ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 278 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 962,并在 马来西亚 地区排名第 2 361

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 278 名订阅者。

根据 20 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -128,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 6.19%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.52% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 008 次浏览,首日通常累积 410 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 21 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 278
订阅者
-1224 小时
-347
-12830
帖子存档
photo content

Tips #39 ( Anak Agresif Perlukan Batasan Selamat, TIME IN ) Sama ada anak sangat mencabar ibu bapanya, Kelihatan sengaja atau tidak sengaja, Pastikan tetap berada di sisi dia, Berikan pilihan lebih selamat untuknya, Asal tak cederakan diri, Tak cederakan anda, Tak rosakkan barang sekitar. TIME IN namanya. Dia perlukan bimbingan bukan penolakan (rejection). Usaha positif, OK. Saya beri contoh: Dia hentak kepala ke dinding, Peluk dia bagi dia hentak kepala ke badan kita (lebih selamat badan anda dari dinding keras) (The better choice that time) Sambil bagitahu betapa anda amat care dia dan sayang dia maka tidak mahu dia sakit/cedera, Dan betapa anda tetap tidak akan beri apa dia mahu kerana anda ambil berat dan sayangkan kesihatan mata/badan dia. Jika sebaliknya = anda mengalah dan beri apa dia mahu, Pasti dia guna strategi sama, Sebab dia tahu anda akan mengalah.. Maka berikan dia pengalaman untuk 'tidak dapat' dalam suasana sakit hati tetapi selamat. Batasan selamat / safe boundary diberi/dikekalkan. "Tidak semua yang dia suka adalah baik untuknya, Dan tidak semua yang dia tak suka adalah tak baik untuknya", kan? CARE❤️ Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

ANAK TAKUT NAK BUAT, JANGAN KONDEM DIA. Tapi ajarkan anak-anak skrip tegas diri (‘Self Affirmation’) pabila mereka sedang hadapi isu takut atau tidak yakin diri, bermula usia 3 tahun. Caranya kita sebutkan ayat, minta dia ulang. Contoh : 🍦Anak nak beli aiskrim dan kurang berani. Maka saat itulah digunakan untuk PECAHKAN BARRIER DALAM DIRI DIA dia sebab dia nak sangat aiksrim tu. - Ajar dia sebut : “M (nama dia) berani beli aiskrim sendiri” (sambil tepuk dada kiri dia) - Tunggu dan observe aja. - Puji bila berjaya. - Temani bila dia tak berjaya, cakap kat dia: "Tak apa, NANTI M (nama dia) boleh beli lagi. . . ⚽️ Anak kecil kita nak main bola sepak dengan abang besar: - “Saya berani main bola sepak dengan abang-abang”. . . 🏊‍♀️ Anak nak berenang tapi takut tenggelam: - “M berani berenang di kolam besar. M berjaya terapung. M berjaya berenang”. . . Skrip tegas diri ini bantu terapkan yakin diri kerana bermula dengan perkataan ‘Saya’ atau ‘Nama dia’, dan disusuli dengan perbuatan tingkahlaku spesifik yang mereka mahu, pada saat mereka sangat mahu, dan pada lokasi yang sesuai (tepat). . . Ia lebih berkesan berbanding dipaksa atau disuruh di saat mereka belum bersedia ;) . CARE ♥️, Maznah Ibrahim. . p/s Kongsikan dengan pasangan anda ya, kita saling peringatkan. . -------------------------------------------- . Cabaran RM1 °°°°°°°°°°°°°°°° Ini cara kami terapkan pada anak sulong kami, Fateh. Masa usia dia 2 tahun 8 bulan, saya bagi dia peluang beli sendiri bila dia nak sangat beli aiskrim kat kedai runcit, tapi dia pulang dengan RM1 layang-layang. Setelah kejadian itu, siri kejayaan membeli sendiri berulang dan saya namakan 'Cabaran RM1' dan meningkat ke RM2 dan seterusnya. . Kaedah 'Self Hypnoscript' °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Dia mula ada 'rasa' takut bila usia 3 ke atas (sebab usia 3 sudah mula berfikir), maka saya gunakan skrip 'Self Affirmation' ini untuk bantu dia. Next dia boleh train adik dia Khairunnisa' pula. (Gambar lama Julai 2018) . Ebook Premium Skrip Hypno bagi Isu Anak Usia 0-18 Tahun Https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch200220

photo content

photo content

Tips #38 ( Yakinlah Pada Diri Anda Telah Perbuat Yang Terbaik ) Untuk semua sahabat saya, Saya yakin kepada potensi kalian #IbuBapaKini yang positif, Semoga sentiasa dilimpahkan hikmah kebijaksanaan dan kesabaran serta ketenangan dalam mengendali anak-anak kalian. InsyaAllah. CARE ♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Sebenarnya anak kita boleh serap emosi negatif dan tekanan ibubapanya secepat milisaat. Jadi, sebagai ibubapa, jika anda ada stres tersendiri, 1) segera selesaikan, usah tunda. Ingat, yang SALAH SATU punca anak buat hal ialah kerana ibubapa mereka ni sedang stres, mereka serap stres ibubapa mereka sendiri. Anak yang ibubapanya sedang stres, senang buat hal sama ada di rumah atau di mana-mana jua. 2) Belajar urus emosi dengan bijak, tetap ringan emosi bila bersama dengan anak, Ibubapa yang tenang dan dalam kawalan emosi yang baik, insyaAllah anak anaknya lebih mudah dikendalikan. 3) Caranya buat breathing + self affirmation script tiap kali nak switch jumpa anak, tujuan nak break state kita dari jadi individu orang dewasa yang banyak isu kepada level kanak-kanak yang indah riang gembira. (Breath in out 6 times dan sebut apa nak diri jadi, Sebentar lagi aku akan berhadapan dengan anak anak dan fokus layan mereka bercerita dan bermain dengan mereka). . Jum Urus Stres Dgn Bijak 💪 Maznah Ibrahim *Join telegram saya agar tak ketinggalan info parenting dan psikologi anak anak. t.mazn.me/chan * Sharekan dengan pasangan dan kawan kawan anda.

InsyaAllah nanti saya jelaskan lagi mengenai ini ya. Stay tune.

photo content

photo content

Tips #37 ( Fasa Anak Usia 3-6 Tahun - Berusaha/Berinisiatif ) Raikan peringkat ini setelah fasa 1.5 - 3.0 tahun yang penuh dengan ledakan emosi, Fasa ini kognitif (pemikirannya) sudah semakin berkembang matang, ada banyak idea, hasrat kemahuan, dan keupayaan skil motor kasar dan halus yang sedang nak dicuba 'test' dengan jayanya: Skil kacau air guna sudu, skil panjat kerusi ke petiais beku, skil mengetuk memicit memecah telor semuanya macam peringkat sensori (0-2 tahun) tetapi kini ada elemen kognitif (pemikiran) dan perancangan sistematiknya - ada target dia tu. Wait and See dengan SABAR aja ya 😁 Adala tu objektif dia tue..💁‍♀️ . CARE❤️ Maznah Ibrahim. t.mazn.me/chan

photo content

Rahsia Nak Anak Yakin Diri dan Tak Mudah Putus Asa Ramai bertanya kepada saya mengenai anak mereka yang sudah mula masuk ke alam prasekolah (4-6 tahun) serta darjah 1 tidak berapa berani, tak berapa yakin untuk bercakap, bergaul dan sukar nak meminta pertolongan. https://maznahibrahim.com/bagaimana-nak-buat-anak-tak-muda…/

photo content

photo content

Tips #36 ( Skrip Afirmasi Urus Marah ) Saya senaraikan 10 skrip yang boleh #IbuBapaKini cakap pada diri untuk perkukuhkan niat/ hasrat /matlamat untuk tidak meledak emosi marah yang melampaui batas kepada anak-anak bila anak buat aksi yang mencabar kesabaran anda. Cakap pada diri skrip ini sambil tarik nafas dalam, sekali. Kawal marah - terbaik, tapi ramai terlepas kawalan bila penat fizikal dan minda, Maka kita Urus Emosi Amarah, bukan Lepaskan Marah pada si kecil ibarat merekalah 'punching' bag kita 😓. Ini mungkin 1 dari 10 usaha / strategi anda. Memandangkan kita ada 'akal fikiran', Gunakan kelebihan skrip kata diri ini sebagai perisai anda. Ia dalam komponen terapi kognitif tingkahlaku. . CARE❤️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

APA NAK BUAT BILA DAH TERLEPAS MARAH ANAK? --------------------------------- Kalau kita dah terlepas marah anak, macam mana nak counter back balik. (soalan sahabat kepada saya sebentar tadi) . 1. SOLAT SUNAT TAUBAT - akui salah kita kepada Allah dan niat aim tidak ulangi lagi. Ini kerana anak milik Allah, dan kita pemegang amanahNya sahaja. . Ini perkara besar, bukan kecil, dan usaha untuk lawan amarah bisikan Syaitan kepada diri tatkala terikut emosi merupakan satu proses didikan hati dan tingkahlaku harian yang berterusan bukan seketika, sebab hubungan kita dengan anak adalah KEKAL dan LAMA. . It s okay solat sunat taubat beberapa kali, (bukan sekali seumur hidup) sebab dosa kita memang banyak, bukan sekali dosa sahaja, kan. . Akan ada ZIG ZAG emosi turun naik sabar dan marahnya. U r on the right track bila diuji fasa ini. Percayalah. Tidak mungkin ada manusia yang sabar dan menurut sahaja sebab hakikatnya kita manusia biasa ada emosi/perasaan. . Once dah stage ni (NIAT dan USAHA nak jadi IBU SABAR), syaitan dihantar bukan level 'korporal' lagi tetapi 'jeneral', maka siap siagalah secara terbuka ;) . . 2. MINTA MAAF pada anak, tanya dia. . Kadangkala dia tak simpan hati marah pada kita pun. . Kadangkala yer dia ada terasa dan ingat lagi. . Beritahu minta maaf tu secara sungguh dan spesifik kejadian mana. Beserta reasonnya yang berasaskan sebab 'sihat', 'selamat' atau 'kebersihan', ia reason yang boleh diterima. . Contoh mama jerit dan marah sebab abang boleh terluka sakitkan adik baby. Ia tak selamat bila abang baling barang ke keliling. . Lain, akui aja memang kita dikawal emosi tak baik, lepas kawalan diri sendiri. Minta anak bantu ingatkan diri kita untuk jadi ibu sabar dan mithali/solehah. . Walau anak bayi, cakap aja kepada dia: secara kognitif dia tak faham, namun secara 'emosi', dia faham :) Ada sesuatu tentang 'care' n 'love' di situ dia boleh rasai. . Tune in semasa sesi beritahu ni (sama level dan penuh ikhlas). . 3. Banyakkan BONDING TIME / REATTACH dan aktiviti Special Time yang Induce happiness agar neuron-neuron berhubung semula. . Emotional brain akan matang sehingga 10-12 tahun. Mula dalam usia 1.5-3.0 tahun paling peak fasa emosi anak ekspresikan dirinya secara spontan si anak tak da fikir/control ayu😂, apa dia rasa spontan dia show kan. . Masa peak ni lah dia dah register pattern gaya kita treat dia bila dia buat apa-apa. Samada 'Support'/ Allow feelings atau 'Halang' / 'Marah - . Maka kat situlah datangnya trigger dan aksi spontan anda kepada anak, kerana pernah diperlaku begitu dahulu, dan kini anda mahu BREAK THE CYCLE. . Ingat, . Parenting is about Parenting Your Child's Brain. All about their brain. Beli buku ' Science of Parenting' (nama lamanya What Every Parent Needs to Know) - Margot Sunderland, wajib beli dan baca untuk Alumni EHSABAR dan mana mana ibubapa yang berminat dengan Positive Parenting dengan kefahaman saintifik mengenai parenting. . . Nota Kasih Sayang Tambahan, dari Saya: . 1. Anak kecil sebenarnya amat mudah release. Let go. Ringan emosi mereka ni. Kita aja berat dan duk fikir fikir lebih sedikit. Bukti dia suka aja lompat-lompat main belon, kejar belon, kita berat aja badan nak buat benda macam tu. Lagi, berat badan mereka 'ringan' jauh dari kita 😆 . 2. Asal ada counter balik dengan sedikit balutan emosi dan penerangan jujur ikhlas, itu sudah memadai untuk anak kecil (compare to orang dewasa yang tends to simpan hati /dendam). . 3. Saya suka dengan parenting ratio 1:5 (Post Kak Noor Afidah Parent Connect) iaitu 1 kali silap treat (marah, denda dsb), ganti dengan 5x buat baik dalam tangki emosi 5 dengan anak-anak. . 3. Berbanding tiada balutan dan kefahaman langsung. Mereka akan develop kefahaman sendiri yang biasanya salah faham. Ramai klien dewasa saya still dengan kefahaman yang silap mengenai treatment diterima dari parents dan orang dewasa mereka sedari kecil kerana tiada wrap up yang baik . (ini post wajib baca berkaitan wrap up yang complete) : https://m.facebook.com/story.php?story_fb

Tips #35 ( Perkataan Tepat dan Positif ) Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan