en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels πŸ‘‰ If you want to see the tag, subscribe

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 764 subscribers, ranking 963 in the Family & Children category and 2 333 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 764 subscribers.

According to the latest data from 24 October, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -142 over the last 30 days and by -1 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.89%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.14% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 613 views. Within the first day, a publication typically gains 338 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 25 October, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 764
Subscribers
-124 hours
-277 days
-14230 days
Posts Archive
Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak? Perkataan adalah kecil peratusannya namun ia amat penting sebagai pengesahan kerana bila tidak diungkapkan dengan jelas, mana-mana individu akan interprete sendiri dan mungkin akan salah faham. Jemput memahami aspek tangki emosi perkataan ini ya. https://maznahibrahim.com/macam-mana-nak-penuhi-tangki-emosi-anak-part-1/

12 Ayat Pengesahan Kepada Anak . . "Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".πŸ€” "Mama tak pernah pun puji saya". "Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik". "Mama tak suka peluk saya ke?"☹ "Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?" . . Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal. Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat. . Anak rasa tak dihargai, Tak disayangi, Tak betul. . Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan. Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak, Cuma ibuayah terlepas pandang... . Lupa nak #jadilebahbukanlalat. Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini. 12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita. . Mudahan, ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka.. . Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka. Subur. Mekar. Mewangi dan merahmati Alam. CARE 🧑, Maznah Ibrahim. . . p/s : Sudah daftar webinar Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta? Kalau sudah dan tidak mendapat whatsap/email link webinar live, perlu daftar lagi sekali ya. https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t . Telegram channel psikologi anak dan parenting: t.mazn.me/chan

photo content

Macam Mana Ajar Anak Guna Hypnoscript untuk Diri Dia Sendiri Saya kongsi sedikit bagaimana saya dorong anakanda soleh Fateh akan kaedah ini dan nampaknya sekali sahaja saya ajar dahulu dia boleh aplikasi sendiri dalam situasi lain secara kemahuan sendiri. https://maznahibrahim.com/anak-amal-hypnoscript-sendiri/

Sabar Banyak Untuk Anak 2 Tahun Ni... Untung ada anak yang boleh bercakap/luah dan beritahu kita jawapan ini, maka kita senang faham apa dalam pemikiran pra operasi konkrit dia tu. "Kenapa CikNa sepahkan mainan ni...?" "Sebab CikNa nak main..". . Senang dan logik aja jawapan dia. Hahahah.. mak dari mata helang ni tersedar. Betul lah CikNa ku. Hmmm... kalau tak 'sepah', macam mana nak main kan πŸ˜†. Alahai si anak. . Teringat masa Fateh usia 3 dulu, "Kenapa Fateh tak pakai seluar balik?" (lepas habis buang air kecil di tandas). "Sebab nanti Fateh nak kencing balik".. πŸ˜πŸ˜„πŸ˜…. Ok, ok. Logik pada pemikiran si kecil. Then saya educate dia pasal keperluan pakai dulu seluar sebab pelihara anggota badan terutama bahagian sulit badan. Kebersihan, kesihatan dan adab. "Kenapa Fateh tak kemas mainan ni?" "Sebab nanti Fateh nak main lagi". Ok ok... Then saya educate dia juga mengenai kemas sedikit agar tidak terlalu kecah nanti terpijak mainan so on sakit kaki, kita kemas di hujung hari tapi in between siang hari tu kalau terlalu sepah tidak enak di pandangan mata. . Fateh juga berupaya menggunakan kuasa memberitahu/bercakapnya itu di kala saya salah faham mengenainya baling mainan dan terkena adik baby Khairunnisa baru lahir masa tu. "Mummy, tadi tu Fateh baling mainan ke ayah, bukan Fateh sengaja nak bagi kena adik" - kemudian dia lari setelah dia explain (sebelum tu immediately dia lari dan kemudian kembali untuk menerangkan/ memperjelaskan / mempertahankan kebenaran dirinya, perspektif dirinya).. . . So pelajarannya parents: 1. Anak ada sebab kepada satu-satu tindakan dia, silap pada mata kita, tidak silap pada mata dia. Maka kita fahami dan educate untuk bantu kematangan peringkat seterusnya aja. 2. Anak kecil ada perspektif kepada dunia dia sendiri. Usia macam ni memang kerja dia adalah : - main - buat sepah - conteng Kerja dia bukan lagi 'pelajar/murid' sebab dia belum bersekolah. Tapi sebenarnya kerja dia yang bermain, buat sepah dan menconteng tu adalah pekerjaan dia yang hakiki yang mana ia sebenarnya merupakan 'belajar' untuk peringkat usia dia itu. Belajar melalui penerokaan alam dunia dia yang unik, dan melalui segala bentuk main, sepah dan conteng itu, sebenarnya membantu banyak proses dalam pemikiran dan otot fizikal dia yang telah terstimulasi. 3. Sabar dan kuatkan kesabaran. Kita memahami KENAPA kita perlu berSABAR bukan sebab kita disuruh bersabar semata-mata, kita bersabar dengan KEFAHAMAN tentang keperluan perkembangan usia dia, dan keperluan kita sebagai ibu bapa yang memahami, menyokong dan tidak judge dia secara silap, adalah amat penting sebagai first supporter/ protector dia yang positif. Kita tak mahu dia mendapat support dan kepercayaan itu dari luar, which is ye kadangkala guru, kawan mahupun teman istimewa dia kelak. Perlu bermula dari diri kita sendiri. Refleksi, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan p/s: Dengarkan audio post saya mengenai 5 ciri anak usia 2 tahun di sini : https://open.spotify.com/episode/03swhmxtkjtwildZHvUoch?si=5bd5711aab984371 .

