uk
Feedback
1TITIK POSITIF 1HARI

1TITIK POSITIF 1HARI

Відкрити в Telegram

Channel 1TitikPositif1Hari sebagai satu wahana perkongsian ilmu yang disusun semula daripada pelbagai sumber.

Показати більше
2 013
Підписники
-124 години
-47 днів
-1830 днів
Архів дописів
Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3184 19 Sept 2026M 7 Rabiul Akhir 1448H Sabtu BERSIHKAN HABUK, SERLAHKAN POTENSI! Sama seperti kita menepuk karpet, sasaran kita bukan untuk merosakkan karpetnya, tetapi untuk membuang kotoran yang menutup keindahannya. Begitulah kuasa sebuah teguran. Bila seseorang menasihati kita, mereka bukan mahu meruntuhkan diri kita, tetapi mahu membantu kita menyingkirkan kelemahan agar potensi sebenar kita kembali bersinar. Nasihat adalah bukti cinta dan kepedulian, bukan lambang hinaan. Buka dada, lapangkan jiwa. Jadikan setiap teguran sebagai batu loncatan terhebat untuk kita bangkit dan bertukar menjadi versi diri yang jauh lebih kental dan luar biasa. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

photo content

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3183 18 Sept 2026M 6 Rabiul Akhir 1448H Jumaat 4 TERAS PENDIDIK JUARA 1) PENYAYANG : Mencintai anak didik sepenuh jiwa, memelihara kesucian ilmu, dan menjunjung tinggi amanah. 2) PROFESIONAL : Sentiasa komited, berilmu mantap, menguasai kemahiran, dan teguh memegang etika perkhidmatan. 3) BERINTEGRITI : Berdiri sasa atas paksi kejujuran, telus dalam tindakan, dan berani mempertahankan kebenaran. 4) CEMERLANG : Berusaha tanpa henti untuk memberikan hasil terbaik demi menggapai puncak kejayaan diri, murid, dan sekolah! "Kerjaya guru bukan sekadar tugas harian mencari rezeki, tetapi satu amanah suci pembina peradaban. Jika bukan kita yang membimbing mereka, siapa lagi? Jika bukan sekarang kita melangkah, bila lagi?" Mari kita bangkit bersama, berikan yang terbaik, dan cipta legasi kejayaan hari ini! JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

photo content

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3182 17 Sept 2026M 5 Rabiul Akhir 1448H Khamis BANGKIT MENJADI PENDIDIK IMPAK TINGGI Pimpin dengan Kasih, Didik dengan Hati, Lahirkan Generasi Cemerlang. Sebagai seorang pendidik, kita bukan sekadar mengajar di dalam bilik darjah. Kita adalah pembina watak dan arkitek masa depan negara. Setiap detik dan tenaga yang kita curahkan adalah pelaburan agung untuk melahirkan generasi yang bertakwa, berakhlak mulia, dan berdaya saing tinggi. 5 Tiang Legasi Pendidik Sejati 1) ILMU ADALAH KUNCI MASA DEPAN: Kita tidak hanya menyampaikan fakta, tetapi sedang menyerahkan kunci emas untuk membuka pintu impian dan kejayaan setiap murid. 2) KASIH SAYANG YANG TERUKIR ABADI : Murid mungkin terlupa teori yang diajar, namun rasa dihargai dan kasih tulus yang kita berikan akan mekar dalam sanubari mereka sepanjang hayat. 3) ADAB MENGATASI MARKAH : Kecemerlangan akademik boleh pudar, tetapi adab dan akhlak yang kita tanam adalah kompas jiwa yang membimbing mereka selamanya. 4) RAHSIA KEJAYAAN DALAM DOA : Doa ikhlas seorang guru adalah pendorong ghaib di sebalik kejayaan murid, sekali gus menjadi aliran pahala yang tidak pernah putus hingga ke akhirat. 5) WARISAN SEPANJANG ZAMAN : Apabila anak-anak didik kita menjadi insan berbakti kepada agama, bangsa, dan negara, di situlah nama dan perjuangan kita kekal hidup bersemarak. Jangan pernah jemu menyemai kebaikan. Walaupun hasilnya mungkin belum kelihatan hari ini, yakinlah bahawa setiap benih ilmu dan budi yang ditabur pasti berbuah manis pada waktunya. Teruslah berdiri gagah sebagai pendidik unggul. Mengajar dengan ketajaman ilmu, mendidik dengan keikhlasan hati, dan memimpin dengan keteladanan yang terpuji. Peganglah janji Allah SWT : Dia tidak sekali-kali akan mensia-siakan walau sekecil manapun usaha baik yang anda lakukan!" (Surah Al-Kahfi: 30) JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

