MACAM MANA NAK RESPON BILA ANAK ADA 'NEGATIVE SELF TALK'
Bila anak mula ada skrip tak berapa baik berkenaan dirinya, peranan ibu bapalah untuk bantu betulkan.
Pasakkan skrip yang baik-baik dan positif sehingga akhirnya dia PERCAYA dan ada 'POSITIVE SELF TALK' mengenai dirinya.
Sistem kepercayaan dalam dirinya berubah.
Ini mudah untuk anak kecil-kecil, sebab 'self esteem' anak kecil sememangnya sedia ada sangat tinggi.
Mereka yakin diri, mereka berani redah, mereka tiada ketakutan kerana kurang pengalaman dan tekanan.
Sebaik mula masuk alam persekolahan, cabaran 'negative self talk' akan mula dialami.
Macam Mana Ibu Ayah Boleh Bantu?
Ajarkan anak-anak skrip tegas diri (‘Self Affirmation’) apabila mereka sedang hadapi isu takut atau tidak yakin diri, bermula usia 3 tahun (dia mula berfikir sedikit, dulu-dulu dia redah aja).
Caranya kita sebutkan ayat, minta dia ulang.
Contoh :
Situasi 1: Anak nak beli aiskrim dan kurang berani. Maka saat itulah digunakan untuk PECAHKAN BARRIER DALAM DIRI DIA dia sebab dia nak sangat aiksrim tu.
- Ajar dia sebut :
“M (nama dia) berani beli aiskrim sendiri” (sambil tepuk dada kiri dia)
- Tunggu dan 'observe' aja.
- Puji bila berjaya.
- Temani bila dia tak berjaya, cakap kat dia: "Tak apa, NANTI M (nama dia) boleh beli lagi/ cuba lagi ya.
.
.
Contoh Situasi 2: Anak kecil kita teringin nak main bola sepak dengan abang besar, tapi ada ketakutan/kebimbangan kepada penolakan :
- “Saya berani main bola sepak dengan abang-abang”.
.
.
Contoh Situasi 3: Anak nak berenang tapi takut tenggelam:
- “M berani berenang di kolam besar. M berjaya terapung. M berjaya berenang”.
.
.
Skrip tegas diri ini bantu terapkan yakin diri kerana bermula dengan perkataan ‘Saya’ atau ‘Nama dia’,
dan disusuli dengan perbuatan tingkahlaku spesifik yang mereka mahu,
pada saat mereka sangat mahu,
dan pada lokasi yang sesuai (tepat).
.
.
Ia lebih berkesan berbanding dipaksa atau disuruh pada saat mereka belum bersedia 😉
.
.
p/s Kongsikan dengan pasangan anda ya, kita saling peringatkan.
.
--------------------------------------------
.
Cabaran RM1
°°°°°°°°°°°°°°°°
Ini cara kami terapkan pada anak sulong kami, Fateh. Masa usia dia 2 tahun 8 bulan, saya bagi dia peluang beli sendiri bila dia nak sangat beli aiskrim di sebuah kedai runcit, sebaliknya dia pulang dengan sebuah layang-layang berharga RM1 pula😅 (maknanya dia berubah fikiran sewaktu membeli seorang diri itu).
Setelah kejadian itu, siri kejayaan membeli sendiri berulang-berjaya dan saya namakan 'Cabaran RM1'. Kemudiannya meningkat ke RM2 dan seterusnya bila dia semakin membesar.
.
Kaedah 'Self Hypnoscript' Untuk Anak
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Dia mula ada 'rasa' takut bila usia 3 ke atas (sebab usia 3 sudah mula berfikir), maka saya gunakan skrip 'Self Affirmation' ini untuk bantu dia.
Next dia boleh train adik dia Khairunnisa' pula dan adik lain seterusnya.
Bila usia dia 6,7 tahun, dia ada halangan dalam diri belum boleh membaca lancar.
Kami cuma cakapkan padanya:
Fateh bukan tak boleh membaca, Fateh BELUM membaca. NANTI Fateh akan LANCAR membaca dan laaaagi laju dan boleh tahu banyak perkara dari kebolehan membaca itu.
Usia 8 lebih baru dia betul lancar membaca, alhamdulillah. Kami sabar dan sentiasa menyokong dirinya. Estim dirinya perlu dipelihara selalu dan peranan kitalah yang senantiasa pasakkan kata-kata yakin itu.
.
Boleh dapatkan Ebook Premium Skrip bagi Isu Anak Usia 0-18 Tahun bagi konsep asas, cara membina ayat dan contoh ayat positif disediakan.
Https://hypnoscript.cc/?utm_source=220528
CARE ❤️,
Maznah Ibrahim.
.
Telegram channel parenting dan psikologi anak di sini:
T.mazn.me/chan