en
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Closed channel

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Show more
1 050
Subscribers
No data24 hours
-37 days
-1030 days
Posts Archive
Sorry baru perasan ngl ni🥹 Untuk giveaway anniversary, saya minta maaf sangat2 sebab lambat gilaa nak pos hadiahnya🥲 Satu s
Sorry baru perasan ngl ni🥹 Untuk giveaway anniversary, saya minta maaf sangat2 sebab lambat gilaa nak pos hadiahnya🥲 Satu sebab buku tulis quran tu banyak tempat dah sold out. Pastu courier sejadah mini buat hal asyik duk will be delivered pastu tiber unsuccesful. Terpaksalah return, refund bla bla bla. Nyampah aku shopee ni kadang😌 Insya-Allah by this week saya akan pos ya! Sorry sangat² sebab lambat gilaaa🥹🥹🥹

Sebab giveaway BC lambat lagi nak buatnya, saya buat giveaway unofficial begini dulu yeee. Jemput join mana yang tak beli lag
Sebab giveaway BC lambat lagi nak buatnya, saya buat giveaway unofficial begini dulu yeee. Jemput join mana yang tak beli lagi ebook baru kaksyaf!✨

Hensem bukans laki kepunyaan Naaila Natasha yinii asdiwlwosbwosb🥰 Jemput beli HUG dekat shopee mana yang tak beli lagi tu. Tak pun boleh claim hadiah birthday dekat member and nak novel HUG sebagai hadiah hshshshs 🤣🤣🤣 https://shp.ee/5urpphq #HUG

Btw, saya dah takde deadline mss yahooooo! Jadi, bolehlah fokus ebook pulers. Lepas PBAKL, bom ebook miszhann akan berulang kembali seperti tahun 2022 HAHAHAHAHAH! Ahhhh, rindunya nak release ebook!

Selamat kembali bekerja/bersekolah🫶✨

"Sayang…" panggil Faid dengan nada meleret. "Iya…?" "I love you to the moon and back. Terima kasih sebab letakkan abang di tempat pertama sebelum sayang buat keputusan ni. Abang rasa beruntung sangat sebab dapat Dura." "Salah tu. Keberuntungan tu milik Dura sebab dapat suami sehebat abang. Siapa sangka, lelaki yang awalnya tawarkan Dura biasiswa sekarang dah jadi suami yang paling manis?" "Salah juga tu. Keberuntungan itu milik kita bersama, sayang. Abang pun tak sangka dengan mudahnya abang boleh jatuh cinta dengan Dura sedangkan dulu, abang tolak semua calon pilihan mama. Budak kecik depan abang ni, sentiasa jadi kesayangan terhebat abang." #biasiswacinta

+1
Winwin sangatlah Fadh's coded✨ #HUG

ALHAMDULILLAH😭😭😭😭 BAPAK RANDOMNYA AHAHAHAHAH TADI SAJA TRY LOG IN TETIBA BOLEH😭😭😭😭😭😭😭

WEH KORANG SAYA DAH DAPAT ACC WATTPAD SAYA YANG LAMAAA😭😭😭😭😭😭😭

#HUG beraya! Part 4 : "Aku... ada salah ke dengan kau?" Muka memang tak tahu malu! Macam gitu je Niel cakap sambil garu keningnya yang tidak gatal. Fadh mula silangkan tangan ke tubuh. Melihat reaksi bos besar, Niel terus tunduk kepala. Tangan kanannya dihulur untuk permintaan maaf. "Sorry sebab buat keputusan besar tak bagi tahu kau, bakal ab---" "Sudah! Jangan cakap habis, aku tak nak dengar!" Laju saja Fadh tekup mulut Niel kerana tak sanggup mahu mendengar lanjutan kawan baiknya ini. Nak minta maaf, minta maaf jelah! Niel sengih kambing. "Kau restu aku kan? Dia takkan setuju kalau kau tak restu, Fadh." "Iya, aku restu hubungan kau dengan dia. Satu je pesan aku." "Apa dia?" "Jangan buat dia menangis! Kalau tak, kau yang aku tahan dekat gim sampai pagi subuh." Gulp! Sungguh, Niel serik kena belasah dengan Fadh sampai masuk hospital beberapa bulan yang lalu. Kalau kena tahan dekat gim, mungkin itu petanda Niel kena tempah batu nisan awal-awal. Niel mula tabik hormat kepada Fadh sebagai tanda dia mengerti titah si tuan besar. "Baik, tuan! Akan saya jaga hati tuan puteri anda dengan penuh kasih sayang!"

