada sekali tu, aku bebel-bebel kat kay. Tak cukup call aku sambung pulak kat wasap. Geram tau. Dia call balik. ā€œKak Eli, sekarang aku nak tanya, kau marah ni sebab memang marah aku bodo ke atau sebab lepas kau edit edit ebook ni.ā€ Dang~

Ia tak terhad pada cerita mak ayah kita saja. Boleh jadi kawan-kawan kita, adik beradik, anak-anak sesiapa saja disekeliling kita. Semua orang ada pain. Kecik besar saiznya. Tapi tak semua tahu cara untuk healing yang sebenar. Ilmu ni mahal, tak jumpa lagi sesiapa yang nak tulis sedetail ebook ni. Sebab tu aku selalu cerita kerja aku asyik bertekak je masa bantu dia siapkan ebook ni. Marah memanjang je aku kat dia. .

Penat aku menaip. Sebab nak cerita yang aku jadi faham semuaaaaa secara tiba tiba selepas baca semua ebook tu. Terus boleh faham kenapa orang tu jadi gini, kenapa orang tu jadi gitu. Mesti dia ada banyak pain. Kalau lah dia tahu ada cara untuk setelkan pain tu mesti dia akan rasa lebih tenang dan seronok setiap hari. . Gitulah.

Kita sebagai anak-anak ni, adakah akan menyalahkan mak kita? Eh jangan. Kena faham mak kita pun tak pernah dapat validation dari mak ayah depa. Mak ayah depa pun tak pernah dapat validation ni dari tok moyang terdahulu. Jadi kitaran tu berulang-ulang. Sekadar meneruskan kehidupan yang sentiasa bitter. Kita lah yang akan break the cycle sebab kita ada peluang untuk faham ilmu healing ni.

Kepada kami lah dan sekeliling lah dia melempiaskan semua kemarahan tu. Marah ni boleh datang dalam bentuk frust, sedih, nangis-nangis dan macam-macam benda tak best lagi. Jadi self hate. Benci pada diri sendiri. Mak tak salah. Keadaan jadikan dia begitu. Cumanya zaman itu takde orang yang ada ilmu healing ni.

Semua event-event sadis yang pernah dia lalui tak pernah diproses. Dia sendiri tak boleh faham dengan emosi dia sendiri, tak kenal pun diri sendiri tu siapa. Jadi dia tak pernah HEALING yang sebenar iaitu penyembuhan jiwa. Dia tak boleh tenang.

Mak ada banyak ā€˜PAIN’ yang dia tak proses seumur hidup dia. Membentuk trauma yang dia tak sedar. Membebel dan marah mungkin coping mechanism dia supaya bertahan dari trauma tu. Dia taknak benda yang sama jadi pada anak-anak dia maka dia perlu tegas mendidik. Kena garang, libas kalau geram sangat dan dia tak boleh kawal kemarahan tu. Mesti paksa kami belajar pandai-pandai sebab dia taknak kami jadi macam dia dari kecik dah kena duduk rumah orang. Kena buang tak dipedulikan sana sini. Rasa terhina dan kecil sangat dia agaknya. Trauma tu dipersembahkan dengan perlakuan dia pada kami.

Lepas bantu kay buat 16 ebook ni, aku dapat connect the dots. Ting!šŸ’” Aku dah faham kenapa dia garang macam godzila dulu. Memang menyeramkan.

Tapi itulah, mak aku ni garang benar. Paksa kami study belajar pandai-pandai. Kena hafal sifir, paksa makan tu benda alah homopati yang macam gabus tu berbotol-botol. Korang ingat tak benda tu? Tak jarang aku campak benda tu dalam tong sampah itu jam. šŸ˜†

ā€œSampailah dia dah kerja dan jumpa abah awak, mula dari situ dia bahagia. Tapi itulah, mak korang tu tak pernah senang sepanjang hidup dia. Mak korang sangat cantik masa mudanya. Putih melepak kulit gebu muka cantikkkk. Kat kampung tu orang panggil dia ā€˜ratu’ sebab lawa sangat orangnya. Abah korang yang dapat mak tu akhirnya.ā€ ā¤ļøā¤ļøā¤ļø Sayang abah, sayangggg kat mak jugak. .

ā€œAda sekali tu nak raya, mak awak ni sebatang kara jadi uwan belikan kasut cantik untuk dia. Dia tak sempat pakai adik beradik tiri dia ambik kasut tu. Mak korang diam je.ā€ ā€œEh banyaklah cerita lagi bla bla yadaa yadaa memang kesian betul hidup mak awak tu. Uwan sampai menangis tengok dia masa tu tapi dia kuat.ā€ 😭😭😭😭

Uwan sedara aku ni cerita yang mak aku ni sepanjang hidupnya susahhhh sangat. Mak ayah tak peduli agaknya sebab sibuk dengan anak-anak suami/isteri lain, duduk pulak menumpang kat rumah orang jadi boleh bayang hidup menumpang ni cemana? ā€œUmur 12 mak awak masih takde ic. Uwan yang ambik mak awak masa dia umur 14 dan pi buatkan ic tu kat pejabat pendaftaran.ā€

Kemudian makcik arwah mak (jauh tuaaaa dari mak, sekarang umur dia dah cecah 90an dan masih strong) bercerita. Time tu kami berkumpul kat rumah lepas beberapa hari mak meninggal.

Abang aku melangkah masuk, the moment dia nampak mak berbalut dengan cekak rambut bentuk riben kemas dari kain kapan tu, Abang aku terperosok ke dinding. Tercengang sat aku dengan Ina sebab cari terperosok tu sungguh dramatik sekali. Like, weh awak kenapa? Abang aku lembik-selembiknya. Dah macam jelly. Orang yang terpaling dia sayang di dunia telah meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Abang aku ni bonding dia terlebih sikit dengan mak. It hurt. So bad.

Pastu ustazah panggil abang aku kat luar tu masuk sebab nak kiss mak untuk kali terakhir. Tadi masa mandikan dia takleh join kan. .

Ustazah kata, ā€œHaa kita buat cekak lawa sikit (macam kita pakai scarf) kat mak ya. Kemas dia nak mengadap tuhan jap lagi.ā€ Ina: ā€œhaah mak saya cantikkkk sangat.ā€ .

Eh pelik. Ini tak seperti kebiasaan kapankan jenazah. Biasakan simple je.

Dah siap mandi, ustazah tu nak kafankan. Dia buat apa tau. Lepas semua setel balut tang kepala tu dia koyakkan sedikit kain putih kemudian gulung-gulung. Dia lilit dari dagu bawak ke atas kepala. Dia ikat bentuk riben! .

Mak meninggal kat hospital Putrajaya. Masa mandi jenazah aku dan Ina (akak aku) dan makcik-makcik mak aku yang mandikan. Abang aku tunggu kat luar. Masa sabun kan mak, Ina cakap camni, ā€œMak, ina ni. Ina mandikan mak perlahan-lahan ya. Ina sayanggggg makā€ Berjurai jurai air mata kami. .

Seiring usia, dia jadi manusia paling cool pulak. Kemudian dia sakit kanser dan meninggal dunia. Pecah seribu hati kami terutama abang aku.