IPG Kampus Bahasa Melayu
Open in Telegram
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Show more1 589
Subscribers
-124 hours
-27 days
-830 days
Posts Archive
Lemak manis buah berangan,
Banyak dijual berpeti-peti;
Semangat hijrah jadi pegangan,
MADANI unggul negara diberkati.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
JADUAL WAKTU PDPP MAJOR BAHASA MELAYU AMBILAN NOV 2025 PERDANA DAN COS
KEMAS KINI: 12 JUN 2026
Jadual Waktu boleh disemak di laman rasmi IPG KBM: https://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/bm/capaian/warga-ipgkbm/makluman-dan-hebahan-warga/jadual-waktu-pdpp-mac-2026
Sekian, terima kasih
BERITA BAIK! PELUANG KINI DIBUKA LEBIH LUAS!
Adakah anda seorang pendidik yang fasih berbahasa Inggeris, mempunyai idea hebat, dan ingin menyuarakannya mengenai masa depan pendidikan? Inilah pentas terbaik anda!
Pihak urus setia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pertandingan SpeakED bersempena dengan PETAH KPM 2026 kini dilanjutkan tempoh penyertaannya dan dibuka kepada skop peserta yang lebih besar!
Lanjutan Tarikh Tutup: 26 Jun 2026 (Tarikh asal 31 Mei telah terbatal).
Kini Dibuka Kepada Semua PPP: Pertandingan ini kini dibuka secara rasmi kepada SEMUA Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat di bawah KPM, serta siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK).
Maklumat Ringkas Pertandingan
Medium Bahasa: BAHASA INGGERIS sepenuhnya.
Format: Pembentangan video kreatif berdurasi 9-10 minit di platform YouTube.
Tema: Education (Pendidikan).
Tanda Pagar Wajib (Hashtag): #PETAHKPM2026, #semarakmbmmbi, #sahabatbahasambmmbi, #SpeakED
Cara Pendaftaran & Maklumat Lanjut
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonjolkan bakat komunikasi Bahasa Inggeris anda di peringkat kementerian!
Pautan Pendaftaran & Syarat: https://tinyurl.com/speaked26
Hubungi ELTC: Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 06-797 9000.
Sila rujuk poster yang disertakan bersama emel ini untuk maklumat visual yang lebih lengkap.
Ayuh, serlahkan kepetahan anda dalam Bahasa Inggeris dan jadilah sebahagian daripada penggerak Reformasi Pendidikan!
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
*PROGRAM PEMENTORAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (INOVASI & PENYELIDIKAN) FASA 1 (Pro-MInP)*
🗓️Tarikh: *8 hingga 9 Jun 2026*
📜Hari: *Isnin & Selasa*
⏰Masa: *12:00 tgh – 4:30 petang*
🏢Tempat: *Bilik Simulasi Bestari, Aras 2, IPGKBM*
👥 Peserta : *Guru-Guru JPWPKL*
Anjuran:
*Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGKBM dengan kerjasama JPWPKL*
OBJEKTIF:
1. Membimbing guru membangunkan inovasi pendidikan yang kreatif, praktikal dan berimpak tinggi melalui penghasilan bahan digital, video inovasi dan penggunaan aplikasi seperti Canva-AI serta Gamma dalam PdP.
2. Memperkasa kemahiran guru dalam penyelidikan pendidikan berasaskan data melalui pelaksanaan kajian tindakan secara sistematik dengan bantuan aplikasi GPT-Kajian Tindakan dan teknologi digital.
3. Membudayakan pembelajaran profesional berterusan dan amalan reflektif melalui bimbingan mentor, pembelajaran kolaboratif dan penerokaan teknologi AI dalam pendidikan abad ke-21.
IMPAK :
1. Melahirkan guru inovatif dan celik teknologi AI yang mampu menghasilkan bahan PdP digital, video inovasi dan penyelesaian pendidikan yang kreatif serta relevan dengan keperluan murid.
2. Meningkatkan kualiti PdP dan penyelidikan pendidikan melalui penggunaan aplikasi GPT-Kajian Tindakan, Canva-AI dan Gamma bagi menghasilkan intervensi dan dapatan kajian yang lebih sistematik, menarik dan berkesan.
3. Menghasilkan sekurang-kurangnya 10 produk inovasi yang dipertandingkan dan penjelmaan 5 artikel penulisan kajian berkualiti yang berpotensi untuk diterbitkan dalam jurnal pendidikan.
#JPPIIPGKBM
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
YBrs. Dr. / Tuan / Puan,
*Program Tautan Mahabbah 2.0 2026*
🕹️Tarikh: 11 Jun 2026, Khamis
⏰Masa: 7.30 pagi
🏢Tempat: Surau al-Taqwa
Pautan Buku Program: https://heyzine.com/flip-book/0e4162f6e3.html
Sekian, terima kasih.
#tautanmahabbah2.0 #IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
*[PERKARA : SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN]*
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin (KEMODI) bersama Kelab Rakan Islah (KRI) akan menganjurkan:
"SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN"
🗓 Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Surau At-Taqwa
📍Pautan GM: https://meet.google.com/unz-ghfh-bmx
Program ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan rakan pelajar yang sedang menerima rawatan di hospital.
Sehubungan itu, semua pelajar DIJEMPUT hadir bagi memeriahkan majlis ini. Program ini juga akan dilaksanakan secara hibrid. Kerjasama dan kehadiran anda amat dihargai.
Sekian, Terima kasih.
Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
سيروا على بركة الله
Layari Portal Rasmi IPGM dan FB ipgmKemPendidikan:
🔵Portal IPGM: https://ipgm.moe.edu.my
🟡fb : https://www.facebook.com/ipgmKemPendidikan
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.
BENGKEL MELAKAR KEINDAHAN VISUAL
Tarikh : 25 Mei 2026
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Galeri Seni Shah Alam
Penglibatan :
1. Pensyarah JSK, Pensyarah JKA, Pensyarah JPAJK
Objektif Program
1. Meningkatkan keupayaan peserta mengekspresikan idea dan emosi melalui lakaran.
2. Memupuk keyakinan diri dan kreativiti dalam penghasilan karya seni secara individu.
3. Menterjemah pemerhatian visual kepada lakaran yang mempunyai nilai estetik dan ekspresi kendiri.
Impak Program
1. Peserta dapat mengekspresikan idea, perasaan dan pengalaman melalui lakaran secara lebih berkesan. Kemahiran ini membantu peserta menggunakan seni sebagai medium komunikasi visual dan ekspresi diri.
2. Bengkel ini merangsang pemikiran kreatif melalui penerokaan teknik, gaya dan idea baharu dalam penghasilan lakaran.
3. Peserta dapat menterjemahkan pemerhatian ke dalam bentuk lakaran yang mempunyai nilai estetik dan identiti tersendiri.
Rumusan
Program Bengkel Melakar Keindahan Visual berjaya meningkatkan keupayaan peserta mengekspresikan idea dan emosi melalui seni lakaran, memupuk keyakinan diri serta kreativiti, dan memperkukuh kemahiran pemerhatian visual yang diterjemahkan kepada karya seni yang mempunyai nilai estetik dan ekspresi kendiri. Program ini turut menyumbang kepada pembangunan potensi individu serta pengukuhan budaya seni dan kreativiti dalam kalangan peserta
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