#HUG beraya! Part 3 : Giliran Waail yang ingin bersalaman dengan Fadh. Namun, belum sempat Waail yang elok berbaju melayu navy blue itu membuka bicara, Fadh yang memakai baju melayu merah itu mencelah dulu. "Waail..." Ha sudah! Dengar saja suara beku itu berubah sendu, yang lain mula tegak bulu roma. Fadh kalau dah masuk mood gedik, memang lagi seram daripada cerita hantu! "Kau... dah kenapa?" Gulp! Waail menelan liur. "Aku... nak minta maaf." Bagi Fadh, Waail tak pernah ada salah dengannya. Dia. Ya, dia. Dia yang lebih berdosa dengan Waail. Jadi ada baiknya Fadh meminta maaf terlebih dahulu. "Lebih-lebih lagi, pasal Feeya." "Dahlah tu, Fadh. Sampai bila kau nak ungkit hal tu? Aku okey." Waail betul-betul memaksudkan. Dia benar-benar okey! "But still, aku kena minta maaf dekat kau." "Aku dah maafkan kau. Tapi kalau kau sebut lagi pasal hal ni, aku tunggu kau dekat gim untuk kita settle cara laki." Setelah itu, Waail dan Fadh sama-sama mengerling ke arah Naaila yang semakin panjang muncungnya. Kemudian, dua sahabat itu tertawa kecil sebelum berdakap erat. "Terima kasih, Waail." "Terima kasih juga, Fadh."

Salam Jumaat! Al-Kahfi jangan lupa!✨

Part 2 : Lepas solat raya... "Ha kau! Salam aku cepat! Banyak dosa kau dengan aku ni." Vince ketap bibir memandang Niel yang berpakaian serba hitam hari itu. Dengan gaya duduk yang agak poyo, lagilah Vince rasa sakit hati. Satu lagi, Malaysia ni sudahlah tengah panas sekarang. Tak bahang ke pakai hitam? "Diamlah kau, budak kecik! Aku nak kena salam tuan besar dulu sebelum salam kau. Dosa aku dengan dia lagi banyak daripada dosa aku dengan kau." Apabila Vince berdiri di hadapan Fadh, segera Niel bangun dari sofa dan beratur sama untuk bersalaman dengan lelaki itu. Fadh yang duduk di atas sofa, mengerling ke arah Naaila yang duduk di sebelahnya sambil sembunyi tawa. Pasti isterinya terhibur juga. "Fadh, aku minta maaf. Untuk semuanya." "Senaraikanlah salah kau dekat aku tu," usik Fadh. "Kalau aku sebut satu-satu, sampai zohor esok pun tak habis, Fadh." "Betullah tu," ucap Niel perlahan. Lalu, Waail segera menyiku kawannya itu. Mulut tu kan... "Iya, aku dah maafkan semua dah. Tapi kalau rasa marah tu datang, kita settle cara laki. Gim aku tu, aku boleh tutup untuk kita bertumbuk sampai pagi esok." "Abang!" Terkejut Naaila apabila dengar balasan suaminya. Aiyo, apa kena sampai nak bertumbuk segala ni? "Abang gurau jelah, sayang..." Naaila dipeluk dari sisi. "Vince kalau lawan dengan abang, confirm abang menang." "Abang ni, suka sangat ke nak bertumbuk? Baik abang bertumbuk dengan Naaila kalau macam tu." "Ha, kalau yang itu, aku yakin kau menang!" Laju saja Vince menyokong. Selamba badak saja Fadh mengata dirinya. Jadi, cara yang terbaik adalah menyokong Naaila. Jejaka kacukan Ireland itu memandang Naaila yang duduk di sebelah Fadh. Nak salam, memang tak bolehlah. Tapi yang pasti, kena minta maaf! "Naaila, aku pun nak minta maaf dengan kau sebab aku---" "Iya, Vince." Naaila mencelah kerana dia tahu apa yang cuba Vince katakan. "Aku dah maafkan kau, semuanya." Vince yang elok berbaju melayu emerald green itu tersenyum nipis.

#HUG beraya! Part 1 : Rumah Tuan Nadhir penuh dengan kehadiran geng asam laksa menantunya. Rasanya semalam berjanji nak datang lepas solat raya. Ini baru pukul 7 pagi, dah terpacak depan pintu. Siap bawa baju raya masing-masing! Wajah Waail dan Vince dipandang bersilih ganti. "Kau orang berdua ni... tak ada rumah ke?" soal Tuan Nadhir. "Saya anak yatim," jawab Niel. "Bukan kamu, Niel." Ceit! "Bosanlah bersiap sorang dekat rumah, uncle. Saya datanglah sini," jawab Waail dengan muka tak bersalah. "Samalah." Ringkas balasan Vince. Kening yang tidak gatal digaru. Pening betul dengan jawapan masing-masing. "Suka hatilah. Yang penting, jangan buat kecoh!"

Settle bagi duit raya! Mana yang dapat tu, guna duit untuk hal2 yang baik yaaa✨

Halo halooo! Saya ni baru mulakan kehidupan sebab semalam barai kaww. Petang sikit saya mintak adik saya pilihkan 2 penerima pitih raya okeiii! Semalam nak up #HUG beraya dekat sini tapi tak sempat nak taip pape🤣😭🥲

Pape pun, selamat hari raya maaf zahir batin, lavenders tercintaaa!💜✨ Semoga kita akan bertemu di ramadan akan datang! Kalau nak pitih raya, drop you qr okeii! Nanti saya suruh adik saya pilih random hshshsh✨

Malam raya ni tnb bosan ke main tutup2 suis letrik rumah orang🤗💀