1TITIK POSITIF 1HARI
Open in Telegram
Channel 1TitikPositif1Hari sebagai satu wahana perkongsian ilmu yang disusun semula daripada pelbagai sumber.
Show more1 988
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
-2130 days
Posts Archive
1 988
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3220
25 Okt 2026M
14 Jamadil Awwal 1448H
Ahad
Benteng Defensif Yang Sering Menghalang
Apabila ditegur atau mengalami kegagalan, sesiapa sahaja ada sikap defensif. Ia merupakan reaksi automatik untuk mempertahankan maruah diri.
Kalau kita di pihak yang melakukan kesilapan, kita akan cenderung mencari alasan untuk menafikan kelemahan, atau menutup kesilapan kita.
Kalau kita di pihak yang diamanahkan tanggungjawab, sudah tentu kita akan mempertahankan rasa berhak untuk menegur. Sikap defensif inilah yang kerap menjadi penghalang utama kepada persefahaman dan penyelesaian masalah.
Jadika teguran sebagai pemangkin. Kata-kata kasar atau sindiran seperti "padan muka" mungkin menyakitkan, tetapi ia boleh diubah menjadi tenaga positif melalui sudut pandang yang matang.
Melihat teguran sebagai cermin diri. Teguran.. sama ada disampaikan secara lembut atau kasar atau dalam bentuk gurauan ialah peluang untuk kita menjadi lebih baik. Daripada melatah atau menjadi defensif, ambil pati daripada teguran tersebut untuk menilai semula kelemahan diri yang perlu dibaiki.
Menguasai ego, bukan dikuasai ego. Mengaku kesalahan bukannya tanda lemah, melainkan bukti keberanian dan keteguhan jiwa. Apabila kita meruntuhkan benteng defensif, kita membuka pintu kepada pertumbuhan diri yang berterusan.
Kita tidak boleh mengawal apa yang diucapkan oleh orang lain, tetapi kita berhak sepenuhnya menentukan bagaimana kita bertindak balas. Jadikan detik itu sebagai tapak lonjakan untuk membuktikan bahawa kita mampu bangkit memperbaiki diri dan keadaan dengan lebih matang dan bijaksana.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
1 988
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3219
24 Okt 2026M
13 Jamadil Awwal 1448H
Sabtu
"APA SATU PERKARA PADA DIRI AKU YANG BOLEH DIPERBAIKI HARI INI?"
Ungkapan "Padan Muka!" sering keluar bila emosi memuncak. Namun jika difikirkan semula, ada pengajaran besar di sebaliknya.
Ada banyak kemungkinan... kerana apa yang kita nampak di luar belum tentu menjelaskan keseluruhan cerita.
Fitrah manusia...., sesiapa sahaja boleh marah, buat silap, dan ada sikap defensif mempertahankan ego atau menutup kelemahan diri.
Siapa Perlu Berubah?... Kedua-duanya. Yang buat silap perlu baiki tindakan, manakala yang menegur perlu kawal emosi dan tutur kata.
Daripada bersorak atas kejatuhan orang lain, jadikan setiap teguran, sama ada lembut atau kasar sebagai cermin untuk membaiki diri.
Kita tidak boleh kawal kata-kata orang lain, tetapi kita berhak sepenuhnya menentukan tindak balas diri. Daripada sibuk menuding jari, lebih baik perbaiki diri sendiri.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
1 988
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3218
23 Okt 2026M
12 Jamadil Awwal 1448H
Jumaat
🧠 OTAK ADA BUTANG RESET!
Tengah stuck atau emosi tak stabil? Gunakan 7 hack pantas ini untuk reset otak kita serta-merta:
🌀 Overthinking ➔ Sentuh benda sejuk & sebut 5 objek sekeliling.
😔 Sedih Tiba-tiba ➔ Pandang atas & senyum 20 saat.
😱 Panik ➔ Kira undur: 100, 93, 86... (auto tukar mode otak).
🔋 Hilang Motivasi ➔ Bisik pada diri: "Buat 2 minit je!"
😡 Marah ➔ Tahan nafas 4 saat, hembus perlahan 8 saat.
😵💫 Susah Fokus ➔ Mandi air sejuk untuk refresh minda.
💔 Rasa Sunyi ➔ Letak tangan di dada & rasai degupan jantung (bukti kita masih berjuang).
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
1 988
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3214
19 Okt 2026M
8 Jamadil Awwal 1448H
Isnin
KUASA "KUN FAYAKUN" BUKAN PADA KITA
Kadang-kadang kita terlupa yang kita ini cuma manusia biasa. Bila kita nak sesuatu benda berubah, kita nak ia berlaku serta-merta ... macam petik jari, prap! Terus jadi.
Tapi hakikatnya, kuasa "Kun Faya Kun" (Jadilah! Maka jadilah ia) itu milik mutlak Allah SWT, bukannya ada pada genggaman kita.
Kenapa kita kena kembali berpijak di bumi nyata?
- Kita cuma manusia biasa. Kita tidak ada kuasa ajaib untuk ubah takdir atau dapat kejayaan dalam sekelip mata. Kita kena terima hakikat bahawa kita ada keterbatasan fizikal, emosi, dan fikiran.
- Tiada jalan singkat dalam hidup. Nakkan hasil yang kukuh, kena lalu proses kehidupan yang panjang. Jalan pintas selalunya hanya memberikan hasil yang rapuh.
- Pendidikan dan pembentukan diri memang rumit.... Lagi-lagi bab mendidik anak, mendidik di sekolah, membina kerjaya, atau memperbaiki diri sendiri. Ia satu proses yang rumit, penuh fasa jatuh bangun, dan perlukan kesabaran yang tinggi. Tidak boleh terburu-buru.
- Kita kena ikhtiar dengan cara yang betul, berilmu, dan berdisiplin. Jangan berserah secara membuta tuli tanpa buat apa-apa, lepas tu panggil itu "tawakal". Tawakal sebenar adalah bila kita dah buat kerja sehabis baik, baru serahkan hasilnya pada Tuhan.
- Kita tidak boleh mengawal semua perkara. Kita tidak boleh ubah sesuatu benda secara bersendirian. Banyak faktor yang terlibat .. emosi, kesihatan, dan tahap tenaga diri sendiri (dalaman). Persekitaran, orang sekeliling, dan sokongan kewangan (luaran). Ujian atau takdir yang memang di luar jangkaan kita (luar kawal).
Bila kita faham yang kuasa Kun Faya Kun itu milik Allah, kita takkan cepat stres bila proses hidup terasa lambat, dan kita takkan sombong bila sesuatu usaha itu menjadi.
Tugas kita cuma satu. Buat usaha terbaik, ikut proses yang betul, dan lepaskan selebihnya kepada Allah.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
1 988
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3213
18 Okt 2026M
7 Jamadil Awwal 1448H
Ahad
Biar kualiti yang berbicara, bukan sekadar janji dan kata-kata. Kurangkan bercakap tentang kemampuan, sebaliknya buktikan dengan hasil, mantapkan ilmu, kukuhkan disiplin, dan hiasi diri dengan sahsiah yang baik.
Terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Seiring berjalannya waktu, usaha dan kecemerlangan kita akan terserlah dengan sendirinya.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
1 988
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3212
17 Okt 2026M
6 Jamadil Awwal 1448H
Sabtu
"Jangan tunggu masa lapang untuk beribadah, tetapi lapangkanlah masa demi menghadap-Nya. Selagi nadi masih berdenyut, teruslah melangkah, pertahankan istiqamah, dan rebutlah nikmat rezeki ibadah ini dengan penuh semangat!"
Sedarilah bahawa peluang untuk mendirikan solat dan membaca Al-Quran merupakan rezeki paling mahal dan bernilai yang tidak mampu ditukar ganti dengan harta dunia!
Bukan semua manusia dianugerahkan keizinan oleh Allah SWT untuk merasai kemanisan nikmat ibadah ini.
Ada insan yang mempunyai masa lapang yang melimpah-ruah, tetapi hatinya masih tumpul dan belum tergerak.
Namun, ada insan yang dilanda keletihan yang amat sangat, tetapi tetap bangkit dan berjuang mencari ruang untuk bersujud serta membaca walau hanya sepotong ayat!
Ingatlah, kemampuan kita untuk berdiri beribadah bukanlah semata-mata atas dasar kerajinan diri, melainkan kerana panggilan khas kasih sayang daripada Allah.
Bila Allah memanggil kita untuk menghadap-Nya:
Itulah bukti jelas bahawa Dia masih menyayangi kita!
Itulah tanda bahawa Dia mahu kita sentiasa berada dekat dengan-Nya!
Itulah saat Dia menanti kepulangan hamba-Nya dengan penuh keampunan dan rahmat
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
1 988
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3211
16 Okt 2026M
5 Jamadil Awwal 1448H
Jumaat
ISTIQAMAH: KUASA KONSISTENSI
Istiqamah sentiasa mengatasi semangat sementara!
Kita tidak perlu memecut setiap masa. Cukuplah dengan jangan pernah berhenti.
Langkah kecil yang dihayun secara berterusan akan membawa kita jauh melampaui sasaran, menewaskan gelombang semangat besar yang padam di tengah jalan.
Terus melangkah. Terus konsisten. Kejayaan milik mereka yang bertahan!
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
1 988
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3210
15 Okt 2026M
4 Jamadil Awwal 1448H
Khamis
PASUKAN HEBAT TIDAK DIBINA UNTUK SENTIASA BERGANTUNG
Pasukan yang benar-benar kuat tidak memerlukan pemimpin di sisi mereka setiap masa.
Mereka bergerak dengan kejelasan dan keyakinan:
APA : Tahu secara mendalam sasaran yang mahu dicapai.
MENGAPA : Faham dengan jelas tujuan dan kepentingan di sebaliknya.
BAGAIMANA : Berdaya merancang dan menentukan sendiri cara terbaik untuk merealisasikannya.
Matlamat tertinggi seorang pemimpin bukanlah untuk menjadikan pasukan sentiasa bergantung kepadanya. Ukuran kejayaan sebenar adalah apabila pasukan tersebut tetap melangkah gagah dan terus meraih kejayaan walau tanpa kehadirannya.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
1 988
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3209
14 Okt 2026M
3 Jamadil Awwal 1448H
Rabu
MENGHARGAI SUMBANGAN PASUKAN
Apabila pasukan mencapai kejayaan, elakkan daripada menumpukan kredit tersebut kepada diri sendiri semata-mata.
Sebaliknya, ketengahkan usaha gigih dan sumbangan setiap ahli pasukan. Hargai dan berikan pengiktirafan kepada mereka secara terbuka, serta raikan pencapaian tersebut sebagai kejayaan bersama.
Ahli pasukan akan mempamerkan komitmen yang jauh lebih tinggi apabila mereka yakin bahawa sumbangan mereka sentiasa dilihat dan dihargai.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
