ru
Feedback
IPG Kampus Bahasa Melayu

IPG Kampus Bahasa Melayu

Открыть в Telegram

Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan

Больше
1 687
Подписчики
-224 часа
Нет данных7 дней
+6830 дней
Архив постов
*[PERKARA : HEBAHAN PENDAFTARAN BAGI SELURUH SUKAN]* Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam L.E.S.T.A.R.I, Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera, Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan Salam Julang Anak Warisan. 📢 Pendaftaran seluruh sukan kini dibuka! 🏆 Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran seluruh sukan kini telah dibuka kepada semua siswa dan siswi IPG Kampus Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, semua siswa dan siswi yang berminat untuk menyertai mana-mana sukan yang ditawarkan boleh membuat pendaftaran melalui pautan yang disediakan di bawah atau dengan mengimbas kod QR pada poster. 🔗 Pautan pendaftaran: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pendaftaran-superb/pendaftaran-sukan 📌 Jangan lupa untuk membaca dan memahami syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi setiap sukan sebelum membuat pendaftaran. Ayuh, rebut peluang untuk menyertai sukan pilihan anda dan bersama-sama semarakkan semangat kesukanan! 💪🏻🔥 Jangan tunggu lagi, daftar sekarang! 🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♂️🏆 Sekian, Terima kasih. Berkhidmat Demi Siswa, Biro Sukan dan Rekreasi, JPP IPG KBM SESI 2026/2027 'Julang Anak Warisan' سيروا على بركة الله

photo content

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera *PERTANDINGAN AKHIR CITRA PANTUN MADANI PETAH KPM TAHUN 2026* Tarikh : 22 September 2026 Masa : 8.30 Pagi Tempat: Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Wisma DBP, Kuala Lumpur Pautan: https://www.youtube.com/live/mXjlhTUm7Ms?si=PccqpY_DIZUQbEjR Pertandingan Akhir: 🌷IPG Kampus Bahasa Melayu 🌷IPG Kampus Pulau Pinang Minta daun diberi daun,           Dalam daun ada bidara; Minta pantun diberi pantun,           Dalam pantun ada bicara. Bahasa Mutu Bangsa, Budaya Identiti Bangsa. Sekian, terima kasih.

photo content

photo content
+1

photo content

Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera Salam L.E.S.T.A.R.I Salam Malaysia MADANI Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia *PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM (BDM) DI MUZIUM TEKSTIL NEGARA 2026* Tarikh: 15-16 September2026 Tempat: Muzium Tekstil Negara Kuala Lumpur Anjuran: Jabatan Muzium Malaysia Fasilitator Sekretariat Rukun Negara IPG Kampus Bahasa Melayu: 1. Muhamad Firdaus bin Ali (D3) 2. Adam Mukhriz Bin Alizan (E12) 3. Muhammad Ammar Adham bin Abdul Hamid (D3) 4. Erny Emilly Luly Anak Walter Sabang (D3) 5. Nur Aisyah Hanani Binti Yahya (D2) 6. Nurul Soffeeya Binti Sudirman Khan (D2) *Matlamat:* 1.Memberi pendedahan kepada pelajar IPGKBM dengan memainkan sebagai fasilitator dan sukarelawan dalam program yang membentuk asas pembentukan jati diri seorang pendidik. 2.Memberi pendedahan lebih mendalam kepada pelajar tentang peranan muzium sebagai institusi pendidikan dan pusat rujukan yang menarik untuk dilawati, bukan sekadar bangunan menyimpan barang lama. 3.Menjadikan muzium tempat yang menarik dan relevan kepada komuniti, terutamanya generasi muda, untuk mendekatkan diri dengan dunia permuziuman. 4.Memastikan pelajar memahami tanggungjawab muzium dalam memulihara, memelihara, dan mempamerkan artifak sejarah serta budaya yang bernilai tinggi. #IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia #DesignThinking #InovasiPendidikan #SiswaGuruMADANI