photo content

6 Mac 2021, Sabtu Webinar Zoom: Program Intro STIFIn (PIS) Dato' Dr Baha & Pn Maznah Mari kita refresh / bantu sebarkan pada
6 Mac 2021, Sabtu Webinar Zoom: Program Intro STIFIn (PIS) Dato' Dr Baha & Pn Maznah Mari kita refresh / bantu sebarkan pada kenalan yang belum hadir PIS lagi untuk PIS Online kali ini. http://www.wasap.my/60139115114/PIS6Mac *Sebaiknya test dahulu STIFIn baru hadir PIS agar boleh relate dengan apa diterangkan ya. *Mesin STIFIn di seluruh Malaysia boleh cek di sini: T.me/STIFInMalaysia

Audio Post Podcast Season 2, Episode 3 Berkenaan Anak 2 Tahun, Fahaminya dan Kita akan Lebih Tenang. . https://open.spotify.com/episode/03swhmxtkjtwildZHvUoch?si=5bd5711aab984371 .

Berjumpa kita nanti pada 12 Mac 2021 ya. Link daftar di sini: https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t
Berjumpa kita nanti pada 12 Mac 2021 ya. Link daftar di sini: https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t P/S : Yang telah mendaftar sebelum ini mungkin perlu daftar lagi sekali sekiranya tidak menerima whatsap dan email link webinar live ini.

Mari kita berusaha memeluk anak, kalau tak dapat 5 kali sehari (sekejap-sekejap), dapat sekali sehari (lama sikit) pun dah me
Mari kita berusaha memeluk anak, kalau tak dapat 5 kali sehari (sekejap-sekejap), dapat sekali sehari (lama sikit) pun dah memadai dari tiada langsung kan πŸ™‚ Antara kebaikan utamanya adalah anak akan mudah meregulasi emosinya (aspek urus/kendali/seimbangkan emosinya kerana dia rasa selamat, disayangi, dikehendaki) serta lebih lagi untuk kesihatan mental dirinya kelak (jangka masa panjang). . Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan . P/S: Link webinar 'Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta' perlu diisi semula pendaftaranya ya kerana sistem ada isu teknikal sedikit, dan pendaftaran anda sebelum ini tidak masuk ke sistem pendaftaran kami, mohon untuk isi semula nanti. Once sistem dah up semula saya inform di sini dan di channel telegram saya 😍.

