APA NAK BUAT BILA DAH TERLEPAS MARAH ANAK?
---------------------------------
Kalau kita dah terlepas marah anak, macam mana nak counter back balik.
(soalan sahabat kepada saya sebentar tadi)
.
1. SOLAT SUNAT TAUBAT - akui salah kita kepada Allah dan niat aim tidak ulangi lagi. Ini kerana anak milik Allah, dan kita pemegang amanahNya sahaja.
.
Ini perkara besar, bukan kecil, dan usaha untuk lawan amarah bisikan Syaitan kepada diri tatkala terikut emosi merupakan satu proses didikan hati dan tingkahlaku harian yang berterusan bukan seketika, sebab hubungan kita dengan anak adalah KEKAL dan LAMA.
.
It s okay solat sunat taubat beberapa kali, (bukan sekali seumur hidup) sebab dosa kita memang banyak, bukan sekali dosa sahaja, kan.
.
Akan ada ZIG ZAG emosi turun naik sabar dan marahnya. U r on the right track bila diuji fasa ini. Percayalah. Tidak mungkin ada manusia yang sabar dan menurut sahaja sebab hakikatnya kita manusia biasa ada emosi/perasaan.
.
Once dah stage ni (NIAT dan USAHA nak jadi IBU SABAR), syaitan dihantar bukan level 'korporal' lagi tetapi 'jeneral', maka siap siagalah secara terbuka ;)
.
.
2. MINTA MAAF pada anak, tanya dia.
.
Kadangkala dia tak simpan hati marah pada kita pun.
.
Kadangkala yer dia ada terasa dan ingat lagi.
.
Beritahu minta maaf tu secara sungguh dan spesifik kejadian mana. Beserta reasonnya yang berasaskan sebab 'sihat', 'selamat' atau 'kebersihan', ia reason yang boleh diterima.
.
Contoh mama jerit dan marah sebab abang boleh terluka sakitkan adik baby. Ia tak selamat bila abang baling barang ke keliling.
.
Lain, akui aja memang kita dikawal emosi tak baik, lepas kawalan diri sendiri. Minta anak bantu ingatkan diri kita untuk jadi ibu sabar dan mithali/solehah.
.
Walau anak bayi, cakap aja kepada dia: secara kognitif dia tak faham, namun secara 'emosi', dia faham :) Ada sesuatu tentang 'care' n 'love' di situ dia boleh rasai.
.
Tune in semasa sesi beritahu ni (sama level dan penuh ikhlas).
.
3. Banyakkan BONDING TIME / REATTACH dan aktiviti Special Time yang Induce happiness agar neuron-neuron berhubung semula.
.
Emotional brain akan matang sehingga 10-12 tahun. Mula dalam usia 1.5-3.0 tahun paling peak fasa emosi anak ekspresikan dirinya secara spontan si anak tak da fikir/control ayu😂, apa dia rasa spontan dia show kan.
.
Masa peak ni lah dia dah register pattern gaya kita treat dia bila dia buat apa-apa. Samada 'Support'/ Allow feelings atau 'Halang' / 'Marah -
.
Maka kat situlah datangnya trigger dan aksi spontan anda kepada anak, kerana pernah diperlaku begitu dahulu, dan kini anda mahu BREAK THE CYCLE.
.
Ingat,
.
Parenting is about Parenting Your Child's Brain. All about their brain. Beli buku ' Science of Parenting' (nama lamanya What Every Parent Needs to Know) - Margot Sunderland, wajib beli dan baca untuk Alumni EHSABAR dan mana mana ibubapa yang berminat dengan Positive Parenting dengan kefahaman saintifik mengenai parenting.
.
.
Nota Kasih Sayang Tambahan, dari Saya:
.
1. Anak kecil sebenarnya amat mudah release. Let go. Ringan emosi mereka ni. Kita aja berat dan duk fikir fikir lebih sedikit. Bukti dia suka aja lompat-lompat main belon, kejar belon, kita berat aja badan nak buat benda macam tu. Lagi, berat badan mereka 'ringan' jauh dari kita
😆
.
2. Asal ada counter balik dengan sedikit balutan emosi dan penerangan jujur ikhlas, itu sudah memadai untuk anak kecil (compare to orang dewasa yang tends to simpan hati /dendam).
.
3. Saya suka dengan parenting ratio 1:5 (Post Kak Noor Afidah Parent Connect) iaitu 1 kali silap treat (marah, denda dsb), ganti dengan 5x buat baik dalam tangki emosi 5 dengan anak-anak.
.
3. Berbanding tiada balutan dan kefahaman langsung. Mereka akan develop kefahaman sendiri yang biasanya salah faham. Ramai klien dewasa saya still dengan kefahaman yang silap mengenai treatment diterima dari parents dan orang dewasa mereka sedari kecil kerana tiada wrap up yang baik
.
(ini post wajib baca berkaitan wrap up yang complete) :
https://m.facebook.com/story.php?story_fb