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam L.E.S.T.A.R.I, Salam Malaysia MADANI, Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera, Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia, Salam Bahasa Jiwa Bangsa. CITRA PANTUN MADANI PETAH KPM TAHUN 2026 Tarikh : 21 & 22 September 2026 Masa : 7.30 Pagi - 5.30 Pagi Tempat: Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Wisma DBP, Kuala Lumpur Tahniah buat 4 kampus yang mara ke separuh akhir dan akhir Pertandingan Citra Pantun MADANI PETAH KPM Tahun 2026 🌷IPG Kampus Pulau Pinang 🌷IPG Kampus Gaya 🌷IPG Kampus Bahasa Melayu 🌷IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Seluruh warga Institut Bahasa mendoakan agar wakil IPGK Bahasa Melayu berjaya meraih gelaran Johan dan Naib Johan, seterusnya memperoleh peluang untuk mewakili institut ke PETAH KPM. Minta daun diberi daun,           Dalam daun ada bidara; Minta pantun diberi pantun,           Dalam pantun ada bicara. سکيان، تريما کاسيه Bahasa Mutu Bangsa, Budaya Identiti Bangsa. Ikhlas Daripada, Kelab Kompang, Puisi dan Tarian (K-PUTRA), IPG Kampus Bahasa Melayu.

CITRA PANTUN MADANI PETAH KPM TAHUN 2026

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam L.E.S.T.A.R.I, Salam Malaysia MADANI, Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera, Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia, Salam Bahasa Jiwa Bangsa. CITRA PANTUN MADANI PETAH KPM TAHUN 2026 Tarikh : 21 & 22 September 2026 Masa : 7.30 Pagi - 5.30 Pagi Tempat: Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Wisma DBP, Kuala Lumpur Tahniah buat 4 kampus yang mara ke separuh akhir dan akhir Pertandingan Citra Pantun MADANI PETAH KPM Tahun 2026 🌷IPG Kampus Pulau Pinang 🌷IPG Kampus Gaya 🌷IPG Kampus Bahasa Melayu 🌷IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Seluruh warga Institut Bahasa mendoakan agar wakil IPGK Bahasa Melayu berjaya meraih gelaran Johan dan Naib Johan, seterusnya memperoleh peluang untuk mewakili institut ke PETAH KPM. Minta daun diberi daun, Dalam daun ada bidara; Minta pantun diberi pantun, Dalam pantun ada bicara. سکيان، تريما کاسيه Bahasa Mutu Bangsa, Budaya Identiti Bangsa. Ikhlas Daripada, Kelab Kompang, Puisi dan Tarian (K-PUTRA), IPG Kampus Bahasa Melayu.

Repost from DBPMalaysia
Saksikan Forum Citra Pantun MADANI 2026 yang mengangkat tema “Pantun Merentas Zaman: Mendidik Generasi, Melestarikan Peradaba
Saksikan Forum Citra Pantun MADANI 2026 yang mengangkat tema “Pantun Merentas Zaman: Mendidik Generasi, Melestarikan Peradaban” pada 22 September 2026 (Selasa), pukul 11.00 pagi, bertempat di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP. Mari bersama-sama menyemarakkan pantun sebagai khazanah bahasa, sastera dan peradaban bangsa. #BahasaJiwaBangsa #CitraPantunMADANI2026 #DewanBahasadanPustaka

Salam Sejahtera Salam L.E.S.T.A.R.I Salam Malaysia MADANI Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia PROGRAM BUDAYA MORAL (MINGGU 5) Anjuran : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JaPIM) 📅 Tarikh: 18 September 2026 (Jumaat) ⏰ Masa: 7.45 pagi - 8.45 pagi 🏢 Tempat : Dewan Pak Sako, IPG Kampus Bahasa Melayu Penglibatan : Semua Pelajar Bukan Muslim Pensyarah Penasihat: 1) Puan Ranjini A/P Subramaniam 2)Puan Husha A/P Ganisan AKTIVITI : 1. Mesej OBJEKTIF PROGRAM: 1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali kelebihan dan kekurangan diri melalui pandangan rakan. 2. Menggalakkan peserta untuk berkomunikasi dengan jujur dan berhemah. 3. Membina hubungan yang lebih baik antara rakan melalui teguran dan penghargaan yang membina. IMPAK : 1. Peserta dapat mengetahui perkara positif tentang diri mereka yang mungkin tidak disedari sebelum ini. 2. Mewujudkan hubungan yang lebih rapat, saling memahami dan menghargai antara rakan. 3. Peserta lebih terbuka untuk menerima kritikan atau teguran secara positif.