Road tu STIFIn Parenting 21 Mac 2021... Jemput meriahkan Live selama 3 Rabu berturut-turut Event Khusus (PERCUMA): 1. Parenti
Road tu STIFIn Parenting 21 Mac 2021... Jemput meriahkan Live selama 3 Rabu berturut-turut Event Khusus (PERCUMA): 1. Parenting Mengikut 5 Karektor Anak (Restream) 3 Mac 2021 (Rabu), 9,15 malam 2. Kesan Ilmu STIFIn Parenting dari Perspektif Anak Remaja dan Bapa Muda 10 Mac 2021 (Rabu), 9.15 malam 3. Pendekatan Sukses Parenting 17 Mac 2021 (Rabu), 9.15 malam Di FB Page STIFIn Malaysia HQ https://www.facebook.com/stifinmalaysiaofficial

5 tangki emosi ini saya cek setiap hari sekiranya ada tertinggal. Material tu boleh sesekali dan bersebab (reward untuk anak/latih si anak), manakala 4 lagi tangki perlu konsisten setiap hari ok. ..... Apakah 5 Tangki Emosi Anak Yang Kita Perlu Tahu dan Buat? (1) Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan - pujian spesifik - ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau emosi tak baik . (2) Tangki sentuhan selamat - usapan (bahu dan belakang), - pelukan (full dada to dada), - ciuman di dahi/pipi. . (3) Tangki masa istimewa - temankan mereka bermain di playground atau di rumah, - solat - makan bersama, - dengar cerita mereka - dating one to one dengan anak, dll. . (4) Tangki layanan yang baik, bukti dengan tindakan - layan macam VVIP, - senyum kepada mereka, - pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda. . (5) Tangki material bersesuaian - ikut kemampuan, - dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya . . Jum sama-sama PENUHI nya untuk Diri, Pasangan dan Anak kita. Kalau hari ni terlupa peluk anak (tangki sentuhan selamat), cepat cepat usaha peluk mereka nanti ya. Terlupa puji mereka, usaha cari satu kebaikan atau apa jua untuk diberikan perkataan yang baik. . OLEH: Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan ........................... Webinar Premium Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta kini dibuka penyertaannya. Silakan segera daftar ya (PERCUMA), Berjumpa nanti 12 Mac, 9.30 malam insyaAllah. Bantu saya sebarkan dan kongsi dengan sahabat handai dan kenalan. Daftarnya di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

photo content

Porgram Intro STIFIn (PIS), anjuran STIFIn HQ pada Sabtu ini, 6 Mac, seharian. Sebaiknya test dulu STIFIn (boleh check mesin
Porgram Intro STIFIn (PIS), anjuran STIFIn HQ pada Sabtu ini, 6 Mac, seharian. Sebaiknya test dulu STIFIn (boleh check mesin STIFIn terdekat), buat appoinment, test dan barulah pergi PIS ini. Boleh 'relate' dengan diri. Senarai mesin yang ada di seluruh Malaysia boleh check di telegram STIFIn Malaysia: t.me/STIFInMalaysia

Bahasa Cinta Anak, Mana Satu Dia Lebih Suka/Perlu/Dambakan? Wahai anak-anak, ibu ayah sentiasa mahu berikan yang terbaik untu
Bahasa Cinta Anak, Mana Satu Dia Lebih Suka/Perlu/Dambakan? Wahai anak-anak, ibu ayah sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk kamu. Andai kata ibu ayah terlupa, mudahan ibu ayah akan cepat tersedar dan kembali kepada keseimbangan tangki emosi kamu ya. ... Webinar Premium Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta kini dibuka penyertaannya. Silakan segera daftar ya, Berjumpa nanti 12 Mac, 9.30 malam insyaAllah. Bantu saya sebarkan dan kongsi dengan sahabat handai dan kenalan. Daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

BAGAIMANA PELIHARA SELF ESTEEM ANAK: GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK . Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka. . πŸ† Waah.. ANAK HEBAT ayah berjaya buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri) . πŸ† MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, ..) . πŸ† You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah. . πŸ† It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik. . πŸ† BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara. πŸ† BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia. . πŸ† Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math). . β–Ά PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga. Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti πŸ˜‰ . β–Ά Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak. . CARE 🧑, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan P/S Nantikan pembukaan Webinar Premium Percuma mengenai bagaimana mendorong anak dengan bahasa cinta, tak lama aja lagi 😍

photo content

Ibu Ayah Mahu Tenang Walau Keadaan Sekeliling Serabut? Ini antara aktiviti atau amalan yang boleh dilakukan. Fahami konsepnya dan boleh sesuaikan, ya πŸ˜‰πŸ˜Š. . Saya menyedari ini pagi tadi semasa melakukan senaman harian saya, iaitu berjalan kaki sejauh 1.6 km iaitu 20 minit saja. Ia make sense atau logik!, Ia tak susah, mudah, asal lakukan dengan kerap (amalkan, sedikit tetapi konsisten), InsyaAllah akan berhasil. . Caranya : βœ… Lakukan aktiviti fizikal dengan pergerakan yang laju, βœ… Namun ianya diserentakkan dengan pernafasan dalam atau perlahan, hingga ke perut. *Cuba bayangkan saja, anda berjalan laju nak kejar kapal terbang / bas zaman budak sekolah dulu. Nafas semput, kemungkinan besar nafas tu sampai dada aja. Hmm anda tahu kan, dalam terapi pernafasan, pernafasan yang terbaik ialah ke perut dan tiada tanda dada naik pun, hehe. . So semasa anda lakukan aktiviti fizikal dengan pergerakan yang laju tu, Serentakkan dengan pernafasan perlahan. Nak mudah observe kejadiannya dan berjaya, Berjalanlah kaki saja secara laju (kaedah betul, tumit cecah dulu, dan kasut bersesuaian ya) Sebab apa berjalan kaki laju adalah contoh senaman yang baik, sebab ia fokus satu pergerakan iaitu berjalan saja tanpa perlu fikir banyak (berbanding mungkin anda pilih kemas rumah nak kena strategise susun atur kategori semua). . βœ”Pilih 1 aja aktiviti yang laju dan berulang, (contoh selain jalan kaki ialah cuci lantai, mengemop, berus dinding bilik air, cuci pinggan/berus kuali), βœ”Sambil buat aktiviti tu semua, anda amalkan bernafas panjang, dalam, ke perut, mulut tutup. Nikmati oksigen itu. Bernafas In di hidung (πŸ‘ƒ) dan Out juga di hidung (πŸ‘ƒ). * Lawan atau kontrakan dengan pergerakan fizikal. Nah, Nanti, anda akan dapati perubahan ketara, walau havoc atau kecoh macam mana pun persekitaran anda, anak anak anda, suasana sekeliling anda, anda tetap kool / relaks / tenang aja hehehe. πŸ˜‰πŸ˜πŸ˜πŸ˜ . Tenang penting kan? Ia ultimate emosi yang nak dicapai ramai manusia. . p/s Bila oksigen yang masuk cukup banyak, otak pun boleh generate idea yang bernas dan baik. Penting sekali, anda berupaya berfikiran positif dan beremosi positif kepada orang keliling anda, terutama anak anak dan pasangan. . Care ❀, Maznah Ibrahim . *kongsikan dengan rakan anda yang perlukan ini *jemput masuk ke channel telegram saya untuk sentiasa dapat info berterusan (psikologi anak dan positive parenting) t.mazn.me/chan

photo content

Kitalah penulisnya.... Kepada 'skrip kehidupan' si anak... Kitalah pengarahnya... yang mengarah situasi, momen, peristiwa mel
Kitalah penulisnya.... Kepada 'skrip kehidupan' si anak... Kitalah pengarahnya... yang mengarah situasi, momen, peristiwa melalui setiap perbuatan atau perilaku kita sendiri sehari-hari. Kitalah pelakon utamanya juga... yang beraksi dan menghidupkan suasana di hadapan. Kitalah pelakon sampingannya... kepada pelakon utama anak bila anak pula beraksi - gembira teruja, mahupun tantrum..... . . Tuhan, Bantu kami agar mampu mengawal segala tindakan kami, anggota badan kami, mulut, tangan, kaki, hati dan fikiran kami..... Agar sedar, bijak dan kuat memilih... yang baik dan mampu mendokong amanah ini, kerana karektor anak ini di tangan kami yang mencoraknya dan menulisnya, dan menjadinya mereka seperti menurut mahuMu ya Allah. Moga jiwa si anak adalah jiwa manusia-insani yang empati dan berlaku ihsan selalu, dengan kami yang sentiasa berusaha memahami dan mengasihani mereka. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan