cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

MEKANIK IMAN.

Bismillahirrahmanirrahim... Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat. Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini 👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9 Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin

Show more
Advertising posts
331
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Al-Quran شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah". (Al-Baqarah: 185) Allah SWT menjelaskan bahawa bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada semua manusia dengan memaparkan dalil-dalil yang nyata dan menerangkan mana yang hak dan mana yang batil. Kedatangan Ramadhan sepatutnya bukan sahaja mengingatkan kita tentang kewajipan berpuasa sahaja, tetapi sewajarnya kita menyedari bahawa ia adalah bulan al-Quran untuk kita meraikan kemuliaannya dan keagungannya. Maka sepatutnya kita melipatgandakan usaha untuk membaca, mempelajari dan menekuni al-Quran. Perbanyakkan membaca al-Quran dan mempelajari ilmu tafsir sebagai salah satu cara kita mentadabbur ayat-ayatnya. Gunakan juga peluang ini untuk kita mengkhatam satu al-Quran. Al-Quran adalah petunjuk untuk ‘semua manusia’ (هُدًى لِلنَّاس) maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan isi kandungan dan pengajaran al-Quran kepada semua manusia, samada Muslim atau kafir. Hendaklah kita berdakwah kepada semua manusia dan menyampaikan ayat-ayat Allah ini kepada mereka. Inilah medan atau saluran dakwah yang patut digunakan. Gunakan formula atau method yang ada dalam al-Quran iaitu al-Furqan yang bermaksud membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Justeru, umat Islam wajib mendalami selok belok ilmu dan hukum hakam al-Quran agar mengetahui mana yang salah dan mana yang benar. Dengan kefahaman yang penuh penghayatan, diharapkan kita dapat menggunakan formula itu untuk menilai samada amalan kita, keluarga kita dan masyarakat sekitar kita itu betul atau salah. Hayati firman Allah SWT ini: ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِیۤ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ یَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ "Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)". قَیِّمࣰا لِّیُنذِرَ بَأۡسࣰا شَدِیدࣰا مِّن لَّدُنۡهُ وَیُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ ٱلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنࣰا "(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik". مَّـٰكِثِینَ فِیهِ أَبَدࣰا "Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya". (al-Kahfi: 1-3) Al-Quran merupakan kalamullah yang mulia, menjadi cahaya petunjuk kepada seluruh umat manusia. Sesiapa yang berpegang dan mengamalkan isi kandungannya, ia akan berada di atas jalan kebenaran dan dalam naungan rahmat Allah SWT selamanya.
Show all...
1
Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Taqwa dan Al-Quran عَن أبِى ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ أَوصِنِى قَالَ عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ فَإِنَّهُ رَأْسُ الأَمْرِ كُلِّهِ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ زِدْنِي قَالَ عَلَيْكَ بِتِلاَوَةِ الْقُرْءَانِ فَإِنَّهُ نُورٌلَكَ فِى الأَرْضِ وَذُخْرٌلَكَ فِى السَّمَاءِ “Daripada Abu Dzar bahawa beliau telah meminta Rasulullah SAW memberikannya satu pesanan (yang berpanjangan) Rasulullah bersabda: semaikanlah rasa takut (bertakwa) kepada Allah, sesungguhnya takut kepada Allah itu kepala (sumber) bagi segala amalan kebaikan. Abu Dzar meminta supaya Rasulullah SAW menambah lagi. Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi (dunia) dan bekalan untuk mu di langit (akhirat). (HR Ibn Hibban No: 361). Status: Hasan Lighairihi. Pengajaran: 1.  Abu Dzar atau nama sebenarnya ialah Jundub bin Junadah adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang sangat zuhud. Beliau antara sahabat yang sering meminta kepada Rasulullah agar diberikan nasihat. Antara pesanan Rasulullah SAW: a.  Semai sifat taqwa (rasa takut kepada Allah) dalam diri kerana takut kepada Allah itu sumber bagi segala amalan kebaikan. b.  Bacalah al-Quran kerana al-Quran adalah cahaya untuk kita di dunia dan ia akan menjadi bekalan di akhirat. 2.  Sifat taqwa perlu disuburkan dalam diri setiap orang beriman dengan melaksanakan seluruh kewajipan agama dan bersungguh-sungguh meninggalkan segala larangan syarak. 3.  Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.” 4.  Al-Quran perlu dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian agar ia menjadi cahaya yang memandu kehidupan kita di dunia dan menjadi pemberi syafaat di akhirat kelak. 5.  Membaca al-Quran akan mendapat ganjaran berganda. Abdullah bin Masud RA meriwayatkan sabda Nabi SAW: مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ  وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا  لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ  وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang  ألم  itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”  (HR Tirmizi No: 2910) Status: Hadis Hasan Negara Rahmah Ummah Sejahtera #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 29hb Mac 2024 18hb Ramadan 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Show all...
Muhasabah malam ini Hidup kita akan menjadi lebih senang dan tenang, Sekiranya dendam dan seumpamanya bertukar menjadi kemaafan. #SELAMAT MALAM #SALAM KEMAAFAN
Show all...
06 Ramadan 1445H 17 Mac 2024M السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم (Bahagian pertama) Ramadhan adalah bulan diturunkan Al-Quran. Al-Quran telah mensifatkan dirinya dengan berbagai sifat yang mulia agar manusia mengenalinya. Sayugianya Al Quran lebih diingati, dikenali dan dihampiri... 1) Al-Quran adalah As-Shirath Al-Mustaqim (jalan lurus) وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ “Dan sungguh, inilah jalan–Ku yang lurus, maka ikutilah!.” (Al-An’am: 153) 2) Al-Quran adalah Al-Hablu al-Matin (Tali agama yang kukuh) وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا “Maka berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah.” (Ali Imran: 103) 3) Al-Quran adalah Al-Mizan (Neraca nilaian) فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ “Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul.” (An Nisa’: 59) “Kembali kepada Allah” maknanya adalah kembali kepada Al-Quran, sedangkan “kembali kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam” adalah kembali kepada As-Sunnah. 4) Al-Quran adalah Al-‘Urwatul Wutsqa (Pegangan yang kukuh) لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ “Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbedaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat, yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 256) 5) Al-Quran adalah al- Burhan (bukti kebenaran) dan An-Nur al-Mubin (Cahaya yang terang) يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينً “Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Muhammad dengan mukjizatnya), dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang.” (An-Nisa’: 174) وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidak mengetahui apakah kitab (Al-Quran) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Quran itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52) 6) Al-Quran adalah Al-Huda (Petunjuk) إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا “Sungguh, Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yang besar." (Al-Isra’: 9) وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ “Dan Kami turunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim).” (An-Nahl: 89) 7) Al-Quran adalah As-Syifa’ (Penawar) يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ. “Wahai manusia! Sungguh telah dating kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Yunus: 57) (Bersambung esok bahagian akhir) ~ Abu Imtiyaz ~
Show all...
Puasa یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (al-Baqarah: 183) Allah SWT menyebutkan dalam ayat di atas mengenai hikmah disyariatkan berpuasa iaitu agar kita menjadi hamba yang bertaqwa. Hal ini kerana dalam ibadah puasa, kita mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya, itulah sifat orang bertaqwa. Taqwa adalah melakukan ketaatan kepada Allah SWT berdasarkan nur (cahaya) dari pada Allah SWT. Orang yang bertaqwa hanyalah mengharapkan rahmat dan meninggalkan maksiat kerana takut azab Allah SWT. Yang dikatakan taqwa dalam puasa adalah seorang muslim meninggalkan apa yang Allah swt haramkan saat itu iaitu makan, minum, hubungan intim sesama pasangan dan seumpamanya, padahal jiwa begitu terdorong dan teringin untuk menikmatinya. Apatah lagi saat ini, cuaca panas membahang, terasa sangat dahaga maka bertambah keinginan untuk menikmati minuman yang sejuk lagi sedap. Namun semua itu ditinggalkan karena ingin mendekatkan diri pada Allah dan mengharap pahala dariNya. Itulah yang disebut sebagai taqwa. Begitu juga orang yang berpuasa melatih dirinya untuk semakin dekat pada Allah. Ia mengekang hawa nafsunya sedangkan dia boleh sahaja menikmati berbagai macam kenikmatan. Ia tinggalkan itu semua kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa mengawasinya. Itulah yang dinamakan taqwa. وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ رَّقِیبࣰا "Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu". (al-Aḥzab: 52) Begitu pula puasa dapat mengekang perjalanan syaitan dalam saluran darah. Ini kerana syaitan itu merasuki manusia pada saluran darahnya. Ketika puasa, saluran syaitan tersebut menyempit. Maksiatnya pun akhirnya berkurang. Orang yang berpuasa pun semakin lazat dan terliur melakukan ketaatan, itulah umumnya yang terjadi. Ketahuilah, ketaatan itu termasuk taqwa. Daripada Sayidatina Sofiyyah binti Huyay r.ha, Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melalui saluran darah”. (Hadith Riwayat al-Bukhari) Begitu juga ketika puasa, orang yang kaya akan merasakan lapar sebagaimana yang dirasakan fakir miskin. Ini menyebabkan timbul keinsafan dan menyebabkan mereka berkeinginan untuk membantu orang yang susah dan memerlukan. Ini juga sebahagian daripada taqwa. Raihlah taqwa disepanjang Ramadhan ini dengan benar-benar melakukan ketaatan demi mencari redhaNya.
Show all...
Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Memasuki Syurga Menerusi Pintu Ibadat أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai 'Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barangsiapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barangsiapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barangsiapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barangsiapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu bertanya: "Demi bapa dan ibuku, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka". (HR Bukhari No: 1764). Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Ramadan bulan infak. Orang yang menginfak sepasang daripada hartanya di jalan Allah (banyak atau berterusan), dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga. Ibnu Hajar menyatakan, orang yang menginfaq dua barang dari harta apapun yang berasal dari jenis yang sama, akan dipanggil masuk syurga dari pintu infaq.  . 2.  Amalan fardu seperti solat, puasa, zakat dan haji yang dilakukan  semasa di dunia, akan menyediakan  daripada ibadat tersebut, antara pintu-pintu ke syurga. 3.  Mereka yang ahli solat, ahli jihad, juga ahli sedekah, akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, pintu jihad dan pintu sedekah untuk masuk ke syurga. 4.  Ahli puasa akan dipanggil dari pintu syurga yang bernama ar-Rayyan 5.  Orang yang melaksanakan semua ibadat,  semua pintu ibadat di syurga akan memanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu  masing-masing. Sempurnakan ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA Semoga ia menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita. Negara Rahmah Ummah Sejahtera #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 17hb Mac 2024 06hb Ramadan 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Show all...
Muhasabah malam ini Berbahagialah kerana kita masih dipilih untuk diuji, Dan bergembiralah kerana kita masih dipilih untuk merasa kasih sayang Allah. #SELAMAT MALAM #SALAM KEMAAFAN
Show all...
05 Ramadan 1445H 16 Mac 2024M السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم (Bahagian akhir) Apa yang wajib diusahakan secara serius di bulan Ramadan? عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ Dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa solat berjamaah selama empat puluh hari dengan mendapatkan takbir pertama ikhlas kerana Allah, maka akan dicatat baginya terbebas dari dua hal; terbebas dari api neraka dan terbebas dari sifat munafik." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi) Di samping melatih dan mengasuh mengamalkan amalan sunat yang berkaitan dengan solat fardhu seperti solat sunat rawatib, membaca Al Quran, berzikir dan berdoa. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: (إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيَّاً فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ. وَمَا تَقَرَّبَ إِلِيَّ عَبْدِيْ بِشَيءٍ أَحَبَّ إِلِيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ. ولايَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِيْ بِهَا. وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعطِيَنَّهُ، وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: ‘Rasulullah ‎SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman: ”Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah seorang hambaKu mendekatkan diri kepada–Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal–hal yang telah Aku wajibkan baginya. Sentiasalah hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan–amalan nafilah (sunnah) hingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya maka Aku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Aku menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, Aku menjadi tangannya yang dia gunakan untuk memegang dan Aku menjadi kakinya yang dia gunakan untuk melangkah. Jika dia meminta kepada–Ku pasti Aku memberinya dan jika dia meminta perlindungan kepada–Ku pasti Aku akan melindunginya.” (Hadith Riwayat Al-Bukhari) 3) Berusaha menjadi golongan yang dikekuarkan dari senarai ahli neraka. Allah SWT menjanjikan senarai 'utaqa ( العتقاء ) iaitu golongan yang dilepaskan dari nerakaNya. ولله عتقاء من النار وذلك في كل ليلة "Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari neraka saat buka puasa, dan itu terjadi setiap malam." (Hadith Riwayat Ibnu Majah) كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ‎ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran: 185) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠)   lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurga-Ku. (al-Fajr: 29-30) Justeru, seriuslah dan bersungguhlah untuk melaksanakan tiga perkara ini. Kerana jika kita berjaya melaksanakannya dengan kesungguhan dan keikhlasan, biar pun Ramadan ini adalah yang terakhir untukmu, semoga Allah SWT menerimamu sebagai hambaNya yang diredhai... ~ Abu Imtiyaz ~
Show all...
