en
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Closed channel

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Show more
1 035
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-830 days
Posts Archive
#HUG beraya! Part 3 : Giliran Waail yang ingin bersalaman dengan Fadh. Namun, belum sempat Waail yang elok berbaju melayu navy blue itu membuka bicara, Fadh yang memakai baju melayu merah itu mencelah dulu. "Waail..." Ha sudah! Dengar saja suara beku itu berubah sendu, yang lain mula tegak bulu roma. Fadh kalau dah masuk mood gedik, memang lagi seram daripada cerita hantu! "Kau... dah kenapa?" Gulp! Waail menelan liur. "Aku... nak minta maaf." Bagi Fadh, Waail tak pernah ada salah dengannya. Dia. Ya, dia. Dia yang lebih berdosa dengan Waail. Jadi ada baiknya Fadh meminta maaf terlebih dahulu. "Lebih-lebih lagi, pasal Feeya." "Dahlah tu, Fadh. Sampai bila kau nak ungkit hal tu? Aku okey." Waail betul-betul memaksudkan. Dia benar-benar okey! "But still, aku kena minta maaf dekat kau." "Aku dah maafkan kau. Tapi kalau kau sebut lagi pasal hal ni, aku tunggu kau dekat gim untuk kita settle cara laki." Setelah itu, Waail dan Fadh sama-sama mengerling ke arah Naaila yang semakin panjang muncungnya. Kemudian, dua sahabat itu tertawa kecil sebelum berdakap erat. "Terima kasih, Waail." "Terima kasih juga, Fadh."

Salam Jumaat! Al-Kahfi jangan lupa!✨

Part 2 : Lepas solat raya... "Ha kau! Salam aku cepat! Banyak dosa kau dengan aku ni." Vince ketap bibir memandang Niel yang berpakaian serba hitam hari itu. Dengan gaya duduk yang agak poyo, lagilah Vince rasa sakit hati. Satu lagi, Malaysia ni sudahlah tengah panas sekarang. Tak bahang ke pakai hitam? "Diamlah kau, budak kecik! Aku nak kena salam tuan besar dulu sebelum salam kau. Dosa aku dengan dia lagi banyak daripada dosa aku dengan kau." Apabila Vince berdiri di hadapan Fadh, segera Niel bangun dari sofa dan beratur sama untuk bersalaman dengan lelaki itu. Fadh yang duduk di atas sofa, mengerling ke arah Naaila yang duduk di sebelahnya sambil sembunyi tawa. Pasti isterinya terhibur juga. "Fadh, aku minta maaf. Untuk semuanya." "Senaraikanlah salah kau dekat aku tu," usik Fadh. "Kalau aku sebut satu-satu, sampai zohor esok pun tak habis, Fadh." "Betullah tu," ucap Niel perlahan. Lalu, Waail segera menyiku kawannya itu. Mulut tu kan... "Iya, aku dah maafkan semua dah. Tapi kalau rasa marah tu datang, kita settle cara laki. Gim aku tu, aku boleh tutup untuk kita bertumbuk sampai pagi esok." "Abang!" Terkejut Naaila apabila dengar balasan suaminya. Aiyo, apa kena sampai nak bertumbuk segala ni? "Abang gurau jelah, sayang..." Naaila dipeluk dari sisi. "Vince kalau lawan dengan abang, confirm abang menang." "Abang ni, suka sangat ke nak bertumbuk? Baik abang bertumbuk dengan Naaila kalau macam tu." "Ha, kalau yang itu, aku yakin kau menang!" Laju saja Vince menyokong. Selamba badak saja Fadh mengata dirinya. Jadi, cara yang terbaik adalah menyokong Naaila. Jejaka kacukan Ireland itu memandang Naaila yang duduk di sebelah Fadh. Nak salam, memang tak bolehlah. Tapi yang pasti, kena minta maaf! "Naaila, aku pun nak minta maaf dengan kau sebab aku---" "Iya, Vince." Naaila mencelah kerana dia tahu apa yang cuba Vince katakan. "Aku dah maafkan kau, semuanya." Vince yang elok berbaju melayu emerald green itu tersenyum nipis.

#HUG beraya! Part 1 : Rumah Tuan Nadhir penuh dengan kehadiran geng asam laksa menantunya. Rasanya semalam berjanji nak datang lepas solat raya. Ini baru pukul 7 pagi, dah terpacak depan pintu. Siap bawa baju raya masing-masing! Wajah Waail dan Vince dipandang bersilih ganti. "Kau orang berdua ni... tak ada rumah ke?" soal Tuan Nadhir. "Saya anak yatim," jawab Niel. "Bukan kamu, Niel." Ceit! "Bosanlah bersiap sorang dekat rumah, uncle. Saya datanglah sini," jawab Waail dengan muka tak bersalah. "Samalah." Ringkas balasan Vince. Kening yang tidak gatal digaru. Pening betul dengan jawapan masing-masing. "Suka hatilah. Yang penting, jangan buat kecoh!"

