ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 309 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 969,并在 马来西亚 地区排名第 2 349

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 309 名订阅者。

根据 14 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -125,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.46%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 727 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 15 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 309
订阅者
-424 小时
-267
-12530
帖子存档
Apa jua keputusan kita lakukan hari ini, Sebenarnya sentiasa akan membawa perubahan besar pada masa depan anak-anak kita. Tak dapat bayang kesannya terutama dalam aspek kesihatan mental mereka. Saya selalu berfikir dan berkata dalam diri, Setiap saat adalah amat berharga, Detik, momen yang berkaitan dengan individu yang kita bertanggungjawab kepadanya secara penuh -- iaitu si kecil kita. Mereka masih sedang membesar dan sedang dibentuk (shaping). Karektor mereka masih dalam pembentukan acuannya, adunannya, masih dalam proses... Maka benarkan mereka berbuat kesilapan, dan benarkan kita juga kadangkala atau kerapkali tersilap perhitungan. Kadang melebihkan kerja dari melayan permintaan segeranya dia. Dia, si anak, sentiasa mahu segera perhatian dan dipenuhi 'keperluannya'; dia rasa perlu manakala kita rasa itu tidak perlu dan tidak penting. Kerja kita lagi perlu dan penting. Sedangkan mereka tidak tahu erti waktu, erti prioriti. Layanilah sepenuhnya, memandang wajahnya secara penuh, menundukkan wajah kita, dengari keperluan mereka. Jumpa nanti Webinar Disember nanti, bertajuk Therapeutic Storytelling untuk anak-anak kita. Bagaimana bercerita kita itu ada memberi impak kepada matlamat kita, satu-satu aspek. Stay tune ya. Care ❤, Maznah Ibrahim. *Oh ya ada Parenting Sharing online yang mana saya akan jadi salah satu panelnya, 9-12 tengahari esok Ahad, 29 November 2020, berkenaan kesihatan mental anak-anak kita, bersama Pn Hjh Norizan, sahabat dari Prestij Khalifah dan Pn Adlil Rajiah, sebuah nama tidak asing lagi dalam dunia keibubapaan. Poster di komen ya. Boleh daftar di sini: https://prestij.onpay.my/order/form/1 Live di Page Khalifah Prestij dan akan saya share di page saya juga nanti ok.

photo content

Tong Sampah Rumah Kita sebagai manusia biasa ikut fitrah akan sukakan kecantikan, keindahan dan seangkatan dengannya. Renungk
Tong Sampah Rumah Kita sebagai manusia biasa ikut fitrah akan sukakan kecantikan, keindahan dan seangkatan dengannya. Renungkan refleksi mengenai tong sampah di rumah kita, fungsinya dan fungsi hati manusia pula bagaimana? *yang bertugas buang sampah, isteri ke suami ke anak no berapa anda? cuba share sikit. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Anak anak sentiasa belajar seperti mana kita juga sentiasa belajar. Tidak sempurna. Jadi bila si anak nak buat kerja rumah seadanya, Sama ada mencuba, mengeksperimen (usia 1-6) tu terima dan raikan aja. Mudahkan sistemnya agar mudah mereka nak mencuba (5%) Kemudian kita murnikan aja macam biasa 95% tu. Peluang PKPB di rumah banyak boleh digunakan ruang pembelajaran skil kehidupan di rumah, kan? Maznah Ibrahim. t.mazn.me/chan

photo content

Kelas atas talian Dreamboard oleh Tuan Zuhairi Nopiah telah dibuka tadi 😱. Saya mengajak semua sahabat untuk mendalami dan melaluinya sendiri. Saya menyertai kelas fizikal ini pada tahun 2018 yang lalu, dan beberapa impian besar telah tercapai. Kini mahu re seat lagi kelas online ini, refresh dan hadam lagi, buat lagi lebih kemas 😄☺💪 . Jumm segera sebelum harganya dinaikkan. Harga sebenar RM297, malam ini RM47 😊😍😍 pakej biasa, pun dah ok sangat. MasyaAllah murah sangat tu untuk kelas yang luar biasa sebab kelas fizikal pakej biasa pun minima beberapa tahun dulu RM150. Silakan sahabat semua. (*Pakej luar biasa RM99 harga earlybird) https://bit.ly/kelasonlinedreamboard https://bit.ly/kelasonlinedreamboard https://bit.ly/kelasonlinedreamboard

Syukur saya telah selesai live tadi selama 2 jam di PERKAMA International untuk topik keibubapaan dan covid-19 ini. Boleh tonton semula rakaman di sini ya: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1806951656121021&id=608852229163264 Isi konten Live dengan PERKAMA tadi saya gunakan sumber rujukan dari UNICEF, tuan puan boleh ambil ini dan baca ok. Saya membentangkan 5 dari 15 perkara dari dalam booklet infografik ini. Silakan, semoga bermanfaat 👍 Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

COVID-19-Parenting-Tips.pdf7.39 MB

photo content

'I am a Good Mother' Saya percaya, anda adalah ibubapa yang terbaik untuk anak-anak anda, Walau apa jua anda telah lakukan sebelum ini. 'To do the next right thing' or 'better way' tu kita boleh belajar lagi dari masa ke semasa along our journey, Kerana kita manusia makhluk pembelajar, begitu juga anak-anak kita. Allow for mistakes. ❤♥ https://maznahibrahim.com/anda-bukan-ibu-yang-teruk/

Alhamdulillah Syabas kepada lebih 800+ orang yang telah mendaftar Webinar Anak Pendam, Tuan puan telah terima email link raka
Alhamdulillah Syabas kepada lebih 800+ orang yang telah mendaftar Webinar Anak Pendam, Tuan puan telah terima email link rakaman webinar live Jumaat lalu pada malam tadi. Boleh periksa email ya. Ada timer nya. Untuk 3 hari 😊👍🏼 Kenapa penting dorong anak luah, Apa kesan anak pendam, Apa strategi asas dorong anak luah, Mengikut usia 0-2, 2-3, 4-6, 7-12, dan 13-18. Oh ya ada yang pm bertanya untuk diri ibubapa sendiri jika seorang jenis pemendam, Bagaimana? InsyaAllah boleh cover dalam senarai Webinar saya Disember dan seterusnya. Stay tune dan sentiasa follow di Telegram, dan buka email ok. Care ❤, Maznah Ibrahim Channel telegram : T.mazn.me/chan

IDOLA, PENTING, dan DEKAT. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan
IDOLA, PENTING, dan DEKAT. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Tidurkan anak awal, dan jumpa malam nanti insyaAllah. Temujanji kita 9.30 malam ok. Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan.
Tidurkan anak awal, dan jumpa malam nanti insyaAllah. Temujanji kita 9.30 malam ok. Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan.

DEKAT Untuk rasa tenang dan selamat, anak bayi akan perolehinya bila dia dipeluk atau didakap dengan erat, secara penuh. Untuk orang dewasa, dapatkan pelukan yang erat dari yang orang yang anda percayai dan rasa dekat (pasangan/ bff). Namun bila tiada sesiapa, 'peluklah' dan dekatlah dengan Tuhan, kita akan pasti dapat manfaat tenang dan selamat.... Refleksi, Maznah Ibrahim .................................. 🏡 Singgah Parent Hut Webinar : Anak sukar meluah perasaannya? Join webinar Live eksklusif saya pada malam ini (9.30-10.30pm), sudah 700 lebih orang mendaftar. Link nya di sini: https://webinarv2.mazn.me/anak-pendam-apa-nak-buat/?utm_source=t

photo content

Antara Kesilapan Kita Ibubapa....(samb. part 3) Kita ibubapa ni ibarat 'mata helang', nampak dari jauh dan pantas menerbang, dan macam sotong pula yang banyak tangan; kita banyak kerja dan tugasan yang harus diselesaikan. Dengarkan, bayangkan, analisiskan, dan 'rasakan' situasi di bawah ini: ....Si anak 3 tahun ni tak pandai nak bercerita penuh lagi. Tapi selalu nangis-nangis aja, memberontak, taknak pergi rumah pengasuh. Bercakap pun macam iya iya aja semuanya bila ditanya. Mama pun taknak lah salah sangka atau tuduh pengasuh pula, provoke anak bila kata si anu ni buat dia ke? Mama juga tak pasti kalau anaknya ini ada disakiti di rumah pengasuh atau sesiapa di sana..... | Misteri |....... -------------- Satu dari kesan bila anak tidak pandai meluah lagi ialah kita senang mempengaruhi dan mengubah apa maksud sebenar dirinya. Adalah lebih mudah bila anak sudah pandai bercerita sendiri, namun tak semua anak pandai mereka ayat dan menuturkan dengan baik. Namun ada caranya untuk mendekati anak, dapatkan pieces of puzzle dan menyusun puzzle dari perspektif dia. Game emosi dan bina bonding dengan bercerita boleh membantu ibubapa dalam mengorek apa sebenarnya yang berlaku. Ia limited info diperoleh, namun boleh membantu dalam proses ke depan anak mampu meluah dengan baik nanti..... . Ada beberapa kesan lain lagi yang akan dikupas nanti dalam Webinar saya nanti ya. Webinar 'parenting' bulan November ini adalah mengenai isu anak pendam atau tidak pandai meluah? Macam mana kita nak buat ni ya? Seusia kecil bayi lagi sebenarnya boleh dilatih (anak kita yang kecil-kecil: pencegahan), atau boleh di'intervene' dengan beberapa strategi atau kaedah tertentu bagi anak yang sudah besar. Sudah daftar ? Sudah lebih hampir 600 orang mendaftar setakat ini. Boleh sharekan kepada rakan dan kenalan anda semua ya. Link daftarnya di sini: https://webinarv2.mazn.me/anak-pendam-apa-nak-buat/?utm_source=t

photo content

Takdir Allah sentiasa yang terbaik aturannya. Allah tahu kemampuan kita. Ujian dan bantuannya sentiasa ada. Tinggal diri kita saja melaluinya, memilih hikmah kebaikan berbanding keluh kesah yang merugikan. Sanah helwah buat Kak Chik Ashfa, anak comel, penyayang dan sangat bijak (seorang anak Achondroplasia - kerdil), anak kepada sahabat saya Pn Rafiza Rafi. Beliau adalah sahabat group EHSABAR kami yang sentiasa positif dan looking forward untuk jadi yang terbaik. Mudahan Pn Fiza dapat konsisten menulis journey ini di dalam blog, saya amat menggalakkannya. Luar negara banyak, dalam Malaysia tak berapa nampak. Sama-sama kita doakan kebaikan buat anak ini dan semua anak kita ya ❤❤❤ https://www.facebook.com/mymscbiz/posts/2856946957909557

Antara Kesilapan Kita Ibubapa....(samb. part 2) Kita ibubapa ni ibarat 'mata helang', nampak dari jauh dan pantas menerbang, dan macam sotong pula yang banyak tangan; kita banyak kerja dan tugasan yang harus diselesaikan. Dengarkan, bayangkan, analisiskan, dan 'rasakan' situasi di bawah ini: ....Kakak 9 tahun baru balik dari sekolah. Ibu nampak kakak monyok dan tak ceria. Ibu tak tahu macam mana nak korek perasaan kakak. Adakah kakak ada adegan dibuli lagi di sekolah seperti guru beritahu hari itu? Jenis kakak yang pendiam ni memang macam tu, sama macam ayahnya, getus ibu dalam hati. Ibu rasa buntu juga tak tahu nak buat macam mana. Ibu harap boleh sembang dan kakak pandai bercerita apa-apa kepada ibu. Nanti kalau kakak dah besar remaja bolehlah jadi kawan baik dengan ibu....... -------------- Satu dari kesan bila anak tidak pandai meluah ialah kita ibubapa tidak tahu apa dalam hati si anak. Maka kemungkinannya akan kurang tepatlah strategi kita bantu si anak. Kita ingat dia Abc rupanya dia Bca, kita ingatkan dia sedih kena buli dengan rakan sebaya, rupanya dia kecil hati atau marah dengan kita mengenai hal tertentu yang kita terlepas pandang. Ditambah lagi dengan masa kita dengannya semakin berkurangan sejak ada anak bayi dan dia pun dah masuk fasa 'pre teen'. Dan anak boleh terus pendam sebagai caragaya komunikasinya dalam menangani stres kehidupannya... Most likely.. Berkemungkinan besar. . Ada beberapa kesan lain lagi yang akan dikupas nanti dalam Webinar saya nanti ya. Webinar 'parenting' bulan November ini adalah mengenai isu anak pendam atau tidak pandai meluah? Macam mana kita nak buat ni ya? Seusia kecil bayi lagi sebenarnya boleh dilatih (anak kita yang kecil-kecil: pencegahan), atau boleh di'intervene' dengan beberapa strategi atau kaedah tertentu bagi anak yang sudah besar. Sudah daftar ? Sudah hampir 500 orang mendaftar setakat ini. Boleh sharekan kepada rakan dan kenalan anda semua ya. Link daftarnya di sini: https://webinarv2.mazn.me/anak-pendam-apa-nak-buat/?utm_source=t

photo content

Parenting Maznah Ibrahim - Telegram 频道 @ehsabar 的统计与分析