Puasa یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (al-Baqarah: 183) Allah SWT mensyariatkan kewajipan berpuasa pada tahun kedua hijrah ketika Nabi, para sahabat dan kaum Muslimin 2 tahun berada di Madinah. Pensyariatan puasa dirakamkan Allah SWT dalam Surah al-Baqarah bermula ayat 183 hingga 187. Ayat yang mewajibkan kita berpuasa itu mengandungi beberapa perkara penting. Antaranya, puasa termasuk syariat yang tidak dimansuhkan bermula sejak zaman nabi terdahulu kerana kebaikan dan faedahnya begitu besar bagi manusia.   Ia mendorong manusia sentiasa bersemangat melakukannya serta berlumba-lumba dengan generasi sebelum mereka dalam menyempurnakan amalan baik. Selain itu, puasa adalah aset terbesar bagi memperoleh ketaqwaan. Taqwa menjadi benteng pertahanan ampuh bagi seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat. Sabda Nabi SAW: الصِّيَامُ جُنَّةٌ "Puasa adalah perisai". (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah, puasa adalah perisai yang menegahnya daripada perkataan keji (يَرْفُثْ), melindunginya daripada dosa-dosa dan api neraka. (al-Minhaj). Hal ini turut dijelaskan dalam riwayat lain bahawa puasa adalah perisai yang melindungi daripada api neraka seumpama perisai yang melindungi seseorang dalam peperangan. (Riwayat an-Nasaie dan Ibnu Majah) Imam Ibnu Rajab menjelaskan maksud hadis ini bahawa puasa melindungi orang berpuasa daripada pelbagai maksiat ketika di dunia, maka puasa juga akan melindunginya daripada azab neraka di akhirat. Sebaliknya puasa yang gagal melindunginya daripada maksiat di dunia, maka puasa juga tidak dapat melindunginya daripada azab neraka akhirat kelak. (Jami’ al-Ulum) Berpuasalah dengan penuh keimanan dan kesungguhan, agar ibadah puasa tersebut dapat menjadi benteng mencegah daripada nafsu syahwat, perbuatan keji dan gejala maksiat, menghalang bersetubuh siang hari, berzina, berkunjung ke tempat maksiat, memaki, mengumpat dan bercakap kotor. Berpuasalah dengan penuh penghayatan dan mengharap ganjaran pahala daripada Allah SWT dengan menjaga hukum hakam dan adab-adabnya, moga ibadah puasa dapat melindungi kita daripada azab neraka, aamiiin...
Show all...
Umat Nabi SAW Yang Celaka Di Bulan Ramadhan - Ustaz Wadi Annuar https://youtu.be/7ACtyuw3VIk?si=k_XMVRJHHLQduk_w
Show all...
Umat Nabi Yang Celaka Di Bulan Ramadan - Ustaz Wadi Annuar

Terima Kasih kerana sudi menonton dan Subscribe Channel Kuliah Online. Semoga dengan video-video ini dapat memberi kan manfaat dan menambah ilmu serta mendekatkan kita kepada ALLAH SWT. Ikuti Kami :

https://www.facebook.com/profile.php?id=100086530101473

Doakan kami agar terus dipilih ALLAH untuk meneruskan kerja dakwah ini dengan Ikhlas. Semoga kita terselamat dari fitnah dajjal. Jangan lupa amalkan baca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi sebagai benteng diri kita seperti yang selalu dipesan oleh Ustaz Wadi Annuar dan Ustaz-Ustaz lain Semoga kita istiqomah mentauhidkan Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah. Dan terselamat dari menyaksikan kedasyatan kiamat Jika ditakdirkan kita hidup di zaman yakjuj dan makjuj, semoga Allah pilih kita menjadi tentera di belakang Imam Al-Mahdi yang mempertahankan Islam "Semoga Bermanfaat buat seluruh Ummat" Kelengkapan penerbitan : Camera : Sony A6400 Lens : Tamron 35-150mm F/2-2.8 Di III VXD Microphone : Rode Wireless GO II Software : Adobe Premiere pro 2022 #ceramah #kuliah #kuliahonline #2024