photo content

Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera Salam L.E.S.T.A.R.I Salam Malaysia MADANI Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia PROGRAM JEJAK DIGITAL: RAKAN FASIH DIGITAL IPGKBM 2026 📅 Tarikh: 15 September 2026 (Selasa) ⏰ Masa: 11.00 pagi – 4.30 petang 📍 Tempat: Dewan Za’aba, IPGKBM 🤝 Rakan Strategik: JPWPKL & Google Educator Groups (GEG) Petaling Jaya Objektif: 1. Meningkatkan kompetensi pedagogi digital siswa guru dan guru. 2. Memperkenalkan penggunaan BunDai Fasih Digital dalam PdP. 3. Memperkukuh kolaborasi dan perkongsian amalan pendidikan digital. Impak Program: 1. Meningkatkan kemahiran dan keyakinan guru serta siswa guru dalam mengintegrasikan teknologi digital dalam PdP. 2. Memperluas penggunaan BunDai Fasih Digital melalui perkongsian dan pelaksanaan di sekolah. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. 🌟 #IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia #JejakDigital #RakanFasihDigital #BunDaiFasihDigital

photo content

Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera Salam L.E.S.T.A.R.I Salam Malaysia MADANI Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan dan Perhimpunan Bulanan IPG Kampus Bahasa Melayu 2026 Tarikh: 14 September 2026 (Isnin) Masa: 7.45 pagi-9.45 pagi Tempat: Bulatan Menara IPGKBM Anjuran: Jabatan Sains Kemanusiaan IPGKBM Dengan kerjasama: Sekretariat Rukun Negara (SRN) IPGKBM Sasaran: Semua warga, IPG Kampus Bahasa Melayu Objektif: 1. Memupuk dan mengukuhkan rasa cinta akan negara, kedaulatan tanah air, serta jati diri kebangsaan dalam kalangan warga IPGKBM, terutamanya bakal-bakal pendidik. 2. Meraikan keseluruhan rangkaian aktiviti Bulan Kebangsaan serta memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar serta pensyarah yang telah menjayakan pelbagai pertandingan atau program. 3. ⁠Mengeratkan silaturahim serta integrasi nasional antara pelajar pelbagai latar belakang melalui aktiviti kebudayaan, seni, dan warisan sepanjang program penutupan. 4. Menghayati warisan dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan alat perpaduan utama dalam mengisi kemerdekaan negara. 5. Memberi ruang kepada pelajar IPG untuk mengurus, memimpin, dan mengendalikan program berskala besar bagi membentuk kualiti kepimpinan guru yang berketrampilan. #IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia #DesignThinking #InovasiPendidikan #SiswaGuruMADANI

photo content

Assalamualaikum WBT  Salam Sejahtera   Salam L.E.S.T.A.R.I   Salam Malaysia MADANI     Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Jelajah Belia Rukun Negara 2026 Tarikh: 11-12 September 2026 Tempat: Dewan Za’ba Anjuran: Jabatan Perpaduan Negara dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara IPGKBM Sasaran: 100 pelajar yang terdiri daripada ahli SRN dan pelajar Embun IPG Kampus Bahasa Melayu Objektif: 1. Memantapkan kefahaman, kesedaran dan penghayatan nilai-nilai Rukun Negara dalam kalangan siswa guru sebagai teras perpaduan nasional. 2. Membentuk sahsiah belia yang berintegriti, berdaya saing serta mempunyai jati diri yang kukuh selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. 3. Mengukuhkan Semangat Perpaduan dan Integrasi melalui memupuk semangat toleransi, kerjasama dan keharmonian dalam kalangan peserta program. 4. Menyediakan platform interaktif bagi belia untuk memahami peranan mereka dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara. #IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia #DesignThinking #InovasiPendidikan #SiswaGuruMADANI

photo content

Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera Salam L.E.S.T.A.R.I Salam Malaysia MADANI Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Program Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak: "Arkitek Pembangunan Negara Bangsa" Tarikh: 8 September 2026 (Selasa) Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang Tempat: Memorial Tun Abdul Razak Kuala Lumpur Anjuran: Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia (dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara IPGKBM) Penglibatan: 17 orang pelajar elektif teras Sejarah bersama pensyarah pengiring, Pn. Tuminah binti Mespan dan En. Mohd Shaleh bin Mislan Objektif: 1. Menonjolkan peranan, sumbangan dan jasa Tun Abdul Razak sebagai negarawan yang telah meletakkan asas kukuh kepada pembangunan negara, perpaduan rakyat dan pembinaan negara bangsa. 2. Mendokumentasikan pengisahan dan penceritaan/pembicaraan mengenai ketokohan, sumbangan dan jasa beliau bagi mengisi jurang maklumat sedia ada dan menambah rujukan di Arkib Negara Malaysia. 3. Melahirkan masyarakat yang berilmu dan celik sejarah demi memperkukuhkan semangat patriotisme, jati diri dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. #IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia