en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 324 subscribers, ranking 970 in the Family & Children category and 2 351 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 324 subscribers.

According to the latest data from 10 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -132 over the last 30 days and by 0 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 4.26%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 1.93% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 696 views. Within the first day, a publication typically gains 315 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 11 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 324
Subscribers
No data24 hours
-227 days
-13230 days
Posts Archive
photo content

Untuk kita hari-hari, baru balik dari kerja / Ibu atau Ayah urus anak sendirian, pastikan dapat jaga asas ini, selain spiritual sebagai tiang utama ya. ...................... Penjagaan Emosi Kita Adalah Penting dan Utama, Perlu Didahului. Jika kita tak jagai dan dahuluinya, memang mudahlah kita terbeban dengan tanggungjawab menjaga individu lain, yang ramai itu. . 4 Perkara Ini Mungkin Boleh Membantu :- 1. Sumber air. Mandi, bersihkan diri, wudhu', basuh muka. 2. Makan dan minumlah. Beri tenaga. Pilih makanan yang baik, sihat, seimbang, booster segera. Coklat, kekacang, kurma, buah. 3. Tarik nafas dalam. Rehat kan dalaman, secepat 1 set 1 kali bernafas, atau 1 set 4 kali bernafas atau 1 set 6 kali bernafas. Ia kurang seminit semua tu. 4. Baca bahan positif. Boleh jadi Quran, buku penting satu mukasurat, tak mengapa, membaca memang membuka minda, jambatan ilmu, meningkatkan diri, usia bertambah dengan kebijaksanaan sewajarnya 🙂. . Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan Webinar Pengurusan Emosi : https://maznahibrahim.com/marketplace/

Penjagaan Emosi Kita Adalah Penting dan Utama, Perlu Didahului. Jika kita tak jagai dan dahuluinya, memang mudahlah kita terb
Penjagaan Emosi Kita Adalah Penting dan Utama, Perlu Didahului. Jika kita tak jagai dan dahuluinya, memang mudahlah kita terbeban dengan tanggungjawab menjaga individu lain, yang ramai.... itu. . 4 Perkara Ini Mungkin Boleh Membantu :- 1. Sumber air. Mandi, bersihkan diri, wudhu', basuh muka. 2. Makan dan minumlah. Beri tenaga. Pilih makanan yang baik, sihat, seimbang, booster segera. Coklat, kekacang, kurma, buah. 3. Tarik nafas dalam. Rehat kan dalaman, secepat 1 set 1 kali bernafas, atau 1 set 4 kali bernafas atau 1 set 6 kali bernafas. Ia kurang seminit semua tu. 4. Baca bahan positif. Boleh jadi Quran, buku penting satu mukasurat, tak mengapa, membaca memang membuka minda, jambatan ilmu, meningkatkan diri, usia bertambah dengan kebijaksanaan sewajarnya 🙂. . Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Hari ini Hari Bapa. Saya katakan kepada anak-anak, hari ini kita jadikan Ayah sebagai King dan mummy sebagai Queen, dan mereka sebagai 'prince' dan 'princesses'. Dengar cakap ayah, ikut apa permintaan ayah, untuk hari ini saja, Sebab hari ini "Hari Ayah Sedunia". Sebenarnya hari-hari pun memang "Hari Ibu" dan "Hari Ayah". Tapi saja kita nak fokuskan kepada anak-anak, ada hari khas untuk 'bapa'. Betapa memori peristiwa ini akan menjadi model kepada si anak lelaki dan anak perempuan juga, berkenaan 'peranan BAPA dalam keibubapaan' di dalam rumah... Ikut suka lah nak namakan apa pun 😁, itu keluarga kita dan kitalah yang corakkannya. Untuk anak-anak, ia difikirkan sebagai 'normal' untuk semua rumah. Sehinggalah mereka bercampur keluarga lain dan besar dewasa kelak, mereka akan menyedari perbezaan dan persamaan, menilai baik kurang baik, sesuai kurang sesuai dan aplikasikan mana yang mereka rasa bermakna. "SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA BUAT SEMUA AYAH, KERANA ANDA ADALAH DUNIA ANAK HARI INI UNTUK HARI DEPAN MEREKA KELAK. KALIAN ADALAH SANGAT PENTING". Bukan setakat makan minum, rumah, pakai, dan keperluan fizikal malahan anda juga adalah sumber pengisian emosi dan ruhani anak-anak ini, pembela kita pada masa depan. *saja kumpulkan mana poster yang ada 'bapa', setakat koleksi lihat-lihat baca-baca kita ya. Semua poster ini memang 'design' dan tulisan saya sendiri tau, sendiri baca balik rasa macam oh terkesan juga, betapa kita manusia ni cepat betul lupa.. moh lah kita ingatkan diri kita sama-sama 😁😁😁. Terima kasih semua ayah! Kita tag suami kita untuk sama-sama bersama kita menyokong ibu dan peranan keibubapaan di dalam rumah, kan 🤩💪💖. Maznah Ibrahim. Telegram channel reminder kita bersama, T.mazn.me/chan

photo content

Cukup tidur, cukup rehat. Tidur berkualiti dan mencukupi. Susun atur dan prioriti. Syabas semua Ibu Ayah, kerana berjaya buat
Cukup tidur, cukup rehat. Tidur berkualiti dan mencukupi. Susun atur dan prioriti. Syabas semua Ibu Ayah, kerana berjaya buat kerja hari ini dan rancang untuk hari esok!!! 💙, Maznah Ibrahim. telegram channel reminder keibubapaan kita bersama: T.mazn.me/chan

Anak-anak Bergaduh dalam Rumah, Adalah Peluang untuk Kita Ajar Banyak Skil. 1. Skil ibu ayah respon kepada tingkahlaku mereka :- ☘ pengurusan emosi segera, ☘ tangani konflik 2-3 pihak, ☘ komunikasi dengan setiap anak (pelaku dan diperlaku) yang nak diajarkan skil komunikasi baik dan cegah buli ☘ skil tingkatkan bonding dengan anak besar yang mungkin terluka lebih berbanding anak lebih kecil . 2. Skil untuk anak-anak : 🌷Hadapi / menangani cabaran konflik / buli dengan senior/junior 🌷Skil urus emosi segera semasa berhadapan konflik 🌷Rebonding dengan adik beradik dan mak ayah juga . Benda ni nampak remeh tapi besar impaknya ke depan. Kelak inilah skil yang sama mereka nak guna di sekolah, asrama, kerja, bos dan pasangan serta anak-anak mereka kelak. . Bunyi canggih dan macam susah. Tapi ia adalah satu siri latihan berterusan untuk kita sebagai leader kepada diri dan anak-anak. Maka maksudnya lama-lama akan semakin baik/pandai uruskan. . Tak uruskan, biarkan? Akan semakin melarat, parah, luka dalam, dan kesan berbalik kepada kita dah tua nanti. Hmm. . 1 dari skil komunikasi cegah buli untuk si pelaku (katakan si adik kecil) kepada diperlaku (katakan si kakak /abang besar) - Baca sini lanjutnya ya: Sangat PENTING Skil Ini Untuk Semua Anak Kita Agar Tidak Kekal Pasif Atau Terlalu Agresif, Jadi Sederhana :- Asertif (tegas diri pertahankan hak diri, dalam masa sama tidak lukakan hati orang lain) Silakan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=751621311679122&id=477691842405405 MAZNAH IBRAHIM channel telegram parenting kita IbuBapaKini: T.mazn.me/chan

photo content

Enjoy dengan 'Parenthood Moment + Journey' Kita setiap hari ..... MI t.mazn.me/chan
Enjoy dengan 'Parenthood Moment + Journey' Kita setiap hari ..... MI t.mazn.me/chan

Kita telah perbuat yang terbaik kita mampu 'ketika itu', Maafkan diri yang tidak sempurna. Kini, hari ini, kita perlu berazam
Kita telah perbuat yang terbaik kita mampu 'ketika itu', Maafkan diri yang tidak sempurna. Kini, hari ini, kita perlu berazam perbuat lebih baik lagi. Setiap perkara walau nampak remeh, boleh belajar. Manusia adalah dinamik, boleh adaptasi kepada perubahan dan mampu belajar perkara baru, asal ada niat yang baik dan hati yang terbuka. Ok. 💚 Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Cerita mengenai tangki emosi anak kita Part pertama, 'Perkataan yang Baik' di sini: https://maznahibrahim.com/macam-mana-nak-penuhi-tangki-emosi-anak-part-1/

Macam Mana Nak 'Grab' Momen / Saat Penting dalam 'Parenting' Hari Ini dan Seterusnya https://www.facebook.com/477691842405405
Macam Mana Nak 'Grab' Momen / Saat Penting dalam 'Parenting' Hari Ini dan Seterusnya https://www.facebook.com/477691842405405/posts/2062540593920514/ Maznah Ibrahim. Telegram ingatan bersama kita dalam keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

'Reconnecting' dengan Anak (1) Semakin lama semakin jauh rasa dengan anak, bila kita ada saja benda yang tak kena dan salah p
'Reconnecting' dengan Anak (1) Semakin lama semakin jauh rasa dengan anak, bila kita ada saja benda yang tak kena dan salah pada mata kita. Percayalah, dalam keadaan kita juga rasa 'stuck' dan tak tahu nak buat macam mana lagi, mereka juga sama. Mereka juga telah buat yang terbaik yang mereka mampu ketika itu, hatta pada pandangan mata kasar kita ia salah, ia tak betul, ia tak patut begitu dan sebagainya. Pertama, ubah mindset kita. Semua orang telah buat yang terbaik mereka mampu, ketika itu. Dia, dan kita juga. Kita marah, dia juga marah. Kita tak selesa gaduh setiap hari, dia juga rasa tak senang gaduh setiap hari. Siapa lebih 'makan garam'? Kita. Maka kitalah yang mulakan usaha reconnecting dengan dia. Kita cuba 'reconnecting' dengan mereka, perlahan-lahan. Sambungan: Reconnecting dengan anak (point 2-7): https://t.me/ehsabar/3814 https://t.me/ehsabar/3816 https://t.me/ehsabar/3818 https://t.me/ehsabar/3820 https://t.me/ehsabar/3822 https://t.me/ehsabar/3824 Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Semoga dengan strategi mudah ini anak juga merespon dengan baik kepada ibu ayah yang berusaha 'mendengar' keperluan mereka ya
Semoga dengan strategi mudah ini anak juga merespon dengan baik kepada ibu ayah yang berusaha 'mendengar' keperluan mereka ya. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

.."unpack your baggage so your children don't have to carry it". Amat setuju sekali. Antara halangan utama ibu bapa untuk menjadi ibu bapa yang positif, dan keluarkan potensi manusia ibubapa itu adalah dengan kenali isu lama diri kita. Isu lama kita merupakan punca utama kepada payahnya untuk capai potensi sebenar anda sebagai ibubapa yang terbaik kepada anak-anak.| Prosesnya adalah: 1. Niat perlu ada iaitu mahu jadi ibubapa yang berkesan/terbaik untuk anak-anak sendiri. Tanpa niat/ kesedaran diri ini, memang apa pun jalan yang datang, ibu bapa ini tidak 'nampak' sinar atau keperluan untuk ikut 'jalan' ini. 2. Kembali kepada Tuhan, mohon Tuhan bantu untuk aspek ini, Tuhan akan bantu jalan atau lorong yang terbaik untuk kita. Dia paling Tahu apa kita Perlu. 3. Laksanakan proses mengurangkan atau mencuci baggage lama. Ia satu proses dan bukan sekali proses dalam terapi sahaja. Ia mungkin sepanjang hayat namun akan berkurangan dari masa ke semasa ledakan trigger emosinya. Cthnya Dr Laura tidak ada isu jika dengar anak kecil menangis, atau marah, tetapi beliau ada isu dengan 'tidak dihormati' kerana beliau menerima kesan dari ayah tirinya yang pantang bila orang tak hormati dia, maka Dr Laura masih work on this issue, tidak selesai bersih sepenuhnya tau. Tapi sekurang-kurangnya menyedari perkara ini pun dah satu tahap yang sangat baik berbanding tidak sedar selama ini kenapa mudah trigger bila anak .... (kepantangan/ sensitiviti tersendiri kita) contohnya kelihatan tidak hormatkan kita. 4. Sebab tanpa sedar, anak sebenarnya bawa atau menanggung kesan baggage lama kita yang ada bersama kita, di belakang badan kita/ bahu kita / dalam hati kita. Adilkah? Tidak pastinya. Maka proses lah ia dan tinggalkan ia (baggage lama) dengan sedar, rela, mahu (sebab ada aja orang yang tidak mahu lepaskan baggage dia tau). Di sini ada penulisan lama saya yang mungkin boleh bantu: https://maznahibrahim.com/kisah-lama-diri-menjadi-penghalang-untuk-jadi-ibu-ayah-yang-baik/

Tips dan Langkah Mudah Komunikasi Berkesan Ibu Bapa - Anak Sehari-hari
Tips dan Langkah Mudah Komunikasi Berkesan Ibu Bapa - Anak Sehari-hari

InsyaAllah anak-anak kita boleh dikembalikan keyakinan dalam dirinya perlahan-lahan dengan dorongan kata yang tepat. Bantu anak teknik mudah ini hingga dia sebati dan boleh lakukannya sendiri. https://maznahibrahim.com/anak-amal-hypnoscript-sendiri/

photo content

MACAM MANA NAK RESPON BILA ANAK ADA 'NEGATIVE SELF TALK' Bila anak mula ada skrip tak berapa baik berkenaan dirinya, peranan ibu bapalah untuk bantu betulkan. Pasakkan skrip yang baik-baik dan positif sehingga akhirnya dia PERCAYA dan ada 'POSITIVE SELF TALK' mengenai dirinya. Sistem kepercayaan dalam dirinya berubah. Ini mudah untuk anak kecil-kecil, sebab 'self esteem' anak kecil sememangnya sedia ada sangat tinggi. Mereka yakin diri, mereka berani redah, mereka tiada ketakutan kerana kurang pengalaman dan tekanan. Sebaik mula masuk alam persekolahan, cabaran 'negative self talk' akan mula dialami. Macam Mana Ibu Ayah Boleh Bantu? Ajarkan anak-anak skrip tegas diri (‘Self Affirmation’) apabila mereka sedang hadapi isu takut atau tidak yakin diri, bermula usia 3 tahun (dia mula berfikir sedikit, dulu-dulu dia redah aja). Caranya kita sebutkan ayat, minta dia ulang. Contoh : Situasi 1: Anak nak beli aiskrim dan kurang berani. Maka saat itulah digunakan untuk PECAHKAN BARRIER DALAM DIRI DIA dia sebab dia nak sangat aiksrim tu. - Ajar dia sebut : “M (nama dia) berani beli aiskrim sendiri” (sambil tepuk dada kiri dia) - Tunggu dan 'observe' aja. - Puji bila berjaya. - Temani bila dia tak berjaya, cakap kat dia: "Tak apa, NANTI M (nama dia) boleh beli lagi/ cuba lagi ya. . . Contoh Situasi 2: Anak kecil kita teringin nak main bola sepak dengan abang besar, tapi ada ketakutan/kebimbangan kepada penolakan : - “Saya berani main bola sepak dengan abang-abang”. . . Contoh Situasi 3: Anak nak berenang tapi takut tenggelam: - “M berani berenang di kolam besar. M berjaya terapung. M berjaya berenang”. . . Skrip tegas diri ini bantu terapkan yakin diri kerana bermula dengan perkataan ‘Saya’ atau ‘Nama dia’, dan disusuli dengan perbuatan tingkahlaku spesifik yang mereka mahu, pada saat mereka sangat mahu, dan pada lokasi yang sesuai (tepat). . . Ia lebih berkesan berbanding dipaksa atau disuruh pada saat mereka belum bersedia 😉 . . p/s Kongsikan dengan pasangan anda ya, kita saling peringatkan. . -------------------------------------------- . Cabaran RM1 °°°°°°°°°°°°°°°° Ini cara kami terapkan pada anak sulong kami, Fateh. Masa usia dia 2 tahun 8 bulan, saya bagi dia peluang beli sendiri bila dia nak sangat beli aiskrim di sebuah kedai runcit, sebaliknya dia pulang dengan sebuah layang-layang berharga RM1 pula😅 (maknanya dia berubah fikiran sewaktu membeli seorang diri itu). Setelah kejadian itu, siri kejayaan membeli sendiri berulang-berjaya dan saya namakan 'Cabaran RM1'. Kemudiannya meningkat ke RM2 dan seterusnya bila dia semakin membesar. . Kaedah 'Self Hypnoscript' Untuk Anak °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Dia mula ada 'rasa' takut bila usia 3 ke atas (sebab usia 3 sudah mula berfikir), maka saya gunakan skrip 'Self Affirmation' ini untuk bantu dia. Next dia boleh train adik dia Khairunnisa' pula dan adik lain seterusnya. Bila usia dia 6,7 tahun, dia ada halangan dalam diri belum boleh membaca lancar. Kami cuma cakapkan padanya: Fateh bukan tak boleh membaca, Fateh BELUM membaca. NANTI Fateh akan LANCAR membaca dan laaaagi laju dan boleh tahu banyak perkara dari kebolehan membaca itu. Usia 8 lebih baru dia betul lancar membaca, alhamdulillah. Kami sabar dan sentiasa menyokong dirinya. Estim dirinya perlu dipelihara selalu dan peranan kitalah yang senantiasa pasakkan kata-kata yakin itu. . Boleh dapatkan Ebook Premium Skrip bagi Isu Anak Usia 0-18 Tahun bagi konsep asas, cara membina ayat dan contoh ayat positif disediakan. Https://hypnoscript.cc/?utm_source=220528 CARE ❤️, Maznah Ibrahim. . Telegram channel parenting dan psikologi anak di sini: T.mazn.me/chan