photo content

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3181 16 Sept 2026M 4 Rabiul Akhir 1448H Rabu Setiap tugasan yang hadir di tangan kita adalah tanda kepercayaan terhadap kebolehan yang kita miliki. Mari kita salurkan tenaga untuk menjadi pemangkin penyelesaian dan penggerak kemajuan. Rezeki yang berkat lahir daripada kesungguhan memikul amanah dengan penuh integriti dan rasa bangga. Apabila kita mengambil tanggungjawab penuh ke atas tugas masing-masing, kita bukan sahaja cemerlang secara individu, malah menjulang kejayaan seluruh pasukan. Mari kita jadikan setiap tugasan sebagai peluang untuk menyumbang dan menyerlahkan potensi. Setiap tugasan yang hadir di meja kita adalah amanah bermakna yang menantikan keahlian kita. Pendapatan yang kita raih adalah lambang kepercayaan terhadap kebolehan kita untuk membawa penyelesaian, bukannya halangan. Bersama-sama, kita galas amanah ini dengan bangga dan selesaikan setiap tanggungjawab hingga jaya! JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

photo content

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3180 15 Sept 2026M 3 Rabiul Akhir 1448H Selasa JOM KERJA DENGAN AMANAH : INTEGRITI ITU NILAI DIRI KITA!  Sering kali kita mendengar cerita di tempat kerja : "Bos tak ada, kita kerja..." "Bos keluar, 'relax' lah sikit!" TETAPI, INGATLAH : Integriti bukan untuk 'menunjuk-nunjuk' kepada ketua. Integriti bermaksud kita melakukan perkara yang betul, sama ada ketua memerhati atau tidak. Itulah amanah yang sesungguhnya. KENAPA PENTINGNYA INTEGRITI ? 1) Menjaga Masa & Tanggungjawab. Kita selesaikan kerja dengan baik kerana itu adalah komitmen kita, bukan kerana paksaan. 2) Membina Kepercayaan. Organisasi yang cemerlang dibina atas rasa saling percaya, dan kepercayaan bermula daripada setiap daripada kita. 3) Kerja Lebih Bermakna : Bila kita ikhlas dalam setiap tugas, hasilnya bukan sahaja lebih baik, malah ia akan memberi kepuasan tersendiri kepada diri kita. AYUH JADI PEKERJA YANG BERINTEGRITI! Tak perlu tunggu dipantau untuk buat perkara yang betul. Ada orang tengok atau tidak, amanah tetap amanah.  JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

photo content

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3179 14 Sept 2026M 2 Rabiul Akhir 1448H Isnin SATU KAPAL, SATU TANGGUNGJAWAB : KITA NAHKODA KEHARMONIAN Rasulullah SAW meninggalkan satu perumpamaan yang luar biasa tentang kehidupan bermasyarakat. Kita semua berada di atas kapal yang sama. Membiarkan kemungkaran berlaku tanpa teguran ibarat membiarkan seseorang mengorek lubang di dasar kapal. Jika kita berdiam diri, bukan dia sahaja yang tenggelam, tetapi KITA SEMUA AKAN TENGGELAM. Namun, apabila kebaikan ditegakkan dan kemungkaran dicegah secara berhikmah, keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dapat diselamatkan. BANGKIT & BERSAMA BANGTUKAN PERUBAHAN 1) Langkah keluar dari kepompong. Buang sikap "tidak apa" dan pentingkan diri sendiri. 2) Genggam erat tangan saudara kita. Saling melengkapi, menasihati, dan memacu kebaikan. 3) Jadilah perisai keharmonian. Sentiasa bertenaga mencegah kemungkaran mengikut peranan dan kemampuan masing-masing. 4) Pertahankan kapal kita. Jangan biarkan sebarang lubang kecil merusakkan masa depan bersama. Ingat, kekuatan sebuah kapal bukan pada megahnya reka bentuk, tetapi pada kesatuan seluruh anak kapalnya. Jadilah ejen kebaikan hari ini. Semoga Allah SWT sentiasa membimbing kita untuk melangkah gagah melakukan kebaikan, berani menegakkan kebenaran, serta menjadi benteng keamanan dan kesejahteraan ummah. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

photo content

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3178 13 Sept 2026M 1 Rabiul Akhir 1448H Ahad Cabaran Berhadapan Dengan 9 Jenis Pengurus 1) Pengurus Yang Suka Mengawal (The Micromanager) Fokus pada hasil akhir dan bina kepercayaan. Tunjukkan keupayaan kita melalui hasil kerja yang cemerlang serta dokumentasi kejayaan yang konsisten. 2) Pengurus Yang Mengambil Kredit (The Credit Stealer) Jadikan sumbangan kita terserlah secara profesional. Libatkan pihak berkepentingan utama sejak awal supaya kebolehan dan usaha kita sentiasa mendapat pengiktirafan yang wajar. 3) Pengurus Yang Memutar Belit (The Gaslighter) Lindungi profesionalisme kita dengan komunikasi yang jelas dan bertulis. Dokumentasikan setiap keputusan penting untuk memastikan sasaran kerja sentiasa telus dan tepat. 4) Pengurus Yang Sering Hilang (The Ghost) Ambil inisiatif untuk menjadi pemimpin dalam tugasan kita. Tetapkan peranan dan matlamat bertulis yang kukuh agar apa-apa projek tetap berjaya dengan kepimpinan kendiri kita. 5) Pengurus Emosi (The Volcano) Kekalkan ketenangan dan profesionalisme tinggi. Hadapi situasi dengan fakta yang jelas dan kekalkan persekitaran kerja yang matang serta beretika. 6) Pengurus Pilih Kasih (The Favorites Player) Biarkan prestasi dan kualiti kerja kita menjadi bukti terkuat. Luaskan rangkaian profesional kita melebihi lingkungan sedia ada untuk membuka lebih banyak peluang. 7) Pengurus Tidak Yakin Diri (The Insecure Boss) Raikan kejayaan bersama sebagai satu pasukan. Tunjukkan nilai kepimpinan kita secara matang sambil terus merancang langkah kemajuan kerjaya seterusnya. 8) Pengurus Menghalang Perubahan (The Change Blocker) Pacu inovasi dengan menetapkan sasaran pencapaian yang jelas. Tunjukkan kemajuan secara visual untuk membuktikan nilai positif daripada perubahan yang dibawakan. 9) Pengurus Merosakkan Budaya (The Culture Killer) Pertahankan nilai serta integriti profesional kita. Bertindak bijak dengan menyelaraskan tindakan dan nilai murni, atau atur strategi menuju ke persekitaran kerja yang lebih menyokong potensi kita. Yakinlah dan bina potensi diri secara berterusan. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

photo content

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3177 12 Sept 2026M 30 Rabiul Awwal 1448H Sabtu Jangan Jadi Pengikut yang Hilang Arah : Tapis Trend dengan Ilmu, Bukan Reaksi Manusia Terlalu takut dikatakan "ketinggalan zaman" kerap kali membuatkan kita terlupa pada garis panduan agama. Tanpa sedar, kita jatuh dalam perangkap ikut-ikutan tanpa fikir: Orang buat, kita ikut. Orang kata bagus, kita puji. Bila ditanya sebabnya, jawapannya cuma: "Sebab orang lain pun buat." Peringatan Rasulullah SAW Hakikat ini telah diperingatkan oleh Nabi Muhammad SAW menerusi jawapan yang menjadi cermin diri kita hari ini: "...sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, kalian akan mengikuti mereka." (Hadis Sahih, Riwayat al-Bukhari, no. 7320) Cuba tanya hati kita sejenak. Berapa banyak perkara yang kita lakukan hari ini betul-betul kerana kita faham kebaikannya, dan berapa banyak yang kita buat semata-mata kerana takut kelihatan pelik di mata manusia? Perkara yang asing, jika hari-hari dilihat, lama-kelamaan akan terasa biasa. Apabila sudah ramai yang membuat, kita mula berhenti menyoal sama ada ia betul atau salah. Daripada gaya hidup, hiburan, hinggalah soal rezeki dan makan minum harian. Agama tidak pernah menolak kemajuan mahupun perkara baharu. Tak semua trend itu salah. Namun, setiap trend baharu tetap perlu ditimbang dengan timbangan ilmu dan panduan agama. Jangan sampai kita bersungguh-sungguh mencari pelbagai alasan untuk ikut, tetapi malas dan berat hati untuk mencari penjelasan hukum yang sebenar. Jadilah pemikir, bukan sekadar pengikut. Tapis setiap perkara baharu dengan neraka-syurga dan halal-haram, bukan sekadar 'viral' atau tidak. Jika kita berani melakukan sesuatu secara terbuka di hadapan manusia, pastikan kita sudah bersedia dengan jawapannya apabila menghadap Allah kelak. Menjadi unik dan berbeza kerana memegang prinsip agama jauh lebih mulia daripada tenggelam dalam arus semata-mata mahu diterima orang ramai. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

photo content

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3176 11 Sept 2026M 29 Rabiul Awwal 1448H Jumaat Di dunia ini, wujud jiwa-jiwa mulia yang sanggup mengorbankan hal paling berharga demi membahagiakan orang lain, bukan untuk pandangan manusia, melainkan semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Mereka memberi dengan penuh keikhlasan, berpasrah dalam keimanan bahawa tiada pengorbanan kerana Ilahi yang akan sia-sia, walau terpaksa menanggung kehilangannya sendiri. Setiap kebaikan yang dihulurkan tanpa bersuara adalah bukti keteguhan iman dan ketulusan hati. Jika hari ini kita belum mampu menjadi seperti mereka, jadikanlah mereka inspirasi untuk terus memperbaiki diri. Hargai dan santunilah jiwa-jiwa ikhlas ini, kerana kehadiran mereka adalah cerminan rahmat Tuhan yang mengajar kita makna pengorbanan yang sebenar. Jangan pernah melukai hati mereka, melainkan raikanlah ketulusan yang belum tentu kita temui buat kali kedua. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

photo content

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3175 10 Sept 2026M 28 Rabiul Awwal 1448H Khamis Ujian hidup ibarat air ke
Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3175 10 Sept 2026M 28 Rabiul Awwal 1448H Khamis Ujian hidup ibarat air keruh. Semakin kita aduk dengan prasangka dan keluhan, semakin gelap keadaan. Berhentilah bertanya "kenapa aku?", dan mulakan langkah dengan tenang, ikhlas, serta sabar. Bertenanglah. Jangan biarkan emosi mengocak fikiran. Ketenteraman hati akan menjernihkan setiap masalah dengan sendirinya. Mempersoalkan takdir hanya menambah gelisah, bukannya membawakan jalan keluar. Lepaskanlah keluhan. Terima dengan lapang dada, kerana di sebalik setiap kesusahan sentiasa tersimpan hikmah yang indah. Setiap badai pasti berlalu, dan hati yang tenang akan sentiasa menemui jalan terang. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official

Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3174 9 Sept 2026M 27 Rabiul Awwal 1448H Rabu Jangan Takut Berkata Benar K
Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3174 9 Sept 2026M 27 Rabiul Awwal 1448H Rabu Jangan Takut Berkata Benar Kebenaran kadang-kala sulit disampaikan kerana tidak semua orang menyukainya. Namun, jangan tinggalkan kebenaran hanya demi mendapatkan pujian manusia. Sampaikan nasihat dengan ilmu, kelembutan, dan cara yang baik. Jangan menjadikan keberanian sebagai alasan untuk menyakiti orang lain. Kebenaran harus disampaikan dengan akhlak. Lebih baik kehilangan pujian manusia daripada kehilangan kejujuran dan prinsip dalam kehidupan. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official