Settle bagi duit raya! Mana yang dapat tu, guna duit untuk hal2 yang baik yaaa✨

Halo halooo! Saya ni baru mulakan kehidupan sebab semalam barai kaww. Petang sikit saya mintak adik saya pilihkan 2 penerima pitih raya okeiii! Semalam nak up #HUG beraya dekat sini tapi tak sempat nak taip pape🤣😭🥲

Pape pun, selamat hari raya maaf zahir batin, lavenders tercintaaa!💜✨ Semoga kita akan bertemu di ramadan akan datang! Kalau nak pitih raya, drop you qr okeii! Nanti saya suruh adik saya pilih random hshshsh✨

Malam raya ni tnb bosan ke main tutup2 suis letrik rumah orang🤗💀

Suasana di dalam kereta sudah seperti tanah perkuburan. Buat pertama kalinya dalam hidup Faid Amsyar, dia merasakan lima bela
+1
Suasana di dalam kereta sudah seperti tanah perkuburan. Buat pertama kalinya dalam hidup Faid Amsyar, dia merasakan lima belas minit ini adalah lima belas minit paling lama dalam hidupnya. Sedang mata sibuk fokus pada jalan raya, hatinya menjerit tidak selesa dengan kejanggalan sekarang. Tak boleh jadi ini! Dia kena cuba membuka bicara supaya suasana tidak bertambah janggal. “Nama awak apa?” “Dura Ryani. R-Y-A-N-I,” jawab si gadis sambil mengeja nama belakangnya. Bukan apa, selalu sangat orang salah eja namanya. Riyani la, Riani la. Macam-macam versi! *** Boleh baca lanjutan di posting instagram! https://wa.me/601110728101?text=BIASISWA%20CINTA

Malam terakhir ramadan. Doa sungguh-sungguh, semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan mulia ini lagi. Semoga, setiap amalan bulan ini dicatat dengan baik untuk dipersembahkan kepada Tuhan🤍✨

Assalamualaikum dan selamat petang! Duit raya tak ada, jadi kita ganti dengan buku raya. Aci tak gitu?🤪💗 Memandangkan tenga
+4
Assalamualaikum dan selamat petang! Duit raya tak ada, jadi kita ganti dengan buku raya. Aci tak gitu?🤪💗 Memandangkan tengah cuti sekolah dan saya pun berkelapangan sedikit, ayuhlah buat kamu² yang nak beli BC dengan saya! Kombo hitam putih tu, tak banyak. Saya limitkan 20 set sahaja. Jadi first come, first serve. Single HUG pun, tak ada ya. Hanya single BC dan kombo sahaja. Pembelian hanya di whatsapp. Boleh baca maklumat yang tertera di poster ya! https://wa.me/601110728101?text=BIASISWA%20CINTA

Ilustrasi poskad kedua! Scene ni, bab 28. One of my fav scene jugak sebab effort Faid tu sangatlah >>> 😭🫶🤍✨💋 #biasiswacin
+1
Ilustrasi poskad kedua! Scene ni, bab 28. One of my fav scene jugak sebab effort Faid tu sangatlah >>> 😭🫶🤍✨💋 #biasiswacinta

Ilustrasi poskad pertama! Scene ni dalam Bab 8😚🫶 #biasiswacinta
+1
Ilustrasi poskad pertama! Scene ni dalam Bab 8😚🫶 #biasiswacinta

Aaa, tak reveal poskad lagi kan? Sabajap eaaa

Single BC, takde limit jadi tak perlu berebut. Untuk kombo, hanya ada 20 set sahaja. Siapa cepat, dia dapat tau🥹 Kalau ikut
Single BC, takde limit jadi tak perlu berebut. Untuk kombo, hanya ada 20 set sahaja. Siapa cepat, dia dapat tau🥹 Kalau ikut poll, ada 17 orang je. Tu tak termasuk dengan IG. Tapi saya harap tak ramailah sebab saya just nak habiskan stock HUG first batch tu🥲

Kombo HUG dengan Biasiswa Cinta
Anonymous voting

Ramai ke yang nak beli kombo?
Anonymous voting

Kalau nak beli dengan saya, saya akan open order hari isnin sekali dengan HUG dan kombo. Tapi HUG dengan kombo tak banyak ya!